Amalan
sekarang, penguatkuasaan undang undang jalanraya dilakukan oleh PDRM dan JPJ.
Jika bantuan teknikal yang canggih diperlukan untuk melaksanakan tugas ini, organisasi
berkaitan akan membelinya dari peruntukkan tahunan masing-masing. Pesalah
trafik akan disaman sama ada secara terus atau melalui pos (saman ekor). Bagi
kes-kes yang boleh kompaun, jika merayu pada pegawai polis atau JPJ yang
berkuasa, ada peluang bayar kompaun yang minima, serendah RM70 daripada RM300
maksima kerana memandu laju.
Undang-undang
dikuatkuasakan, pesalah bayar saman. Tak kiralah kita bayar minima atau maksima
ke, duit bayaran saman tetap 100% masuk ke dalam perbendaharaan negara dan
bukan poket PDRM atau JPJ. Tak ada penyamun kolar putih yang menangguk di air
keruh.
Terkini,
kerajaan has had enough dengan pesalah-pesalah jalan raya. Tidak menghairankan
kerana pemandu malaysia
memang dah terkenal di peringkat antarabangsa sebagai antara yang paling kurang
ajar dan tidak reti bahasa di dunia. Tiada maaf bagi mu. Langgar lampu merah,
mesti bayar denda maksima RM300 dalam tempoh 5 hari.
Untuk
tangkap pelesit-pelesit jalanraya ini, kena pakai kamera canggih (AES). Gambar
yang dirakam oleh kamera akan pergi ke JPJ, pegawai JPJ akan sahkan pemilik
kenderaan dan hantar saman pada pelesit terlibat. Pelesit pula akan pergi jumpa
polis untuk bayar saman maksima yang dikenakan. Denda maksima RM300 yang
dibayar akan masuk ke dalam dana kerajaan. Kerajaan boleh tambah duit tabungan,
kesalahan jalan raya boleh kurang. Cantik!!
Yang
musykilnya, kenapa sistem AES ini mesti dikonsesikan kepada dua buah syarikat
swasta yang saya dengar ada kaitan dengan pemerintah. Lepas tu pulak, bagi
setiap saman yang dikeluarkan, syarikat swasta ini akan dapat RM16. Tu yang
bagusnya kenal orang BN ni. Boleh jadi kaya atas angin.
Bayangkan.
Kroni beli peralatan AES. JPJ buat kerja untuk sahkan pesalah, polis buat kerja
untuk kutip saman tetapi kroni goyang kaki, sakau RM 16 setiap saman pada
peringkat pertama perlaksanaan sistem, kongsi 50-50 dengan kerajaan, jumlah
saman yang dibayar pada peringkat kedua dan pada peringkat ketiga, kongsi
75-25, dengan hanya 25% untuk kerajaan. Jadi AES ini bukanlah ikhlas untuk
mendahulukan keselamatan rakyat tetapi untuk mengkayakan rakan taulan.
Kalau
ini cara terbaik mengurus kesejahteraan rakyat kenapa tidak PDRM itu sendiri
diswastakan. Kalau ada shopping komplex atau kawasan perumahan nak jaga
keselamatan komplex/perumahan dia orang, panggil PDRM yang telah diswastakan.
Komplex bayar RM15 sejam (sebab ada kuasa polis), pemegang konsesi PDRM dapat
RM5.
Kalau
ada makhluk yang tidak nampak apa yang sedang berlaku, too bad, so sad, kerana
itu bermakna sama ada anda buta, celik tapi buta atau sememangnya anda bebal
walaupun ada ijazah phd.
Hingga
jumpa lagi, salam sayang dari Uncle B, yang akan dulu, kini dan selamanya UMNO,
jika dianugerahkan kontrak bekal stationeries kepada PDRM.
Byeee!!
1 comment:
Sir, i think you should do more research if you think that AES project was given to UMNO cronies.... You are wrong...
TQ sir....
Alan
Post a Comment