Muhyiddin Yassin cadangkan supaya Jabatan Perparitan dan Saliran (Drainage & Irrigation Department), “adopt new technologies, including using the satellite, to detect floods”, lapor The Star 5 February 2011. Kata T/PM lagi, “The department could then tell the people to make the necessary preparations before the flood hit their areas”.
Bagus juga cadangan YAB Timbalan Perdana Menteri. Lepas ini sebaik sahaja dapat amaran bahawa banjir akan berlaku, bolehlah mak dan saudara mara saya di kampong, pakat ramai-ramai, buat sangkar besar, pasang system pulley dan cable di pokok-pokok kelapa & durian. Kemudian apabila banjir hampir melandaan, letak katil, gerobok baju, TV dan semua barang berharga dalam sangkar dan dengan menggunakan sistem pulley dan cable, naikkan sangkar tersebut ke paras pokok kelapa dan durian supaya terselamat harta benda. Bagi mereka yang tinggal di bandar yang dah togel, kerajaan boleh beri kroni projek buat bangunan gudang yang tinggi. Apabila banjir melanda, orang bandar boleh simpan harta benda mereka termasuk kereta dalam gudang tersebut. Ibarat menyelam sambil minum air, kerajaan BN boleh tolong rakyat, dapat undi rakyat dan sekali gus bantu kroni jadi kaya cara mudah.
Peduli apa dengan pembangunan yang tidak dan enggan dikawal. Saliran air tersumbat dan sungai jadi dangkal. Air mencurah-curah ke bumi kerana tiada lagi dedaunan untuk menyerap dan melampias air hujan sebab pokok telah ditebang atas nama pembangunan membabi buta. Bumi tidak lagi dapat menyerap limpahan air kerana telah dilitupi batu batan. Maka seperti Samy Vellu dan Lim Goh Tong, dikatakanlah an act of God jika berlaku banjir atau tanah runtuh walhal manusia yang tidak tahu menghargai pemberian Allah lah yang menjadi punca bencana.
Untuk berlaku adil kepada kerajaan, sebelum ini, Muhyiddin juga telah mengumumkan projek penembatan banjir di Johor bernilai RM 5 billion. Saya tidak terperanjat jika projek ini juga masuk ke poket friends of BN. Sungai-sungai (termasuk Sungai Muar) akan didalamkan. Besar kemungkinan pasir yang digali dari sungai-sungai ini akan dijual kepada Singapura. Dalamkan sungai, kemudian di tebing sungai, lancarkan pembangunan yang lagi liar, banjir lagi, buat projek penembatan banjir lagi. Sama seperti bijak pandai kerajaan selesaikan masalah trafik jam. Lebarkan jalan. Hilang trafik jam sekejap. Kemudian buat pembangunan di kiri kanan jalan yang baru dilebarkan. Trafik jam balik semula. Buat jalan baru atau lebarkan jalan sekali lagi. Begitulah seterusnya sehingga hari kiamat. Akhirnya yang kaya raya adalah sahabat dan handai taulan yang jadi PR di Australia, U.K. USA, yang dapat projek kurniaan. Yang kena ganti lemek setiap kali banjir tetap juga rakyat miskin di bandar dan orang kampong.
Sebut pasal banjir, kata orang tua, pengantin baru suka hari hujan. Sejuk dan kondusif untuk berpelukkan. Ini mungkin untuk orang yang tak ada kenderaan, jadi nak buat apa-apa pun kena dalam rumah, tak seperti mereka yang ada kereta.
Laporan Berita Harian telah mengenal pasti lorong kecemasan di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) sebagai tempat memadu asmara antara jam 12 tengah malam hingga jam 3 pagi (hari tidak dinyatakan). Sesetengah daripada mereka malahan masih memandu kereta sambil mengembirakan pasangan masing-masing menyebabkan kenderaan melelong kiri dan kanan di lorong kecemasan.
Uncle pasti mereka yang memilih jalanraya sebagai tempat mempraktikkan kasih sayang, bukan kerana mereka tak ada rumah sendiri atau tak ada duit untuk sewa hotel. Rumah sendiri ada tapi isteri, suami atau mak ayah sedang menunggu di rumah agaknya. Nak sewa hotel murah, bimbang kena serbu dengan Jabatan Ugama Islam. Sewa hotel 5 bintang tak berbaloi pulak untuk seronok-seronok sejam dua.
Barangkali nak dapatkan thrillnya atau ooommpphh!nya sebagaimana thrill atau terujanya orang yang pergi bungee jumping atau terjun payung. Bayangkan. Apa punya kerja gila ikat kedua kaki dengan tali, kemudian terjun dari tempat tinggi sehingga terbuai-buai atas sikit dari muka bumi, kalau bukan kerana thrillnya or kata omputeh “adrenalin rush”.
Mahu tak thrill memandu sambil berasmara. Uncle ingin bagi cadangan. Barangsiapa yang nak memandu sambil beromen atau beromen sambil memandu, eloklah pakai kereta otomatik yang ada fungsi auto cruise dan ditetapkan pada 10 kmj. Dengan cara itu apabila kaki gedik-gedik, terlepas clutch atau minyak, tak jadi hal dan kalau accident tak teruk sangat kerana kelajuan rendah. Yang sukarnya, nak explain kepada bomba yang datang untuk umpil anda keluar dari kereta yang terperesuk dalam longkang, apa yang anda dan kekasih buat, boleng dalam kereta jpada am 2 pagi di Highway LEKAS. Kalau bomba tanya tak apa, kalau isteri tanya, tak ke nanya.
Byee!
No comments:
Post a Comment