Hari Rabu, 23hb Mac 2011, Polis Diraja Malaysia akan menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke 204 tahun. Selamat Hari Jadi, Uncle ucapkan. Semoga hari jadi ini bukan setakat bagi ucapan dan perbarisan sahaja tetapi sebagai satu iltizam untuk memperbaiki diri. Yang gusarnya, dah masuk 204 kali warga PDRM dengar ucapan 23 Mac, polis akan buat itu dan buat ini, akan dapat itu dan dapat ini tetapi cerita betul mata-mata pow pekerja asing seperti yang berlaku di sekitar MidValley masih berleluasa sementara cerita pegawai penyiasat tendang kes bukan semakin reda. Infrastruktur, seperti ruang pejabat dan peralatan penugasan, baik sikit aje dari apa yang polis ada pada zaman darurat dulu.
Kenapa, tak percaya ke? Pergi jengah IPD Brickfields di Seri Petaling. Pejabat JSJK (Komersil) adalah rumah yang diconvert jadi pejabat. Maka oleh itu, I.O. buat kerja di dapor dan detektif buat soal siasat di ruang tamu. Peralatan jangan ceritalah. Cuba tanya apa dah jadi dengan kereta ronda EVO yang digahkan dulu. Lebih banyak tersadai daripada bergerak kerana tak ada spare parts. Sistem ICT pasukan, atas sikit mungkin, daripada sistem IT di kampong saya. Di pondok polis sebuah pusat membeli-belah terkenal Kuala Lumpur, sistem komputernya lebih banyak down daripada beroperasi. Apa dah jadi KPN-KPN dulu dan sekarang?
Dah berkodi-kodi kertas dihabiskan untuk merancang strategi penambahbaikan PDRM. Beratus ribu, mungkin berjuta duit telah dihabiskan untuk mengadakan lepas satu, satu, seminarlah, brainstorming sessionslah dan ntah ape-ape lagi demi memperkasakan pasukan, di hotel-hotel 5 bintang atau resorts yang ada padang golf. Pagi mesyuarat, petang, big boss-big boss main golf. Yang sibuk berbincang pegawai-pegawai kelas kuli batak. Inilah cara PDRM berbincang untuk memperbaiki pasukan. Tapi keadaan ini masa saya masih dalam pasukan dulu (3 Julai 1977 – 1 February 2011). Sekarang dah tidak lagi agaknya. Dengan pimpinan baru, pengurusan PDRM barangkali dah benar-benar profesional sekarang.
Sebab tu sekarang, pasukan dah mula rekrut diploma holder untuk terus jadi sarjen bukan lagi konstabel dan buat kerja pegawai penyiasat. Gerenti lepas ni siasatan mesti tip top sebab pegawai penyiasatnya diploma holder, pegawai penyiasat kanannya ada Diploma Siasatan Saintifik dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerahnya ada Ijazah Criminology. Polis Timor Leste dan Western Sahara mesti respek habis punya dengan polis malaysia punya kewibawaan. Ini belum lagi saya cerita hal daripada 8 jabatan dengan 8 pengarah berpangkat Commissioner Polis hendak dibesarkan jadi 14 jabatan dengan 14 pengarah berpangkat Deputi Commissioner Polis/Commissioner Polis. Bukan mengejar pangkat ye tapi supaya pasukan polis kita lebih mudah berkhidmat untuk masyarakat. Dan semata-mata untuk memberi perkhidmatan bertaraf world class kepada rakyat Malaysia, PDRM dah pun memeluk MS ISO, Blue Ocean Strategy, Sistem Star Rating, 5S, KMK dan macam-macam lagi. Rugi rasanya terpaksa bersara wajib dari PDRM kerana Uncle tak dapat berkongsi zaman kegemilangan Polis Diraja Malaysia yang akan menjelang.
Masyarakat tidak pernah memandang hina kepada PDRM kerana prasarana 3rd classnya tetapi meludah kepada PDRM kerana sikap pegawai dan anggotanya yang rasa mereka raja di malaysia dan bersikap kasar dan sombong tak kena tempat. Saya cabar Bahagian Research & Planning, Bukit Aman. Buat kajian kenapa masyarakat meluat tengok polis. Top of the list, mesti tersenarai sikap kuat kowtim dan salahguna kuasa untuk kepentingan perbadi, kebanyakkan warga PDRM.
If I may suggest Tan Sri, cari modality untuk ubah sikap atau attitude anak buah Tan Sri yang suka menangguk di air keruh, mencari kesempatan untuk makan free. Ajar mereka untuk senyum dulu kepada masyarakat dan beri salam, bukan sergah untuk dapat duit. InsyaAllah, jika sikap mereka betul, diberi pen and paper pun mereka boleh jalankan siasatan yang cemerlang dan diberi MyVi pun dah boleh perambat penjenayah pakai BMW. Islamkan dan imankan PDRM dulu, Tan Sri, baru boleh jadi.
Hingga jumpa lagi, salam berisi bukan salam lompong dari Uncle B, yang jarang-jarang kata I Love You pada isteri (the form of cinta) tetapi tak bagi isteri masak di rumah kerana tak nak isteri penat memasak dan basuh pinggan lepas makan (the substance of love).
Buat dik jangan cakap aje. Tak guna, lafaz, I Love You, hari-hari, dapatnya seminggu sekali. Lebih baik dengar I Love You, setahun sekali tetapi dapat hari-hari.
Bye!!
No comments:
Post a Comment