Wednesday 24 October 2007

GOBLOK SANGAT KE ORANG MALAYSIA

Malam tadi 23/10/07 semasa menonton berita TV3, tiba-tiba badan saya mengeletar, menggigil dan saya percaya tekanan darah naik. Apa tidaknya, mengikut Badan Pencegah Rasuah (sebenarnya Badan Pelindung Rasuah), pembelian beberapa peralatan seperti pen & buku teknikal, jack kereta, dll, (sebagaimana dilaporkan oleh Akauntan Negara) yang melebihi harga pasaran terbuka oleh agensi-agensi kerajaan tertentu adalah munasabah. Alasannya kos untuk membawa masuk barangan tersebut, jaminan kualiti oleh pembekal dan kos sampingan seperti masa yang diambil oleh pembekal untuk menerima bayaran dari kerajaan.

Mana tak seksa telinga mendengarnya. Saya tak tahu siapa yang bodoh di sini. TV3 kerana menyiarkan kenyataan tersebut, saya kerana mendengar berita berkenaan atau Ketua Pengarah BPR yang mengeluarkan kenyataan yang saya rasa Bangla pendatang asing tanpa izin yang tak sekolah pun tak tergamak nak keluarkan.

Kos import yang tinggi? Habis tu, macam mana pembekal yang boleh jual dengan harga murah bawa masuk barangan tersebut. Barang seludup kot ataupun barang tempatan yang tak ada kualiti macam kereta buatan Malaysia.
Jaminan mutu? Lah tu, kalau beli dengan harga murah tak ada jaminan mutu ke.
Bayaran lambat oleh kerajaan dan pembekal kroni kena bayar bunga pada bank kerana pinjam duit untuk buat business dengan kerajaan. Kata, bawa pimpinan cucu tok arab ni, semuanya cepat. paling koman 3 bulan dah terima bayaran. Berapa sangatlah bunga yang perlu dibayar sampai letak harga tak kurang 3 kali ganda harga pasaran.

Perkara macam nilah yang buat aku menyesal jadi rakyat Malaysia. Dahlah yang mentadbir negara satu kaum dengan jenis penyamun & penyangak tetapi cuma terhormat aje, rakyat Malaysia pulak samdol. Terima dan biarkan aje VVIP (Very Very Important Penyangak) ni menghabiskan duit rakyat. Kemudian bagi alasan bodoh untuk tutup pekong.

Aku tak tahu nak kata apa lagi. Yang aku pasti, india kacang putih, cina karung guni dan buruh pass darjah 6 melayu di Singapura pasti pecah perut ketawa mendengar & melihat benda kalut macam ni di Malaysia. Sekarang baru aku faham kenapa bangla, indon, china girls, dan 1001 jenis PATI lagi suka sangat masuk ke Malaysia dan bukan ke Singapura. Walhal di Singapura gaji kuli kang lebih mahal di Singapura berbanding Malaysia. Dah tu duit dia orang 2.3 kali ganda lebih mahal dari duit kita.

Nak tahu jawapannya? Sebab, pemimpin Malaysia, aparatus kerajaan dan rakyat Malaysia boleh dibeli dan diperbodoh-bodohkan dengan mudah.

Akhir kata dari saya. SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA. BIARKAN-BIARKAN.

Thursday 18 October 2007

Tol, Angkasawan & Parti Merdeka Di Rumah Pak Lah.

18 October 2007 : Lewat Pagi


Masih Hari Raya lagi kan? Oleh itu Selamat Hari Raya Aidl Fitri dan Maaf Zahir bathin dari saya. Bercerita tentang raya, kali ini giliran saya berhari raya di kampong saya di Segamat, Johor. 4 hari 3 malam saya di kampong. Berlepas jam 1500 12/10/07, sampai jam 1745. Balik ke KL jam 1145 15/10/07 sampai jam 1515. Perjalanan balik kampong ambil masa lebih kurang 2 jam 45 minit. OKlah tu sebab dalam keadaan biasa masa perjalanan anggaran 2 jam 30 minit. Jadi puas hatilah bayar toll dan bantu kroni BN jadi kaya untuk support 2-3 bini takpun 4 orang. Bukan duit sendiri kan? Duit rakyat. Tapi masa balik KL merungut, menyumpah seranah macam nak rak dalam kereta. Kesian bini yang ada sebelah. Apa tidaknya, kena tambah 1 jam masa perjalanan pasal trafik jam, dah tu kena bayar tol pulak. Mana tak sakit hati. Dah tu apa ke jadahnya jalan bertol kalau hanya untuk mengkayakan suku sakat depa walhal kita masih bergelut dengan jam.


Sebut fasal jem, teringat boss lama saya yang pernah jadi pengiring kepada seorang pegawai tinggi kerajaan Thailand semasa pegawai Thai tersebut melawat Malaysia. Dalam perjalanan ke Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, konvoi yang membawa pegawai Thailand ni tersangkut dalam trafik jem gila. Jadi boss saya ni, apologiselah kepada pegawai Thai ni kerana tersangkut dalam trafik jem. Kata pegawai Thai, "it's ok, the jam is worse in Bangkok". Boss saya ni typical malaysian, mana boleh kalah, mesti jaga nama Malaysia punya. Boss saya jawab balik, "but sir, here in Malaysia, the jam may take hours to clear". Pegawai Thai tu senyum dan jawab, "In Bangkok, it's worse than that, you can shave and has a leisurely breakfast in your car before the jam clears and it's only about 1 km from your office". Boss saya tetap tak mahu kalah. Last sekali dia bagi the killer blow. "Yes sir, that may be true. But in Thailand the traffic jam is free, here in Malaysia you have to pay for the traffic jam". Pegawai Thai tu terus diam.


Inilah hakikat pembangunan di Malaysia, kalau pembinaan jalan bertol boleh dikatakan satu cabang pembangunan. Yang membangun adalah taukeh tol, yang terduduk kerana kos hidup melambong adalah rakyat. Dulu masa perjalanan ke Segamat melalui Semenyih, Mantin, Kajang, Seremban dan Gemas, saya ambil masa lebih kurang 3 jam 1/2 untuk sampai ke destinasi tapi free, tak ada tol. Hari ini, saya pernah lebih dari dua kali, ambil masa 5 jam untuk sampi ke Segamat, dah tu kena bayar tol pulak. Sape tak geram bang!


Baru nak reda geram pasal trafik jem berbayar, terbaca pulak pasal cerita parti merdeka di rumah kerajaan PakLah. Malas nak komen pasal wanita-wanita Islam yang tak bertudung yang datang berpesta di rumah boss Islam Had Hari tu tapi kalau penyanyi wanita barat datang Malaysia nak nyanyi tak boleh pulak pakai dedah-dedah. Aparah!!. Juga tak kuasa nak cerita pasal panggil George Benson dan Al Jarreau yang datang menghiburkan PakLah dan tetamu. Nak tanya satu soalan. Sape agaknya yang sponsor parti merdeka PakLah ni? Kalau tauke-tauke projek RMK 9 lantak le tapi kalau pakai duit rakyat kenapa tak panggil saya dan ahli-ahli keluarga saya termasuk emak dan adik-adik saya di kampong berpesta sama. Kan duit saya tu.


Sekarang ni kita sibuk pasal angkasawan negara. Saya bukan nak jadi wet blanket tapi tak lalu nak ikut sibuk-sibuk pasal kes ni. Saya tak ambil pot pun pasal angkasawan-angkasawan ni. Tak ada faedahnya. Yang kita sibuk nak ke angkasa tu pasal ape kalau talian internet broadband di bumi Malaysia ni pun tak keruan arah. Adik no.3 saya tinggal di Nilai 3 (tak jauh tu dari Putrajaya, cyber city yang pertama di dunayaia) tapi tak dapat broadband connection. Saya dapat talian broadband di rumah di Kelana Jaya tapi dengan kelajuan 4 mbps walhal home user di Singapura dapat kelajuan 4 mbps. Perabis duit rakyat pergi angkasa, infrakstur teknikal di bumi Malaysia macam infrakstuktur teknikal Angola dan Timor Leste. Porah!!!!!


Dulu lagi saya dah bilang. Cerita hikayat Si Luncai dan Pak Pandir adalah cerita masyarakat atau folk tale yang datang khas dari orang melayu. Itu sebabnya sampai hari ini orang melayu malaysia walaupun berlambak-lambak yang berijazah sampai tak cukup dinding nak gantong setemkepet (certificates), masih lagi berfikir macam Pak Pandir. Menang sorak kampong tergadai. Kita (tak termasuk saya tau) di Malaysia apabila buat sesuatu bukan tengok untungnya pada diri sendiri tapi nak dengar berapa kuat sorak yang kita dapat. Tak ada hasil tak ape. India, Korea dan Jepun dah boleh buat roket, tak sibuk pun nak hantar orang ke angkasa, ini pulak malaysia yang buat kereta sendiri pun rugi.... eesshhh! maleh kawan nak fikir. Senak kepala dibuatnya.


Kerja-kerja membazir tapi glamer ni salah siapa kalau bukan salah rakyat sendiri. Kita tak boleh pilih mak ayah kita atau bos kita tapi pastinya kita boleh pilih siapa yang mewakili kita di parlimen. Kalau kita pilih badut alamat kena gelaklah negara kita macam yang sedang berlaku sekarang.


SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA. BIARKAN-BIARKAN!

Friday 12 October 2007

MY APOLOGIES

The last time I make a posting was on the 24 Aug 07. For those few who bothers to read my blog, a thousand apologies straight from my heart especially on this eve of the Eidil Fitri celebrations (commercialised though it may be nowadays). I hate to offer excuses but like malaysian politicians and government servants, it is my duty to offer one.
4 days after my latest posting i.e. on 28 Aug, my family and me left for Istanbul, Turkey to attend our niece's wedding. Knowing malaysian men, I guess she decided a turkish guy makes a better husband. May she be right but then I guess all men are the same regardless of race, creed or religion because all men are crooks if given 1/2 the chance. Unfortunately more often than most women like to believe, it is the women themselves who gave men these 1/2 chances. Yet they (the women lah siapa lagi) has the gall to call us crooks.
We are in Istanbul till 3 Sept. On coming back, it takes almost a week for the family to settle down again after a hectic running here and there in Istanbul for the wedding. Tried to log in to the internet but my streamyx line kena potong sebab lambat bayar bill. Ni lah nasib jadi rakyat marhain di Malaysia, lambat sikit kena potong tapi kalau wakil rakyat ke, orang besar UMNO ke, boleh buat apa dia suka. Dah boleh tuduh kerana rasuah pun boleh duduk di parlimen lagi. Salah saya sendiri, Lee Kuan Yew dah offer nak jadi rakyat dia dulu, tak hendak, sekarang apa dah jadi? Tanggunglah sendiri. Anyway, post haste, I made my way to TMNet shop, paid my overdue bill, was promised reconnection within 2 hours which actually take almost 2 days. In BolehLand this is nothing new.
After getting back my streamyx service, did try to produce a posting but a nagging question stopped me from doing so. I was just wondering. What do I hope to achieve through my blog. Change the mindset of members of the Royal Malaysia Police or spur malaysians to vote out clowning thives from running this country. Fat chance. As far as I am concern, the majority of malaysians, male and female are a spineless lot. Cakap banyak tapi tak berani bertindak. It's not that I want malaysians to go to the streets to demonstrate. Nanti kena tembak dengan water cannon pulak oleh robot-robot topi merah PDRM. Tapi kalau nak mendedahkan pandangan dalam akhbar pun takut, apa jenis punya hero ni?
Apa tidaknya. Baru-baru ni saya kemukakan pandangan saya mengenai komen bekas KPN Tun Haniff Omar bahawa 40% daripada warga PDRM terlibat dengan rasuah. Sinis sikitlah pandangan saya tu. Tak lama lepas pandangan saya keluar dalam Utusan Malaysia, banyak panggilan telefon yang saya terima termasuk daripada orang-orang besar PDRM. Rata-rata menyokong pandangan saya. Tak kurang yang mengapi-apikan saya, suruh hentam lagi Tun Haniff dengan janji untuk membekalkan saya dengan fakta-fakta negatif mengenai Tun Haniff semasa jadi KPN. Alah! kononnya orang tua tu, bila pencen aje dapat share 1 juta dalam KFC lah, Genting lah. Entah ia entah tidak, mana saya tahu. Yang peliknya kalau depa ni ada maklumat buruk tentang Tun Haniff yang dia orang beria-ia sangat hendak saya dedahkan dalam akhbar, kenapa sendiri tak dedahkan. Itu soalannya dan jawapannya senang. Kebanyakkan orang malaysia suka play safe, tak mahu bertanggungjawab. Nak jadi Hang Jebat menentang kezaliman Sultan Melaka tapi suruh orang lain menentang HangTuah. Kalau orang tu mati, awak diam dan tuduh mamat tu bodoh nak bersilat dengan Hang Tuah. Tapi kalau Hang Tuah mati, awak lah orang pertama yang mendakwa bahawa andalah pembekal keris kepada mamat yang berjaya bunuh Hang Tuah dan awaklah yang melatih mamat tu bersilat untuk lawan Hang Tuah. Ni lah sifat rakyat malaysia (kebanyakkannya). In short dan senang cerita, orang malaysia yang lelakinya tak ada telor dan yang perempuannya tak ada bXXX (especially yang dalam PDRM).
Jadi kenapa saya menulis juga. Sebab saya teringat matlamat asal saya membina blog ini. Untuk menyimpan buat posterity pandangan saya mengenai organisasi tempat saya bekerja dan negara tempat saya akan menghabiskan sisa-sisa hidup saya ini. Supaya cucu cicit saya nanti apabila saya dah kick the bucket, dapat menilai menilai sama ada moyang mereka adalah seorang orang tua yang sasau, meracau dan frust kerana terpinggir dalam organisasi yang dicintainya atau memang betul bahawa negara dan organisasi ni adalah sebuah negara dan organisasi haprak yang menyamar sebagai sebuah negara dan organisasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
InsyaAllah, mulai sekarang saya akan update blog saya ini sekurang-kurangnya 2 hari sekali jika tidak tiap-tiap hari.
Sekian. Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2007.