Monday, 2 May 2011

MENGAPA PERLU ADA HERO

Sampai kiamat pun isu perkauman di Malaysia tidak akan selesai jika masih ada orang India yang mendakwa mereka terpinggir walaupun ada expatriate dari India yang kata, dari segi rationya, lebih ramai orang india di Malaysia yang memiliki BMW daripada orang India di India sendiri. Malaysia juga ada OIK (Orang India Kaya) macam Ananda Krishnan. Kau orang pernah terfikir tak, adakah 5 ekor peguam yang mengepalai HINDRAF tu dari golongan kaum yang terpinggir. Apa kerja 5 ekor malaun tu agaknya kalau mereka duduk di India.

Macam mana nak reda kalau kaum Cina masih merasakan mereka didiskriminasikan kerana mereka bukan bumiputera walhal ekonomi negara dan kekayaan negara, majoritinya dipegang oleh cucu cicit apek-apek dari Tongsan ini

Dan pastinya, tidak akan reda kerana belum pun sempat Najib menyatukan Malaysia di bawah slogan 1Malaysianya, tiba-tiba muncul pula 1Melayu 1Bumi, cetusan otak bergeliga tetapi berkarat Utusan Malaysia, yang didukung oleh PERKASA. Eloklah tu, apabila tiga orang adik beradik masing-masing merasakan mereka tidak mendapat keadilan sosial yang sepatutnya, bagaimana mereka boleh duduk semeja untuk berkongsi kemewahan yang sebenarnya dimiliki bersama. Kerana setiap seorang akan rebut-merebut harta dari satu sama lain kerana merasakan yang seorang lagi telah mengambil bahagian yang lebih. Lambat laun, belantan, parang, pisau dan pistol akan keluar. Mereka akan ketuk mengetuk, pancung memancung dan bertembakan sesama sendiri dan apabila ketiga-tiga ekor ni dah tergolek mampos, maka senanglah orang asing membolot harta yang tinggal.

Malangnya, ketiga-tiga hantu ini bukan bersendirian. Bersama mereka adalah para sahabat, penyokong dan balaci yang menunggu serdak-serdak yang akan dilemparkan, jika boss yang disokong dapat songlap semua harta. Mereka yang sepatutnya dididik untuk hidup bertolak ansur dan berkongsi senang dan susah, sebaliknya diajar untuk curiga-mencurigai dan membenci sesama sendiri. Maka berperanglah para sahabat, penyokong dan balaci ini sehingga semuanya menjadi debu.

Tetapi …….. jeng … jeng … jeng….. nak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Semasa para sahabat, penyokong dan balaci ini berantakkan sesama sendiri, ketiga-tiga beradik tadi akan sepakat pulun harta yang ada, sepakat angkut harta keluar negara dan masing-masing akan hidup senang lenang sebagai jiran baik, di villa masing-masing bersama anak, isteri dan saudara mara sambil menggelakkan penyokong-penyokong bebal mereka yang ditinggalkan bercakaran sesama sendiri untuk sebuah negara yang muflis hasil perancangan tiga beradik sepusat sepusing, emak lain-lain, bapak asing-asing ini.

Bilalah Melayu, Cina dan India bongok yang undi BN ini nak sedar bahawa di peringkat rakyat melata, Cina, Melayu dan India miskin tak ada masa untuk sakit hati antara satu sama lain kerana di kalangan mereka yang terkial-kial nak cari sesuap nasi, tak ada masa nak berdengki sebab di antara mereka tiada harta yang nak direbutkan.

Setiap hero memerlukan orang teraniaya untuk dibela. Tak ada orang teraniaya maka tak ada hero. Justeru hero-hero kampong, bukit dan estet ini perlu memberitahu macai-macai mereka bahawa mereka akan dianiaya jika tidak ada hero. Bahawa kumpulan estet dan bukit nak rampas tanah kampong. Bahawa geng kampong nak ambil bukit untuk dibuat estet untuk orang kampong.

Senang cerita macam ni ajelah. Dalam suasana politik perkauman yang menjadi amalan di Malaysia sekarang, orang India, Cina dan Melayu perlu ditakutkan oleh ketua kaum masing-masing melalui BN bahawa kaum mereka terancam oleh kaum lain. Dengan cara itu, ketua setiap kaum dalam BN yang berlagak hero akan terus mendapat sokongan dari kaum masing melalui peti undi. Apabila dah jadi hero, senanglah ketua-ketua kaum dan sanak saudara mereka, terbang ke luar negara dengan poket dan bank akaun berisi untuk jadi penduduk tetap Australia ke, US atau Britain ke.

Hingga jumpa lagi, satu pertanyaan dari Uncle B. Pernah jumpa ke anak-anak VVIP dan pak menteri masuk polis dan tentera untuk membela negara?

Byeee!!!

1 comment:

DEN COMANDO said...

Apo-apo pun Den ghaso org Melayu, Cino , India..kat malaysia nie, kono tahu dan belaja apo yg berlaku kat bosnia dan iraq....apo persamoan mereko dengan kita, dan apo kesudahannyo bilo mereko bergaduh sesamo sendiri....