Kerap kali ia memerlukan
keadaan keadaan tertentu wujud di depan mata atau berlaku sebelum kita dapat
menghargai atau sedar berapa tingginya nilai seseorang atau sesuatu barangan
yang ada di depan mata kita. Dan kerap
kali juga apabila kesedaran tersebut timbul ianya sudah terlambat. Ibarat anak
yang semasa ayah ibunya masih hidup, sukar sekali untuk menjengah ayah ibu
walaupun jarak masa perjalanan hanya
seminit dua. Sibuk konon. Tetapi apabila
ayah dan ibu telah tiada baru ingin berguling-guling, berteriak melolong di
sisi jenazah ayah dan ibu yang telah kaku. Dah terlambat dik! Uncle B bukan melalut, sahaja ingin ingatkan
abang, kakak dan adik ipar yang sibuk sangat sehingga tiada masa untuk melawat
bapa sendiri walaupun kesemua tinggal di Lembah Kelang sebagaimana bapa mertua
saya. Begitu juga sesetengah adik adik saya yang sukar sangat menjengah ibu yang berada di Segamat, Johor
atau bersama ibu di hujong hujong minggu semasa ibu berada di Lembah Kelang. Betul kata seorang pemandu teksi kepada saya,
33 tahun dahulu. “1 emak & 1 bapak
boleh jaga 8 orang anak tetapi 8
orang anak belum tentu boleh jaga 1 emak dan 1 bapak.”
Memerhatikan
keadaan negara sekarang yang kelam kelibut, Uncle teringat kepada satu doa,
dikenali sebagai Serenity Prayers, yang mula digunakan oleh seorang ulama
kristian, Reinhold Niebuhr, pada tahun 1943. Malaysia
kelam kelibut bukan dari segi keamanan dan ketenteraman awam tetapi dari segi
pengurusan dan pentadbiran negara. Kelam kelibut seolah-olah negara ditadbir
oleh golongan pak pandir dan bukan technokrat
awam. Tak perlulah Uncle bagi
contoh kerana anda dah besar panjang dan sekolah tinggi. Jadi kalau rajin baca
berita dari sumber bebas, dengar radio bebas, melihat dengan bebas keadaan
sekeliling yang sedang berlaku dan yang penting mempunyai akal yang bebas dan merdeka, anda akan faham apa yang
Uncle B maksudkan. Bayangkan kalau jiran
kita, si suami seorang tokoh koperat yang menerajui satu empire perniagaan.
Isteri main kayu tiga, suami buat tak kisah. Anak perempuan sekejap mengandung,
kejap gugur. Anak lelaki tiap tiap malam bawa balik perempuan ke rumah. Orang
gaji lebih kuah dari sudu, bermaharaja lela di rumah. Hutang keluarga telah
mengatasi ke paras hidung. Bukankah
kelam kelibut namanya pentadbiran keluarga tersebut oleh sibapa yang kononnya
menjadi pemimpin rumah tangga. Begitulah kelam kelibutnya Malaysia.
There was a time
yang Uncle terfikir nak jadi agent of change. Lepas bersara nak join parti
politik dan buat perubahan. Tengok tengok, kebanyakkan ahli politik yang ada,
tak kira dari BN atau PR, rata rata masuk politik untuk kepentingan peribadi
(terutama dari parti cap dacing) atau paling tidaknya memperjuangkan ideologi
yang sempit. Kalau orang kampong yang kurang pendidikan dan tidak ada access
kepada media alternative untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di
sebalik sandiwara atau drama minggu ini yang disiarkan oleh media perdana,
Uncle boleh terima. Tetapi apabila yang kononnya bijak pandai, dari kecil
sampai tua asyik mengaji, masih mengatakan everything
is ok with our country, tentunya ada yang tak kena. Jadi kalau masyarakat sendiri tidak mahu
perubahan dan terus memenangkan BN, siapalah Uncle B untuk membawa perubahan
kepada orang Malaysia
yang totok.
Lantas Uncle
teringat kepada Serenity Prayers tadi, yang InsyaAllah akan Uncle amalkan mulai
hari ini.
God, give me grace to accept with serenity
the things that cannot be changed,
Courage to change the things which should be
changed,
and the Wisdom to distinguish the one from the
other.
Ya Allah, berikan ku kerendahan hati untuk menerima dengan redha
Apa jua
perkara yang tidak boleh diubah
Dan
kebijaksanaan untuk membezakan antara kedua-dua nya.
Hingga jumpa lagi,
salam sayang dari Uncle B, yang ingin mengucapkan “Selamat Menerima Kenaikan
Harga Sara Hidup” kerana kedegilan anda
untuk berubah dari BN kepada, yang tidak semestinya lebih baik tetapi
semestinya tidak akan lebih teruk.
Byee!!!!.
No comments:
Post a Comment