Bukan senang rupanya nak jadi blogger. Kalau menulis, kadang-kadang, pembaca setia akan lari sebab buka blog cerita lama, buka blog cerita basi. Lama-lama pembaca lari. Pagi tadi, 5 Mac 2009, brother Meor dah komplen. Salah sendiri kerana dalam diam telah 5 hari berlalu sejak posting saya yang terakhir pada Sabtu 28 February 2009.
Nak menulis hari-hari, tidak menjadi masalah. Cuma, tidur saya terpaksa dikurangkan kerana saya bukan pencuri waktu pejabat untuk menulis dan awal malam perlu saya tumpukan pada cucu yang manja dan perlukan perhatian. Seperkara lagi, di negara di bawah tempurong, kekampongan dan bermentaliti feudal seperti Malaysia, teramatlah payah untuk melahirkan pendapat atau hujah-hujah untuk memperkasakan negara. Kecuali pendapat-pendapat yang membodek kerajaan walaupun yang diampu itu adalah badut dan kaki lawak.
Nak beri pandangan atau ulasan mengenai kehidupan seharian masyarakat di sekeliling aku, nampak sahaja straight forward tetapi aku tetap terdedah kepada Akta Rahsia Rasmi atau inggerisnya Offset Scandal Act iaitu satu akta yang diwujudkan untuk melindungi kerajaan yang penuh dengan skandal wang dan skandal apam. Aku juga boleh disaman kerana menghasut, memfitnah dan bermacam-macam lagi. Kecualilah aku memfitnah pembangkang, bilamana status aku akan bertukar jadi wira negara.
Satu masa dulu, rajin juga aku memberi pandangan dangkal ku mengenai politik negara tetapi sejak ahli-ahli politik negara jatuh ke taraf politikus longkang dan tong najis (kecuali wakil rakyat PAS), aku telah mengambil keputusan untuk menghindari isu-isu politik. InsyaAllah, apabila ahli-ahli dewan rakyat kita berjaya keluar dari tong najis dan longkang dari mana mereka berkubang dan rakyat malaysia menjadi matang, aku akan berjinak-jinak semula dengan komentar politik kedai kopi aku.
Sulit untuk aku mengesahkan yang masyarakat Malaysia telah matang apabila perkara yang remeh temeh menjadi isu besar dan dijadikan laporan polis. Seolah-olah polis tak ada kerja lain dan jalan penyelesaian kepada kebodohan dan kekalutan diri sendiri.
Terbukti bahawa PDRM selama ini adalah ibarat isteri tua yang dikutuk, diperlekeh, dicaci dan dihina di hadapan gadis-gadis muda tetapi apabila terdesak dan yang muda enggan atau tidak berupaya memenuhi kehendak, isteri tua juga yang dilumur KY dan ditala.
Bagaimana untuk menyakinkan diri sendiri dan cucu aku bahawa para politikus kita sedang merangkak keluar dari longkang dan loji kumbahan najis kalau Perdana Menteri dilantik dari boss No. 1 parti politik yang memegang majoriti di parlimen, sedangkan mereka hanya mendapat 54% daripada kepercayaan rakyat Malaysia.
Tabik spring saya kepada Indonesia kerana kematangan politik mereka yang memilih ahli sebuah parti yang hanya mempunyai majoriti ke 7 tertinggi di parlimen Indonesia sebagai presiden. Dan saya juga tabik spring dengan kedua belah tangan kerana di Indonesia, menteri–menterinya dipilih dari semua wakil rakyat di parlimen tanpa mengira parti dan bukan hanya dari parti yang memegang majoriti sahaja seperti di Malaysia. Sekurang-kurangnya kelihatan bahawa menteri-menteri di Indonesia dipilih kerana kebolehan mereka dan bukan kerana kebodekkan mereka sebagai ahli parti memerintah.
Jika saya terdengar kata-kata sinis bahawa di Indonesia lebih teruk korupsinya, sekurang –kurangnya mereka tidak menyamar bersih dan warak seperti di Malaysia. Biar saya katakan bahawa di Indonesia rasuahnya secara telus sementara di Malaysia, rasuah berselindung di sebalik politik wang, pemberian, sagu hati, komisen dan hadiah.
Hingga jumpa lagi, apa kata kita kambus sahaja longkang-longkang dan tong najis yang mengandungi politikus kita dan kita serahkan malaysia untuk ditadbir urus oleh Lee Hsien Loong (PM Singapura lah!).
After all, pasir Malaysia kita dah jual pada apek Singapura. Sebahagian Johor dah dimiliki oleh Cina Singapore (Wilayah Iskandar), tali barut Singapura dah ada di Putrajaya dan ejen-ejen Singapura dah tidor sekatil dengan orang penting malaysia, jadi eloklah kita jual bontot dan apam kita kepada Singapura.
Salam semerluki!!!
1 comment:
Salam tuan, ya...agak susah untuk jadi blogger. saya pun dah banyak kali buka blog tuan, memang jemu tengok posting lama saja...tidak ada yang baru...
Untuk posting tuan kali ini saya rasa berminat untuk membuat sedikit komen..bagi mencambah minda...pertamanya, saya agak setuju dengan pandangan tuan mengenai ahli-ahli politik semasa. bagi saya, kesemuanya rakus dalam merebut kuasa..dan PAS pula macam dah jadi tikus...kebanyakan ahli pentingkan isi poket sendiri dari kepentingan constituency masing-masing. Soalan cepu mas, Apakah negara kita memerlukan satu revolusi? Semalam saya membaca blog wira damai yang menganggap persidangan bawah pokok sebagai revolusi...
Apapun kisahkanlah apa yang berlaku dalam politik tanah air...persoalan utama saya nak kongsi dengan tuan serta pembaca blog tuan, apakah status negara kita sekarang. isu ini saya anggap penting kerana sudah terlalu banyak institusi yang telah diterjah. POLIS sendiri...kena buat kajian empirical, berapa orang yang masih percayakan polis? Isteri-isteri polis sendiri mungkin tidak berapa percaya pada polis, sebab tu rata-rata isteri polis berpangkat tinggi dari polis, kalau suami supt. isteri jadi AsheP...(mungkin atas sebab lain pun isteri berpangkat lebih tinggi? Itu masih terbuka untuk tafsiran)...selain polis, AG, peguam negara ini juga sudah luntur kepercayaan rakyat, bermula dengan isu selective prosecution...ahli agama juga dihina, ahli akademik yang menyatakan undang-undang seperti saya dikatakan pro parti politik tertentu. MAHKAMAH? ermmm tak yah cakap juga...ramai yang tidak dapat berlapang dada menerima keputusan mahkamah..kerana dalam minda mereka mahkamah pun sokong parti pemerintah setelah apa yang dipaparkan keapda umum dengan kes Lingam... Terbaru, ATM di terjah dengan isu rasuah pemimpin kanan...sedar atau tidak negara kita berada dalam situasi agak membimbangkan.... atau dalam bahasa inggerisnya Weak State...Apa kata tuan?
Post a Comment