Tuesday, 15 March 2011

GUA BOLEH LU TAK BOLEH

Pernah pergi ke kolam renang hotel 4 atau 5 bintang? Cuba terjun dalam kolam tersebut dengan memakai track suit atau purdah. Dalam sekelip mata berdedai pak guard datang, suruh anda keluar dari kolam renang kerana tidak mematuhi peraturan pakaian renang yang telah ditetapkan iaitu setakat tutup apam dan kopek.

Dato’ Seri Chua Soi Lek, presiden MCA, nak jumpa Nik Aziz, pasal larangan jual tiket loteri Big Sweep di Kelantan. Kata Dr.Chua, menteri yang video beromennya tersebar luas sedikit masa dahulu, “berjudi bukan budaya masyarakat Cina dan MCA tidak menggalakkan orang berjudi tetapi freedom of choice (kebebasan memilih) dijamin oleh Perlembagan. Kita (orang Cina) tidak akan menerima nilai yang dikenakan ke atas kita oleh agama lain (Islam).”

Kebebasan mengamalkan agama sendiri adalah fundamental liberties yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Orang Malaysia keturunan Cina, India, kaum lain dan orang Melayu sendiri, tahu hal ini.

Berpakaian menutup aurat adalah ajaran dan amalan Islam yang akan dipraktikkan oleh orang muslim yang Islam, tidak kira di dalam atau di luar kolam renang.

Orang Cina, kata Dr.Chua, mahu terus membeli tiket loteri kerana kebebasan memilih dijamin oleh Perlembagaan dan mereka tidak mahu dikongkong oleh ajaran agama lain. Fair enough. Tetapi kenapa orang Islam tidak boleh mandi di kolam renang hotel bertaraf 4/5 bintang dengan menutup aurat? Bukankah freedom of choice dan the right to practice your own religion dijamin oleh Perlembagaan. Orang Islam tulen juga tidak akan menerima ajaran agama lain dikenakan ke atas mereka. Kenapa the Constitution only applies to certain races and not to muslims?

Come on my good doctor! Takkanlah bila kena pada hidung sendiri, bising. Bila kena pada hidung orang lain, diam seribu bahasa. Where’s your 1Malaysia spirit, Dr.Chua or is it just rhetorics.

Uncle B nak tanya sikit. Mana pergi Ibrahim Ali dengan PERKASAnya dan presiden UMNO, yang kedua-duanya konon pembela bangsa dan hak orang melayu. Bini dia orang mandi pakai bikini kot atau teloq depa dah kena pegang.

Hingga jumpa lagi, Mak Luncai terjun kolam renang dengan jilbabnya, biarkan-biarkan!!!

Byeeee.

No comments: