Sunday, 5 July 2009

SKIM PERKHIDMATAN TIPU PDRM

Awal pagi jumaat 3 Jul ’09, saya menerima panggilan telefon dari seorang rakan sepasukan yang bertugas di Maktab PDRM KL. Katanya, dia mewakili rakan-rakan di Maktab yang meminta saya menulis sesuatu tentang Skim Perkhidmatan PDRM yang baru diumumkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam atau lebih tepat, budak-budak PTD. No, I have nothing against budak-budak PTD ini but it is difficult to have empathy if you have not walk a mile in someone shoes.

Tak jadi masalah untuk saya meluahkan pandangan saya mengenai sesuatu perkara. Selama ini, itu pun yang saya lakukan. Cuma yang saya pelik, kenapa nak tunggu saya untuk menzahirkan apa yang saya percaya mereka juga rasakan.

Contohnya, masa bekas KPN Tun Haniff keluar dengan kenyataan akhbar bahawa 40% daripada warga PDRM terlibat dengan rasuah. Saya tunggu hampir 2 minggu untuk warga PDRM yang lebih berpengalaman, lebih qualification, lebih tinggi pangkat dan justeru itu lebih kuasanya, untuk bangun membela PDRM. Tidak ada seorang pun yang berani tampil ke hadapan. Bahagian Hal Ehwal Awam PDRM? Lagi tak boleh harap. Akhirnya saya juga yang menulis kepada Utusan untuk mempersoalkan siapa yang sebenar nya menjadikan 40% daripada warga PDRM kaki rasuah memandangkan Tun Haniff 20 tahun memerintah PDRM.

Sebaik surat saya disiarkan oleh Utusan Malaysia, banyak panggilan telefon yang saya terima mengucapkan tahniah kerana berani bersuara. Tak kurang yang pangkat lebih besar dari saya yang sanggup berikan “maklumat-maklumat” tentang Tun Haniff untuk didedahkan kepada masyarakat. Yang hairannya mengapa mereka ini tidak berani bersuara sendiri. Bisu atau takut kena black list? Kalau nama dalam black list, jawapnya pencen Supt aje le.

Masa saya berpangkat Chief Inspektor pun, perkara yang sama pernah berlaku. Kali ini mesyuarat agung luar biasa Mes PDRM. Tujuannya untuk mendapatkan persetujuan ahli Mes supaya RM 1 juta, wang tabung Mes dilaburkan dalam saham. Pengurus saham adalah Koperasi Polis. Seingat saya tak ada seorang pun yang hadir dalam mesyuarat tersebut membangkang kecuali seorang Chief Inspekter. Saya membangkang berdasarkan 2 perkara. Pertama, terlibat dalam spekulasi (saham adalah spekulasi) adalah bercanggah dengan peraturan Perintah Am Bab D dan kedua, rekod Koperasi Polis dalam menguruskan hal-hal perniagaan atau kewangan teramatlah teruk (sehingga hari ini). Apabila pengundian dijalankan, seperti yang dijangkakan, bangkangan saya diketepikan. Hari ini pelaburan Mes yang dipersetujui itu telah lesap macam gelap malam dilapah siang.

Nak tahu apa jadi selepas mesyuarat? Ramai (semuanya lebih kanan pangkat daripada saya) yang datang berjumpa mengatakan mereka bersetuju dengan pandangan saya. Yang hairannya, mereka ini jugalah yang mengundi menyokong supaya tabung Mes dilaburkan dalam saham. Pengerusi mesyuarat adalah T/KPN ketika itu iaitu Tan Sri Rahim Noor. Yang hairannya mengapa mereka ini tidak berani bersuara sendiri dan menunjukkan pendirian mereka. Inilah masalahnya dalam PDRM, banyak cakap belakang daripada memberi pandangan secara terbuka. Bukan apa, nak jaga periuk nasi dan peluang naik pangkat, betul tak?

Berbalik kepada Skim Perkhidmatan PDRM yang baru. Terus terang saya katakan yang saya belum mentelaah Skim tersebut dan tidak akan membuang masa mengkajinya. Why like that one? Sebab selepas 32 tahun dalam PDRM (3/7/09, yang baru lalu, genap 32 tahun jadi ampai) saya menanggung hiba kerana selamanya PDRM kena buli dan kena short-change dengan JPA. Nak salahkan JPA pun tak boleh sebab apabila menyediakan sebarang kertas kerja untuk kebaikan PDRM, semuanya cap tolak. Akhirnya yang menyediakan kertas kerja setakat Supt aje. Itu tak ape juga, sebab memang tugas pegawai kecik jadi macai. Yang sakit hati aku, apabila kertas kerja dibincangkan depan pegawai-pegawai JPA, wakil polis selalunya setakat pegawai pangkat cekai. Kalau ada pun keris bersilang yang pergi, tak berani bersuara. Setakat tukang hangguk kepala, lebih baik main golf. Macam baru ini, seorang keris bersilang hadir mesyuarat perjawatan dengan JPA. Pengerusi JPA, seorang yang jauh lebih muda dan gred pun lebih rendah dari keris bersilang tadi telah mengeluarkan kata-kata yang boleh benar dianggap menghina PDRM. Kalau aku ketua delegasi PDRM, dah lama aku tinggalkan mesyuarat. Ini tidak, tunggu dan tebalkan muka. Jika kita tak hormat diri sendiri, takkan orang nak hormat kita. Yang beritahu aku cerita ini, seorang Supt yang hadir sama dalam mesyuarat tersebut. Kalau dia bohong,berbohonglah aku. By the way, Supt tu nak tinggalkan mesyuarat tapi dilarang oleh keris bersilang tadi. Inilah budaya PDRM. Angguk-angguk macam burung belatuk.

Buat apa aku baca Skim Perkhidmatan Tipu (bukan Baru) PDRM tu, kalau Supt masih lagi gred M44 sedangkan guru besar yang jaga tak lebih 2000 murid dan 100 cikgu, gred M52. Ketua Polis Daerah (KPD) Segamat berpangkat Supt. Kawasan yang dijaganya dari sempadan Gemas, Negeri Sembilan sampai ke Labis, Johor, Besar tu, lebih besar dari kawasan 4-5 biji sekolah. Jumlah penduduk, aku belum semak dengan Jabatan Perangkaan tapi gerenti dalam ratus ribu bilangannya. Anak buah lebih 100. Sayangnya taraf KPD lebih rendah dari taraf guru besar sekolah aje. Eleh! jangan sebut pasal qualificationlah. Dalam PDRM berlambak Insp, ASP, DSP dan Supt yang ada PhD. Ijazah? Baling batu ke arah kumpulan konstabel polis pun, mesti kena kepala pemegang ijazah punya.

Macam ni ajelah. Kalau aku kena buat pilihan, skim lama atau skim tipu, aku akan kata pada JPA,malam sikit!!!!!!!!!.

Salam dan hingga mengomel lagi dari Uncle B, yang tak habis-habis kena peleceh. Byeeee.



2 comments:

Anonymous said...

kalau Supt masih lagi gred M44 sedangkan guru besar yang jaga tak lebih 2000 murid dan 100 cikgu, gred M52.
keje cikgu je MULIA....
polis ni x mulia....
nurse pon x mulia....
kakitangan awam lain pon x mulia gak...

tiap2 thn ari guru da je prubahan yg akn dilakukan...
hari polis??dh bratus thn pon...
pe prubahan??

Anonymous said...

salam tn.
so for, saya selalu follow ur posting dlm blog ni.
just wanna give some comments and suggestions.

why not dalam posting-posting selepas ini, apabila tn menceritakan masalah2, isu2, atau etc, mungkin tn blh selitkan sekali jalan penyelesaian, idea-idea, atau any alternative.

mungkin idea tn sebagai peg polis yg dah berkhidmat selama lebih 30thn tu bernas dan patut diterimapakai, atau sekurang-kurangnya memberi satu idea yg boleh mendorong idea yg lain dikeluarkan oleh 'pemikir' yg sepatutnya.

mmg betul, apalah sgt yg boleh dilakukan oleh kita yg digelar 'kuli batak' dalam polis ini(ayat yg banyak mematikan visi peg-peg yg ingin melihat PDRM maju). tetapi at least, ur visitors akan membaca idea-idea tersebut (walaupun tak menerima idea tu, at least diaorang baca!) selalunya, bos-bos langsung tak mau dgr idea-idea peg bwhn.ini menyebabkan byk peg dalam pdrm gagal menunjukkan potensi mereka, especially 'young officers'. believed me, there are lots of good young officers in pdrm. but unfortunately, they are not be well treated, or given opportunity to show-off.

regards,
neighbours.