Sunday, 13 March 2011

BILA YANG BERHORMAT NAK BERBELANJA

P.Gunasegaram dalam ruangannya, “A Question Of Business,”, akhbar Star, 12 Mac 2011, muka surat SBW3 membincangkan isu pembinaan keretapi rel laju (high speed rail link) antara Kuala Lumpur dengan Singapura. Menurut saudara Guna, kos projek tersebut dijangka menjangkau RM 20 billion. Dengan mengambil kira ROI sebanyak 10% sahaja setahun bermakna syarikat yang diberi konsesi ini memerlukan keuntungan RM 2 billion setahun. Dapatkah keuntungan ini dicapai. Ini yang dirisaukan oleh Sdr Guna, memandangkan pendapatan Air Asia dan MAS, jika dikira bersama pun, belum lagi mencapai RM 20 billion setahun. Bermakna “there is no way in heaven, on earth or in hell”, projek ini akan beroleh keuntungan. Itu kegusaran Sdr Guna.

Dari kaca mata saya yang tak berapa cerdik pulak ni, siapa yang akan menggunakan perkhidmatan rel laju ini. Orang kampong?, kita semua? Atau hanya golongan elit sahaja kerana hanya mereka yang akan mampu untuk membayar harga tambangnya nanti yang gerenti tidak akan mampu dibayar oleh golongan marhain. Saya sendiri terkedu melihat tambang tempat tidor kelas pertama keretapi siput KTM dari KL ke JB. Kalau begitu jadinya, ke mana pergi slogan, “Rakyat DiDahulukan”.

Yang pasti, duit rakyat juga yang akan digunakan untuk bail-out syarikat keretapi rel laju yang tak untung itu kelak, sebagaimana duit rakyat diperhabiskan untuk terus menghidupkan PUTRA LRT, STAR LRT, KLIA, PROTON dan pelbagai lagi syarikat GLC yang terus menerus “bleeding the country dry”. Kini, MRT pula yang menunggu giliran untuk mencekik rakyat. Sama seperti P.Gunasegaram, saya juga ingin bertanya. Apa dah jadi dengan projek rel berkembar yang menelan belanja RM 20 juta duit pembayar cukai.

Yang pasti, kontraktor kroni yang dapat projek akan kaya raya. Yang menanggung beban adalah kita semua. Tapi nak salahkan siapa kalau bukan rakyat sendiri yang bodoh sangat undi penyangak-penyangak ini untuk duduk di Parlimen. Saya ingat habis era Dr.M, habislah riwayat projek mega. Rupanya anak didik mamak ini pun sama juga. Pi mai pi mai tang tu juga.

Saya ada teori kampongan kenapa semua projek kerajaan hanya menghabiskan duit rakyat tapi tidak pernah menyenangkan atau memudahkan rakyat”. Di Singapura, apabila cabinet negara tersebut bersidang, PM dia orang akan bertanya, “Tuan-tuan dan puan-puan, apa lagi projek yang boleh kita laksanakan yang boleh memudah dan menyenangkan rakyat”. Oleh kerana yang dipentingkan ialah rakyat, cabinet tersebut tidaklah kisah sangat jika kos projek berkenaan seciput sahaja kerana yang dipentingkan ialah rakyat.

Kalau di Malaysia pula, jika cabinet negara ini bersidang untuk meluluskan sesuatu projek rakyat, konon!, ketuanya akan bertanya, “Projek apa yang boleh kita cadangkan untuk menghasilkan komisen yang melangit sebab ada antara kita yang nak pergi Disneyland, nak beli villa, nak buat rumah untuk anak di Australia, nak duduk hotel RM 148,000 semalam atau nak kahwin dengan artis? Maka sebab tulah timbulnya projek rel laju bernilai RM 20 billion yang jika 10% aje komisennya, boleh menghasilkan duit terpijak RM 200 juta. Sama ada boleh pakai ke tidak, pandangan saya ini, jom kita fikirkan bersama.

Hingga bertemu lagi, marilah bersama membayar cukai pendapatan, supaya kita boleh berbelanja beratus juta ringgit untuk membawa balik rakyat malaysia dari Mesir, Arab Saudi, Libya, Tunisia, Yemen, USA, Jepun atau di mana sahaja di muka bumi ini yang ada rusuhan atau bencana alam dan ada sekor dua rakyat malaysia terselit kat sana. Pilihanraya umum dah dekat sangat weh!!. Bila lagi nak perabis duit rakyat untuk kemenangan BN dan membuncitkan perut dan kocek pendukung kanan BN.

Salam dari Uncle B, yang selalu terfikir. Kenapalah aku tak jadi putera raja dan bukan setakat saudara mara raja aje.

Byeee!!!

No comments: