Monday 30 May 2011

MSM AND MBSA

Semua orang tahu bahawa FELDA adalah sebuah agency kerajaan yang core businessnya adalah kelapa sawit. Insan tolol sahaja yang tidak tahu atau enggan tahu bahawa duit kerajaan adalah duit rakyat. Jadi apabila sesebuah agency kerajaan macam FELDA menjalankan perniagaan, mereka (agency) menggunakan duit rakyat dan bukan duit ahli Barisan Nasional. Ini bermakna rakyat jadi pemegang saham tidak lansung dalam agency-agency berkaitan. Lantaran kalau syarikat rugi, rakyat tanggung. Begitu juga kalau syarikat untung, rakyat harus merasa labanya.

Macam Temasek Holdingslah, sebuah conglomerate kerajaan Singapura yang berniaga menggunakan duit rakyat Singapura. Bezanya bila untung, rakyat Singapura dapat dividennya. Tahun lepas, setiap rakyat Singapura dibayar dividen sebanyak SGD 800 seorang. Di Malaysia kita juga ada yang seakan Temasek Holdings iaitu Khazanah Nasional. Bezanya, untung tak untung, setiap tahun setiap rakyat Malaysia dapat hampas tetapi diberi hadiah potong atau tarik balik subsidi barang keperluan harian seperti beras dan gula.

MSM Malaysia Holdings Bhd adalah sebuah anak syarikat FELDA. MSM adalah antara pengilang gula di Malaysia yang mengeluarkan hampir 60% daripada keperluan gula di Malaysia. Keuntungan MSM pada tahun 2010, sebelum harga gula dilonjakkan ke RM 2.30 daripada RM 2.10 sekilo, adalah RM 232 juta. Dengan melambongkan harga gula tersebut, kerajaan telah berjaya menjimatka subsidi gula sebanyak RM 116.6 juta daripada RM 400 juta setahun.

MSM adalah anak syarikat FELDA. Maknanya MSM pakai duit FELDA untuk buat kilang gula. Jika modal FELDA berniaga adalah duit rakyat, ertinya MSM juga menggunakan duit rakyat untuk mengilang gula. Kesimpulannya, keuntungan MSM sebanyak RM 232 juta, patut juga tempiasnya terpelanting kepada rakyat jelata. Conggak bodoh saya, kalau subsidi RM 116.6 juta yang dijimatkan dengan membebankan rakyat melalui kenaikan harga gula, boleh ditolak daripada keuntungan RM 232 juta oleh MSM, sebuah syarikat milik rakyat, terang lagi bersuluh bahawa MSM masih ada lagi baki untung sebanyak RM 115.4 juta. Susah sangat ke nak tolong rakyat macam Temasek holdings buat atau duit untung tu untuk kegunaan kroni dan sedara mara aje.

On an ending note, a question I would love all of us to think about. Defence Minister, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi, countered claims that the national service was a waste of time and money by saying that the program had contributed positively in terms of forging national integration and racial unity, instilling patriotism as well as imbuing trainees with good character traits and integrity.

Just a question for the good doctor (not necessarily bijak) to answer. How did you came to the conclusion that the national service program has effected the trainees, in the way you mentioned, at the end of their 3 month summer camp? Was it just some talk cock only as our politicians always do or was it based on a proper & professionally done follow up and post training evaluation carried out on the trainees. I have to say proper & professionally done because in Malaysia, everything can do one, like the many NKRAs, but everything done in cincai-cincai way meh! How to become first class country like this? You answer lah!!!

Until we met again, a tip from Uncle B, for all the MBSAs out there (Married But Still Available). If you intend to have a girlfriend on the side and feels like pampering her with this and that by using your credit card, for heavens sake, make sure the billing address is not your home. Surely, you don’t want your wife to asked you how come the women’s products like that sexy panties and perfume listed in your monthly credit card bill, never reached the Mrs at home.

Adios!!!!!!!!!!.

Friday 27 May 2011

PANDAI SEN BODOH RINGGIT :PENNY WISE POUND FOOLISH

Berita Nasional Radio RTM pada 26 May 2011 melaporkan peruntukkan subsidi bagi tahun 2011 akan meningkat kepada RM 18 billion tahun 2011 berbanding RM 8 billion, tahun lalu. Sebelum itu dimaklumkan kerajaan tidak akan menaikkan harga petrol ron 95 kerana tidak mahu rakyat dibebankan. Tidak pula dikhabarkan sama ada harga tarif elektrik bagi pengguna akan kekal seperti sekarang. Jangkaan saya, ianya tetap akan dinaikkan tetapi selepas pilihanraya umum nanti.

Berita BFM 89.9 mzh, jam 7am, 25 May 2011, melaporkan kerajaan akan berhutang sebanyak RM 100 billion bagi menanggung projek-projek pembangunan yang telah dicanangkan sebagai untuk kesejahteraan rakyat, antaranya projek MRT yang kosnya dianggarkan berjumlah RM 26 billion. Itu baru kos awalnya belum lagi kos akhir. Di Malaysia bukan perkara asing, kos sesuatu projek yang melibatkan wang rakyat (dan bukan duit mak bapak dia orang) akan meningkat dua kali ganda, antara tarikh kerja bermula dengan tarikh prasarana tersebut siap. Itu pun belum mengambil kira kos pembaikan kerosakkan yang akan berlaku tak sampai enam bulan selepas projek siap.

Berita BFM tadi, juga tidak ketinggalan melaporkan yang kos untuk menganjurkan Kem Perkhemahan Remaja atau bahasa kelentongnya, Program Latihan Khidmat Negara, di mana kontrak uniformnya dipegang oleh seorang bini menteri, ialah RM 700 juta atau 2/3 billion setahun. Mak datuk, banyaknya duit rakyat lesap. Apa faedahnya yang diperolehi oleh rakyat melainkan remaja dan pelapis negara yang telah dibrainwashed untuk tidak berfikir kecuali mengikut sahaja ke mana tali yang telah dikat dihidung mereka, di heret oleh pengajur Program khidmat main-main tersebut.

Bolehkah mereka ini diharapkan untuk menjadi benteng jika negara diserang musuh atau ditimpa bencana alam besar. Haram. Gerenti tak boleh punya sebab mereka mengikuti kem enjoy-enjoy dan dilatih ala akua bukan kem latihan khidmat negara ala National Service di Singapura. Untuk makluman anda semua, dalam satu latihan national call up yang diadakan oleh negara seberang causeway itu tidak lama dulu, jiran kita itu dapat mengumpulkan 1 juta orang barisan bersenjata yang terlatih, terdiri daripada regular soldiers dan reservists i.e. mereka yang telah menjalani khidmat negara mereka untuk menghadapi ancaman luar. Saya difahamkan bahawa di Malaysia, kita tidak perlu risau untuk mengumpulkan 1 juta orang benteng pertahanan sebab negara kita ada pakai bomoh dan bela jin, yang bukan sahaja bertanggungjawab untuk memastikan parti politik terpilih menang pilihanraya tetapi juga mempertahankan negara Malaysia jika diserang dari luar. Sebab itu kita can afford untuk habiskan duit rakyat untuk anjurkan kem main-main untuk budak-budak.

Akhir sekali, satu lagi berita yang kalau diketahui oleh orang kampong, tak kira melayu, cina atau india, akan menyebabkan mereka ramai-ramai bagi isyarat tangan yang bermaksud kepala bxxxx kepada orang UMNO ialah kenyataan bahawa sejak mula ditubuhkan (tahun 1983 kalau tak silap saya), sampai sekarang, Proton masih lagi bergantong kepada subsidi dari poket rakyat untuk terus hidup.

Itulah, saya dah berapa kali kata, jangan asyik baca atau dengar akhbar atau media elektronik perdana sahaja. Belajar-belajarlah guna otak dan berfikir dengan membaca Harakah, Roket, The Edge Financial Daily atau theSun ke dan bukan Utusan Malaysia dengan NST aje. Dengar dengarlah BFM 89.9 Mzh dan bukan hanya berita RTM. Asah sikit otak tu. Walaupun kita tak dapat mengubah sejarah negara dengan kebolehan berfikir, sekurang-kurangnya kita dapat mengubah diri sendiri jadi insan yang tidak mudah dikelentong oleh propaganda BN

Hingga jumpa lagi, salam dari Uncle B, yang sejak sedar temberang BN, telah berjaya mengajak ipar duai berfikir dan menilai pilihan yang ada selain BN.

Adios!!!!!!!!!!.

Wednesday 25 May 2011

LEADERSHIP & MARRIAGE

Seorang sahabat yang bertandang ke rumah Saidina Omar hairan melihat Khalifah Islam itu berwajah sugul bagai sedang memikirkan sesuatu. Lantas sahabat tadi bertanya, “Wahai Omar, apakah yang anda mushkilkan”. Omar menjawab, “Aku bimbang sama ada aku telah menjalankan tugas ku sebagai pemimpin negara dengan baik”. Sahabat menyakinkan bahawa, “Wahai Omar, engkau telah memimpin negara ini dengan sebaik mungkin mengikut landasan dan lunas Islam”.

Mendengar balasan tersebut, Omar terus menarik tangan sahabat tadi dan memimpinnya ke muka pintu. Sambil mengajak sahabat tadi melihat ke luar, ke jalan dan seekor unta yang sedang melalui jalan tadi, Khalifah Islam itu berkata, “Kamu lihat jalan di hadapan ini dan unta yang sedang melaluinya. Aku bimbang jika jalan ini berlubang dan unta tersebut patah kakinya jika terperesuk dalam lubang tersebut, aku akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti.

Ini adalah seorang yang memimpin cara Islam. Takut hanya kepada Allah s.n.w. dan bukan takut kehilangan undi pilihanraya.

Pada 21 April 2011, lebihkurang jam 2:15 petang, berlaku kejadian tanah runtuh di Batu 14, Jalan Felcra Semungkus, Hulu Langat, Selangor, yang telah menimbus hingga maut 16 orang pelajar belasan tahun yang berada di Rumah Anak Yatim Hidayah yang terletak di kaki bukit yang runtuh tersebut. 16 remaja yang tidak berdosa maut kerana kecuaian pihak berkuasa yang tahunya hanya menubuhkan suruhanjaya siasatan selepas nyawa melayang.

Di mana agaknya, anak-anak pihak berkuasa dan pemimpin-pemimpin ini bersekolah. Mungkin dekat lokasi yang telah disahkan selamat oleh NIOSH atau kemungkinan paling besarnya, di hantar ke luar negara agaknya. Lebih selamat, sejuk, kondusif untuk belajar dengan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar. Walhal anak rakyat tiada pilihan kecuali belajar dalam bahasa melayu sahaja. At least, kaum Cina dan India yang kononnya di anaktirikan dan dipinggirkan, boleh memilih untuk menghantar anak mereka belajar dalam bahasa ibunda masing-masing kecuali anak orang melayu yang tiada pilihan kecuali melayu kaya yang boleh hantar anak mereka ke International School.

Akhirnya anak rakyat yang terkial-kial yes no alrightnya hanya layak kerja jadi mato-mato dan soljar aje iaitu bersamaan dengan jadi security guards untuk jaga keamanan dan keselamatan anak-anak pihak berkuasa dan pemimpin yang cakap orang putihnya berabuk dan dengan itu layak jadi tauke GLC yang menghabiskan duit income tax rakyat.

Cuba bandingkan kepimpinan Saidina Omar dengan pemimpin-pemimpin negara kita terutama dari yang cop BN. Ada macam Saidina Omar, Khalifah Islam ke?

The above anecdote is for you to ponder about the meaning of being the leader of a nation. Do you lead for your own personal gains or do you lead for the benefits of the rakyat. Talking about leadership, reminds me that a husband should be the leader in any marriage, unlike today ‘s marriages where cuckolded husband is the norm. Talking about marriage reminds me of my own marriage, where of course, I am the boss, meh!!

If anyone were to asked me how’s my marriage of 31 years, I would be lying if I said it is great and I would be a damn liar if I said it has been hell. “I am contented” would have been the standard answer. I am a subscriber to the adage that you are rich if you are contented with what you have, though there are times when I wished I could hit the TOTO jackpot of a couple of million ringgits.

If I can only afford a Kancil, eat a decent 3 meals a day, stays in a simple 3 room terrace house and watches RTM 1,2, TV3, TV 8 and TV 9 instead of ASTRO or going to the cineplex for entertainment, and I am contented with what Allah has given me so far, then I am a happy man. I will be happy because I won’t waste time cursing my luck or becoming green with jealousy at others who are living in bungalows and driving Maseratis.

Who wouldn’t be happy reluctantly watching Nur Kasih with your wife cuddling up to you and touching you here and there. Only then will you appreciate that Allah has actually been generous to you because, come to think of it, there are tycoons who can barely spend an hour or two, a day, with their family because they are busy making money, whose wife seeks comfort in the arm of another man. You suddenly realised that you are rich when it hits you that there are others who can even afford a bike, don’t know whether they’ll have that next meal and lives in discarded wood and cardboard abodes.

I am contented with the mrs of the last 31 years because whenever the temptation to be naughty arises, I have silently asked this question. “What is it that can be offered by this other woman that my wife at home cannot offer?” To date, the answer has always been, nothing. My wife has everything that the other woman can offer, so why should I destroy my marriage for a piece of pie on the side. My wife cooks, washes and iron my cloth, cleans the house and best of all, at our age (my wife and me), we still have a fun time bonking each other every other day.

On a final note, to women who doesn’t want your husband to go astray, do ensure that the other women in your husband’s life does not offer your husband more than what you can offer. After all men are like babies, give them something to suck on and they’ll be contented.

Adios!!!!!!!!!!.

Saturday 21 May 2011

Sebelum saya terlupa. Dikhabarkan melalui Business FM di 89.9 mhz, bahawa pertumbuhan ekonomi negara menguncup daripada 4.8% pada suku akhir tahun 2010 kepada 4.2 pada suku tahun pertama 2011. Pelaburan asing yang masuk pula, surut sebanyak lebihkurang 4% daripada 10% pada suku akhir tahun 2010 kepada 6% untuk suku pertama tahun 2011. Itu dengan Program Transformasi Ekonomi yang dicanangkan dan digembar-gemborkan oleh Najib. Apa dah jadi beb!!!!

Nope, saya enggan komen mengenai the state of affairs negara Malaysia kita yang 1 ini kerana di Malaysia everything remains status quo year after year. The same bullshit albeit by different bulls and bitches, the same hogwash by different Porky Pigs, maybe and of course the same rehashed propaganda.

For now, I am going to talk about sex. Those of you who are Mr & Mrs Prim, Proper & Prudish, stop reading right now and go hide behind some veneer of innocence, chastity and purity, somewhere.

Maybe a bit late by today’s standards but I was introduced to what a man can do to a woman’s private body parts and vice versa, when I was in primary six. We do have extra classes back then on some Saturdays, the normal school off day. I was staying in Clementi Estate, not a rubber estate mine you, but a British Army barracks for their soldiers in Air Rajah Road, Singapore. Clementi Primary School where I was schooling was at 7th mile, Pasir Panjang Road, a distance of about 5 km away. So that we (me and my buddies) could have some fun while going to school like sneaking into some bushes to catch spiders or kacau some dogs along the way, most of the times, we walked to school. Part of the route we take, takes us along the beach. It was during one of this walks that we came across our first collections of pornographic pictures. I

t was in black and white, the actor and actress are chinese looking and the couple are neither hunky or sexy in any way. They have a sullen, I mean business sort of look which in no way will sexcite you watching it. We had fun looking at it behind the school tuckshop during class break. But that’s that. We never attempted to recreate the scenes depicted in the photos with our female classmates nor do we give it any further thought.

I know I am old when social and moral values that are dear to me are not applicable today.

Choo Cheng Chai, Quek Poh Lim, Quah Si Lin and Tee Kam Choy, Ibrahim and Zaiton are the only friends that I can remember now from my primary school days. Can’t remember much of my malay friends from back then. I remember these guys and girl because they are my rambling and camping kakis every other Saturdays. With a backpack stuffed with bottled water, some buns or currypuffs and a hiking stick in our hand, we would assemble at the Kg.Tullock area by 8 am in the morning and then proceed on foot along the undulating terrain to Fort Canning and back which I believe to be more than 10 miles away.

When we decide to go camping, we don’t pitched our tents at school playgrounds like what Lord Baden Powell’s scouts and girl guides of today are doing. We take a 30 cent sampan ride from Keppel Harbour to Pulau Belakang Mati (now Sentosa Island) which at that time is home to a few small malay fishing villages and set up camp there, far away from the fishing villages. Mind you, we were only around 12 years old then. What do 12 year old kids do now a days. Lepak kat shopping complex dan main computer games. To me today’s kids are kedi even the mat rempits.

What has hiking and camping got to do with sex and the changing moral and social values? When we go hiking or camping, the boys and girls spend hours together in each other’s company for hours or days on end without any adult supervision. Yet we still maintain our decorum and our respect for each other. Of course there is always horsing around but that is all done in perfect innocence. Today, kids 12 years old are bonking each other. If you don’t believe that is the age the boys and the girls are having sex today, then you must be living under the coconut shell or a frog in a pond, somewhere in Timbuktu.

In the sixties, kids are safe around adults. On seeing 12 year olds like my friends and I hiking or camping, they would asked us where we are from, where we are going to or how long we would be camping and would never fail to advise us to be careful. Today, adults kidnaps 4 year old kids, murder and stuff them in travelling bags. In the old days, adult would only screw adults. Today, adults rapes 2 year old babies.

What is happening to us and what can we do about it? As my former director of the CCID (Commercial Crime Investigation Department) used to say, “Human values are changing, we have got to adapt to it”. The question is, Can I do that?

Until the next installment of life in the sixties, sayonara from Uncle B, who has always believed that it is always better to speak out your mind than talk behind somebody's back.

Byeee!!!

Wednesday 18 May 2011

YANG NAIK DAN AKAN TERUS NAIK

Saya masih tertunggu-tunggu, bila agaknya pemimpin negara kita yang dari BN ni nak bercakap secara jujur, akhlas dan terus terang tanpa berbelit-belit dan berputar-putar. Kalau saya kata kerajaan kita cakap tak serupa bikin, ramai yang akan kata saya anti kerajaan walhal saya penyokong kerajaan tetapi penentang pembohongan, pembelitan, kekelentongan (minta maaf DBP) dan kaki putar alam.

Kalau nak naik harga gula ke, harga petrol, tariff air, tariff elektrik atau apa kebendanya lagi yang hendak dinaikkan, susah sangat ke nak kata, “Harga keperluan harian perlu dinaikkan kerana kerajaan pimpinan BN tidak mampu hendak meneruskan subsidi kerana duit subsidi dah habis untuk bail out syarikat kroni, projek membazir yang tak menguntungkan rakyat, pembelian negara yang berbaur rasuah dan pengurusan wang negara yang lompong sana, tiris sini”. Sudahkah anda lupa dengan projek PKFZ, track berkembar KTM, jambatan bengkok yang sekejap jadi sekejap tak jadi, skim komputer lab untuk sekolah-sekolah, penjara Sarawak yang dah dibuat, kemudian dirobohkan balik dan dibangunkan semula, fiasco MATRADE dan macam macam pembaziran lagi. Berapa banyak duit subsidi habis.

Dalam dunia, mentelah lagi di Malaysia kita yang 1 ini, semua benda boleh naik. Di darat, bukit dan gunung ditarah sampai roboh, shopping komplex naik. Di laut, glaciers cair, paras air naik. Di udara, kalau betul aerodynamicsnya, cukup thrust dan lift, besi pun boleh naik dan terbang. Dalam politik, doktor gigi boleh naik jadi wakil rakyat, naikkan villa dan jumlah simpanan dalam akaun bank, naik. Dalam PDRM pun sama aje. Kerja tak seberapa tetapi pandai kipas dan angguk-angguk, enam bulan sekali, pangkat naik. Satu hari nanti, tak kira apa juga kedudukan atau pangkat yang disandang, kita akan naik juga. Apabila mati nanti, batu nesan kita akan naik. Betul tak?

Yang payah nak naik, kadang-kadang sukar nak naik dan ada juga yang lansung tak boleh naik apabila umur dah meningkat naik ialah adik kecik kaum Adam dan bukit berkembar kaum Hawa.

Dalam kehidupan, tiada benda yang statik. Kalau zaman saya P.I. dulu, gaji inspekter RM 630 sebulan, hari ini bebudak kita sanggup mengganggur kalau gaji konstabel kurang dari RM 1,400 sebulan. Dulu gula 25 sen sekati, hari ini dah RM 2.20 sekilo. Dulu minyak Ron 97, RM 2.40 satu gelen, hari ni dah melambong RM 13.05 sen, segelen.

Yang tak sedapnya apabila harga barang harian naik tak bertempat, dinaikkan secara penyangak, senyap-senyap, merayap mencekik rakyat sehingga tak bernapas dan selepas itu rakyat disogokkan dengan cerita penglipur lara kenapa harga barang terpaksa naik. Atau rakyat sememangnya bodoh mahu percaya harga gula naik demi menjaga kesihatan rakyat. Susah sangat ke nak umumkan kenaikkan harga barang secara terus terang atau pemimpin BN takut hilang undi.

Diujudkan Independent Power Producer, harga elektrik naik, kroni kaya, rakyat menderita. Kenapa tak biarkan TNB sahaja menjana kuasa. Serah loji air kepada syarikat swasta, harga air naik, gaji CEO SYABAS yang memang kroni UMNO, RM 5 juta setahun tapi rakyat terpaksa kurangkan mandi junub untuk jimat air. Subsidi RM 20 billion setahun bising, duit rakyat tiris beratus billion ringgit kerana korupsi, projek membazir, pembelian dan prasarana negara merapu, senyap seribu bahasa.

Selepas pilihanraya umum ke 13 nanti, yang saya jangka akan berlansung dalam bulan November 2011 selepas Najib umumkan 2 bulan bonus untuk kakitangan kerajaan dan rangkaian TV khusus untuk kaum Cina dan India, harga elektrik, air dan petrol Ron 95 akan naik lagi. Apabila harga petrol naik, maka akan berbundut-bundutlah harga barangan lain ikut naik termasuk hantaran kahwin. Maka akan naiklah jumlah anak luar nikah kerana jantan–jantan tak mampu sedia hantaran kahwin sebab tak larat nak bayar pinjaman bank kerana interest rate naik.

Akhir kata salam sayang dari Uncle B, yang setakat ini touch wood, belum memerlukan Viagra untuk naik.

Byee!!!!

Saturday 14 May 2011

DOUBLE STANDARDS & VIRGINITY

I hate being photographed just as I hate writing about myself. If I'm a male model or an actor or at least, a gigolo, I would surely want and loved for my pictures to be taken and my daily doings read by the adoring masses. After all, aren’t male models, actors and gigolos supposed to be tall, handsome and hunky men. Any woman out there wants to date a 5’ 4” tall, slightly chubby but huggable and definitely not cash loaded, young at heart old man? I have a feeling that with guys like that, even a Mak Datin Gersang (local linggo for sex starved) would rather be sleeping alone. See what I mean?



On second thoughts, I also have to be fair to my friends, Jennifer (a reader of KACA MATA KU) and my nephew, a deputy public prosecutor in Kuantan, Pahang. These kind souls have time and again asked me to write about myself. Sort of an autobiography, I guess. Maybe they want to know what went wrong in my younger days that made me the cynical old young man that I am today. Or maybe they just want to avoid the pitfalls that I have gone through in life, so that they don’t end up like me when they reach my age. Autobiographies or biographies are written by, or written for, famous men who has shaken the world. Men like Mahatma Gandi, Nelson Mandela, Lee Kuan Yew or even Lim Goh Tong or Chin Peng, not forgetting our very own Tun Mahathir. Cuma publisher blur sahaja yang sanggup publish autobiography saya. Look, would you line up to get a personally signed copy of a book about me. Giler Ape!!!!



So, rather than offend the sensitivities of my colleagues (both past and present), my friends and all those that has been and hopefully will continue dropping by at KACA MATA KU, with self agrandising stories of a nondescript little man who only by the Grace of Allah s.a.w. managed to retire as a superintendant of police, let me think throughly on whether to put the story of my life on paper. Should I decide to put my story on paper, you”ll be the first to know because a television series about my life’s journey will follow suit. Only then can you line up to have a personally autographed copy of my book whose proceeds from the sale will go to the Foundation For The Betterment Of The Malaysian Melayu and of course me on a 5%/95% basis.



For a time being, why don’t we talk a bit about the hypocrisy and the double standard of decency and morality practiced in the world today. I am not surprised if the US of A and Israel are natural born snaked tongue, two faced hypocrites but when a country like ours run by so called muslim leaders practices double standards, that is sad, very very sad for the muslim ummah who voted them into power in the first place. No, we’re not going to talk about Malaysia this, time. I have had about enough for the moment.



Let’s talk about a news story, hidden somewhere on page W40 of The Star, 13/4/11. A wheel chair bound, 91 year old Nazi death camp guard was given a 5 years jail sentence by a German court after being found guilty of 30,000 counts of being an accessory to murder. In case you are still kelabu, this so called murders happened during the 2nd world war in the 1940s. In plain language, because your boss decides to delete some jews from the face of the earth, and you happened to be the guard there, then you are guilty of abettment.



You prosecute a guard for doing his work during war times, 60 years ago. Are you saying that officers and men of the Allied forces has not committed any murder of Axis prisoners of war? What happened to the Jewish murderers of innocent palestinian non combatants, male, female and children at the Sabra and Shatila refugees camps in Lebanon in the 80s. Has any of the jewish murderers been tried by the international courts. If this is not double standard and hypocrisy, then Obama’s great grandmother died a virgin.



Until we meet again, when I’ll write a bit about myself, here’s a word of advice to guys who are so hung up about their future wife’s virginity. The most important thing in a happy marriage is not that you marry a virgin but that you marry a woman who remains a virgin to you all her married life. Can’t catch my drift? So sad, too bad!!!!! The puzzling thing is, why don't the same standard apply to guys before they get married. Virgins before they are married.



Byeeee!!

Sunday 8 May 2011

IF YOU WANT TO BE NAUGHTY, DO IT ALONE

Selepas 10 tahun, akhirnya mati juga Osama Ben Laden di tangan tentera US yang menceroboh masuk ke Pakistan. Apa juga yang tak betul dengan Osama, at least dengan caranya sendiri yang sonsang, beliau telah cuba membalas balik penganiayaan yang telah dilakukan terhadap umat Islam oleh pembuli-pembuli Islam.

Islam mengajar kita bahawa if you have nothing good to say about someone, it is better for you to keep your big mouth shut. OK, so some big shot in Malaysia is glad that Osama is dead but do you have to announce that, “I hope with the absence of Osama, the world willl become more peaceful, safe and just”. All muslims are brothers and as the malay saying goes, “Air dicincang takkan putus” or as loosely translated by students who studied maths and science in English, “You cannot cut water”.

As independent right thinking men and women, do we really believed even for a second, that Osama ben Laden, is the root of all evil, chaos and insecurity in this world? For every action there is an equal and opposite reaction. The seemingly playful kangaroo left to live life on it’s own terms, have never been known to be aggressive. Try pushing the poor kangaroo until it’s back is against a tree and see what happens. Take an AirAsia flight to Australia and find out for yourself.

The US has been trying to impose it’s way of life onto the people of the world all this while. Citizens who tries to live life without Starbucks and McDonalds will be hounded by puppets leaders, put in place surreptiously, by the United States of America. That is what happened to Iran whose citizens has had enough of Shah Reva Pahlavi american ways. And till today Iran has never been left alone while countries with a more atrocious human rights track record like North Korea and Myanmar, is only given a pep talk by the US.

Osama may have been eliminated but in his place, more Osama Ben Laden will be created. Unless and until the actual cause of the root of all evil, chaos and insecurity in this world is addressed, we will see no end to the unnecessary slaughter of the innocent.

The fact that it takes all of ten years for the Americans to ferret out and kill Osama, in spite of the sophisticated gadgetry and widespread tentacles of the US intelligence agencies, Osama’s betrayal must have come from someone close to him. After all there is a prize of USD 25 million for Osama’s head. Saddam Hussein too, was betrayed.

Talking about betrayal, I can’t help reflecting on Anwar Ibrahim’s sodomy II trial and having a good time with a prostitute video clip case. Whether Anwar did bonked Saiful in the sodomy II case and whether it is him in the video clip incidence, is another issue. In Malaysia, only the UMNO lead BN government speaks the truth, all others are hogwash. But what lesson can we learn from the Osama, Saddam Hussein and Anwar’s case?

Break any law or commit any sin you want. Go ahead, do it all. But for heaven’s sake do it alone, don’t talk about it and don’t leave any clues or evidence behind. Nothing is an offence until you are caught or alleged doing it. After all, you only have Allah to answer to and that, only in the hereafter. So why worry, right?

Hingga jumpa lagi, salam sayang dari Uncle B, yang masih belum pasti kebenaran cerita tentang seorang bekas penyanyi dengan seorang menteri kabinet kita , yang ditangkap basah lamaaaaaaaaa ...... dulu.

Byeee!!!!

Wednesday 4 May 2011

KISAH ORANG TUA

The Sun, 3 May 2011, melaporkan seorang lelaki berumur 81 tahun yang telah ditolak jatuh dalam satu percubaan menyamun di sebuah terowong pejalan kaki di Hong Kong telah bangkit dan melawan kembali. Akibatnya, 8 orang belia berumur antara 15 ke 19 tahun telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan sementara ahli-ahli geng lain telah balik dengan tangan kosong. Uncle B selalu pesan. Jangan pandang remeh orang tua. Tengok apa dah jadi di Hong Kong. Di Malaysia apa kurangnya, ramai apa orang jantan tua berumur 60 ke atas yang kahwin dengan orang betina muda bawah 30 tahun. Siapa cakap orang tua tak ada power, Yob!

The Star, 4 May 2011, pula melaporkan seorang tukang masak lelaki berumur 60 tahun telah ditahan polis kerana membunuh kekasihnya, seorang jurutera kerana jurutera wanita tersebut ingin memutuskan ikatan cinta mereka. Khabarnya mereka telah bercinta sejak 6 tahun yang lalu i.e. ketika tukang masak tersebut berumur 54 tahun dan kekasihnya berumur 17 tahun. Silap-silap tukang masak tersebut support kekasihnya semasa tengah belajar engineering dahulu.

Tidak pula diceritakan kenapa wanita tersebut ingin memutuskan hubongan 6 tahun itu tetapi manalah tahu, si gadis telah dapat teman baru yang tidak jauh sangat berbezaan umur dan darjat dengan dirinya (jurutera). Mana mungkin deh!, berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah, kalau seorang tukang masak umur 60 tahun dan seorang jurutera berumur 23 tahun. Atau mungkin si mamat 60 tahun ini dah hilang power agaknya.

Uncle pun faham juga, kalau kereta Porsche takkan nak pandu cara sentimental. Pandu kereta sport kena lanyak dan tekan abis, baru dapat menyerlahkan keupayaan engin dan badan kereta tersebut. Tu sebab Uncle selalu nasihatkan kawan-kawan yang sebaya dengan uncle. Kalau nak cari girlfriend, cari yang tak jauh kapasitinya, baru boleh ngam.

Tapi bagi wanita muda yang ada kekasih tua pulak, kena ingat. Orang muda memang ada lebih power dari orang muda, boleh konar baring ... tetapi .... mudah accident sebab orang muda gopoh. Main henjut aje. Orang tua mungkin power kurang tapi kami slow and steady, tahu kat mana boleh tekan dan tang mana kena brek. Kereta tak rosak dan jamin sampai ke destinasi dengan selamat. Think about it ladies!

I started this posting with the story of an old man fighting off a gang of teenage gangsters. I will end it with the story of a not so old Bangladeshi (about 57 years old), working at a shopping complex, who was caught, molesting an also not so old Indonesian woman colleague (around early 50s).

I can’t blame this middle age Bangladeshi. He must have been away from his wife for quite some time. He works at a shopping complex where daily, he will come within reaching distance of scantily clad women shoppers. Everyday like dat, where can tahan one. So when the right time and the supposedly right and “safe” victim comes, he decided to reach out and fondle a breast. End of story.

Until the next musings, salam from Uncle B, who have this advice for all wives. Never allow your husband to work overseas alone for a long stretch of time. Unless you go along with him or can fly over to cuddle him every two weeks, ask him to stay home in Malaysia. The pay may be peanuts but at least that poor man is yours alone. He may earned ten times more overseas than what he gets here but you may have to share his katil with some foreign woman. Unless of course you have a good husband like Uncle B who’s been away overseas for up to a year at a time and still remain faithful to the Mrs at home. Men like us are a dying breed mah!

Byeee!!!!

Monday 2 May 2011

MENGAPA PERLU ADA HERO

Sampai kiamat pun isu perkauman di Malaysia tidak akan selesai jika masih ada orang India yang mendakwa mereka terpinggir walaupun ada expatriate dari India yang kata, dari segi rationya, lebih ramai orang india di Malaysia yang memiliki BMW daripada orang India di India sendiri. Malaysia juga ada OIK (Orang India Kaya) macam Ananda Krishnan. Kau orang pernah terfikir tak, adakah 5 ekor peguam yang mengepalai HINDRAF tu dari golongan kaum yang terpinggir. Apa kerja 5 ekor malaun tu agaknya kalau mereka duduk di India.

Macam mana nak reda kalau kaum Cina masih merasakan mereka didiskriminasikan kerana mereka bukan bumiputera walhal ekonomi negara dan kekayaan negara, majoritinya dipegang oleh cucu cicit apek-apek dari Tongsan ini

Dan pastinya, tidak akan reda kerana belum pun sempat Najib menyatukan Malaysia di bawah slogan 1Malaysianya, tiba-tiba muncul pula 1Melayu 1Bumi, cetusan otak bergeliga tetapi berkarat Utusan Malaysia, yang didukung oleh PERKASA. Eloklah tu, apabila tiga orang adik beradik masing-masing merasakan mereka tidak mendapat keadilan sosial yang sepatutnya, bagaimana mereka boleh duduk semeja untuk berkongsi kemewahan yang sebenarnya dimiliki bersama. Kerana setiap seorang akan rebut-merebut harta dari satu sama lain kerana merasakan yang seorang lagi telah mengambil bahagian yang lebih. Lambat laun, belantan, parang, pisau dan pistol akan keluar. Mereka akan ketuk mengetuk, pancung memancung dan bertembakan sesama sendiri dan apabila ketiga-tiga ekor ni dah tergolek mampos, maka senanglah orang asing membolot harta yang tinggal.

Malangnya, ketiga-tiga hantu ini bukan bersendirian. Bersama mereka adalah para sahabat, penyokong dan balaci yang menunggu serdak-serdak yang akan dilemparkan, jika boss yang disokong dapat songlap semua harta. Mereka yang sepatutnya dididik untuk hidup bertolak ansur dan berkongsi senang dan susah, sebaliknya diajar untuk curiga-mencurigai dan membenci sesama sendiri. Maka berperanglah para sahabat, penyokong dan balaci ini sehingga semuanya menjadi debu.

Tetapi …….. jeng … jeng … jeng….. nak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Semasa para sahabat, penyokong dan balaci ini berantakkan sesama sendiri, ketiga-tiga beradik tadi akan sepakat pulun harta yang ada, sepakat angkut harta keluar negara dan masing-masing akan hidup senang lenang sebagai jiran baik, di villa masing-masing bersama anak, isteri dan saudara mara sambil menggelakkan penyokong-penyokong bebal mereka yang ditinggalkan bercakaran sesama sendiri untuk sebuah negara yang muflis hasil perancangan tiga beradik sepusat sepusing, emak lain-lain, bapak asing-asing ini.

Bilalah Melayu, Cina dan India bongok yang undi BN ini nak sedar bahawa di peringkat rakyat melata, Cina, Melayu dan India miskin tak ada masa untuk sakit hati antara satu sama lain kerana di kalangan mereka yang terkial-kial nak cari sesuap nasi, tak ada masa nak berdengki sebab di antara mereka tiada harta yang nak direbutkan.

Setiap hero memerlukan orang teraniaya untuk dibela. Tak ada orang teraniaya maka tak ada hero. Justeru hero-hero kampong, bukit dan estet ini perlu memberitahu macai-macai mereka bahawa mereka akan dianiaya jika tidak ada hero. Bahawa kumpulan estet dan bukit nak rampas tanah kampong. Bahawa geng kampong nak ambil bukit untuk dibuat estet untuk orang kampong.

Senang cerita macam ni ajelah. Dalam suasana politik perkauman yang menjadi amalan di Malaysia sekarang, orang India, Cina dan Melayu perlu ditakutkan oleh ketua kaum masing-masing melalui BN bahawa kaum mereka terancam oleh kaum lain. Dengan cara itu, ketua setiap kaum dalam BN yang berlagak hero akan terus mendapat sokongan dari kaum masing melalui peti undi. Apabila dah jadi hero, senanglah ketua-ketua kaum dan sanak saudara mereka, terbang ke luar negara dengan poket dan bank akaun berisi untuk jadi penduduk tetap Australia ke, US atau Britain ke.

Hingga jumpa lagi, satu pertanyaan dari Uncle B. Pernah jumpa ke anak-anak VVIP dan pak menteri masuk polis dan tentera untuk membela negara?

Byeee!!!