Monday, 9 March 2009

PELAJARAN HIDUP #1


Oleh kerana saya dah berjanji akan menolak jauh-jauh isu politik dan pergolakkan masyarakat dari blog saya, sehingga Malaysia hilang kekatunnannya, lebih baik saya berkongsi dengan anda lessons in life yang telah saya perolehi dari individu-individu yang pernah bertembung dengan saya dalam saya mengharungi hidup sehingga kini.

Ilmu atau pelajaran hanya tulisan beku dan kaku jika tidak dipraktikkan. Saya tidak akan berkongsi apa-apa dengan anda jika saya tidak mencubanya terlebih dahulu. Saya ibarat food taster raja. Sebelum Raja makan, saya jamah dahulu makanan. Kalau beracun, saya mati dulu sebelum tukang masak dan penghidang makanan disula oleh Raja. Jika berkesan ilmu yang saya tuntut, akan saya sebarkan. Jika tidak, akan saya kuburkan.

Masa inai dijari isteri masih lagi merah dulu (masa tengah ganas dan waktu dipandang hidup), kami pernah menaikki sebuah teksi yang dipandu oleh seorang warga keturunan Cina. Sebaik melalui IPD Campbell, sekarang Balai Dang Wangi, dan terpandang inai di jari isteri, pemandu tersebut terus buka cerita.

”Wah, kawan ah!,” si pemandu membuka bicara, ”kita laki-laki ah!, tak kila Cina ke Malayu banyak tak patut”.

Saya bertanya kenapa dia berkata demikian.

”Saya ada satu kawan, dulu jual kueh tiaw, sikalang, sudah jadi kontraktor besar, pakai BMW, lagi ada amoi muda, banyak tak patut punya kawan.

Aku agak, mesti Cina 50an ini jealous. Kawan dia yang umur lebih kurang sebaya, mampu pakai Mercedes dan pakai amoi muda, dia masih terkial-kial bawa teksi untuk menyambung hidup. Aku biarkan dia terus bercerita.

”Dulu, ah!, masa jual kueh tiaw punya jam, pagi-pagi sudah keluar sama bini, beli barang mahu jual kueh tiaw, lepas itu, bini sama dia, sama-sama tolak itu kereta sorong (gerai beroda agaknya) pegi Jalan Pekeliling, jual kueh tiaw. Malam balu balik rumah. Itu jam, ah!, dia sama bini banyak susah, duduk rumah setinggan, kadang-kadang makan magee mee, mahu kasi anak sekolah.”

Aku biarkan Cina itu merungut.

”Simpan wang, kemudian bikin small kontrak. Lama-lama jadi kontraktor besar, sikalang betul-betul kaya.”

”OK, apa,” aku menyampuk, ”Dia rajin bikin wang, itu sebab dia kaya.”

”Bikin wang gua tak marah”, bidas cina teksi tu, ” tapi dia bikin bini tua, gua marah. Susah punya jam, bini tua sama-sama susah. Senang punya jam, angkat amoi muda. Wah! itu amoi banyak senang. Talak susah-susah, dapat 1 bungalow, satu BMW. Cilaka punya perempuan. Ada patut kah itu macam”. Marah betul pemandu teksi Cina tu.

Aku teringat seorang anak buah aku yang berpangkat koperal, semasa di Cawangan Marin Selatan (Johor) dahulu. 6 bulan setelah mendapat pangkat Inspekter (Kenaikkan Pangkat Secara Lantikan), kawin lagi satu. Baru-baru ini, seorang ASP di pantai timor, ceraikan isteri tua yang tidak bekerja dan ada 6 orang anak kerana mengejar cipap inspekter percubaan wanita yang baru bekerja. Patutkah macam tu!. Seliseh malaikat 44, janganlah aku macam hamlau-hamlau ni.

29 tahun kemudian, terasa kebenarannya, kata-kata pemandu teksi Cina tersebut. Itu sebab, 29 tahun selepas bergelar suami aku masih memelok isteri aku yang dulu, kini dan selamanya, waktu tidor.

Kerana aku tak mahu jadi, tak patut punya olang. Terima Kasih apek (pemandu tu dah 70 tahun + umurnya sekarang) kerana lu punya nasihat.

Salam perjuangan dari uncle, yang dulu pandang hidup tapi sekarang kena pegang baru hidup.

1 comment:

Anonymous said...

This story is OK, it's indeed a good life lesson. For me, it's a matter of self control. Self control is one thing, another thing is that one must always remember is that we are mortal, we cannot live forever and one day we will die.

Life has its ups and downs. That is why we must always practice humility and never forget our own roots. Where we were before, and what/where we are now.

One must always remember to have gratitude.

My father taught me few principles in life, and it serves a good reminder for me until this day.

Those priciples are honour, integrity and loyalty.

When one has honour, there will be no such thing as bribe. Honour in a sense of respecting yourself. If you have honour, it means you respect yourself. When you have respect for yourself, people will have more respect for you. It starts with you. Always have, always been.

I believe honour plays a great part in the making of a good character.

Integrity is doing things right. For me, it is the ability to differentiate what is right, what is wrong.

As for loyalty, it is the act of selflesness, to devote oneself to the right cause.

Teach these values (honour, integrity, loyalty) to the people you know of, show them the right path and I believe you, as a police officer will have good men working for you.

It begins with the first step.