Monday 22 April 2013

BENAM BN 2013


Kali terakhir saya menulis untuk KACA MATAKU pada 21 November 2012 lalu, timbul hasrat untuk membiarkan sahaja blog ini mati beragan. Dalam konteks cinta rapoh hari ini, gantung tak bertali, bakar tidak berapi. Sukar jadi blogger Mat Jenin yang berangan untuk menjadi agent of change. Pada hal blognya hanya kadang ... kadang dilawati. Bak kata orang Negeri 9, “menghabihkan boras jo” menulis.

Direnung kembali, KACA MATAKU asalnya lahir sebagai rekod apa yang pernah bermain dalam fikiran saya. Justeru keperluan untuk menyambung riwayat blog ini.

5hb Mei 2013, PRU ke 13. Melonjak hati ingin melihat BN kecundang,, gulung tikar, bungkus. Seronok jika dapat tahu algojo-algojo BN cari kerja kat JobStreet.com kerana tiada peluang untuk sakau duit rakyat lagi dan Rosmah Mansor kumpul duit syilling untuk menampong cincin, rantai, gelangnya. Maklumlah kalau dah tak jadi bini PM lagi, siapalah sudi nak bagi hadiah-hadiah mahal. Tauke pelacur dan judi pun tak nak dekat. Lebih baik dia orang akrab dengan pegawai polis D7. Ada juga faedahnya.

Malangnya, setelah potong sehiris limau nipis, jampi jampi sikit dan baling dalam mangkuk ayan berisi mineral water, saya nampak BN masih lagi melekat di Putrajaya sambil terus menerus mengikis kering duit rakyat.  Sebabnya?

Majoriti orang melayu, termasuk yang pernah mengaji di menara gading dan dapat ijazah bergulung-gulung. masih lagi tidak mahu melihat, mentelaah dan mengambil iktibar dari apa yang telah, sedang dan akan terus berlaku di sekeliling mereka. Lontarkan fitnah bahawa jika Pakatan Rakyat memerintah, melayu akan hilang di dunia, tak cukup dakwat dan pen nak pangkah BN. Takut melayu akan hilang ketuanan, perkasa dan kuasanya.

Macamlah selepas 55 tahun UMNO memerintah, orang melayu ada ketuanan, ada perkasanya. Kuasa mungkin ada tapi kuasa untuk mengembungkan poket sendiri. Bak kata satu risalah kaum Cina yang disebarkan luas di Universiti Malaya pada awal tahun 80an dahulu, “Orang Cina tak perlu pegang kuasa politik. Biar melayu berpolitik. Kita (orang cina) pegang kuasa ekonomi. Orang melayu boleh dibeli dengan wang ringgit dan perempuan. Dengan duit kita boleh tarik hidung dan pulas telinga penguasa melayu untuk ikut rentak kita”. Ini yang telah, sedang dan pasti terus berlaku jika UMNO terus berkuasa. Kalau dulu kerajaan UMNO yang haramkan Hindraf, hari ini, kerajaan UMNO juga yang berunding dengan Hindraf. Semata-mata untuk terus berkuasa.

Selepas 55 tahun di bawah pemerintahan UMNO, juara kemiskinan antara kaum masih dipegang oleh orang melayu. Tanah rezab melayu diambil-alih jadi Iskandar Development Region (IDR) yang majoritinya dipenuhi oleh taikun-taikun Cina Singapura. 40% daripada konsesi balak di Sarawak dimiliki oleh 6 Cina dan 1 melayu (cousin MB Sarawak). Kalau BN bantu melayu, kenapa konsesi tidak diberi kepada 6 melayu dan 1 cina. Kalau kita mahu melihat sekeliling dan berfikir, kita akan tahu siapa yang jual siapa kepada siapa dan kerana apa.

Apapun,  selepas BN berkuasa semula nanti, saya gerenti, tarif air dan elektrik akan naik dan subsidi-subsidi akan dipotong lagi. Akhirnya rakyat juga, yang majoritinya melayu miskin, akan menanggung beban hutang hasil kemenangan BN/UMNO dalam PRU 13 ini.

Hingga berjumpa di Hari Pengundian nanti, salam dari Uncle B, yang masih belum bebal dan tidak pernah terpengaruh dengan dakyah UMNO.

Byeee!!.