Sembahyang Eidil Adha yang
baru lalu mengajar saya dua perkara. Pertama, apabila mengaminkan bacaan
Al-Fatihah dan doa imam, para jemaah mengaminkannya dengan satu suara. Suara
umat Rasullullah s.a.w. bukan suara PKR, UMNO atau PAS. Untuk seketika barangkali
(dan menjadi harapan saya) jemaah menyangkutkan topi PAS, UMNO dan PKR mereka
di luar masjid. Tidak terfikir agaknya di benak mereka untuk menang pilihan
raya, jadi wakil rakyat, jadi menteri dan menghabiskan duit rakyat untuk
kepentingan peribadi atas nama pembangunan negara.
Sayang sekali, ini cuma
impian saya, kerana mustahil pisang boleh berbuah dua kali. Kalau ustaz dan
ustazah pun boleh dipergunakan untuk kepentingan politik, tidak menghairankan
jika sampai kiamat pun orang Islam di Malaysia akan berhadapan dengan Hudud PAS
dan Hudud UMNO, bukan Hudud Islam. Dan selagi itu kaum bukan Islam Malaysia
akan terus menghina Islam kerana walaupun ada melayu Islam yang ada kuasa, mereka bacul untuk mengajar orang yang meludah Islam. Kini
baru saya faham tempelak arwah abah, “Orang melayu cuma berani dengan bangsa
sendiri tetapi menikus dengan bangsa lain”.
Kebetulan Hari Raya Eidil
Adha tahun ini jatuh pada hari jumaat. Jadi saya sembahyang raya dan sembahyang
jumaat pada hari yang sama. Kedua-dua sembahyang ini saya lakukan masing-masing
di dua buah masjid yang berhampiran dengan tempat tinggal saya di Subang
Galaxy/Kampong Melayu Subang.
Suatu masa dahulu, semasa sembahyang hari raya
atau sembahyang jumaat, saf-saf di kiri, kanan, hadapan dan belakang saya akan
dipenuhi oleh orang malaysia.
Apabila keluar masjid, saya akan dikelilingi oleh orang malaysia. Lapang dada dibuatnya
kerana melihat sahaja muka muka yang berada di sekeliling, saya yakin saya
berada di Malaysia.
Hari ini saya kena tepok dahi
dan gosok mata berkali-kali untuk mempastikan yang saya benar-benar berada
dalam sebuah masjid di Malaysia
dan bukan di Bangladesh atau
Indonesia.
Apa tidaknya. Apabila duduk di saf, di kiri Bangla, di kanan Bangla. di hadapan
Indon, di belakang suara Indon. Agaknya kalau masuk pegawai-pegawai imigresen
beruniform untuk solat, sekelip mata aje masjid jadi kosong. Itu alright lagi,
apabila keluar masjid, nasib baik jantung saya ok. Saya dikelilingi oleh suara
suara asing dan muka muka asing. Untuk seketika saya cemas dan terperanjat
beruk kerana terfikir, bagaimana saya yang sembahyang di sebuah masjid di Malaysia , tiba-tiba boleh berada di Bangladesh.
Saya tak nak komen apa-apa.
Cuma nak tanya sikit, apa dah jadi dengan Program 6P, Kementerian Dalam Negeri,
yang telah menghabiskan berjuta ringgit duit rakyat untuk mengkayakan orang
tertentu yang diberi lesen untuk mendaftarkan PATI. Kalau ia pun nak menang
pilihanraya, bukan dengan mengadaikan keselamatan negara.
Hingga jumpa lagi, salam
sayang dari Uncle B, yang tidak terperanjat suatu masa dahulu kerana setiap
jumaat, imam berkhutbah dalam bahasa Portuguese dan Uncle dikelilingi oleh
Awang Hitam sebab Uncle memang bukan berada di Malaysia. Byeeee!!
No comments:
Post a Comment