Jika dibukukan semua cerita penipuan melalui SMS dan internet seperti yang dilaporkan oleh media massa tempatan, mahu setebal ensaiklopedia 20 jilid agaknya. Dah berkajang nasihat yang diberi, ditampal di mesin ATM, disiarkan oleh akhbar dan televisyen, namun cerita orang kita yang masih blur seperti yang dipetik oleh The Star, 2 February 2011 dari akhbar Kosmo, masih lagi berlaku. Untuk makluman pembaca, jenayah internet tahun lepas meningkat 200%.
Seorang pensyarah wanita telah berkenalan dengan seorang Dr.Bruce melalui laman web Facebook. Si doctor akan ke Malaysia untuk mengahwini pensyarah. Pensyarah terima panggilan telefon dari pegawai kastam Malaysia, konon Dr.Bruce dalam tahanan kerana cuba menyeludup masuk wang sejumlah ₤25,000. Untuk bebaskan Dr.Bruce, tanpa usul periksa, lecturer (yang kemaruk nak kahwin agaknya) pindahkan RM 30,000 ke dalam akuan penjenayah dan Dr.Bruce lesap.
Inilah padahnya kalau belajar menghafal bukan belajar berfikir. Graduan yang membaca buku setakat 1 lembar setahun selepas tamat pengajian adalah cerita basi sebagaimana hapaknya kisah lulusan Unviversiti Pertanian (sekarang U.Putra) yang tidak tahu apa kebendanya hydroponics. Tidak menghairankan jika konsep lifelong learning adalah satu perkara yang asing kepada kebanyakkan warga Malaysia yang semakin hari semakin pandai menghafal. Jika pensyarah tadi, jenis yang suka ambil tahu, membaca, membaca dan terus membaca (tetapi bukan novel cinta), pasti dia tahu bahawa sesiapa sahaja boleh membawa masuk berguni-guni wang ke Malaysia tanpa diistihar tetapi membawa keluar wang, yang kena declare. Tidak tahu pula sama ada pensyarah ini tahu makna due diligence atau tidak, kerana dengan mudah menerima as the gospel truth apa yang diluahkan melalui alam maya. Banrangkali juga puan pensyarah tadi tidak diajar cara-cara untuk mengesahkan identiti seseorang individu, semasa di U.
Hanya satu kesimpulan yang boleh saya buat terhadap mangsa-mangsa internet scam seperti puan pensyarah tadi. Either they are a gullible lot, dumb or just plain stupid. Sama ada mereka mudah terpedaya, bodoh atau sememangnya ngok. Satu nasihat dari saya. Penjenayah akan mengekploit sifat tamak manusia. Tak kiralah tamak duit ke atau tamak nak berlaki.
Sebelum menutup tirai, satu berita gembira untuk kita semua. Ternyata negara kita is on the right track untuk mencapai status negara maju. Lazimnya, status kita diukur dari kemewahan yang telah atau sedang kita capai. Kalau dah drive BMW 7 series, duduk rumah harga RM 3 juta (at least), di address exklusif, anak-anak belajar di private school ala Eton, dining out di restoran 5 bintang & order Wagyu steak, holiday di europe (south east asian countries untuk orang cekkai sahaja) dan menginap di hotel berbintang-bintang, itu maknanya kita telah berjaya dan maju. Bukan saya kata, orang kata. Tak percaya cuba check tengok anak-anak big shot, kat mana depa sekolah dan holiday. Anak saudara saya punya toy aje sebiji sama dengan gaji security guard sebulan dan harga rumah yang dia duduk pun dah sama dengan harga 5 biji rumah saya yang tak sampai RM300,000 harganya.
La ini, tengah heboh cerita bini Najib semasa melawat ke Dubai, duduk hotel yang harga bilik aje, RM148,000 semalam. Cerita dongeng atau cerita benar, saya tak pasti tetapi kalau tak betul kenapa tak jawab. Jika menggunakan kayu ukuran seperti di atas, ini menunjukkan yang negara kita dah nak hampir jadi negara maju kerana bini PM mampu duduk bilik mahal dan rakyat pula bersedia untuk menampong kos tersebut bagi menunjukkan yang Malaysia telah ¾ maju. Jauh bezanya dengan presiden Iran yang duduk hotel 3 bintang masa tugas luar negera atau Lim Guan Eng yang pakai tiket ekonomi semasa membuat penerbangan tugas rasmi. Bak kata orang Perak, “Bior pape asal bergaye, bukan harta kite, harta pak mentua”.
Hingga jumpa lagi, salam sombong dari Uncle B yang takleh nak gi dengan ideologi, Menang Sorak Kampong Tergadai, Pak Pandir.
Byee!!!
No comments:
Post a Comment