Friday 28 October 2011

HIPOKRIT

Sampai hari ini saya binggung. Sama ada Anwar Ibrahim seorang kaki liwat atau bukan. Orang UMNO kata Anwar suka bontot jantan. Orang PKR kata Anwar tak buat. Dia kena fitnah. Rakyat di tengah-tengah yang keliru. Tak tahu siapa yang mahu dipercayai. Sumpah menyumpah dah tak ada makna lagi. Dah jadi barang permainan. Nak letak keyakinan kepada penyiasatan polis, tak usah haraplah. Kalau polis boleh dikocekkan oleh tauke sindikit jenayah, dengan ahli politik yang besar-besar lagi haru, kena jadi pak angguk dan kaki sanggup aje sebab nak jadi orang No.1 polis atau nak sambung kontrak lepas pencen, kena dapat perkenan orang politik negara. Nak mengadu kepada sistem kehakiman negara, lebih baik minta keadilan dari Yahudi laknat.

Ramai yang yakin sungguh dengan perjuangan UMNO. Bagi mereka, Anwar is a sodomist. Bak kata Dr. Mahathir, Malaysia can’t afford a prime minister with a character flaw like Anwar, jenis manusia AC/DC. Perempuan boleh lelaki pun boleh. Makan depan belakang. Saya tak berani nak komen apa-apa sebab saya tak kenal secara dekat insan yang bernama Anwar Ibrahim, mantan TPM.

Hari ini, apa juga maklumat yang anda terima, tak kira dari mana dan dari siapa datangnya, take it with a pinch of salt. Kebolehpercayaan dan integriti dah jadi a rare and precious commodity. Peguam jadi kaki kapor, berlambak. Bertudung lingkup tapi tetek dan cixxx direlakan kena raba bukan lagi cerita dongeng. Pegawai MACC kena tuduh di mahkamah kerana rasuah, dah pun jadi bahan berita. Tidak menghairankan kerana manusia hari ini dah tak banyak bezanya dengan syaitan. Cuma dua tandok setotet atas kepala aje yang belum ada atau mungkin belum tumbuh.

Yang peliknya kecacatan keperibadian seperti jantan suka romen jantan ni, kita bising. Tak layak jadi pemimpinlah dan macam macam lagi yang tak boleh orang gay buat. Tetapi pemimpin negara yang kaki perempuan, perasuah dan tukang kelepet duit rakyat, tak ape! Lantaklah apa depa nak buat dalam bilik bertutup dan secara sukarela antara satu sama lain. Asal jangan tunjuk kehandalan menarkol di ruang legar Parlimen, dahlah.

MCA, termasuk melayu yang sealiran dengannya, marah PAS kerana bangkang Elton John mengadakan pertunjukkan di Malaysia. Of course lah kalau perlu, kerajaan boleh arah supaya konsert tersebut dibatalkan. Fasal Elton John ni, cuma orang baru turun pertapaan dalam gua di banjaran Himalaya sejak 30 tahun lalu aje tak tahu yang matsalleh ni seorang gay atau suka bontot jantan. In fact, perkahwinannya dengan seorang lelaki juga diheboh-hebohkan oleh media dunia termasuk akhbar perdana kita.

Pemimpin negara seperti yang disuarakan oleh Dr.Mahathir semasa dia jadi PM kata, “Malaysia can’t afford a prime minister with a character flaw like Anwar”. Zaman Mahathir, Anwar kena tuduh, didapati bersalah dan dipenjara kerana meliwat dan sekarang zaman Najib, drama bersiri, “Sodomy II – Anwar Buat Lagi”, sedang berlansung. Saya sokong kita pilih orang yang molek budi pekerti dan halus tutur bahasa jadi pemimpin kita. Saya rasa itu selari dengan unjuran Islam. Takkan kita sanggup terima perogol, penyamun dan penyangak sebagai menantu. Betul tak?

Habis tu, kalau kita benci kesumat dengan pemimpin gay, kenapa pulak kita jemput dan alu-alukan orang gay macam Elton John buat konsert di Malaysia. Bukankah menghalalkan sodomy, namanya tu. Inilah puncak hipokrasi yang ditunjukkan oleh pemimpin negara kita sekarang. Macam manalah saya nak sayang BN.

Lagi satu. Kata MCA, depa setuju Elton John menyanyi di Malaysia kerana lagunya bukan kerana peribadinya. Kalau lagu tu cara berfikir orang MCA, kenapa tak pilih orang gay jadi pemimpin negara dengan alasan kita pilih pemimpin yang suka jantan bukan kerana peribadiannya tetapi kerana kepimpinannya yang boleh mensejahterakan rakyat dan menyelamatkan Malaysia. Fikirkan.

Hingga jumpa lagi, salam sayang dari Uncle B yang mulut celupar, yang suka juga dengan bontot ....................... tapi bontot perempuan aje.

Byeeee!!!!

Tuesday 25 October 2011

POLIS PENCEN KENA TIPU

Ahad lalu, 23 Oktober 2011 antara jam 1230 hingga jam 1330, saya lakukan apa yang sebelum ini tidak pernah saya lakukan. Dengan rela hati saya menghadirkan diri dalam satu perhimpunan bersama orang besar UMNO. Secara kebetulan, dua minggu sebelum itu, saya bertemu rakan sepasukan yang masih berkhidmat, memaklumkan bahawa PM akan mengadakan pertemuan dengan semua bekas & pesara polis di PWTC. Dalam keadaan biasa apabila dijemput untuk menghadiri majlis yang didalangi oleh BN, saya akan berkata, “Go to hell”. Of course dalam hati ajelah sebab kebiasaannya yang menjemput adalah rakan baik atau saudara mara sendiri. Hati kawan dan suku sakat kena jaga walaupun berbeza pandangan politik.

Kali ini keadaannya luar biasa. Kerap saya dengar bagaimana wang ditaburkan untuk memujuk rakyat yang dah meluat untuk meramaikan sesuatu majlis atau acara bersama pemimpin UMNO. Ini yang berlaku. Bekas dan pesara polis dijanjikan dengan RM100 dan goodies bag apabila mendaftar diri di PWTC. Jauh sekali untuk saya menggadaikan prinsip yang dipegang kerana RM100. Niat saya untuk mengenakan BN dengan lojik orang asli. “Eesshh! cik, saya bukan gadai maruah. Saya dah tipu BN. Duit BN saya ambik tapi bila undi, saya pangkah PAS”. So there I was at the Dewan Tun Abdul Razak, PWTC, between 1230 hrs to 1330 hrs on 23 October 2011 bersama-sama 4 orang rakan sekerja saya yang juga bekas/pesara polis.

Perjalanan majlis saya dapati tidak keruan dan tidak semenggah apabila saya sampai di PWTC. Dewan Tun Abdul Razak adalah bangunan annexe kepada PWTC. Malang bagi yang ingin ke sana melalui PWTC, tiada papan tanda atau petugas yang cukup disediakan oleh penganjur untuk menunjuk-arah polis-polis pencen ini ke dewan berkenaan. Siapa lagi penganjur program ini kalau bukan PDRM. Keadaan bertambah pilu apabila kami sampai ke Dewan TAR untuk mendaftar diri. Saya ditolak dari satu kaunter ke satu kaunter. “Tuan dulu dari Bukit Aman jadi tuan kena ke barisan Bukit Aman. Sebenarnya tak ada queue pun. Orang ramai main serbu dan berpusu-pusu sahaja depan meja pendaftaran. Pakai sistem siapa kuat dia ke depan. Memang kelaziman orang Malaysia, kurang beradab kerana asing kepada cara hidup berperaturan seperti masyarakat Jepun. Dan abang-abang dan kakak kakak polis yang tertonggok belakang meja pendaftaran buat tonggong aje. Tak mahu ambil usaha untuk memperbaiki keadaan. Susah sangat ke nak dapatkan dan pasang Q-Stand. Sama ada bebudak polis tak reti ape kebendenya Q-Stand atau saja tak hendak berusaha. Yang hairannya kalau PDRM anjur golf tournament pandai pulak cari sponsor.

BerpInar mata mencari queue Bukit Aman. Rupanya tak ada queue Bukit Aman. Kena ikut barisan alamat bersara pulak iaitu di Selangor. Hampir saja saya mengamuk dan angkat kaki. Nasib baik salah seorang rakan tugas mendaftar bagi pihak saya. Satu lagi sebab kenapa saya tak jadi naik angin adalah kerana abang dan kakak polis yang bersepah-sepah dalam Dewan untuk menguruskan pendaftaran dan mungkin semua event dalam dewan adalah pegawai-pegawai, anggota dan kakitangan awam daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil. Tempat jatuh lagi disumpah seranah inikan pula tempat menghabiskan sisa perkhidmatan saya dalam PDRM. Jadi saya telan ajelah. Nak bising pun tak guna. Saya dah pencen dan PDRM memang payah untuk diselamatkan lagi.

Kesian juga tengok pakcik makcik Homeguards yang diarak ke hulu ke hilir, dari Perak, Johor dan Pahang (paling ramai) dan dari lain-lain negeri untuk kepentingan politik BN. Duduklah pakcik makcik yang kebanyakkan dari mereka dalam umur 70an ke 80an dalam Dewan yang agak panas, tidak berkarpet, duduk berbaris atas kerusi lipat aluminium. Dari pakaian aje dah kesian tengok, nampak sangat tahap ekonomi mereka semasa di kampong. Orang kampong yang susah, yang akan dipamirkan apabila perlu memancing undi sahaja.

Tu di dalam Dewan, di luar Dewan lagi menyayat hati. Ramai dari veteran menentang insurgensi komunis ini termasuk dari kaum Cina, yang duduk di tepi-tepi longkang sahaja kerana ketiadaan tempat duduk. Seolah-olah mereka yang telah mengadai nyawa untuk menentang komunis, supaya pemimpin-pemimpin UMNO yang ada hari ini dapat dibesarkan dalam keadaan selamat sejahtera, tidak layak duduk dalam dewan-dewan utama PWTC yang berkarpet dan nyaman airconnya. Mungkin pakaian mereka yang lokos dan penampilan yang lopus tidak sesuai untuk duduk dalam Dewan Utama PWTC di mana UMNO bersidang setiap tahun. Apa nak di kata, dah memang tabiat UMNO. Memerintah dari tahun 2008, tidak pernah sekali pun teringatkan welfare pesara polis, tiba-tiba bila nampak peluang untuk kalah dalam PRU ke 13, baru sedar there is such a thing as pesara polis yang perlu dibela. Pooorraahhh!!!!!

Lepas daftar kami terus angkat kaki, belah. Tak kuasa nak tengok muka PM yang akan hadir pada jam 3 petang apabila majlis bermula. Makan tengah hari yang telah dihidangkan pun kami tak lapar nak jamah kerana lebih rela makan nasi daun pisang di Restoran Raju, PJ.

Apa jadi dengan RM100 dan goodies bag kami? Padan muka kitaorang. Ingatkan nak tipu BN, “Eesshh! cik, saya dah tipu BN. Duit BN saya ambik tapi bila undi, saya pangkah PAS”, rupanya kami yang kena tipu. Dah memang keturunan penipu (orang BN bukan kami) nak buat macam mana. Tak ada RM100 dan goodies bag kerana kata polis yang bertugas RM100 dan goodies bag dah habis sebab terlalu ramai pesara polis yang kemaruk RM100 BN datang untuk tagih simpati. Kata polis tu, “Don’t worry tuan, RM100 dan goodies bag akan kami pos ke rumah tuan”. Yelah tu!!!

Hingga jumpa lagi, selamat mengundi daripada Uncle B, yang seronok tengok BN apabila kena acah aje bertempiaran tabur duit, yang belum tentu halal haram sumbernya, sana sini.

Bye!!!!!!

Friday 21 October 2011

KELAB ISTERI TAAT

Saya musykil apasal pertubuhan wanita seperti All Women Action Society, Women’s Aid Organisation atau Sisters (yang kononnya) In Islam, dll yang sealiran dengannya jaki sangat dengan Obedient Wives Club atau Kelab Isteri Taat (OWC). Setahu saya Perlembagaan Malaysia menjamin hak rakyat untuk berpersatuan, berkumpul dan bersuara kecuali dengan berkumpul atau berkata-kata itu boleh mengganggu-gugat ketenteraman dan keselamatan negara.

Atau mungkinkah kewujudan OWC ini adalah cermin kepada kegagalan ahli-ahli pertubuhan wanita yang bersepah-sepah di negara ini, untuk menjadi isteri misali kerana terlalu sibuk memperjuangkan hak wanita ala barat sehingga suami sendiri makan luar, simpan gundik atau pasang lagi satu. Lalu apabila tidak sanggup melihat wajah mereka yang hodoh di cermin OWC, cermin dipecahkan.

OWC hanya mahu ahli-ahlinya menjadi isteri yang taat kepada suami dan melayan kehendak suami mereka sepenuhnya dan dengan sebaik mungkin. Layanan first class dari makan minum sehinggalah ke first class sex. Matlamatnya hanya supaya hubungan suami isteri berkekalan dan suami tidak menyelinap untuk dapatkan apa yang si suami patut dapat di rumah tetapi tak dapat. Atau kalau dapat pun hanya seminggu sekali, itu pun dengan cara acuh tak acuh atau melepas batuk ditangga sahaja. Suami mana yang boleh tahan, kalau nafsu makannya tujuh sendok sekali hidang tiba-tiba dicatu kepada dua senduk sahaja. Barangkali itu sebabnya, kedai mamak penuh dengan kaum bapa sahaja sebab tak cukup makan di rumah.

Saya enggan menyentuh isu OWC ini dari sudut Islam kerana bagi penjilat Yahudi seperti SIS, Islam adalah discriminatory kepada kaum wanita. Apatah lagi pandangan orang bukan Islam. Sayangnya, walaupun banyak ahli-ahli NGO wanita yang sensitif kepada Islam ini, ada yang sekolah seberang laut, mereka masih dungu kerana gagal membezakan antara Islam The Teachings dengan Muslims, penganutnya. Bodohkan?

KIta congak cara Pak Pandir aje lah. Satu masa dulu, saya menganggap mereka yang sanggup duduk berjam-jam lamanya menghadap air, tak kiralah di kolam, laut atau sungai ke dengan sebatang joran di tangan sebagai kurang siuman. Pada saya lebih berfaedah menonton blue filem di rumah dengan mak andeh. Dan sampai hari ini saya tertanya-tanya apalah yang seronok sangat menengok 22 orang dewasa kejar sebiji bola keliling padang. Apabila difikirkan semula, apalah yang saya kepohkan sangat fasal orang minat memancing atau sepak bola. Itu hak peribadi mereka. Dia orang tak paksa saya ke laut dan saya pulak tak paksa mereka melepak di rumah. Masing-masing buat masing-masing punya hal. Aman damai.

Begitulah sepatutnya dengan OWC. Live and let live. Kalau ada isteri-isteri yang rela, gembira, besar hati dan merasa bahagia menjadi kuli batak, macai, hamba abdi dan pemuas nafsu suami masing-masing, yang perempuan lain jealous apa hal? Sakit hati kut tengok wanita lain bahagia dengan suami.

Akhir sekali, yang JAKIM sibuk sangat dengan buku teknik berasmara untuk menyeronokkan suami yang nak dikeluarkan oleh OWC, apa celup! Salah ke para isteri baca buku tersebut demi mempertingkatkan cara-cara membeliakkan mata suami mereka semasa berbogel-bogelan berdua-duan atau lebih (tetapi limited to 4) di atas katil. Jangan jadi macam kawan saya yang sanggup cari ayam Siam di Thailand semata-mata kerana ingin mandi berdua dengan perempuan dan urut mengurut sebelum anu walhal mempunyai steri yang jelita di rumah tetapi enggan mandi berdua atau ugk-ugk bersama suami sebelum adegan akhir. Inilah padahnya isteri tak ada buku panduan sex seperti yang nak dikeluarkan oleh OWC.

Semoga anda tidak ke Batam atau Thailand hanya untuk merasa bergolek bergelantang, tunggang terbalik semasa berasmara kerana isteri hanya tahu straight sex, salam nakal dari Uncle B yang setakat ini belum perlu makan luar.

Calo!!!

Tuesday 18 October 2011

UGLY MALAYSIANS

I am sure not many bothers to read S.Sundareson letter to the editor, published on page 59, The Star, October 14, 2011. Sundareson laments the rise of Ugly Malaysians. Malaysians who are usually highly educated, rich and titled who thinks that they are somebody and everybody else is beneath them. The key word here is “they think”. If a kucing kurap who manages some how to own a car thinks that he/she is sombody, then you’ll have an Ugly Malaysian.

The writer cites, “inconsiderate motorists who parked haphazardly, dumbs rubbish along the highways”, who, “Judging by their cars, these offenders are not manual workers but educated Malaysians who simply couldn’t be bothered”. Adding further, he moans the fact that, “We have wtnessed time and again guests who think nothing of piling up heaps of food on their plates. They take more than they can possibly consumes and at least one third of the food ends up being thrown away”.

I feel that Sundareson is being kind for not adding to the list of ugly kiasu malaysians, drivers who cut queue, a woman who insist on going to the front of the medicine dispensing line at Assunta Hospital because she’s a Datin, an malay actress who thinks she can parked her vehicle any where she pleases just because she’s an actress and fumes when the traffic warden does not recognize her. How about morons who talks while watching a movie to the irritation of others because he thinks the RM 12 for a movie ticket is so big. The one that takes the cake must be the drivers/owners of expensive cars who talks on the mobile with one hand while driving. I mean, how ugly can you get, when you can afford a Toyota Lexus or the likes of it but stinged on a measly RM 150 for a simple bluetooth handsfree device. The list of ugly malaysians is endless.

At the end of his letter, Sundareson asked, “How do we go about educating the educated ugly malaysians”.

I am afraid Sundareson, we can’t do anything about that. Our people are beyond educating except maybe for a few because our education system is only about passing exams. It is not about teaching young malaysians to think or broadening their mindsets. It only about getting that piece of paper that you can bronzed or hang on the wall for the world to see that you have answered all questions corectly regardless of whether you really believed in your answers or you’re answering it by rote because the lecturer says it is so. I was onced impressed by a talking parrot who greets, “Good morning, apa khabar” the moment it sees you approching. But amazement turns to disappointment when I could not engage the parrot in a discussion about the different types of malaysian barbarians.

Hingga jumpa lagi dari Uncle B yang ingin bertanya, “Kalau Singaporeans kiasu, kita apa?”

Calo!!!!

Monday 10 October 2011

ENTAHLAH, TAK TAHU AKU

The most dangerous thing today in Malaysia is to have an opinion. Basically formed by your current knowledge base, your life experience and your personality, coupled with your own perceptions and peppered, at times, with your instinct or gut feelings, an opinion is not necessarily right or wrong. An opinion is just that, an opinion, nothing more, nothing less.

Sad to opined, the way mainstream Malaysians react when you air your inner voices, is unbelieveable. They seem to have the George Bush mentality. Either you are with us or against us. How can you rationalise with people like that. Point out the weaknesses of the government, immediately you are labelled anti government or worst still a subversive or communist sympathiser. Try to show the rakyat what is really happening in the police force, you became an ungrateful SOB who forgets that the police pays for yours and your family livelihood. And the moment you show the good side of someone else, like Singapore for example, you are admonished. If Singapore is so good, why don’t you stay in Singapore. Why do you come back to Malaysia?

This is the mentality of mainstream malaysians including our so called leaders. You don’t like something a person says, attack the guy and not his opinion. How do we expect to become a first class country if we still have 3rd class mentality? No wonder the Singaporeans are beating us in every endeavour and the Thais, Indonesians and even the Vietnamese are catching up very fast with us especially in the field of economy and sustainable governance.

Talking about economy, Jumaat lepas 7hb October 2011, Najib umumkan bajet 2012. Mau tak happy. Sebagai pesara, Uncle akan dapat bonus RM500 dan pencen pula naik 2% setiap tahun. Tapi risaunya lebih banyak dari suka. Takut suka sekarang menangis kemudian hari. Apa tidaknya, negara ini telah diurus tadbir dengan bajet defisit selama hampir 14 tahun. Pada pengetahuan tahap kampong aku, ini bermakna belanja mengurus negara lebih tinggi daripada duit yang ada. Dalam bajetnya, Najib tak beritahu pun daripada mana nak cerkau duit yang akan disogok kepada rakyat supaya undi BN nanti.

Bimbang juga apabila tambahan pencen sebanyak RM66 sebulan akan terhapus selepas harga elektrik dan air dinaikkan kerana subsidi terpaksa dihapuskan apabila BN menang besar dalam PRU ke 13 nanti. Yelah! kan. Beritahu rakyat bahawa kerajaan terpaksa batalkan subsidi kerana nak jimat belanja sebab ekonomi dunia meleset. Apa, ekonomi dunia baik sangat ke sekarang? Siapa yang bodoh? Rakyat jugak!!!!

Cho’ sun dari Uncle B, yang pernah diberitahu bahawa untuk menguasai sesuatu bahasa asing dengan cepat, dapatkan a sleeping dictionary.

Wassalam.

Friday 7 October 2011

MELINGKUPKAN WANG RAKYAT: BUKAN PERKARA BARU

The Federal Government has come under severe critism again from the Auditor General for financial mismanagement and poor audit control”. Begitu bunyi berita muka (1), akhbar The Star bertarikh August 5, 1981. Akhbar tersebut memetik komen Ketua Audit Negara, Tan Sri Ahmad Noordin Bin Hj Zakaria dalam Laporan Audit Negaranya bagi tahun 1977. Sambung Tan Sri Ahmad lagi, “As long as such large differences are not investigated and analysed, the possibility of fraud and misappropriation will remain undetected”.

Antara pekong-pekong kerajaan yang di telanjangkan oleh Tan Sri Ahmad Noordin ialah (1) “Mindef under fire for multi million $ deals”, (2) “$84m grants that can’t be accounted for”, (3) “$1m boat that cannot be used” and (4) “$500,000 gone – and still no quarry”.

No komen kerana kandungan berita lama ini menerangkan dengan sendirinya dan tiada terjemahan ke Bahasa Melayu diperlukan kerana rakyat Malaysia dah pandai speaking london apabila kerajaan mengarahkan maths dan sains diajar dalam Bahasa Inggeris.

No komen dari saya tetapi banyak soalan. Semoga soalan-soalan ini dapat menjentik minda anda untuk berfikir dengan jelas dan rasional tanpa dipengaruhi oleh sentimen politik.

Saya menyertai PDRM pada tahun 1977 dan bersara pada tahun 2011. Berita di atas adalah mengenai Laporan Audit Negara Tahun 1977. Sekarang dah tahun 2011. Tiga puluh empat tahun telah berlalu. Adakah salah urus kewangan, kawalan audit yang lemah dan pembaziran wang rakyat oleh kerajaan ketika itu telah berakhir sekarang? Telah berakhirkah kontrak-kontrak pertahanan yang meragukan? Bagaimana dengan perbelanjaan-perbelanjaan yang tidak dapat dijelaskan. Telah berakhirkah ia sekarang? Cuba ingat. Zaman ini masih adakah wang rakyat dibelanjakan tetapi hasilnya tak nampak atau pembelian kapal selam yang tak boleh menyelam. Akhir sekali, soalan cepu emas. Siapakah yang memerintah Malaysia sejak tahun 1977 sehingga sekarang? Tidak lain tidak bukan, Barisan Nasional yang dikepalai oleh UMNO. Adakah anda mahu meneruskan legacy “financial mismanagement and the possibility of fraud and misappropriation will remain undetected” ini yang telah, sedang dan akan terus menjahanamkan wang rakyat, wang kita, wang anda, wang anak cucu anda? Jika ya!, undilah BN dalam pilihanraya yang akan datang nanti dan selamat menjadi warga sebuah negara yang muflis dan papa kedana.

Hingga jumpa lagi, salam sayang dari Uncle B, yang tak perlu perhiasan luaran seperti kereta mewah, rumah besar, isteri gebu atau status bumiputera untuk menjana harga diri. Wasalam.

Sunday 2 October 2011

MELAYU ATAU ME LAYU

Satu masa dahulu, di era Hang Tuah, bangsa melayu adalah satu bangsa yang gagah dan perkasa. Jajah takluk Empire Melayu (The Malaccan Empire), menurut pengkaji sejarah barat, “were extended from South Thailand to almost whole of Sumaterian Island. The Malaccan Empire had turned from a maritime empire into an entrepôt empire. Other Eastern civilizations such as the Chinese Empire and the Siamese and Western civilizations such as Persian, Gujarat, Arabs and Europeans vastly traded with Malacca.

Dulu, satu dunia orang bertandang ke Empire Melayu Melaka untuk berkenalan dan berniaga dengan orang melayu. Masa itu hanya ada bangsa Cina, India, Arab, Portuguese, Barat dan Melayu. Belum ada istilah bumiputera, Hak Istimewa Melayu atau Dasar Ekonomi Baru. Tanpa tongkat, hak istimewa atau subsidi, orang melayu ketika itu, tetap gagah dan dihormati sehinggakan Maharaja Cina ketika itu, menghantar anak perempuannya, puterinya Hang Li Po ke istana Melaka untuk ditarkol oleh Sultan Melayu Melaka. Begitu hebatnya Bangsa Melayu zaman dahulu. Sekarang Melayu, layu longlai. Kalau tak ada Hak Istimewa Melayu, dah lama barangkali, Melayu hilang di dunia.

Menurut orang melayu No.1 Malaysia, Najib Tun Razak, ‘The 21st century malays should not “hide” behind the proctection of the government. Instead they should be a race that is dignified, well respected and looked up to”. Ringkas cerita, Najib kata orang melayu tidak boleh lagi menyorok di belakang kain sarung kerajaan untuk menjadi satu bangsa yang dihormati dan dipandang tinggi.

Hmm1 Alahai!! Ia mengambil begitu lama, sehingga 3 tahun setelah menjadi seorang perdana menteri, untuk Najib sedar bahawa dasar “protectionism” tidak akan menaikkan martabat Bangsa Melayu, sedangkan saya, sejak menjejak kaki semula ke Malaysia pada tahun 1971, telah tidak berkenan dengan dasar melindungi orang melayu, kerana zaman teenager lagi, saya tahu bahawa dasar tersebut hanya akan menguntungkan orang melayu yang ada kabel atau dalam kata lain, “the elite malays” sahaja. Maknanya, saya ni kira lebih critikal dan lebih tajam berfikir dari para jemaah menteri melayu malaysia yang ada. Kalau tidak, mengapa Najib perlu mengambil masa lebih 40 tahun untuk menyedari bahawa ‘The 21st century malays should not “hide” behind the proctection of the government”, walhal saya telah menyedarinyanya sejak tahun 1971 lagi.

Pahlawan Sparta zaman Illiad Greek, dibesarkan dalam keadaan yang mencabar dan “kasar’ untuk membentuk jiwa dan semangat yang kental sehinggakan 300 pahlawan Sparta berjaya melambatkan pergerakkan perang beratus ribu tentera Parsi di Thermopylae. Pengamal satu aliran karate di Jepun moden akan terjun ke dalam laut yang airnya sejuk membeku pada jam 6 pagi setiap hari untuk melahirkan jiwa yang tidak berdetik ragu apabila menghadapi musuh yang ganas. Latihan untuk anggota unit khas tentera dan polis, jauh lebih lasak dan zalim daripada latihan anggota tentera atau polis biasa. Gerenti Malaysia akan mendapat para komando battalion 21 ATM atau VAT 69 PDRM versi sotong jika dilatih cara akua atau kedi. Orang Melayu Malaysia hari ini tidak dignified, not well respected and not looked up to” kerana terlalu lemak, manja dan lesu dik terlalu lama dilindungi oleh Hak Istimewa Bumiputera.

Hingga jumpa lagi, Salam Semerluki dari Uncle B, yang getik nengok jantan muda bangsa melayu hari ini yang takut kena hujan sebab takut pening kepala dan takut nak berbasikal sebab tak tahan panas. Uweeekkkk!!!!!

Wassalam.