theSun,
Selasa 24 Sept 2013 di muka depan membawa tajuk, “Middlemen OUT > Govt move
to get rid of “corruption by proxy”.
Akhbar sama, Rabu 25 Sept 2013, juga di muka depan terpampang tajuk, “WE
HEAR YOU > Govt departments and agencies to have own public complaints
sections”. Maknanya, sekarang kalau ada
yang lambat atau tak betul dengan sesuatu proses pentadbiran antara rakyat
dengan kerajaan, rakyat boleh pergi ke Unit Pengaduan Awam, Kementerian atau
Jabatan berkenaan dan esok lusa isu akan diselesaikan atau sekurang-kurangnya
pengadu akan diletak “in the loop” mengenai status pengaduan. Di muka 6, akhbar lap bontot, Utusan Malaysia,
25 Sept 2013, saya terbaca tajuk, “14 lagi cedera termasuk empat parah dalam
kemalangan dekat Sedenak – 3 maut, bas express rempuh treler”.
Apa
kaitan antara ketiga-tiga tajuk berita ini? Mudah jawapannya jika kita melihat
dalam konteks Malaysia. Cerita lama.
Dihidangkan semula sebagai penglipur lara rakyat yang sedang terjelir lidah
kerana kos hidup yang sedang menyelinap naik tanpa sedar.
Bolehkah
kita menerima bahawa kerajaan yang sedia ada, baharu menyedari kewujudan
“corruption by proxy”. Kalau dah lama sedar mengapa baru sekarang bertindak.
Bukankah kes pembelian kapal selam semacam “corruption by proxy” kerana pembelian
yang boleh dibuat secara G to G, menggunakan Bumimekar Sdn Bhd sebagai orang
tengah. Cerita lama.
Sejak
zaman Tok Kadok, kita dah dengar janji bahawa rakyat yang menghadapi masalah
berurusan dengan jabatan kerajaan boleh membuat aduan kepada pelbagai Biro
Pengaduan Awam yang ditubuhkan oleh kerajaan sendiri. Apa dah jadi dengan
sistem pengaduan awam yang sedia ada hingga perlu tubuhkan satu unit khas di
setiap jabatan kerajaan. Saya nampak satu sebab sahaja. Tak lain tak bukan
untuk menggemukkan perkhidmatan awam yang telah sedia obese ini. Satu lagi
cerita lama.
Tidak
lama selepas bas jatuh gaung di Genting hingga menyebabkan 37 orang mati, satu
lagi kejadian yang melibatkan kenderaan berat. Kali ini di Johor sehingga
menyebabkan 3 orang mati secara ngeri. Tertusuk kayu. Seperti juga kemalangan
kemalangan dasyat yang bukan cerita baru di Malaysia, menteri menteri akan
bising. Pihak berkuasa akan potpet potpet. Ambil tindakan itu, ini, begitu,
begini dan yang wajibnya tubuhkan satu lagi jawatankuasa penyiasat untuk
mengaji punca kemalangan. Hasilnya?
Zero, Nada, Hampeh. Lagi lagi cerita lama. Esok, lusa, tulat, cerita cerita lama
seperti 3 tajuk berita di atas akan berulang lagi ……. sampai Malaysia kiamat.
Hampir
lupa. Tahun 1969 menyaksikan permulaan Dasar Ekonomi Baru, yang antara lain
bermatlamatkan supaya economic pie negara dinikmati bersama oleh semua kaum dan
semua lapisan masyarakat dengan kaum bumiputera memiliki 30% ekuiti negara
menjelang tahun 1999. 30 tahun berlalu, modal bumiputera tak sampai 22%, itu
pun majoritinya dipegang oleh beberapa kerat tokoh koperat melayu. Tahun ini,
menjelang mesyuarat agong UMNO, dilancarkan pulak program Memperkasa Ekonomi
Melayu, yang sudah tentu akan melibatkan duit rakyat yang majoritinya pembayar
cukai keturunan melayu. Macam sama aje dengan Dasar Ekonomi Baru, 44 tahun
lalu. Meningkatkah taraf ekonomi majoriti orang melayu hari ini berbanding kaum
lain atau orang melayu masih kategori merempat di Tanah Melayu. Bukankah ini
macam cerita lama lagi, cerita basi.
The
moral of the story. Jangan buang masa mengikuti dan mentelaah perkembangan
negara Malaysia. Buat macam Uncle. Mengenai apa yang berlaku di Malaysia, cukup
dengan membaca kepala berita sahaja. Sekurang-kurangnya apabila orang
sekeliling berbual fasal projek transformasi kerajaan yang terbaru seperti di
atas, kita tidak akan terpinga-pinga kerana tidak tahu hujong pangkal. At least
bila ditanya pendapat, kita boleh jawab, “Eleh!!!! cerita lama”. Isi berita, jangan baca, kalau baca, buang
masa. Lebih banyak geromal.
Izinkan Uncle ingatkan anda semua tentang Serenity Prayers yang
Uncle sebut dahulu.
Ya Allah, berikan ku
kerendahan hati untuk menerima dengan redha
Apa
jua perkara yang tidak boleh diubahKeberanian diri untuk mengubah apa jua perkara yang perlu diubah
Dan kebijaksanaan untuk membezakan antara kedua-dua nya.
Tiada apa yang boleh
diubah di Malaysia. Banyak yang pandai tapi pandir. Banyak yang bijak tapi
totok. Kalau tidak masakan kita masih mengulangi cerita cerita lama walaupun
kononnya sedang menuju Wawasan 2020.
1 comment:
Salam tuan,
Kenapa tak de orang reply tulisan tuan? Ke sebab tuan tak pernah beri komen atas tulisan orang lain???? Huhuhuhuhu
Alan
Post a Comment