Saya bukan pakar dalam apa bidang sekali pun. Bidang keselamatan mungkin. Itu pun tiada
degree atau Masters atau Phd untuk
membuktikan kepakaran saya. Tidak
seperti sesetengah orang Malaysia yang ada Masters dan Phd dalam pelbagai bidang
kepakaran “under the sun” tetapi tidak
pernah sehari pun bekerja dalam bidang yang dia nya pakar. Ringkasnya theory
berkodi tetapi praktiknya ciput.
Maaf kerana this slight digression. Cuma nak
beritahu. Jangan ambil pot pandangan
saya walaupun, more often than not, akhirnya
saya terbukti betul. Dalam posting saya
sebelum GE 13 dulu, saya ada buat telahan tolol bahawa jika BN menang harga
minyak akan naik, tarif elektrik dan air akan naik dan belanja hidup akan naik.
Sekarang BN dah memerintah balik. Harga minyak dah naik, Harga elektrik dah
diumumkan akan naik. Air, InsyaAllah
akan naik. Bila harga petro,
elektrik dan air naik, semestinya kos pengeluaran barangan pengguna akan naik.
Dah tentu belanja sara hidup akan naik.
Apa dah jadi?
Saya yakin sebagaimana saya yakin yang mata hari
akan terbit keesokkan hari, bahawa media penggelap bontot perdana dalam masa
terdekat akan menyiarkan perangkaan dan komen pakar pakar bahawa life
is much cheaper in Malaysia than in Singapore or Japan or Hong Kong. Of course
life is much cheaper in Malaysia sebab tengah sembahyang kat kuil pun boleh
kena tembak mati. That’s how cheap life can be in Malaysia. Sorry can’t resist
the pun. Yang lupa dicanangkan oleh akhbar akhbar pengelap bontot ini ialah
tangga gaji di Hong Kong dan Singapura atau Jepun yang 2 kali lipat dari tangga
gaji pekerja Malaysia. Gaji konstable polis Hong Kong misalnya bersamaan dengan
RM7,000 sebulan berbanding di Malaysia RM 1,700. Itu pun termasuk elaun tetap.
Kata Najib,
subsidi petrol Ron 95 dan diesel terpaksa dikurangkan sehingga kita kena
tambah 20 sen setiap liter demi
menangani masalah deficit kewangan negara yang parah. Tahniah Najib kerana
berani bite the bullet untuk
menyelamat ekonomi negara yang lebih dari setengah penduduknya adalah melayu
miskin. Cuma saya ada satu kemusykilan.
Adakah defisit kewangan negara ini disebabkan oleh
subsidi petrol atau kerana perbelanjaan kerajaan pimpinan BN yang tidak
berhemah, boros dan membazir, yang
kebanyakkan hanya menguntungkan kroni dan golongan tertentu?
Adakah adil kalau si ayah potong belanja pasar
keluarga, bukan kerana gaji ayah kena potong tetapi kerana si ayah joli
berjudi, berpesta, maintain motor besar yang sebenarnya dia tak perlu miliki
dan nak tampung sara hidup perempuan simpanannya.
Apa pun, cara tipu atau tidak, rakyat Malaysia telah memilih untuk BN
memerintah selama 5 tahun lagi. Lu dah pilih (gua tidak), lu tanggunglah
sendiri.
Selamat berpuasa Isnin, Khamis kerana harga makan
naik sebab harga petrol naik, dari Uncle B, yang sanggup berjimat belanja untuk
diri sendiri semata-mata untuk hantar cucu ke private school dan untuk pastikan
yang cucu cucu kesayangan has the best in
life that I can afford.
Byeee!!!!!!
No comments:
Post a Comment