Wednesday, 11 March 2009

REVOLUSI, STATUS DAN KETIDAK PERCAYAAN


PROLOGUE

Terima kasih kepada Dr.SR, seorang assistant professor dari sebuah universiti terkemuka di Malaysia kerana sudi melapangkan masa untuk melawat laman blog saya. Sebagai seorang blogger picisan, It’s an honour for me, to have an intellectual like Dr. SR, reading my postings. Thanks prof.

PERLUKAH REVOLUSI DI MALAYSIA

Malaysia memang memerlukan satu revolusi tetapi sebelum kawan-kawan dalam Cawangan Khas menjemput saya di rumah jam 3 pagi, perlu saya jelaskan bahawa apa yang saya maksudkan adalah revolusi mental bukan revolusi bersenjata. Generasi tua mungkin tidak dapat diselamatkan, kecuali telah diajar berfikir sejak dari sekolah rendah lagi. Yang perlu disuntik dengan kebolehan menganalisa secara kritikal apabila melihat sesuatu perbuatan atau membaca sesuatu ungkapan, adalah pelajar-pelajar kita supaya mereka dapat membezakan antara propaganda dengan kebenaran.

Revolusi bersenjata yang mengharuskan pengulingan pucuk pimpinan negara melalui kekerasan hanya akan berjaya menggantikan satu set penyangak dengan set penyangak yang lain tetapi kedua-duanya tetap penyangak. Dimana rakyat berkuasa memilih pemimpin melalui peti undi, jauhari hendaklah mengenal manikam.

Saya yakin pembaca akan bersetuju dengan saya bahawa General Urko dan suku sakatnya tidak akan memilih golongan manusia untuk memimpin Planet of The Apes. Bagi mereka yang pernah menonton siri filem Planet Of The Apes, lakonan mendiang Charton Heston, tentu sedar bahawa manusia yang telah diperhambakan oleh monyet-monyet di planet berkenaan sebenarnya bijak dan boleh berfikir tetapi telah diperbodohkan oleh beruk supaya menerima kaum beruk sebagai pemimpin.

Mungkin pandangan saya ini terlalu kurang ajar tetapi saya telah nampak terlampau banyak persamaan antara negara kita Malaysia dengan The Planet Of The Apes. Justeru itu kita memang memerlukan satu revolusi mental supaya kaum manusia yang telah digoblokkan (terutama kaum pelajar) tahu berfikir kembali dan memilih manusia untuk mentadbir negara.

Rakyat harus direvolusikan mentalnya supaya pemikiran mereka melampaui batas retorik pembangunan material, ketuanan kaum dan momokkan keselamatan negara semata-mata. Rakyat harus dididik menjadi jauhari supaya dapat mengenal manikam, supaya tahu membezakan antara kaca dengan permata, lantas memilih pemimpin yang tidak tahu bahasa berbunga tetapi membudayakan pembangunan ummah dan mempraktikkan ciri-ciri insaniah seperti fairness, justice and fairplay.

STATUS MALAYSIA KU TERCINTA

Satu soalan yang sukar dijawab, jika ada yang bertanya, apa status negara kita sekarang. Payah untuk dijawab kerana ianya seperti bertanya apa tahap morality seorang pelacur. What can I say about the state of this country we call Malaysia, if everything is going down the drain.

Daripada sebuah negara yang suatu masa dahulu dihormati oleh dunia dalam pelbagai bidang seperti sukan, kewibawaan pasukan polisnya, pentadbiran ekonominya hingga ke arena sosio-politiknya, hari ini kita tak ubah macam pariah. Negara yang dahulunya menjadi role model dan bahan rujukan untuk negara-negara Asia Tenggara seperti Laos, Vietnam, Filipina, Indonesia, dll, hari ini kita telah ditinggalkan jauh dan yang paling sedih sudah menjadi bahan lawak jenaka. Cuba tanya diri sendiri, apa ranking Universiti Malaya dalam senarai universiti terbaik dunia?

KENAPA, TAK PERCAYA KE?

Saya pernah tersenyum mendengar dan melihat iklan ini di kaca TV beberapa tahun yang lepas. Tidak disangka cempedak menjadi nangka, jenaka menjadi nyata. Kalaulah RTM dan TV3 tidak bacul dan berani menayangkan iklan-iklan berikut, ada tidak agaknya syarikat atau individu yang sanggup menayangkan selingan-selingan berikut selepas setiap entah ape-ape pengumuman oleh PDRM, SPRM, SPR, Menteri dan segala jenis agensi kerajaan.

Lepas sahaja pengumuman dibuat, tunjukkan gambar seorang Ah Beng, seorang Muthu dan seorang Ahmad, sedang duduk semeja di warong, sambil minum kopi. Kamera close up, tunjukkan muka ketiga-tiga orang ni dengan mata terbeliak, macam terperanjat. Kemudian keluar suara latar, “ Kenapa Tak Percaya Ke?”

Sejauh mana tahap keyakinan rakyat terhadap apa juga institusi kerajaan dewasa ini, tidak dapat saya andaikan kerana setakat ini belum ada satu pun empirical studies yang dibuat. Saya tidak mahu menggunakan response cucu saya yang berusia 3 tahun sebagai kayu pengukur kepercayaan rakyat terhadap kerajaan dan institusi-institusi negara yang ditarik hidung, kerana tidak mungkin response seorang anak kecil boleh diambil kira.

Peliknya, setiap kali cucu saya melihat siaran berita RTM atau TV 3, dia kan menjerit-jerit memanggil saya, “Atuk, Atuk, orang tu bluff, orang tu bluff " (cucu saya baru belajar menangis dalam bahasa inggeris). Dan cucu saya tidak akan berhenti menjerit sehingga saya menyampuk sama, “Betul akak, itu semua cerita gormal (slang Johor - cari sendiri maknanya).

Byeeee!!!! dari saya,
Yang lebih rela duduk dalam kumpulan beruk, siamang, ungka, kera, monyet & gorilla yang mengaku binatang daripada duduk dalam kumpulan beruk, siamang, ungka, kera, monyet & gorilla yang mengaku manusia.

Sekali lagi, thanks Dr. SR kerana sanggup mampir ke blog saya dan sudi-sudilah menjengah selalu.

2 comments:

Anonymous said...

Salam tuan...my pleasure..thanks for responding to some issues i pointed out in my comment to your previous posting.Erm...I know you have found me on the cybernet kan tuan.... Anyway, I expect more mind provoking postings in future...happy blogging...

Anonymous said...

Salam tuan. kata2 tn tu ada kebenarannya..

selagi kita dipimpin oleh beruk maka, kita sama je ngan beruk. senang je, kalu taknak jadi beruk , jangan ikut beruk....

nanti tak pasal-pasal diambik berlakon dalam film Planet Apes 2.