Kalau samplingnya mewakili semua
strata wanita dan lelaki Malaysia dan confidence indexnya tinggi, maka Durex Sex Survey terkini, membuktikan bahawa Malaysia sedang dalam perjalanan
jatuh ke dalam longkang. Udahlah ranking bola sepak negara setaraf dengan Papua
New Guinea, status ekonomi kita menghala ke Greece dan dah hampir dengan
Sepanyol, bahkan dalam hal-hal bilik tidor dan bab romen beromen pun kita
corot. Kita kalah dengan jantan Singapura.
Akhbar The Star, 14 Oktober 2012,
membentangkan hasil Durex Sex Survey yang menunjukkan bahawa lelaki
Malaysia hanya mempunyai purata 3 rakan sex sepanjang hidupnya sementara lelaki
Singapura mempunyai 16 teman tidur wanita. Ceh!! cekai betul lelaki Malaysia, kalah
6 kali ganda dari mamat Singapura dalam bab menelanjangkan wanita. Nasib baik
gua dibesarkan di Singapura. Sebelum anda mendabik dada mengatakan itu bermakna
lelaki Malaysia lebih setia
kepada teman wanitanya berbanding lelaki Singapura, cuba renungkan statistics berikut.
Survey menunjukkan bahawa wanita Malaysia berada
di tangga ketiga (39%) di dunia dari segi berlaku curang (unfaithful) terhadap
teman/suami mereka. Di tempat kedua wanita Thai, sebanyak 59% dan di tempat
pertama, wanita Russia
dengan sebanyak 62% telah sexually unfaithful terhadap partners mereka.
Kesimpulan yang boleh dibuat.
Pertama, 39% wanita Malaysia
pernah curang terhadap teman lelaki mereka. Maknanya mungkin lelaki Malaysia elek
teknik berasmara lalu gagal menyeronokkan teman wanita mereka di ranjang. Itu
sebab wanita malaysia
cari jantan lain. Kedua, lelaki Malaysia
kurang skill katil dan tidak pandai ayat-mengayat maka mereka cuma mampu ada 3
sex partners sahaja in their (malaysian men) life time berbanding lelaki
Singapura dengan 16 sex partners. Ternyata dalam kesemua bidang, sukan ke,
ekonomi ke, kewibawaan parlimentarians kita ke sehinggakan ke bidang memutihkan
mata wanita dan buat mereka merengek pun, kita berada at the bottom of the
barrel.
Hingga jumpa lagi, selamat mencari
dari Uncle B, yang hairan. Kalau 4 daripada 10 wanita Malaysia pernah curang,
kenapa lelaki Malaysia
ada 3 sex partners aje in their lifetime dan kenapa payah sangat Uncle nak
terserempak dengan wanita-wanita gersang ini.
Byeeee!!
1 comment:
1. Salam tuan....sebagai bekas pegawai polis yang biasa mengumpul maklumat, saya kira tuan faham benar tentang teknik mengumpul maklumat dan kepentingan maklumat untuk dikategorikan. Dalam kajian yang bukan berbentuk akademik seperi ini, dakwaan ini sukar untuk dibuktikan dan dihujahkan.
2. Saya akui bahawa mungkin benar orang Malaysia kalah dengan Singapura dalam bab menelanjangkan perempuan. Namun, bab kesetiaan ini pun boleh kita pertikaikan. Dalam banyak kajian mengesan dara, saya kira ramai juga yang mengakui tiada lagi dara bukan kerana bertujuan untuk menaikkan index peratusan. Ada kemungkinan, bahkan besar juga kemungkinan, pengakuan tiada dara itu dibuat kerana ia membuktikan bahawa sebagai anak gadis, dia pun sudah mendapat nikmat seks walaupun belum berkahwin. Jadi, dia akan dianggap hebat.
3. Bab ekonomi. Kalau kita mengikut falsafah ekonomi Anwar Ibrahim, itu saya memang confirm boleh jadi seperti Greek. Tapi dakwaan bahawa negara kita hampir bangkrap, sudah wujud sejak 1980an lagi. Sejak YBM Tengku Razaleigh Hamzah menjadi penentang kerajaan selepas kalah dalam pemilihan agong UMNO. Masa itu pun, dakwaan bahawa negara hampir bangkrap dan muflis sudah kedengaran sangat kuat. Apa yang sama ialah, kedua bekas Menteri Kewangan ini hanya mendakwa begitu. Hakikatnya pencen bulanan tuan sebagai pegawai polis tetap dibayar tanpa ditangguh waima satu sen pun. Jangan percaya dakwaan karut marut tu tuan. Datuk Fauzi pun tak pernah dakwa ekonomi kita teruk. Tanya dia kalau tak percaya.
Hehehehe
Terima kasih tuan !!!
Alan
Post a Comment