Akhbar melaporkan seramai 2,600 orang perwakilan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO yang sedang berlansong di PWTC minggu ini, 24-28 Mac 2009. Kalau 2,600 orang melayu ini mewakili collective minds kelompok melayu yang telah memerintah negara sejak merdeka (kus! semangat, selisih malaikat 44, janganlah berterusan!), maka akan berkuburlah raison d'etre perjuangan patriot-patriot Tanah Melayu seperti Dato' Mat Kilau, Dato’ Bahaman, Dato’ Naning, Dato’ Maharaja Lela dan ramai lagi yang sezaman dengan mereka. Lantas kegelapan dan kesuramanlah yang akan menunggu anak cucu kita di bumi mereka sendiri.
Mengapa begitu pessimistic? Bagaimana optimisticnya dunia Islam terhadap dasar luar Amerika terhadap Islam, apabila Barack Obama dipilih sebagai Presiden, begitulah juga pessimisticnya saya apabila melihat tokoh-tokoh yang dipilih oleh perwakilan untuk memimpin parti terbesar melayu.
Dunia Islam mempunyai prasangka baik terhadap pendekatan Obama kepada Islam kerana kaitannya dengan dunia islam. Bapa seorang muslim dan pernah dibesarkan di negara dengan penduduk Islam terbesar di dunia, Indonesia. Begitu juga saya mempunyai prasangka buruk terhadap mereka yang terpilih kerana rekod-rekod peribadi yang mengiringi mereka. Saya tidak tahu sama ada rekod itu benar atau palsu. Anda mungkin lebih tahu dari saya tetapi arwah nenek moyang kita, orang melayu, pernah berkata bahawa masakan pokok bergoyang jika tidak ada angin.
UMNO mempunyai 3 juta orang ahli. Jika kesemua ahli adalah pasangan suami isteri, bermakna ada 1.5 juta ketua-ketua keluarga menganggotai UMNO. Jika setiap keluarga mempunyai 2 orang anak di bawah umur 12 tahun, (impressionable age), negara telah mempunyai 3 juta kanak-kanak yang sedang dibesarkan oleh orang-orang UMNO. Kanak-kanak yang akan mengambil-alih pimpinan negara apabila pemimpin yang ada sekarang berada 6 kaki dalam tanah.
Apa agaknya mesej yang akan kanak-kanak ini terima apabila melihat pemilihan pemimpin-pemimpin UMNO yang dibuat oleh ibu bapa mereka. Apabila watak-watak yang telah didapati bersalah kerana rasuah dan yang integrity dan maruah mereka menjadi tanda soal, masih dipilih untuk menerajui UMNO.
Apakah ini mesejnya? Bahawa Islam salah, apabila antaranya, mensyaratkan hanya orang yang berakhlak tinggi, bermoral, berintegriti dan berilmu, layak menjadi pemimpin. Bahawa rasuah tidak salah. Bahawa anak-anak tak perlu bimbang, membesar menjadi lanun jika well connected.
Saya hanya melontarkan soalan. Anda carilah jawapannya sendiri, mengikut cita rasa anda. There is no right or wrong answer.
Belajar-belajarlah berfikir,
dari Uncle B.
No comments:
Post a Comment