Saya masih tertunggu-tunggu, bila agaknya pemimpin negara kita yang dari BN ni nak bercakap secara jujur, akhlas dan terus terang tanpa berbelit-belit dan berputar-putar. Kalau saya kata kerajaan kita cakap tak serupa bikin, ramai yang akan kata saya anti kerajaan walhal saya penyokong kerajaan tetapi penentang pembohongan, pembelitan, kekelentongan (minta maaf DBP) dan kaki putar alam.
Kalau nak naik harga gula ke, harga petrol, tariff air, tariff elektrik atau apa kebendanya lagi yang hendak dinaikkan, susah sangat ke nak kata, “Harga keperluan harian perlu dinaikkan kerana kerajaan pimpinan BN tidak mampu hendak meneruskan subsidi kerana duit subsidi dah habis untuk bail out syarikat kroni, projek membazir yang tak menguntungkan rakyat, pembelian negara yang berbaur rasuah dan pengurusan wang negara yang lompong sana, tiris sini”. Sudahkah anda lupa dengan projek PKFZ, track berkembar KTM, jambatan bengkok yang sekejap jadi sekejap tak jadi, skim komputer lab untuk sekolah-sekolah, penjara Sarawak yang dah dibuat, kemudian dirobohkan balik dan dibangunkan semula, fiasco MATRADE dan macam macam pembaziran lagi. Berapa banyak duit subsidi habis.
Dalam dunia, mentelah lagi di Malaysia kita yang 1 ini, semua benda boleh naik. Di darat, bukit dan gunung ditarah sampai roboh, shopping komplex naik. Di laut, glaciers cair, paras air naik. Di udara, kalau betul aerodynamicsnya, cukup thrust dan lift, besi pun boleh naik dan terbang. Dalam politik, doktor gigi boleh naik jadi wakil rakyat, naikkan villa dan jumlah simpanan dalam akaun bank, naik. Dalam PDRM pun sama aje. Kerja tak seberapa tetapi pandai kipas dan angguk-angguk, enam bulan sekali, pangkat naik. Satu hari nanti, tak kira apa juga kedudukan atau pangkat yang disandang, kita akan naik juga. Apabila mati nanti, batu nesan kita akan naik. Betul tak?
Yang payah nak naik, kadang-kadang sukar nak naik dan ada juga yang lansung tak boleh naik apabila umur dah meningkat naik ialah adik kecik kaum Adam dan bukit berkembar kaum Hawa.
Dalam kehidupan, tiada benda yang statik. Kalau zaman saya P.I. dulu, gaji inspekter RM 630 sebulan, hari ini bebudak kita sanggup mengganggur kalau gaji konstabel kurang dari RM 1,400 sebulan. Dulu gula 25 sen sekati, hari ini dah RM 2.20 sekilo. Dulu minyak Ron 97, RM 2.40 satu gelen, hari ni dah melambong RM 13.05 sen, segelen.
Yang tak sedapnya apabila harga barang harian naik tak bertempat, dinaikkan secara penyangak, senyap-senyap, merayap mencekik rakyat sehingga tak bernapas dan selepas itu rakyat disogokkan dengan cerita penglipur lara kenapa harga barang terpaksa naik. Atau rakyat sememangnya bodoh mahu percaya harga gula naik demi menjaga kesihatan rakyat. Susah sangat ke nak umumkan kenaikkan harga barang secara terus terang atau pemimpin BN takut hilang undi.
Diujudkan Independent Power Producer, harga elektrik naik, kroni kaya, rakyat menderita. Kenapa tak biarkan TNB sahaja menjana kuasa. Serah loji air kepada syarikat swasta, harga air naik, gaji CEO SYABAS yang memang kroni UMNO, RM 5 juta setahun tapi rakyat terpaksa kurangkan mandi junub untuk jimat air. Subsidi RM 20 billion setahun bising, duit rakyat tiris beratus billion ringgit kerana korupsi, projek membazir, pembelian dan prasarana negara merapu, senyap seribu bahasa.
Selepas pilihanraya umum ke 13 nanti, yang saya jangka akan berlansung dalam bulan November 2011 selepas Najib umumkan 2 bulan bonus untuk kakitangan kerajaan dan rangkaian TV khusus untuk kaum Cina dan India, harga elektrik, air dan petrol Ron 95 akan naik lagi. Apabila harga petrol naik, maka akan berbundut-bundutlah harga barangan lain ikut naik termasuk hantaran kahwin. Maka akan naiklah jumlah anak luar nikah kerana jantan–jantan tak mampu sedia hantaran kahwin sebab tak larat nak bayar pinjaman bank kerana interest rate naik.
Akhir kata salam sayang dari Uncle B, yang setakat ini touch wood, belum memerlukan Viagra untuk naik.
Byee!!!!
No comments:
Post a Comment