Thursday 25 November 2010

2 ALAM

Jika anda bercadang untuk mengisi masa lapang yang terluang dengan menonton filem 2 ALAM terbitan dR Rozmey (entah apa kebendenya dR tu, aku pun tak tahu), lebih baik tengok orang pancing ikan. Ada juga thrillnya bila kail pemancing disentap ikan.

Petang 24 Nov, saya hangus RM 6 ringgit kerana menonton filem 2 ALAM di cineplex 10 di Cineleisure, Damansara. ½ jam pertama ok juga, ada suspen yang akan membuat anda sitting on edge nak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Ada scene orang mandikan jenazah. Buat kita tertanya-tanya siapa Adam, macam mana dia mati. Scene mandi jenazah dan kuburkan jenazah diselang-selikan dengan scene-scene seorang wanita dan boyfriend dia berfoya-foya dan peluk-peluk atas katil. Itu sahaja sepanjang 90 minit cerita tersebut. Kalau anda tak percaya, pergilah tonton sendiri. Sayang sekali cuma 30 minit aje yang boleh ditengok, lebihnya nampak sangat penerbit dan pengarah, syok sendiri. Konon-konon nak buat macam a thinking man film tapi tak jadi. Tengok filem ini mengingatkan saya tentang filem Lurah Dendam yang saya tonton lebih kurang 14 tahun dulu. Kedua-dua filem buat saya rasa macam nak keluar panggung aje tetapi kerana nak sokong produk bumiputera, saya pendam aje rasa mual saya. Untuk filem DUA ALAM, kalau dR Rozmey ada dalam panggung, mahu saya lontar mamat perasan tu dengan popcorn dan pepsi.

Dah banyak filem melayu yang saya tonton sebagai tanda sokongan kepada barangan Malaysia. Sayangnya lebih banyak yang haprak daripada yang berjenis. Tetapi kenapa dengan filem 2 ALAM ini, saya bengang sangat? Apa tidaknya, belum apa-apa lagi si Rozmey dah gelembung habis. Konon filem ada kelas, berbeza daripada filem-filem melayu yang lain, akan kutip RM 40 jutalah, macam-macam punya cakap besar tentang keunikan 2 Alam, kononnya. Jauh bezanya dengan Studio KRU yang tak banyak cit cot cit cot tetapi berjaya menghasilkan CICAKMAN yang worth more than the ticket price. Kalau macam filem yang saya tonton tadilah, jangankan RM 40 juta, RM 400,000 pun belum tentu tapi siapalah tahu taste majoriti orang melayu malaysia.

Syukur, bengang saya cuma sekejap aje apabila saya teringat yang saya berada di Malaysia. Khabarnya jika kita duduk dengan sesuatu kaum selama 40 hari, kita akan terikut-ikut dengan kelakuan kaum tersebut. Jadi tak hairanlah kalau si Rozmey tu lebih gelembung dari isi kerana negara tempat dia bermastautin dan berniaga jus kurus badan pun sama. Lebih banyak slogan GTP, NKRA, 1 Malaysia, dll daripada sebenarnya civil servants jadi lebih efisien, jenayah berkurangan, pengangkutan awam mengalahkan Singapura dan rakyat bersatu padu tanpa batasan kaum.

Hingga jumpa lagi, selamat menguruskan badan dengan formula dR Rozmey dicampur dengan filem 2 Alam, dari Uncle B yang lebih selesa dengan filem Joggers Park dari India.

Friday 19 November 2010

UNIVERSITI PANJANG AKAL

Kalau kita rajin mengira ada tidak kurang 200 lebih institusi pengajian tinggi swasta dan awam di Malaysia tatkala ini, mungkin lebih. Baguslah tu, sesuai dengan hasrat kerajaan nak jadikan Malaysia hub pendidikan tersohor kalau tidak di dunia, di Asia atau kalau kodi sangat di ASEAN pun jadilah. Sekurang-kurangnya boleh juga masuk dalam Malaysia Book Of Records. Tak kiralah kalau penuntutnya banyak dari benua Afrika tetapi tak pernah hadir kuliah.

Raya Haji baru ni, sebelah petang, saya bawa cucu pergi ToysRUs, Empire Shopping Centre (opposite Subang Parade) di Subang untuk beli mainan dia. Habis shopping turun ke tempat parkir di basement 3 untuk pulang ke rumah. Untuk keluar dari basement tersebut saya terpaksa berpandukan tanda arah yang tergantung di ceiling basement kerana bukan saya yang buat Empire Shopping Centre tu. Di hadapan saya sebuah kereta lain, jadi sambil tengok tanda arah, saya juga ikut bontot kereta di hadapan.

Kereta tu pusing kanan saya pun pusing kanan. Saya kerling signboard. Memang betul dia tunjuk belok kanan untuk exit. Lepas pusing kanan, signboard kata pusing kiri, jadi kami pun pusing kiri, jalan terus lepas tu pusing kanan balik. Aikkk!, kami balik semula ke tempat asal kami tadi. Memandangkan hari tersebut Hari Raya Korban, kami tawaf basement 3 tu sebanyak 3 kali kerana ikut signboard. Di pusingan ketiga, mamat kat depan saya dah hilang sabar. Kuat giler dia bunyikan hon kereta untuk tarik perhatian pengawal keselamatan. Dia tanya arah nak keluar rupanya. Budak guard tu tunjuk jalan ke depan, betul-betul kat tanda arah pertama yang kata belok kanan, guard tu suruh brother depan saya belok kiri. Saya pun ikut. Betul rupanya. Walaupun papan tanda kata belok kanan, anda sebenarnya kena belok kiri untuk keluar.

Siapalah agaknya mangkuk ayun yang buat dan pasang penunjuk arah tersebut dan siapalah pengurus komplex yang tidak memantau benda-benda remeh macam ni. Dia orang ni sekolah sampai darjah berapa? Belum sempat berbakul menyumpah seranah (dalam hati aje sebab cucu ada sebelah), teringat bahawa saya berada di Malaysia dan di Malaysia benda-benda tak senonoh macam ni memang perkara biasa, jadi saya switch off mode menyumpah saya.

Kalau anda dari Subang Parade dan ingin ke Kelang atau Glenmarie atau ke Kl, berhampiran dengan tapak KFC lama, jalan yang anda susur akan bercabang tiga. Ke kiri sekali anda ke Kelang, tengah ke Glenmarie dan kanan ke KL. Entah siapa yang bijak pandai, papan tunjuk arah ke Kelang dipacak selepas anda melepasi simpang ke Kelang dan sedang melalui jalan ke Glenmarie atau KL.

Pernah ke Komplex Sejarah Pasir Salak? Saya pernah ke sana dari arah Batu Gajah. Sebelum satu simpang ke kiri, saya nampak satu signboard tunjuk terus ke hadapan untuk masuk simpang kiri ke komplex tersebut. Kami pun pakat ikut signboard (time tu saya bercuti bersama 5 orang adik beradik, jadi konvoi 5 kereta). 20 km kami pandu, tak nampak-nampak simpang kiri yang dimaksudkan. Seorang adik saya cadang kami buat U Turn dan patah balik ke Batu Gajah. Tahu apa jadi?. Betul-betul opposite simpang kiri yang kami lalu tadi, yang ada signboard jalan terus untuk ke Komplex Pasir Salak, terpacak satu signboard, kali ini menunjukkan belok kanan untuk menghala ke komplex. Akhirnya kami sampai juga ke destinasi.

tu sebab kalau anda rajin baca ruangan surat dari pembaca dalam media cetak tempatan anda akan dapati rungutan dari pelancong asing, juga orang tempatan, bahawa signage di Malaysia simpang perenang, lintang kedak dan lansung tak boleh diharap untuk menunjukkan arah. Lebih baik anda beli GPS navigator. Dengan cara itu, anda boleh campak alat GPS anda keluar tingkap kereta kalau gagal tunjuk arah kerana jika anda bakar signboard yang entah ape-ape, anda boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan kerana merosakkan harta awam.


Berbalik kepada pusat pengajian tinggi yang tumbuh macam lalang di Malaysia. Saya ada satu cadangan. Apakata kita bina satu lagi pusat pengajian tinggi, kali ini special punya universiti, belum pernah ada di mana-mana tempat di dunia. Tak perlu fancy-fancy punya universiti yang nak ajar elektroniklah, multimedialah, pengurusanlah, dll. Apa kata kita tubuhkan “UNIVERSITY COMMON SENSE, MALAYSIA”. Objektifnya, melahirkan tenaga kerja yang boleh berfikir dan salah satu bidang pengajian ialah Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Penunjuk Arah. Gerenti lepas tu, semua kedai ICT di Malaysia marah, sebab alat GPS tak laku lagi.

Salam Aidil Adha dari Uncle B yang masih ingat kata-kata Professor diRaja kita, yang berpendapat universiti seharusnya tempat penuntut diajar berfikir bukan menghafal.
Byeee!!

Monday 15 November 2010

LUPAKAN GOVT TRANSFORMATION PROGRAM KALAU CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Pada dasarnya terdapat 3 peringkat proses pengurusan. Pengurusan tertinggi yang lebih ¾ masa mereka dihabiskan dengan merangka hala tuju organisasi i.e. policy making, kumpulan lower management yang melaksanakan policy (kuli bataklah tu) dan tersepit di tengah ialah middle management. Kerja group ini, 50% melibatkan penterjemahan dan pemantauan perlaksanaan policy dan 50% melaksanakan policy itu sendiri (kira-kira macam kuli kelas tinggi). Pada dasarnya middle management ibarat penyambung antara aspirasi pucuk pimpinan organasasi dengan kumpulan kuli batak. Ringkasnya mempastikan hala tuju organisasi diterjemahkan kepada realiti oleh kumpulan pekerja.

Atas alasan di atas, saya tidak nampak bagaimana segala macam program yang yang dicanangkan oleh pemerintah untuk menyenangkan kehidupan rakyat jelata akan berhasil. Jika saya salah, maka kita tidak perlu menunggu tahun 2020. Tahun depan sahaja, berduyun-duyun pentadbir dari seluruh pelusok dunia akan berhimpun di Malaysia untuk belajar dari MAMPU, PEMANDU dan pemimpin negara kita. mengenai program-program seperti Dasar Pandang ke Timur, Malaysia Incorporation, Dasar Ekonomi Baru, New Economic Model, Multimedia Super Corridor, pelbagai Economic Corridors, Islam Hadhari, One Malaysia dan terbaharu, Government Tranformation Program dengan NKRA-NKRAnya. Itu belum masuk sistem 5S, Star Rating, ISO, KIK, Blue Ocean dan ntah apakebendanya lagi sistem pengurusan yang sedang dilaksanakan oleh ajensi-ajensi kerajaan. Hasilnya?. Tak perlu saya ulas. Memadai dengan ungkapan, “Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan, biarkan”. Jangan lupa hanya orang melayu sahaja yang ada cerita rakyat Pak Pandir dengan idelogi “menang sorak kampung tergadai” nya.

Apa juga program yang direncanakan hanya sekadar policy atau hala tuju negara yang diimpikan oleh pemimpin kita sehinggalah semuanya diterjemahkan kepada kenyataan oleh pengurusan pertengahan i.e. our civil servants, dari pembantu tadbirnya hinggalah ke KSU kementerian. Malangnya dengan mindset mementingkan diri sendiri, kipas mengipas dan kerja ala kadar yang terpahat pada kakitangan awam kita (juga dari pembantu tadbir hingga ke peringkat KSU), masih gelap harapan rakyat untuk menikmati hasil program-program yang digembar-gemburkan pemimpin kita walaupun seluruh perkhidmatan awam negara terpaksa dimandi bunga dari 7 benua sebanyak 3 kali malam jumaat.

In case in point. 1 daripada 6 NKRA yang direncanakan oleh kerajaan ialah penurunan kadar jenayah. Pelbagai program telah diatur untuk mencapai objektif ini. Salah satu program yang telah dicadangkan oleh Jawatankuasa NKRA Bukit Aman pada penghujung tahun 2009 ialah mengadakan sambutan Hari Kesedaran Jenayah peringkat nasional. Seperti biasa program tersebut ditaici kepada JSJK Bukit Aman sebagai stakeholder dan sebagaimana kontrak kerajaan yang diberi kepada bumiputera, kerja ini telah di sub-con pula kepada IPD Kuala Lumpur.

Acara sambutan yang diatur oleh IPK Kuala Lumpur sungguh komprehensif dan grand dengan perasmian di Dataran Merdeka oleh YAB Perdana Menteri sendiri. Dari JSJK Bukit Aman, dicadangkan acara Kembara Berbasikal bermula dari 3 kontinjen iaitu dari Kangar, Kota Baharu dan Johor Baharu, kesemuanya menuju dan akan sampai serentak pada sambutan Hari Kesedaran Jenayah di Dataran Merdeka, untuk menyerahkan logo Hari Kesedaran Jenayah kepada YAB Perdana Menteri. Untuk program kembara ini, sayalah yang dilantik menjadi fasilitator dan pesertanya. Mungkin kerana saya pernah mengaturkan dan mengetuai program yang sama semasa sambutan 200 tahun PDRM iaitu berbasikal daripada Pulau Pinang (tempat lahir PDRM) hingga ke Kuala Lumpur.

Semuanya telah diatur oleh para macai dengan rapi dan teliti termasuk costingnya sekali yang berjumlah RM 1.3 juta. Tinggal mendapat kelulusan sahaja dari KDN. Begitu beria-ia sangat kami para macai hendak menjayakan program ini sehinggakan dengan bantuan JSJK Selangor (TQ ASP Razak), kami telah berjaya menyakinkan Kumpulan NAZA untuk jadi event manager. Mula-mula nak buat bulan February 2010, kemudian tukar ke bulan Ogos. Akhir sekali bulan December 2010. Punyalah banyak mesyuarat yang kami hadiri, nak muntah dibuatnya. Jenuh saya dan ASP Sufian mentaklimatkan berulang-ulang kali program yang telah diaturkan setiap kali mesyuarat. Kali terakhir sebelum raya Aidil Fitri lalu, dengan orang kanan Menteri. Keputusannya, setuju dengan semua yang telah dirancang dan arahan diberi kepada Unit NKRA KDN untuk mendapat tarikh yang sesuai dari PM.

Setelah menunggu macam buah tak jatuh, bukan main berkobar-kobar semangat apabila pada minggu kedua bulan November, KDN panggil mesyuarat. Dalam hati kita orang, ini mesti final meeting untuk fine tune sahaja program tersebut. Punyalah bengang, saya rasa macam nak maki aje pengerusi mesyuarat, apabila bertanya, “Apa impaknya Kembara Berbasikal tersebut kepada objektif program?”. Habis tu yang kita orang dok explain selama ini sampai berbuih mulut, apa ke hal? Apa yang unit NKRA KDN buat selama ini setiap kali mesyuarat? Tak repot pada bos ke apa yang berlaku?

Hah! abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik. Inilah mentaliti atau mindset pegawai kerajaan kita, Buat kerja main tangkap muat. Asal ada meeting, kerja dah jalan, konon. Selagi PM kita tak cari satu cara untuk ubah mentaliti/mindset pegawai kerajaan yang ada atau campak sahaja mereka yang macam pengerusi tadi dan ahli-ahli unit NKRA KDN dalam semak, hentikanlah berangan nak transformasi kerajaan. Buek perabih boreh ajo.

Mula-mula, panas hati dan nak marah juga dibuatnya. Tetapi apabila mengenangkan yang saya ni duduk di Malaysia dan inilah agaknya cara kerajaan dan agensi kerajaan buat kerja, saya terpaksa akur, bersabar dan urut dada sahaja. Kalau beginilah cara orang gomen di Malaysia bekerja, nampaknya sah Program Transformasi Kerajaan akan tinggal retorik aje. Oleh itu untuk mengelakkan daripada jadi giler, ada baiknya saya tutup mata, tutup telinga dan tutup mulut sahaja melihat bagaimana di Malaysia, banyak cerita dari kerja. Pasal Kembara Berbasikal Hari Kesedaran Jenayah tu? Boleh blah!!

Jumpa lagi dari Uncle B yang terlalu banyak bersabar dan cukup tak berkenan dengan perempuan yang asyik suruh kita cakap, “I love you sahaja” tetapi making lovenya tidak.
Byeee!!


Sunday 7 November 2010

MALAY TOWN KAT MANE?

Kalau saya seorang pelancong dari India dan bertanya kepada budak melayu yang menjadi bellboy di sebuah hotel 5 bintang, di mana saya boleh melihat semuanya yang berkaitan dengan kaum India di Malaysia, pasti saya akan dirujuk kepada Little India, sama ada yang di Kelang atau lebih gah lagi, di Brickfields, yang baharu sahaja dirasmikan oleh Presiden India sendiri.

Jika saya dari Republik Rakyat China pula, lalu bertanya perkara yang sama tetapi semuanya yang berkaitan dengan Cina, tentunya saya akan dihantar ke Petaling Street untuk melawat Chinatown Malaysia.

Bahkan kalau saya seorang pelancong yang sedang bersiar-siar di kawasan Bukit Bintang, besar kemungkinan saya akan menyemak paspot saya untuk mengesahkan yang saya benar-benar telah mendarat di negara yang dahulunya dikenali sebagai Malaya atau Tanah Melayu. Apa tidaknya, toleh ke kiri, nampak Arab Enclave dengan restoran-restoran dan kedai–kedai yang menjual barangan dari Timur Tengah, sana sini akan terlihat papan tanda dalam bahasa Nepal, Arabic, Myanmar dan entah apa-apa bahasa lagi. Wartel atau warung telefon ala di Indonesia, terselit sana sini. Tengok sahaja muka jurujual, tak kiralah yang menjual makanan ke atau barangan lain, itu belum lagi mendengar loghatnya, sah mereka bukan orang tempatan. Itu belum lagi singgah di padang permainan Sarung Parti Girls di Bangsar dengan longgokan orang putihnya. Jadi betullah kata iklan Perbadanan Pelancongan Malaysia, “Malaysia Truly Asia”.

Dalam sibuk-sibuk dan bermegah-megah yang kita dah mencapai taraf bandar kosmopolitan dengan wajah global, saya hampir lupa bertanya kepada bellboy Melayu tadi, “Dik, di sini ada Little India dan Chinatown, di mana pula Malay Town sebab tourist tadi nak tahu segalanya yang berkaitan dengan Melayu?”

Hingga kita dinner bersama di Restoran Al Nafouera, salam Semerluki dari Uncle B, yang tidak tahu apa nak jawab, jika cucu bertanya, “Tok, Tanah tempat kakak berlari-lari ni, siapa yang punya?.” Jangan jadi Pak Pandir, dah lah!. Menang sorak kampong tergadai.
Byeee!

Tuesday 2 November 2010

BENCANA ATAU PERINGATAN

Dalam Al-Quran ada banyak cerita-cerita bagaimana Allah s.w.t. menimpakan bala ke atas kaum yang enggan patuh perintah Nya dan menganiaya sesama manusia. Kita pernah dengar cerita Nabi Noh, Nabi Salleh, Nabi Lut, dll, kan? Kalau diperhatikan, bencana yang diturunkan Allah, semuanya dalam bentuk bencana alam seperti banjir, penyakit dan ribut taufan. Barangkali ini untuk mengingatkan mereka yang sentiasa berfikir, supaya jangan melihat bencana alam atau yang dilakukan oleh manusia sebagai an act of nature semata-mata tetapi sebagai satu peringatan daripada Allah s.w.t bahawa tiada apa yang terlepas dari pandangan dan balasan Nya.

“MUNGKIN PEMBALASAN”. Begitu tajuk laporan berjudul Letusan Merapi oleh Hadlizhady Hassan yang disiarkan di muka surat 16, Harian Metro, Ahad, 31 October 2010. Saya turunkan 2 petikan daripada laporan tersebut untuk kita memikirkannya bersama.

“Ini mungkin pembalasan tuhan atas segala dosa yang dilakukan pemimpin dan yang menjadi korban adalah penduduk,” kata seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Yonco”.

“Mereka (pemimpin) mempunyai banyak wang dan boleh berpindah ke tempat selamat jika berlaku bencana. Namun, penduduk miskin seperti kami yang terpaksa menanggung kesannya”.

Syukur Alhamdullillah, Malaysia belum ada bencana alam seperti gunung berapi meletup atau gempa bumi. Yang kecil-kecil seperti banjir dan ribut yang tak ikut peraturan Jabatan Kaji Cuaca Malaysia atau tempias bencana alam negara jiran seperti tsunami tahun 2006, adalah. Yang kita selalu kena, bencana buatan manusia.

October baru lalu, seperti berlaku tidak kurang sekali setahun, lagi berita mengenai kemalangan jalanraya yang melibatkan pengangkutan awam. Satu di Lebuhraya Utara Selatan terhampiran toll Simpang Empat, Melaka yang melibatkan 13 nyawa dan satu di Genting Sempah, Pahang yang menyebabkan 7 pemuda belasan tahun hilang nyawa. Sebelum itu ada peristiwa ahli perniagaan jutawan, bankernya, pemandu dan peguam jutawan tersebut dibunuh dengan kejam kerana pasal duit aje. Ada cerita emak cekik anak 4 tahun kemudian bunuh diri, cucu pancung kepala atuk dan 3 ahli keluarga lain, anak ugut emak kerana nak rebut rumah mak, anak belasah emak kerana hal-hal persiapan perkahwinan si anak. Perihal orang dewasa tendang anak kecil sampai mati dah banyak berlaku. Cerita bapak rogol anak perempuan sendiri jangan ceritalah. Tu, macam biasa aje.

Kalau anda tidak merasa terhina atau low class kerana membaca surat khabar picisan seperti Metro dan Kosmo, anda akan dapati banyak lagi cerita-cerita musibah yang menimpa rakyat miskin hari demi hari. Sampai seram sejuk dan meremang bulu roma dibuatnya dan tertanya-tanya dalam hati. Apa dah jadi?

Di Indonesia ada bencana alam, di Malaysia ada bencana buatan manusia. Soalnya, adakah kedua-dua bencana yang berlaku di dua negara majoriti Islam ini, an act of nature atau satu peringatan daripada Allah s.w.t. Sama-samalah kita renungkan.

See you dari Uncle B, yang masih ingat naik sampan dari bandar Segamat untuk ke Kampong Bukit Pupuk, Batu 5 Jalan Muar, akibat banjir besar 1971 yang melanda negara.
Byeee!!

Friday 29 October 2010

KALAU BERMEGAH TAK KETAHUAN ARAH

Saya berdiri teguh di belakang hasrat Najib Tun Razak (berdiri aje, tak ada buat lain), untuk membina Menara Warisan setinggi 100 tingkat bersebelahan Stadium Merdeka/Stadium Negara, sebagai ikon sebuah Malaysia yang maju dan moden, di samping sebagai pemacu pembangunan ekonomi 1 Malaysia di mana kaum India yang terpinggir, kaum Cina yang dianaktirikan dan kaum melayu yang tercicir ekonominya, boleh berniaga dan menjadi kaya raya di bawah satu bumbong Menara Warisan, Bagus tu, niat untuk menjadikan semua kaum Malaysia bermandi duit tanpa mengira kroni atau bukan kroni. Tak lama lagi bolehlah orang Melayu kampong, buka kedai berniaga pisang salai, kerepek, mee rebus dan supermarket hasil kampong di menara tersebut. Amin.

Sementara itu, akhbar Metro Isnin 25/10/10 di muka hadapan dan di muka 8, menyiarkan gambar dan laporan mengenai 1 keluarga bumiputera dan anak kecil mereka berusia 1 tahun 5 bulan, tinggal di bawah jambatan Lebuh Raya Timur Barat (Metramac), Kuala Lumpur kerana kedaifan di negara Malaysia Boleh.

Satu soalan. Kalau Menara Warisan adalah ikon sebuah Malaysia yang maju dan membangun, rakyat yang duduk bawah kolong tu, ikon apa pulak?

Yang peliknya, negara pulau setotet, di hujong causeway yang mengunjur dari Johor Bahru, dahlah tak ada satu pun hasil bumi, tak ada pulak tu ikon, mekon atau apa kejadah lagi mercu tanda tapi maju jugak.

Hingga jumpa lagi, satu pesanan ringkas dari Uncle B, “Monyet yang berjaya membina ikon Menara 101 tingkat tetap monyet tetapi insan yang duduk di rumah teres tetap manusia”.
Byeee!!

Wednesday 27 October 2010

SYABAS PDRM - A JOLLY GOOD START

Nampaknya, PDRM is off to good start dengan barisan kepimpinan yang baru. Daripada ASP-ASP yang baharu sahaja diumumkan naik pangkat ke DSP sehinggalah kepada kepimpinan tertinggi pasukan yang telah diumumkan terdahulu dari ini. Tahniah Dato’-Dato’, tuan-tuan dan puan-puan, yang akan memimpin PDRM ke mercu kegemilangan dalam menyakinkan orang awam seperti saya bahawa Malaysia akan terus kekal aman dan tenteram untuk kami mencari rezeki di bumi bertuah ini, di bawah perlindungan PDRM. Dengan izin Allah s.n.w.

Adalah satu petanda baik, apabila Arahan Pertukaran Pegawai Kanan Polis (Pegawai diWartakan) Bil.48/2010 dalam KPN 106/3 bertarikh 13/10/2010, yang melucutkan pangkat pemangkuan DSP, 30 orang pegawai yang gagal dalam temuduga kenaikkan pangkat, telah dibatalkan dalam tempoh tidak sampai 3 hari setelah arahan tersebut dikeluarkan dalam E-Siar. Setiap arahan yang dikeluarkan oleh sesebuah organisasi merupakan satu keputusan oleh pemimpin organisasi. Buruk atau baik keputusan yang dibuat akan mencerminkan kewibawaan pengurusan organisasi itu sendiri. Uncle B diajar bahawa, “Decison making is a management process. Decisions that are made, reflects strongly on an organisations’ management standard, skills and quality. Quality management produces quality decisions and likewise, bad managers produces bad decisions.”

Insiden di atas mengingatkan saya kembali kepada gaya kepimpinan bekas PM kita, Abdullah Ahmad Badawi, yang saya percaya akan diabadikan dalam ilmu pengurusan moden sebagai Gaya Kepimpinan Oreo atau dalam bahasa pasarnya, gaya kepimpinan sekejap ada, sekejap tak ada atau sekejap jadi, sekejap tak jadi. Rasanya ini bukan kali pertama Gaya Kepimpinan Oreo ini diamalkan oleh pasukan polis. Di saat-saat akhir mantan KPN akan tamat kontraknya, keluar satu arahan bahawa semua cuti dibekukan. Maka tersadailah cuti raya warga PDRM seantero Malaysia. Tup-tup keluar arahan baru yang meminda arahan pembekuan tersebut untuk melibatkan cuti pegawai di Lembah Kelang sahaja. Itu pun yang telah diluluskan cuti masih boleh terus bercuti dengan syarat balik ke Kuala Lumpur semula untuk hadir Mess Night Perpisahan bekas KPN. Maka Insp Zainal pun berlepas balik ke Sungkai, Perak untuk berhari raya bersama keluarga, kemudian balik ke KL untuk kerahan hadir mess night, lepas tu balik semula ke kampong untuk sambung cuti raya. Saya tak nak komen apa-apa. Lu fikirlah sendiri.

Hingga jumpa lagi, selamat dari Uncle B, yang semasa temuduga DSP kali kedua, bagi menjawab soalan Dato’ Hassan Mutalib (ketika itu T/Pengarah Pengurusan), berkata, “as a management student, adalah pandangan saya bahawa there is no such thing as management in the police force.”. Akhirnya, 3 kali temuduga baru dapat naik pangkat DSP.
Byeeee!!

Sunday 24 October 2010

URUS SETIA JSJK - TERIMA KASIH FOR THE FAREWELL DINNER

Jumaat 22/10/10 yang lalu, jam 2230 malam, bertempat di San Francisco Steak House, Jaya Square, Petaling Jaya, mereka mengadakan majlis makan malam perpisahan bagi aku yang akan bersara pada 1 February 2011 nanti. Barangkali majlis ini diadakan 3 bulan lebih awal kerana aku sedang bercuti panjang sehingga tarikh persaraan nanti. Atau pun saja mereka nak bagi mesej kat aku, “Kami dah buat majlis perpisahan untuk hang, hang duduk diam-diam kat rumah, dah cuti bersara, buat cara cuti, jangan dok menyibuk kat pejabat lagi, kacau kami nak kerja”. Takkan mereka lagu tu kot.

Mereka yang aku maksudkan adalah pegawai dan APR, Urus Setia JSJK Bukit Aman, tempat aku bertugas. Tidak ketinggalan sudi hadir sama ialah 3 orang bekas pegawai Urus Setia yang sekarang telah bertukar keluar, ASP Khaizam dan C/Insp Haroadi yang sedang mengikuti kursus Diploma Siasatan Saintifik di Maktab Polis Cheras dan Insp Azlan, yang sekarang bertugas di IPD Dang Wangi. To you guys, (yang 3 orang tu), Supt Krishnan, Supt Meor, ASP Malek, Insp Zainal, SM Salim (bukan penyanyi tapi Sarjan Major), Konstabel Rahman, Konstable Zulkifli, konstabel Shafee dan tidak ketinggalan konstabel wanita Suraya, terima kasih banyak-banyak kerana mengadakan majlis tersebut.

Dan seperti yang lazimnya berlaku di sektor korporat, sebagai cenderahati 2 ½ tahun bertugas di Urus Setia, aku dapat jam tangan Jaguar. Tak dapat kereta Jaguar, jam tangan pun jadilah. Once again thanks, guys and girl. Sebelum terlupa, aku nak minta banyak-banyak maaf dengan you all kerana mengada-ada demand full course western dinner pulak. Tak semenggah betul aku. Orang dah nak buat dinner perpisahan pun dah kira bagus, demand pulak. Tapi nak buat macam mana, dah sememangnya dibesarkan ala-ala matsalleh sikit, jadi sukar yak amat nak tukar selera. Sorry, geng!

Walau apa pun, aku amat terharu dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga Urus Setia JSJK, Bukit Aman kerana sudi mengadakan majlis tersebut. Terutama konstabel wanita Suraya yang aku difahamkan telah single handedly menguruskan majlis tersebut. Tak tahu pulak, sama ada jabatan tempat aku bertugas (JSJK lah tu) nak adakan majlis yang serupa untuk pegawai polis yang bertaraf Supt aje seperti aku tapi kalau nak adakan sekali dengan seorang pegawai tu, terima kasih banyak-banyaklah. Bukan apa, takut aku tercekik tulang nanti.

Kepada rakan-rakan yang telah meraikan saya pada malam tersebut, saya hanya meninggalkan PDRM bukan anda rakan-rakan saya. Dalam apa jua keadaan, we are still friends. Kalau sudi telipon-teliponlah saya nanti, tanya-tanya khabar, hidup lagi ke supt bersara ni. Kalau hidup lagi, boleh ajak minum-minum, makan-makan ke, pergi lounge dengar live band ke. Tapi kalau you all sibuk sangat dengan tugas-tugas kepolisan, nak buat camna kan.

Sebelum mengundur diri (ceh! bahasa bukulah pulak), izinkan saya menjawab satu soalan yang sering diajukan kepada saya oleh rakan-rakan seperjuangan yang masih ada banyak masa untuk naik pangkat dalam PDRM dan bersara sekurang-kurangnya sebagai pengarah JSJK. Dengan izin, catatan berikutnya adalah dalam bahasa pertama saya.

Now that retiring at 60 years of age is no longer an option and I will be at the compulsory retirement age of 58 years old, comes 1st February 2011 plus the fact that I am now on leave, prior to my leaving the Force on that date, I have always been asked, “How do I feel leaving the force?”. My answer will always be and have always been, that I am happy and relieved to be rid of the RMP. Likewise, I am sure that the RMP is more than overjoyed to see the last of me.

No, thank you, I will not stay on a single day longer even if they promote me to the rank of ACP. Even if I have to become a petition writer at the gates of JSJK Bukit Aman to tambah my meagre pension, so be it, rather than be a ball-less ACP. It is not that I don’t love the Royal Malaysia Police but it is the people running the Force that I can’t stand.

Until we meet again, greetings from Uncle B, who has since birth, believed that you must always speak your mind and speak now or forever hold your peace atau dalam bahasa orang Malaysia, “kalau nak cakap, cakap sekarang atau berdiam diri sahaja, jangan dah nak bersara atau tak dapat sambung 60 tahun atau kontrak, baru nak heboh”.
Byeee!!!!

Tuesday 19 October 2010

PDRM DAH BUANG TEBIAT AGAKNYA

Sebagai seorang veteran polis, saya ingin percaya bahawa tiada apa yang dilakukan oleh PDRM, boleh membuat saya terperanjat sakan dan kena sawan babi. Kalau 34 tahun perkhidmatan, di 7 cawangan berasingan, ditambah dengan berkeping-keping surat tohmahan, disepak ke hulu ke hilir, bukan suatu pengalaman kepolisan yang luas, saya tak tahu apa nak kata lagi.

Rupa-rupanya sangkaan saya meleset. Arahan Pertukaran Pegawai Kanan Polis (Pegawai diWartakan) Bil.48/2010 dalam KPN 106/3 bertarikh 13/10/2010, menyakinkan saya bahawa sehingga akhir zaman, PDRM tidak akan berhenti membuat benda-benda yang tak tergamak orang waras dan berhati perut lakukan. Nampaknya saya kena singkir jauh-jauh niat untuk terus mengikuti perkembangan semasa PDRM sebagai seorang awam, jika saya ingin terus kekal siuman. Biarlah warga PDRM mengatakan saya kacang melupakan kulit, daripada saya dimasukkan ke wad psikiatrik, Taman Bahagia, Tampoi atau di Tanjung Rambutan.

Keputusan temuduga kenaikan pangkat DSP telah dikeluarkan. Seramai 30 orang yang memangku pangkat DSP yang gagal temuduga, telah dilucutkan pemangkuan mereka dan kembali ke pangkat asal. Ringkasnya kena kopek crown di bahu dan ganti dengan 3 paku. Allah s.n.w. sahaja yang tahu perasaan rakan-rakan saya ini. Saya tak ada locus standi lagi untuk siasat atau kaji kenapa keluarnya Arahan Pertukaran di atas. Setahu saya, inilah kali pertama dalam sejarah PDRM, perkara sedemikian berlaku.

Dalam masa yang sama ada desas-desus kononnya terdapat orang yang baru memangku pangkat DSP selama 49 hari, lulus temuduga lalu terus kekal DSP, ada calon-calon yang sebenarnya tidak layak dipanggil temuduga, telah ditemuduga dan berjaya pulak tu naik pangkat DSP. Betul atau tidak khabar angin ini, wallah huallam, bissawab, anda tanya tak dapat saya nak jawab. Kalau yang menyampaikan berita, berbohong, maka kelentonglah saya. But then again, tak ada perkara yang pelik atau mustahil dalam PDRM sehinggakan dunia yang bulat pun boleh jadi leper, dibuatnya.
Nak kata mereka yang berjaya dalam temuduga tu semuanya handal-handal belaka, ada bisik-bisik mengatakan terdapat calon-calon yang hancus semasa temuduga tetap berjaya pakai DSP. Orang No.1 dalam senarai digugurkan pemangkuan DSP, telah 5 tahun memangku pangkat tersebut. Dahlah digugurkan pangkat, ditukar nun jauh ke utara pulak tu. Paling sedih, pegawai ini hanya tinggal tak sampai 9 bulan sebelum bersara wajib.

Teruk sangat ke prestasi pegawai ini sehingga tidak diberi peluang lansung untuk bersara sebagai DSP setelah 5 tahun memangku pangkat DSP. Kalau tak boleh perform, kenapa biarkan sampai 5 tahun memangku. 2 tahun dahulu pegawai ini pernah memohon untuk ditukarkan ke Perak, kenapa 9 bulan sebelum bersara, ditukarkan ke Kubang Pasu? Ini menyeksa namanya bukan pengurusan sumber manusia.

Saya tak berani nak komen beria-ia sangat, takut dikutuk pula (dahlah baru-baru ni dikatakan bodoh), “Kalau bijak sangat, kenapa tak bersara sebagai KPN” atau “Eleh!! nak komen konon, pangkat ACP pun tak dapat, cakap banyak pulak”. Jadi sebelum hati saya terguris kerana dihina, cukuplah sampai di sini sayang.

Hingga jumpa lagi, kepada kawan-kawan yang saya takrifkan sebagai telah dianiaya, bawa bersabar dan percayalah bahawa doa orang yang dianiaya akan dimakbulkan Allah. Jadi doalah yang kau-kau punya untuk PDRM.

Selamat dari Uncle B, yang terngiang-ngiang pantun 2 rangkap, “Ada Ubi Ada Batas, Ada Hari Kita Balas”. Byeee!!!!

Monday 18 October 2010

SATU HARI KE TANAH JUGA JATUHNYA

Saya dapat berita ini semasa berada di Tiara Beach Resort, Port Dickson untuk mengikuti Bengkel Knowledge Management System PDRM dri 13hb hingga 15hb October 2010. Mengikut E-Siar (portal berita PDRM), nama seorang hamba Allah tidak tersenarai untuk menjawat salah satu daripada jawatan-jawatan tertinggi PDRM. Dengar khabarnya apabila tersiar sahaja berita tersebut, banyak kedai-kedai menjual buah-buahan kehabisan stok pisang mereka, budak-budak home delivery Pizza Hut tak kering bulu hantar pizza ke pejabat-pejabat polis dan McDonald hampir habis jualan BigMac kerana ramai sangat warga PDRM yang dijamu pisang, pizza dan burger pada hari berita tersebut tersiar. Tak tahu pulak sama ada betul atau tidak tetapi ada khabar angin kononnya celebration ini belum lagi habis kerana majlis-majlis kenduri kecil sama ada di pejabat atau di restoran-restoran mamak akan berterusan untuk tempoh tidak kurang 1 minggu lagi.

Ada peribahasa yang mengatakan, “Sudah jatuh ditimpa tangga”. Kebenaran peribahasa lama ini terbukti dek keadaan di atas. Mula-mula pengumuman bahawa buat masa ini, kerajaan tidak akan melanjutkan tempoh umur persaraan wajib ke 60 tahun. Ini part “jatuh” kerana ada orang yang akan bersara sebelum April 2010 dan tak sempat layak untuk option 60 tahun jika pun kerajaan menukar fikiran 6 bulan dari sekarang. Kemudian keluar berita, nama tidak tersenarai untuk jawatan yang diidam dan diimpikan. Ini part “ditimpa tangga”. Jadi betullah kata tok moyang kita, bahawa ada orang yang akan terkucil jatuh tangga, gedebuk jatuh ke tanah, kemudian tak sempat bangun, praap!! tangga pulak jatuh hempap kepala, benjol. Kesian.

Kata arwah atuk saya sebelah bapak, “Revenge Is Best Served Hot”. Bagi seorang Supt Polis yang di saat-saat akhir perkhidmatan 34 tahunnya dalam PDRM, dikatakan bodoh dan tidak tahu buat kerja, this is indeed sweet revenge. Kalau Supt bodoh macam saya tak naik pangkat, ada juga alasannya, Sebab Supt bodoh. Tapi kalau orang yang tahu dan pandai serba serbi mengenai kerja dan ilmu kepolisan masih lagi tak naik pangkat, apalah sebabnya ekkk!

Pengalaman mengajar saya bahawa kita perlu, “Be nice to the people you meet on your way up because you will meet them again on your down”. Saya dah selalu mendengar cerita pasal pegawai tinggi polis yang semasa bertugas bukan main eksen tetapi apabila bersara, orang buat tak tahu. Bukan tak boleh marah pegawai bawahan tetapi biarlah berhemah sikit. Inilah yang susahnya, dua tiga kerat dato’-dato’ kerek dalam polis ni. Dengan orang awam yang kurang ajar dan tak reti bahasa, bukan main berhemah (penakut lah tu) tapi dengan anak buah sendiri, dibuat macam Israel layan orang Palestin. Takpe, dunia ni bulat macam roda dik. Lagipun bukan boleh tongkat dunia pakai uniform polis. Sepuluh kali sambung pun, satu hari mesti kena berhenti jadi polis. Time tu baru tahu langit tu tinggi ke rendah.

Hingga jumpa lagi, selamat bersara kepada semua warga PDRM yang akan bersara antara 18 Oct 2010 hingga 1 Feb 2011, dari Uncle B, yang tak sabar-sabar untuk balas dendam terhdap mereka yang ekk sangat dan akan turun tangga kuasa satu hari nanti.

Byeee!!!!



Monday 11 October 2010

HANTU PUN ADA PERUBAHAN NILAI

Tiada siapa yang sanggup menafikan bahawa masyarakat hari ini telah berubah. Kita ambil orang melayu sahaja cukuplah. Kalau dulu masyarakat melayu satu kelompok yang sentiasa mengambil berat tentang susah senang seseorang ahli kelompok sehingga bordering on the menjaga tepi kain orang atau busybody, hari ini orang melayu dah hampir sangat menjadi masyarakat aku, aku, engkau, engkau. Lu buat lu punya suka, gua tutup mata, gua buat gua punya cerita, lu tutup telinga.

Dulu mamat dan minah melayu tak berani pegang-pegang tangan di khalayak ramai, apatah lagi raba meraba di shopping komplek macam hari ni. Sebabnya kalau kawan ayah nampak, laporan akan disampaikan kepada ayah. Kawan ayah dibelanja teh tarik, anak ayah kena belasah kerana melanggar adab, etika dan kesusilaan bangsa melayu. Hari ini jangan terperanjat kalau si ayah maki neighbour yang sampaikan maklumat kerana menyibuk menjaga kelakuan anak orang.

Tu yang hari ini ramai sangat gadis melayu mengandung tanpa sijil dan buang anak dalam semak. Itu belum lagi masuk cerita sumbang mahram. Bapa pakai anak sendiri, abang main adik, imam tala isteri ahli qariah, Jenayah jangan ceritalah. Dulu bunuh membunuh kerana dendam atau sakit hati, Sekarang, pasal duit, orang sekolah tinggi sampai jadi loyar, pun sanggup bakar orang. Lah ni haji tinggal title aje. Jasmani dah sampai ke Mekah dan buat ibadat haji tapi rohani masih lagi jahiliah. Minum arak dan tipu orang macam sekor orang Terengganu yang tipu duit orang kampong dan kemudian guna duit tipu untuk tunaikan haji, kemudian buka syarikat menipu sehingga kumpul duit RM 40 juta dan yang sedihnya, walaupun dah kena hukum oleh undang-undang sekular, masih lagi meneruskan perniagaan tipu sementara menunggu kes rayuannya selesai.

Dah tu menteri dan segala bijak pandai melayu buat-buat terperanjat beruk, buat seminar dan bengkel untuk cari sebab mengapa boleh berlaku gejala sosial macam ni. Lalu keluarlah idea untuk buat sekolah ibu mengandung, bagi jarum kepada drug addict, baby hatch dan entah apa-apa lagi idea yang bernas. Yang diubat symptomnya, bukan punca penyakit. Lantaklah kome. Kalau tidak sia-sialah jadi menteri atau digelar ahli fikir.

Ada orang kata, berlaku gejala-gelaja sosial yang negatif ini kerana nilai masyarakat dah berubah. Mungkin banyak betulnya pandangan ini kerana today, budak kecil salam orang tua tak cium tangan, lalu depan orang tua tak ada tunduk-tunduk lagi, main redah aje, anak saudara panggil bapak saudara, Bahar sahaja, uncle pun tidak dan budak-budak hingusan datang depan pintu rumah untuk beraya got the cheek to say, “Kita orang bukan nak beraya, pakchik, nak collect duit raya aje”. Siapalah yang mengajar nilai-nilai sonsang sebegini kepada generasi muda yang ada.

Petang tadi (10/10/10), saya tengok cerita The Horror Of Dracula (lakonan Christopher Lee) keluaran Hammer Films pada tahun 60an di ASTRO, Dalam masa yang sama saya dah habis tengok cerita True Blood musim ketiga. Kedua-dua filem dan siri TV ini adalah mengenai Dracula. Kepada sesiapa yang dunianya setakat di bawah tempurong kelapa aje, Dracula ini adalah hantu jantan orang putih yang suka nyonyot darah dari leher orang perempuan barat (tanpa mengira warna kulit).

Rupa-rupanya hantu pun telah melalui perubahan nilai. Dracula zaman Christopher Lee dan Peter Cushing dulu, setakat gigit tengkok perempuan sahaja untuk hisap darah walaupun perempuan yang kena hisap darahnya tu, elok aje terlantang atas katil, pakai baju tidor dengan mata kuyu lagi. Tak pulak Dracula nak raba sana sini. Kira hantu yang gentlemanlah gitu.

Dracula hari ini dah bertukar. Ikut cerita True Blood, Dracula dan saudara maranya telah diterima untuk duduk bersama dalam masyarakat manusia biasa. Sama seperti orang barat menerima kehadiran orang islam dalam dunia hari ini. Bezanya, kaum dracula dalam siri True Blood ini, bukan setakat hisap darah tetapi dah pandai buka-buka baju dan beromen pulak. Tidak setakat itu, dalam True Blood, Dracula bukan lagi laki-laki aje tetapi Dracula betina pun dah ada. Dia orang (dracula betina) pun dah ada hak yang sama seperti dracula jantan. Mesti Sisters In Islam suka tengok siri ini sebab ada ciri-ciri keadilan gender i.e. kalau lelaki boleh jadi hantu, perempuan pun mesti ada hak yang sama untuk jadi hantu.

Itulah yang saya katakan hantu pun telah melalui perubahan nilai hari ini. Barangkali sebab masing-masing manusia dan hantu telah, sedang dan akan terus mengalami dan melalui perubahan nilai, maka hari ini kita tidak lagi dapat membezakan yang mana hantu dan yang mana manusia. Moral celoteh Uncle B kali ini? Perkara pelik-pelik dan tak masuk dek akal banyak berlaku hari ini kerana manusia dah jadi hantu.

Bye dan selamat menonton filem-filem hantu keluaran Metrowealth Films daripada Uncle B yang dulu hantu juga tetapi telah melalui anjakan paradigma untuk jadi manusia.

Thursday 7 October 2010

NO PALUAN BERUNDUR UNTUK AKU

Slightly more than 3 months from now, on 1st February 2011, I will be leaving a world that has taken 34 years of my life. It is a lie if I say that I am not looking forward to and feeling very, very, very happy, leaving the Royal Malaysia Police Force and the mini emperors that is berlambak in the force. I joined it to earn a living, as time goes by, I begin to believe in the work that I am doing, became dedicated to it and devoted 34 years of my life to the Force, giving it my best. Unfortunately, I will be saying goodbye to my blue uniform, a disillusioned man. Again it would be a travesty of the truth if I say that I am not feeling sad leaving my colleagues, the camaraderie, the esprit de corps and the working spirit that is the Royal Malaysia Police (although these 3 elements are near extinct today).

Because I am only a superintendant of police, there will be no “Beating The Retreat” (Paluan Berundur) or a mess night to send me off. But that is not to say that I am not grateful to Allah the Almighty for allowing me to become a retired superintendent soon. When I look behind, there are those who were confirmed inspectors when I first reported as a probationary inspector in the Kuala Lumpur Special Branch in 1978, but are only Assistant Superintendants of Police now. In a way I have been blessed by Allah s.n.w.

Because there is no chance for me to deliver my “Amanat” to my subordinates, as I am not even an OCPD or Commandant, who will normally be given the chance to deliver their “Amanat” on their retirement, this blog is my only channel to say something and feel important. Eventhough it will be definitely be a case of syok sendiri.

I joined the labour market as a kuli batak in 1969, soon after I sat for my Cambridge School Certificate examinations. Initially at a construction site in Queenstown, Singapore, trundling wheelbarrows of concrete mix to the construction area, earning $5 (Singapore dollars) a day and later graduating to odd job labourer at the Yoong Tai Loong Aluminium factory (YTL) in Jurong. As a result of eating nasi bungkus during lunch at the YTL, I became an officer cadet of the Malaysian Army on 10th June 1971.

The nasi bungkus I was eating was wrapped in old newspaper, not the eco-unfriendly polystyrene pack of today. It so happened that the particular old newspaper used, contains a recruiting advertisement for short service commission officers in the Malaysian Armed Forces. Not knowing that the term “short service commission” means contract officers, I applied, was accepted into the Sebatang Karah Officer Cadet School in Port Dickson and the Cadet Wing of the Royal Military College, Sungei Besi, Selangor, culminating in my commissioning as a 2nd lieutenant on 14 April 1972.

I completed my contract on 14 April 1975, joined Riadah Malaysia Sdn Bhd soon after and left in 1977. On 3rd July 1977 I became a probationary inspector of the Polis Diraja Malaysia earning RM 650 monthly with a housing allowance of RM 210.

Tak payah ceritalah pasal pengalaman dalam PDRM. Bagi saya, lebih banyak pengalaman yang pahit berbisa daripada yang manis bermadu. Tapi buat apalah kita mengenang kisah yang lama kerana mustahil kita dapat memutar kitaran masa dan berbalik ke belakang untuk memperbetul kesilapan masa lampau. Betul tak?

On passing out from PULAPOL, Jalan Semarak in January 1978, I was posted to the Special Branch, Kuala Lumpur, first with the E7, a combined military/police operations unit of the Special Branch and later as Desk Officer, Muslim Religious Extremism before becoming area special branch officer for Kepong/Jinjang.

Sometimes in August 1984, I asked for and was transferred to the Marine Police, Southern Command in Pengkalan Renting, Johor Bahru as executive officer, patrol boat PX 20. Two years later, I was administration & training officer in the Marine Police HQ, Bukit Aman.

I joined the Anti Secret Societies, Vice & Gaming Branch of the CID HQ, Bukit Aman in December 1988, as case file officer southern zone, promoted to ASP in 1994 and later establishing and becoming head of the D7 operations unit. Yes, that’s right. I set up the unit but did not get any commendation letter for that. I spend a good and productive 10 years in the D7 but was too naive and very bodoh, not to make any money out of it, a decision I regretted to this day.

In November 1997, I opted to joined the United Nations Peacekeeping Mission in Angola, Africa. The highlight of my 1 year tour there was being caught in two cross fires between rebels and government forces. Once during a road ambush and the other when rebels attacked a government held town, our teamsite was located in. In some way, it was an adrenalin rush being caught in crossfires and being evacuated 1 week later from the beseiged town by a company from the Indian Army.

Back in Malaysia in November 1998, I was reassigned to D3, the inspectorate division of the CID, spent a good 2 years there, before being promoted to DSP in January 2001 as Head of the Misc Investigation Unit, Commercial Crime Investigation Branch (BSJP) CID, Bukit Aman.

4 years later I was kicked out and cold storaged at the Police College, Cheras and on 2nd April 2007, Allah s.n.w. decided that it is time for me to be promoted, enabling me to end my days as a Superintendant of Police in the Commercial Crime Investigation Department, now a department by itself in the RMP.

That in brief, is my history in the Royal Malaysia Police. I will not highlight my achievements in the force, for if I were to do that, I am afraid my granddaughter will asked me an embarrasing question. “Grandpa, if you are so terror one in the police, how come you retire only as Supt and not as a Commissioner of Police and a Dato’ some more?”

Albeit a few guffs along the way, I am leaving the force knowing that I have done my best. Unlike Dato’ Razak Bukhari, I will apologized to those whom I have inadvertently and without malice aforethought, hurt their feelings whilst executing my duties as a senior police officer. If it is any consolation, if I have been terse with my words and rough in my approach to getting things done, it is because I am not a diplomat. My sincere apologies to those whom I have offended.

To those who still have a very long, long, long way in the police force, maybe the advice of most silat or martial arts masters should be heeded if you want to go far in the force. Martial Arts Masters will tell you to go with the flow, not against it. Bruce Lee once said, “Follow the way of the leaf that flows with the tide of a raging river over sticks and stones. It reaches land without any mark on it or broken.” To that I must add my own 10 sen worth. Forget about your principles or idealism if you want to go far, not only in the force but also in this country. Be like the syncophants (kaki bodeks) of UMNO, who bergolek-golek menangis apabila Mahathir nak bersara but condemned the old man for speaking his mind without the power of a prime minister.
My kampong folks has a nice way of putting it, "When In Rome, Do As The Romans Do" or the Malaysian equivalent of it, "Masuk Kandang Kambing Mengembek, Masuk Kandung Kerbau Menguak". Anda fikirlah sendiri, di kandang mana PDRM berada. Kemudian anda mengembeklah atau menguaklah ikut yang mana lebih sesuai. . A friend of mine, Colonel Ibrahim of the Egyptian Army has a different way of putting it, “Call a dog sir, as long as you get the dog to do what you want it (the dog) to do”. In the end, only you can decide what is best for you.

Till we meet again, salam from Uncle B, who will call a spade a spade even if the Agung says it is a sudu.
Bye!!!!

Thursday 30 September 2010

HASRAT KECUNDANG

Hasrat saya untuk bersara sebagai seorang Ketua Polis Daerah atau Komandan Pusat Latihan Polis tidak kesampaian kerana bahagian perjawatan yang sengau sahaja akan membuat pertukaran terhadap seorang pegawai yang akan bersara pada 1 Februari 2011. Ingin bersara sebagai KPD atau Komandan bukan kerana pangkat yang dikejarkan tetapi jawatannya. Tiada gunanya pangkat besar tetapi tiada kuasa membuat keputusan atau lebih teruk lagi, takut membuat keputusan. Of course, lebih gahlah sikit kalau bersara sebagai Assisten Komisioner Polis atau lebih sombong lagi seperti beberapa orang squad mate yang akan bersara sebagai Komisioner Polis atau Deputi Komisioner Polis dan dengan gelaran Dato’, lagi. Paling koman pun, akan ada 2-3 buah public listed companies yang akan jemput mereka jadi ahli lembaga pengarah syarikat dengan elaun paling sengkek sebanyak RM 3,000 sebulan. Tak perlu pegang senapang patah jaga bank. Hanya hadir mesyuarat lebih kurang 3 hingga 4 kali setahun dan sain apa aje surat yang ditonyoh oleh setiausaha syarikat kepada anda, buta-buta dapat RM 9,000 sebulan. Lainlah superintendent polis pencen macam saya yang terpaksa ke hulu ke hilir minta kerja untuk tambah duit pencen.

Nak jadi OCPD atau Komandan Pusat Latihan tu, bukan apa. Memegang command post ni, kita ada authority untuk melaksanakan impian-impian murni kita untuk memertabatkan PDRM. Budak-budak polis dalam daerah saya akan tersengeh aje 24 jam sehari dan akan memberi salam terlebih dahulu kepada siapa sahaja yang mereka temui sewaktu bertugas. “Tegas Tapi Peramah” akan menjadi moto daerah polis di bawah jagaan saya. Mangsa akan tidak sabar-sabar untuk menemui pegawai dan anggota saya kerana mereka (mangsa) akan menganggap polis sebagai kawan. Dalam masa yang sama, segala taukeh ekor, taukeh jalang dan pegawai polis yang korup akan berpindah ke daerah polis lain untuk cari makan. Yang pastinya, kalau ada majlis-majlis polis di daerah saya, tak berapa galmourlah sikit kerana tiada tajaan.

Kalau jadi komandan pulak, impian saya adalah untuk menyediakan 1 loceng besar di padang kawad pusat latihan, ala American Navy SEALS (komando laut US). Sesiapa sahaja pelatih yang tidak tahan dengan regim latihan saya, akan membunyikan loceng tersebut dan keesokkan harinya, adjutant saya akan menyediakan surat letak jawatan mereka. Sasaran saya ialah 5 perletakkan jawatan sebulan bagi setiap 100 pelatih kerana hanya pegawai dan anggota yang tak hangus dek api, tak basah dek hujan, tidak rebah dilanda taufan, bersemangat “mujur lalu melintang patah” tetapi sentiasa tersenyum, sahaja yang akan dikeluarkan oleh pusat latihan saya. Dalam situasi sekarang, di mana haruan makan anak, anak sembelih bapak, emak buang anak, orang makan orang dan penyangak jadi peguam dan pemimpin negara, rakyat memerlukan satu pasukan polis yang berjiwa kental, bekerja untuk rakyat bukan untuk political mileage sendiri dan takut kepada Allah (bukan manusia) sahaja.

Bukan tak mohon untuk diberi peluang tunjuk taring sebagai KPD atau Komandan Pusat Latihan tetapi besar kemungkinan ada hamba Allah di Bukit Aman yang kesian kat saya. Mereka bimbang agaknya, kalau-kalau saya ditimpa berkoyan-koyan surat tohmahan sehingga tak sempat bersara jika dilantik sebagai KPD atau Komandan..

Sebut pasal bersara ni, Tan Sri Musa dah pun tamat kontraknya sebagai Ketua Polis Negara. PDRM mempunyai KPN dan T/KPN yang baru sementara pada pertengahan bulan Oktober ini, giliran Pengarah Pengurusan dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil pula meninggalkan PDRM buat selama-lamanya. Enam bulan pertama 2011 pula, akan melihat ramai lagi muka-muka baru menganggotai barisan 10 orang pemimpin tertinggi PDRM, yang akan menentukan jatuh bangunnya pasukan.

Saya telah ditanya oleh rakan, sahabat dan taulan. Apakah akan ada perubahan pada pasukan dengan adanya muka-muka baru untuk menerajui PDRM? Jawapan saya mudah. Bertambah baik, belum nampak lagi cahayanya di hujung terowong. Yang menakutkan saya ialah possibility pasukan menjadi lebih teruk dari sekarang, bukan sesuatu yang mustahil.

Salam sayang dari Uncle B, yang percaya bahawa membuang anak pokok yang tidak sihat daripada ladang tidak akan menyelesaikan masalah tanaman berpenyakit kecuali ladang itu sendiri yang dibersihkan.

Byeeee!!!!!

Tuesday 14 September 2010

SYNERGY DAN ORANG MELAYU

Hari Raya Aidil Fitri tahun ini, semacam aje malapnya daripada tahun-tahun yang lepas, walaupun untuk pancing undi, kerajaan BN telah memberi bonus hari raya sebanyak RM 500/- kepada semua kakitangan kerajaan termasuk semua pegawai Islam yang tidak berpuasa. Bunyi dum dam mercun dan percikan bunga api di langit malam, jauh berkurangan. Tak tahulah sama ada kerana pihak kastam dan polis bekerja keras untuk memastikan budak-budak dan bapa budak tak dapat bekalan mercun dan bunga api atau kerana JAKIM berjaya menyedarkan orang Melayu beragama Islam Malaysia bahawa bermain bunga api dan mercun di bulan Syawal adalah amalan yang unislamic. Bermaaf-maafan di pagi raya pun dah jadi perfunctory atau satu ritual sahaja tanpa sebarang keikhlasan di sebaliknyanya. Barangkali inilah harga yang perlu dibayar dalam kita merealisasikan Visi 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju, 10 tahun dari sekarang.

Dalam mengharungi trafik jem gila sejauh 10 km kerana sebutir trafik light di jalan masuk ke pekan Gemenceh, dari Gemas, NS dan jem lagi di sepanjang lebuhraya berhampiran Senawang, menuju Kuala Lumpur, dicampor dengan perangai majoriti orang Malaysia yang memandu ibarat siamang bawa kereta, hampir gila saya dibuatnya. Dahlah bayar tol berpuluh ringgit , konon boleh licin perjalanan, akhirnya perjalanan 2 ½ jam dari Segamat ke Kuala Lumpur mengambil masa 4 ½ jam. Apa kejadah dah jadi dengan KPI dan initiatif NKRA Menteri Pengangkutan untuk memperkasakan pengangkutan awam. Yang aku tahu, tokel tol aje yang kaya raya, pasang lukah di jalanraya. Dalam jem-jem tu, aku sempat terfikir fasal kekuatan ekonomi orang Melayu. Nak pasang angan-angan fasal Maya Karin atau artis-artis lain yang dah janda, aku tak berani kerana bini ada sebelah.

Mengikut Kamus Dwibahasa Oxford Fajar, synergy adalah “kerjasama daripada 2 benda atau lebih untuk menghasilkan gabungan kesan yang lebih besar daripada kesan jika diasingkan”. Secara mudahnya, 2 + 2 = 5. Contohnya, jika 2 orang PAS dan 2 orang UMNO, masing-masing bersilat melawan 3 orang musuh secara berasingan, sukar untuk 2 tenaga PAS mengalahkan 3 tenaga musuh kerana 2 lawan 3. Begitu juga dengan 2 orang UMNO yang berhadapan dengan 3 orang musuh. Tetapi jika 2 orang PAS dan 2 orang UMNO tadi bergabung untuk melawan 6 orang musuh yang ada, synergy yang diterbitkan oleh gabungan ini, bukan lagi tenaga 4 orang dari UMNO dan PAS tetapi adalah tenaga yang melebihi 4 orang kerana kesan synergy tersebut.
Katakan rakyat Malaysia sekarang berjumlah 26 juta orang. 50% atau 13 juta orang daripada jumlah tersebut adalah orang melayu. Daripada jumlah 13 juta ini, kita kira cuma 1/3 atau seramai 4.3 juta sahaja orang melayu yang ada sumber pendapatan kerana 2/3 lagi, masih kanak-kanak atau tiada pekerjaan.

Dimisalkan orang melayu tiba-tiba jadi gila dan berpakat untuk bersatu padu. Pakat ramai-ramai untuk collect RM 1 sahaja, satu kepala, setiap bulan, daripada 4.3 juta orang melayu yang bekerja. Bermakna setiap bulan akan terkumpul RM 4.3 juta atau RM 51.6 juta setahun untuk menjana ekonomi orang melayu. Bayangkan. 1 orang melayu secara bersendirian mungkin mampu memiliki 1% saham sebuah syarikat gergasi asing. Sebaliknya jika orang melayu bersatu mengumpul modal, dengan modal terkumpul mungkin mampu memiliki 51% saham syarikat berkenaan, bukan atas nama individu melayu seperti yang terjadi sekarang tetapi atas nama bangsa melayu. Ini synergy.

Pastinya, atas nama orang melayu, sedikit demi sedikit, boleh tertubuh satu conglomerate atau sogososha melayu yang bertaraf gobal. Kemudian, dividen atau keuntungannya digunakan untuk memperhebatkan orang melayu dalam segala bidang. Ketika itu tidak perlulah orang melayu menghinakan diri menjadi pengemis di bumi sendiri dan berselindung di sebalik Dasar Ekonomi Baru atau apa-apa dasar bumiputera untuk mendapatkan sesuap nasi. Ini pernah berlaku di Turkey satu masa dulu apabila seorang ulama Islam berjaya mengumpulkan wang dari setiap rakyat Turkey untuk membangunkan sebuah kilang membuat fez (buka Wikipaedia kalau tak tahu apa kebendanya Fez) dan keuntungannya dikongsi bersama.

Tiba-tiba lamunan saya terbantut apabila tiba di rumah tol dan saya terpaksa mengeluarkan RM 20 untuk nikmat merangkak-rangkak dalam kesesakan lalu lintas untuk sampai ke tol Sg.Besi dari Segamat, Johor, sementara tokeh tol berseronok-seronok dengan isteri kedua, ketiga, mungkin keempat atau dengan kekasih gelap, hasil tol yang dikutip dari rakyat yang terperangkap di jalanraya untuk menyambut hari raya.

Aku terfikir, siapa yang nak laksanakan ide merapu aku ni. Nak suruh pihak berkuasa atau pemimpin-pemimpin melayu yang ada sekarang? Tak usah haraplah. Perabih harta benda orang melayu lagi ada seperti yang terjadi di Kampong Wadihana, Johor Bahru, Koridor Pembangunan Iskandar, Johor, yang merangkumi tanah reserve orang melayu yang telah dibeli oleh orang bukan melayu dan tak lama lagi Kampong Baru, Kuala Lumpur.
Kepada yang bertanya, “Kalau dah macam tu, macam mana nak buat?”, jawapan saya mudah. Tepuk dada tanya selera. Semuanya ditangan anda. Jika memilih musang untuk menjaga ayam, andalah orang melayu yang paling ngok di bumi bertuah ini.

Wassalam dari Uncle B, yang selalu bertanya diri sendiri, sampai bilakah orang melayu nak menyuruh penyangak menjaga rumah sendiri.
Calo!!!.

Wednesday 8 September 2010

ELEH! SEKARANG BARU NAK CAKAP

Majoriti akhbar negara pada 7hb September 2010, meletup-letup dengan pendedahan bakal mantan KPN bahawa sepanjang 41 tahun perkhidmatan dalam PDRM, yang paling mengecewakannya ialah campur tangan orang ketiga dalam urusan kepolisan. Media elektronik telah lebih awal menyiarkan berita gempak tetapi tidak menghairankan ini (kerana ianya berlaku di Malaysia) pada malam sebelumnya, 6 September 2010.

Dah menjadi macam satu trend pula nampaknya bagi pucuk pimpinan tertinggi PDRM membuat kenyataan akhbar atau mendedahkan, hanya di saat-saat akhir memegang pangkat dalam pasukan, bahawa mereka sering terbatas atau diganggu-gugat dalam melaksanakan tugas kerana faktor-faktor luaran seperti yang disebutkan oleh bakal mantan KPN. Imbas kembali kenyataan bekas Pengarah JSJ, Dato’ Salleh Mat Som bahawa nisbah pegawai penyiasat berbanding kertas siasatan (KS) adalah terlalu rendah untuk membolehkan siasatan dijalankan dengan teliti, cepat dan berkesan iaitu 1 pegawai penyiasat untuk 15 KS berbanding yang sepatutnya iaitu 1 pegawai penyiasat untuk 5 KS sebulan. Atau kelohan mantan KP KL, Dato’ Syed Rahman bahawa PDRM tidak diberi sokongan logistik yang sewajarnya untuk melaksanakan tugas dengan lebih berkesan. Kenapa dah nak pencen baru nak bersuara?

Mungkin pandangan seorang Inspektor JSJK Bukit Aman mengapa ini berlaku, ada kebenarannya. Barangkali ada kepentingan–kepentingan peribadi yang boleh tergugat dan perlu dilindungi jika terlalu vokal semasa dalam perkhidmatan. Bimbang tentang kemajuan kerjaya agaknya atau gelaran dan tidak mustahil untuk memastikan sentiasa berada dalam good books “pemerintah” selepas bersara. Mana tahu, boleh dilantik jadi ahli Lembaga Pengarah GLC. Tapi ini semua andaian sahaja. Entah tepat entahkan tersasar. Hanya Allah dan empunya badan sahaja yang tahu.

Syukur Alhamdullillah, dalam kapasiti saya sebagai warga kerdil PDRM yang banyak kekurangannya, saya tidak pernah lari daripada menzahirkan apa yang terpendam dalam dada atau menyuarakan pandangan rakan-rakan seperjuangan yang bimbang digam jika bercakap. Isu Tan Sri Jaafar (ketika itu T/KPN) ke pejabat dengan half uniform, yang saya bentangkan semasa mesyuarat agung Persatuan Inspektor, sehingga saya dijemput oleh Urusetia TataTertib Bukit Aman untuk dinasihati supaya menutup mulut di masa-masa akan datang. Hal ketidak boleh percayaan Koperasi Polis untuk dilantik sebagai fund manager pelaburan duit ahli Mes Pegawai Kanan PDRM (MPKPDRM) dalam Mesyuarat Agung Khas MPKPDRM untuk mendapatkan kelulusan ahli, melaburkan duit ahli mes yang ketika itu berjumlah RM 1.5 juta dalam Bursa Saham Malaysia. Mesyuarat Khas ini dipengerusikan oleh Tan Sri Rahim Noor.

Mengambil masa 4 jam bertikam lidah secara sopan dengan T/PJSJ I (ketika itu Dato’ Jamil Johari) untuk menyakinkan beliau bahawa cadangan beliau untuk mengambil tindakan di bawah Ordinan Darurat 5/69 terhadap 2 orang inspektor (sekarang dah Supt dan ACP pun) dan 6 orang APR kerana rasuah adalah bercanggah dengan peruntukkan Ordinan berkenaan. Di akhir 4 jam, saya diarah merujuk kes kepada Senior Federal Counsel KDN yang akhirnya bersetuju dengan rumusan saya. Masih ingat tak saya “menghentam” Tun Haniff dalam akhbar Utusan Malaysia secara terbuka, apabila beliau celupar mengatakan 40% daripada pegawai PDRM kaki rasuah. Saya berani ke depan untuk membela PDRM walaupun PDRM menikus. Banyak lagi boleh cerita tapi bimbang you all kata saya “naik lift, sendiri tekan butang” pulak.

Walaupun sedar “keterlanjuran” saya itu boleh memudaratkan diri sendiri, saya tetap melakukannya kerana arwah datuk mengajar saya, bahawa sebagai seorang pemimpin walau pemimpin kecil sekali pun, saya perlu loyal atau taat setia kepada objektif organisasi saya dan bukan kepada kepentingan diri sendiri atau pemimpin-pemimpin organisasi.

Sebagai perbandingan, apa kata saya bawa tuan-tuan kepada muka depan akhbar The New Straits Times suatu masa dahulu, yang menyiarkan kenyataan Ketua Turus Tentera Udara ketika itu (tidak ingat siapa tetapi selepas Dato’ Sulaiman Sujak) yang masih ada 2-3 tahun untuk berkhidmat bahawa jangan salahkan TUDM jika ruang udara Malaysia dicerobohi oleh musuh kerana Kementerian Kewangan enggan membekalkan Air Defence Radar yang canggih kepada TUDM. Tidak sampai setahun selepas itu, kabinet meluluskan pembelian radar yang dikehendaki. Dan Ketua Turus Tentera Udara tersebut pun bersara apabila cukup masa tanpa diberi kontrak untuk sambung perkhidmatan. Hah! ini baru betul, baru lah gua respek sama lu.

Sehingga jumpa lagi, satu pesanan dari Uncle B, “Lebih baik mencakar semasa masih berkuku daripada mengaum apabila taring dah hilang”.
Ta!Ta!

Monday 6 September 2010

HADIR KERANA IKLAS, HADIR KERANA PAKSA

Habis simpang-perenang perancangan cuti raya pegawai, anggota dan kakitangan awam PDRM kali ini. 8hb Sept 2010 ada mess night di KLCC dan 12hb Sept ada perbarisan. Kedua-duanya kerana tamat kontrak (bukan persaraan) Tan Sri Musa Hassan sebagai Ketua Polis Negara.

Ada dua perayaan keugamaan yang dianggap penting oleh umat Islam Malaysia iaitu sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha. Lazimnya Aidil Fitri akan diberi keutamaan dan disambut dengan lebih meriah kerana inilah satu-satunya peluang untuk semua ahli keluarga berkumpul dan bermaaf-maafan antara satu sama lain. Bagi warga PDRM, terutama yang kampongnya jauh dari tempat bertugas, mungkin inilah sekali dalam setahun untuk berjumpa dengan orang tua yang masih ada. Cuti raya dah mohon awal-awal lagi sebelum pengumuman mengejut dibuat, KPN tidak disambungkan kontrak. Tup-tup!, ramai warga PDRM yang diarahkan untuk menghadiri majlis/upacara tersebut.

Bagi suami isteri yang pasangan masing-masing berasal dari kampung yang sama atau berdekatan, berhari raya di kampong tidak menjadi masalah. Sekali jalan, sekali belanja, dapat beraya sekaligus di rumah ibu bapa sendiri dan rumah mertua. Bagaimana dengan mereka yang seorang berasal dari Kelantan dan seorang dari Johor. Bukan setakat 2 kali perjalanan dan 2 kali belanja, cuti raya pun kena panjang-panjang. Tidak boleh cuti main-main sehari dua sahaja. Jadi kalau dah hari raya ketiga kena balik KL untuk tunjuk muka dalam majlis-majlis yang saya sebutkan tadi, macam mana cerita? Jawabnya kena 3 kali perjalanan dan 3 kali belanjalah.

Saya tidak berhajat untuk berdebat mengenai patut atau tak patutnya majlis-majlis tersebut diadakan. Tidak ada hasilnya. Cuma terfikir aje. Tak boleh ke tangguh majlis tersebut atau dibuat dalam skala yang lebih kecil sahaja dimana warga PDRM yang kampung mereka di sekitar Lembah Kelang dapat menghadirkan diri. Hairan juga, bagaimana sambutan Hari Kemerdekaan kita yang ke 53 tahun, boleh diadakan dengan skala yang jauh lebih kecil di Stadium Bukit Jalil berbanding jika Hari Merdeka jatuh pada hari biasa.

Berkorban kerana benar-benar tugas, no hal, tapi kalau kerana majlis-majlis yang macam ni, entahlah. Yang susahnya dalam PDRM ini, pengurusan majlis perkhawinan anak bos pun dianggap tugas. Ini bukan masalah kita kena berkorban sekali dalam perkhidmatan, kerana semangat setiakawan atau apa-apa juga alasan yang sewaktu dengannya. Berkorban tidak dapat berhari raya kerana tugas bukan perkara baru bagi warga PDRM kecuali mungkin bagi mereka yang tidak pernah bertugas dalam Pasukan Polis Hutan (sekarang PGA), Trafik, Polis Marin, jadi pegawai penyiasat atau bertugas di balai-balai. Bukan nak ekk tetapi saya sendiri, cuma berhari raya di udara sahaja yang belum, yang lain semua dah dilalui termasuk sembahyang raya di luar negara kerana tugas. So, tolonglah janganlah beri alasan korban-korban ni kerana saya sendiri dah jeran dikorbankan oleh pasukan.

Hingga ketemu lagi, Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Bathin yang ikhlas (bukan rutin punya mohon maaf) dari Uncle B, yang dah tak tahan asyik berkorban dan dikorbankan aje.

Wednesday 1 September 2010


Sepanjang 34 tahun perkhidmatan saya dalam PDRM yang hanya tinggal 6 bulan ke garisan penamatnya (sebelum ditolak baki cuti 67 + 13 hari), dilema yang sering dihadapi semasa bertugas ialah sama ada hendak kerja rajin atau tidak. Lebih tepat, sama ada mahu masukkan jiwa dan raga dalam melaksanakan sesuatu tugas atau sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja.

Untungnya buat kerja stail asal siap ialah bos akan kata kerja kita tidak memuaskan dan selepas itu bos akan jeran untuk mengarahkan kita buat kerja lagi, terutama kerja-kerja penting yang boleh menjejaskan imej cawangan di mana anda berkhidmat maupun nama baik bos sendiri sebagai ketua anda. Jadi bolehlah kita duduk rehat dan makan gaji buta sahaja. Ada orang kata, kalau gagal menunjukkan kecermelangan kerja, bagaimana nak naik pangkat? Betul ke dalam PDRM kalau setiap kerja yang dihasilkan mencapai piawaian kebangsaan atau antarabangsa, anda boleh naik pangkat 2 kali setahun atau ada elemen-elemen lain seperti kebolehan kipas-mengipas dan kemahiran angguk-angguk yang diambil kira? Cuba jawab soalan secara jujur dan ikhlas dan bukan untuk kepentingan politik.

Tidak ada salahnya kita menghasilkan kerja yang excellent tetapi dalam realiti budaya kerja organisasi kita, adakah ianya berbaloi? Menghasilkan kerja yang bermutu bukan senang. Anda perlu mencurahkan jiwa, raga, masa dan memerah otak untuk menghasilkannya. Katakan anda begitu dipercayai sehinggakan titah Sultan kepada Rotary Club negeri pun anda sediakan, kertas kerja bos untuk seminar jenayah FBI di luar negara, anda yang siapkan atau pun Vice Chancellor UITM pun kagum dengan hasil kerja anda. Apa perasaan anda, jika penyudahnya, ganjaran yang diterima ialah “Lembu punya susu, sapi dapat nama” atau seperti kata Det.Kpl Chew (sekarang D/SI) semasa kami di JSJ D7 Bukit Aman, satu masa dulu, “Tuan gali perigi, orang lain minum airnya”. Tidak dinafikan memang ada bos yang akan mendedahkan kepada pucuk pimpinan bahawa andalah author atau originator sesuatu kerja tetapi bos jenis ini, bak kata P.Ramlee, hanya kadang – kadang, kita jumpa.

Ini yang susahnya, kalau ikut hati mahu aje buat kerja asal siap. Main buat aje. Malang bagi jenis manusia yang take pride in whatever they do atau jenis yang merasa bertanggungjawab ke atas hasil kerja anda ianya adalah cermin kepada keperibadian diri, anda akan merasa malu yang teramat sangat untuk menghasilkan kerja cincai. So, walaupun pangkat terkemut-kemut nak naik, kerja-kerja tetap dibebankan kepada anda sebab anda segan untuk menghasilkan sub standard work. Hasilnya, sebagaimana kata seorang ACP yang marah saya cadangkan namanya untuk jadi AJK MS ISO 9001:2008, PDRM kerana pengalaman dan kepakaran beliau dalam bidang tersebut, kita akan jadi keldai. Berapa jauh dan berat sekali pun beban yang kita tanggung, kita akan tetap jadi keldai, tak boleh jadi orang punya.

Message penting yang ingin saya sampaikan kepada adik-adik inspekter atau ASP dalam nukilan di atas, amat mudah. Jika anda ingin naik pangkat setahun sekali tetapi malas nak perah-perah otak, bodek bos, angguk kepala dan suruh keldai-keldai yang ada untuk buat kerja anda. Takkan bos nak percaya keldai pandai buat kerja kan? Jadi nama anda akan terkenal seantero PDRM sebagai ketua yang pandai memimpin dan mengarah anak buah dan tup-tup anda akan naik pangkat sebegitu cepat sehingga termengah-mengah anda dibuatnya. Tentang keldai tu senang aje. Bagi dia rumput dan air mineral, happylah keldai tu.

Sehingga jumpa lagi, selamat mengdelegatekan kerja anda, daripada Uncle B, yang tak mahu berkaraoke kalau tone dan pitch lintang pukang entah ke mana. Something worth doing is worth doing well. Jadi kalau suara, pitch dan tone macam katak puru mengawan, rentikanlah menyanyi.
Ta!Ta!

Tuesday 24 August 2010

SURAT LAYANG OH SURAT LAYANG

Saya kurang pasti sama ada surat layang adalah satu fenomena yang unik kepada Malaysia atau ianya satu perkara lazim di mana-mana masyarakat dunia. Cuma mungkin cara sesuatu masyarakat bertindak ke atas surat layang tersebut atau kekerapan ia berlaku sahaja yang berbeza. Apa sekali pun, kalau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil pendekatan yang sama terhadap surat layang sebagaimana pendekatan PDRM, dengan sekelip mata sahaja, taukeh-taukeh rasuah di negara ini boleh melumpuhkan SPRM.

Apa tidaknya. Terima sahaja surat layang, PDRM akan terus membekukan pegawai berkenaan sebelum siasatan dijalankan, lazimnya ke tempat-tempat jin bertendang tanpa mengira sama ada ahli-ahli keluarga boleh ikut sama atau tidak kerana isteri bekerja atau anak-anak akan menghadapi peperiksaan utama. Siasatan pula akan mengambil masa bertahun-tahun dan mulai tarikh tersebut, maka gelaplah masa hadapan pegawai ini walaupun 4 tahun kemudian pegawai tersebut dibebaskan daripada tohmahan kerana ianya tidak berasas.

Jadi kepada taukeh judi, taukeh ayam, taukeh DVD cetak rompak, lucah, Ah Long, atau apa-apa pun jenis sindikit jenayah, yang berhadapan dengan pegawai-pegawai polis jenis lurus bendul, kerja ikut buku dan cukup tanggung anak bini makan dengan duit gaji sahaja, yang menggangu-gugat aktiviti haram anda, jangan susah-susah upah hired killers untuk lenyapkan pegawai-pegawai blur ini. Ubatnya amat mudah, lanting sahaja satu surat layang dan pegawai tersebut akan terpelanting entah ke mana-mana. Senang cerita. Ini cara PDRM melayani surat layang.

Utusan Malaysia 16 Ogos 2010, melaporkan Pengarah Siasatan SPRM sebagai berkata bahawa daripada 6,793 aduan yang diterima bagi tempoh 6 bulan pertama 2010, hampir separuh atau sebanyak 3,293 aduan yang diterima boleh dikategorikan sebagai aduan sampah. “Ini bermakna 48.5 peratus daripada laporan yang diterima SPRM pada tahun ini terpaksa diketepi .......” Ini kata Pengarah Siasatan SPRM, bukan saya. Mengulas tentang mengapa wujud aduan-aduan sampah ini, Pengarah Siasatan SPRM berkata bahawa, “aduan sampah itu selalunya timbul ketika seseorang individu dinaikkan pangkat ............ dan perkara tersebut lebih dikaitkan dengan iri hati. Dalam kes-kes sebegini, pengadu bukan sahaja tidak menyertakan nama, alamat atau nombor untuk dihubongi, malah maklumat juga tidak lengkap.” Saya tidak pasti tetapi nampak gayanya, dari bunyi pengarah siasatannya, SPRM membakulkan sampahkan atau memberi priority rendah kepada surat-surat pengecut ini. Tidak seperti PDRM yang cepat melenting. Ini cara SPRM melayani surat layang. Ada apa-apa perbezaan tak?

Peliknya, apabila seseorang individu membuat tohmahan terhadap individu/kumpulan individu lain dan mengkehendaki pihak polis menjalankan siasatan, individu yang membuat dakwaan dikehendaki membuat laporan polis yang akan mencatikan nama, alamat dan nombor telefon beliau untuk dihubongi. Kenyataan bertulis juga akan diambil dari pengadu dan yang seronoknya, jika didapati pengadu telah membuat laporan polis palsu, pengadu boleh didakwa di bawah seksyen 182 Kaun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu kepada seorang penjawat awam dengan niat supaya penjawat awan tersebut menggunakan kuasanya yang sah sehingga mendatangkan bencana kepada orang lain. Bukankah ini niat utama penulis-penulis surat layang bacul yang bertaburan dalam PDRM.

Yang paling menakjubkan, sebagai sebuah agensi penguatkuasa undang-undang yang ulung di Malaysia, yang bangga bahawa pasukan hanya bertindak atas lunas undang-undang dan sentiasa adil dan saksama dalam menjalankan tugas, mengapakah keadilan dan kesaksamaan yang serupa tidak diberi kepada warga PDRM yang menjadi mangsa surat layang. Atau adakah ini satu kes, “Kera di hutan dimanjakan, anak sendiri dibelasah, disepak dan diterajang”. Kepada yang masih berabad akan bertugas dalam PDRM, fikirkanlah.

Selamat berpuasa, semoga tidak setakat menahan lapar dan dahaga sahaja, daripada Uncle B, yang percaya dengan madah orang Cina bahawa, “The nail that stands out, will be hammered down” atau dalam bahasa kedua Uncle, “Paku yang menonjol akan diketuk sehingga rata dengan paku-paku lain”. Pendek kata, jangan menonjol.
Bye-bye dari Uncle B, yang tetap menonjol kerana cycling walaupun berpuasa.

Thursday 19 August 2010

JANGAN JADI JANTAN SIAL

Uncle B tidak tahu mengapa wanita dalam gambar di atas diceraikan suaminya. Kata orang putih, “there’s always two sides to a coin”. Kita kena dengar cerita kedua-dua belah pihak dahulu sebelum membuat keputusan, siapa yang benar, siapa yang salah. Tidak semestinya suami yang menceraikan isteri, seorang lelaki tak guna dan tidak semestinya isteri yang diceraikan, tidak ada cacat laku. Ada kalanya seseorang isteri tu, memang patut sangat dinyahkan daripada berkongsi katil dengan suami buat selama-lamanya.

Tapi kalau ia pun suami ada kuasa menjatuhkan talak, biarlah kuasa tersebut digunakan dalam keadaan yang paling extreme sekali dan bukan dengan sewenang-wenangnya. Allah s.w.t menjadikan kaum lelaki pemimpin kepada kaum wanita, mesti ada sebabnya. Kita seharusnya lebih rasional dari wanita, berfikir dahulu sebelum melakukan dan bukan bertindak mengikut hati dan emosi.

Dalam kes yang disiarkan oleh Utusan Malaysia Isnin 17 Ogos 2010 lalu, jika wanita tadi menduakan suami, mahu saya katakan pada wanita tersebut, “padan muka, miang sangat”. Tapi kalau anak dah 7 orang, payah saya hendak percaya yang wanita tersebut ada kekasih gelap. Macam mana muda pun umur, kalau dah 7 kali melahirkan anak, itu dah kira veteran, dik, dah seasoned.

Kalau pun ada cacat cela sikap, peribadi atau bathin pada si isteri, kenapa selepas beranak tujuh, baru nampak kecacatan tersebut sehingga isteri diceraikan. Isteri yang tidak bekerja pulak tu dan yang bukan daripada keluarga mewah. Ada kemungkinan suami ada perempuan lain. Jika tepat sangkaan saya, maka suami jenis ini, saya kategorikan sebagai Jantan Sial. Dan saya tidak akan meminta maaf di atas keterlanjuran bahasa yang saya sengajakan kerana tiada perkataan lain yang boleh digunakan terhadap lelaki sebegini. Sedihnya, dalam banyak keadaan, terlalu ramai suami hari ini yang menceraikan isteri atas alasan yang remeh. Lazimnya kerana suami ada perempuan lain atau jenis yang takut hendak membetulkan kelemahan isteri. Lantas jalan yang paling mudah adalah dengan menceraikan isteri, dengan harapan dapat penganti isteri yang lebih baik. Belum tentu lagi bang, belum tentu.

Jika isteri ada membuat kesalahan atau kesilapan kecil, bukan perceraian ubatnya. Perkiraan Uncle mudah, kalau ada isteri yang tak betul, suamilah yang salah, kerana gagal mendidik isteri. Bukankah Allah s.w.t. telah menjadikan Hawa dari tulang rusuk Nabi Adam. Kalau belajar biologi, tulang rusuk memang bengkok sedikit. Jadi kena diluruskan dan kalau nak luruskan tak boleh main ketuk-ketuk, nanti patah. Ada caranya ……. tetapi kalau nak belajar ada pengerasnya. Malangnya, hari ini, terlalu ramai suami yang tidak mahu dan paling memalukan, takut mendidik atau meluruskan si isteri.

Perkahwinan bukan satu proses untuk mendapatkan sijil bagi menghalalkan zina. Ianya adalah janji kita kepada Allah s.w.t. bahawa wanita yang telah kita pilih dan sepatutnya ditapis sebelum dijadikan isteri, akan menjadi teman sekatil, sehidup semati, kita belai, didik dan lindungi semampunya sehingga ke akhir hayat. Sudahkah kita laksanakan janji kita kepada Allah ini? Atau isteri hanya alat pemuas nafsu berahi sahaja? Apabila berkehendak, bukan main shahdu ayat yang dipakai, bukan main manja membelai isteri. Selesai, terus berpaling dari isteri, cium dan peluk isteri pun tak hendak. Kadangkala mahu sahaja saya berfikir bahawa anak yang terpancul hasil berguling-guling atas katil/dalam bathtub/dalam kereta/dekat pangkal pokok, bukan kerana kasih sayang antara suami dan isteri sehingga dua badan menjadi satu tetapi kerana tidak sengaja atau dah nak jadi anak.

Tak percaya dengan pandangan Uncle B ini? Cuba tanya diri sendiri. Kalau betul anak yang dilahirkan, hasil kasih sayang antara suami isteri sehingga membawa ke adegan ranjang dan bukan kerana nafsu semata-mata, lelaki jenis apakah yang sanggup membiarkan 7 orang anak tidak berdosa (termasuk dua yang masih bayi) terkapai-kapai dengan ibu yang tidak bekerja, tidak tentu makan minum, pakaian, persekolahan dan tinggal dalam bangsal. Lelaki jenis apakah yang sanggup menggadai dan menggelapkan masa depan anak-anak hasil menyuntxx isteri. Tak lain tak bukan, Jantan Sial.

Salam dan selamat berpuasa dari Uncle B, yang walaupun dah 30 tahun dengan perempuan yang sama sebagai isteri , masih suka gentel isteri di sana sini sebelum tidur.
Bye! Bye!

Friday 13 August 2010

SAMBUNG KE TAK SAMBUNG, ITU PERSOALANNYA

Saya kurang arif tentang hukum ramal meramal ni. Rasanya, kalau meramal nombor TOTO atau 4 angka yang akan naik first prize dalam cabutan Magnum hujong minggu, itu kira berdosa agaknya. Tetapi kalau meneka, sama ada Ketua Polis Negara akan sambung perkhidmatan untuk kali ketiga, itu kira salah ke? Setakat ini, tekaan-tekaan saya mengenai events nasional, dah pun berlaku atau sekurang-kurangnya dah nampak bunga-bunga akan berlaku.

Apabila saya meramalkan bahawa satu hari nanti negara akan muflis jika Dr. Mahathir meneruskan projek-projek meganya khas untuk bermegah dan menunjuk-nunjuk yang Malaysia Boleh, ianya dah hampir jadi kenyataan. Kita sedang menuju kepapaan.

Apabila saya sokong kenyataan Prof.Engku Aziz bahawa Projek Kereta Nasional tidak viable, ada lulusan ekonomi universiti tempatan, menuduh saya pessimist dan tidak layak membuat ramalan kerana ketika itu, saya lulusan Senior Cambridge aje (Senior Cambridge ni kira macam SPMlah tapi atas sikit dari SPM sebab kertas soalan digubal di dan diterbangkan dari London). Sekarang apa jadi, Proton bernafas kerana kerajaan pam duit rakyat ke dalam syarikat untuk membolehkan kilang rebadging kereta Jepun ni bernyawa. Kalau tak tahu ape kebendenya rebadging tu, tanya kawan yang lebih tahu.

Apa dah jadi dengan Projek Hydroelektrik Bakun? Kajian para ilmuan UKM mengatakan projek tersebut tidak cost effective untuk dijalankan tetapi kerajaan teruskan juga. Kononnya untuk bekalkan keperluan elektrik negara hingga ke Semenanjung melalui kabel bawah laut. Dah siap ke kabel bawah lautnya? Agaknya duit siapalah, kalau bukan duit rakyat yang telah, sedang dan akan terus hangus untuk menampong kos Bakun yang telah menjulang melebihi kos asal. Apa dah jadi dengan airport dalam hutan, KLIA, ada untung ke? Cuba tanya orang yang tahu, seperti abang ipar saya, seorang bekas pengurus Subang Airport dan mempunyai berpuluh tahun pengalaman dalam aviation industry.

Dari dulu saya tidak bersetuju dengan Dasar Ekonomi Baru kerana ianya akan mengkayakan bumiputera terpilih sahaja. Sedara mara saya kat kumpung, dulu, kini dan selamanya, macam tu juga, hidup cukup makan sahaja. Itu belum saya sebut pasal penubuhan Institut Integrity Kebangsaan yang berjaya menjerumuskan kedudukan Malaysia dalam Corruption Perception Index, Transparency International daripada No.36 ke No.47 dalam masa 3 tahun. Tidak perlulah saya gariskan satu persatu, ramalan saya yang dah jadi kenyataan. Bukan apa, saya takut ramai yang datang jumpa atau telefon saya, minta ramalkan nombor ekor yang akan naik. Lagipun saya tidak ada niat lansung nak gantikan Paul The Sotong dan bekerja dengan Sports Toto, Malaysia.

Berbalik kepada ramalan dan KPN. Minggu lalu, Menteri Dalam Negeri, apabila ditanya pemberita, adakah kontrak bos no.1 PDRM akan disambung, menjawab lebihkurang begini, “Tunggu, apabila tiba masanya, saya akan membuat pengumuman”. Itu satu petanda. Di negara kita, kalau orang besar dah mula cakap berdolak dalik, ada makna tu. Ingat tak satu masa dulu, Menteri kata, siapa nak ganti Pengarah JSJK pun dia dah tahu, apatah lagi KPN. Sekarang lain macam aje bunyinya. Tak silap saya kontrak KPN akan tamat pada 12 September 2010. Nak buat Paluan Berundur pada 2 hari raya ke?
Pasal kesian T/KPN tidak merasa jadi KPN jika KPN sekarang disambung kontrak, tidak timbul kerana umur persaraan wajib akan dilanjutkan ke 60 tahun. Jadi T/KPN sekarang ada tempoh dua tahun lagi untuk jadi orang No.1 PDRM. Kecualilah kontrak KPN dilanjutkan untuk kali kempat dan kelima. Ramalan saya? Syukur Alhamdullillah, Status quo PDRM akan kekal sama, untuk setahun lagi.

Apa pun, siapa yang jadi KPN, tidak menjadi kudis kepada saya, kerana siapa juga yang dilantik sebagai pemimpin No.1 PDRM, waemah squadmate saya sekalipun, saya tetap yang menurut perintah dan tetap akan jadi the only Superintendent Polis dalam JSJK yang parking kereta di Padang Kawad, JSJK. Ialahkan, pangkat supt aje, dah dekat sangat nak bersara pulak tu, so tak payahlah nak ambil hati, sebab tak ade can jadi ACP punya. By the way, saya tak terlintas lansung dalam hati nak sambung kerja hingga ke 60 tahun dalam PDRM. Cukuplah sampai 58. Kalau pangkat aje besar tapi hati kecik, buat ape. Lebih baik semua kecik tapi pedas.

Hingga jumpa lagi, selamat menyambung perkhidmatan ke umur 60 tahun untuk rakan-rakan seperjuangan yang sedang berangan-angan untuk bersara sekurang-kurangnya sebagai pengarah jabatan dalam PDRM dan dapat gelaran Dato’. Bagi diri Uncle B, rasanya taklah. Biarlah Uncle meninggalkan PDRM dengan my head held high daripada diringi dengan sumpah seranah.
Byeee!!!!..

Sunday 8 August 2010

SURAT KEPADA THE STAR

Untuk posting kali ini, saya turunkan di bawah, salinan email yang dihantar kepada akhbar The Star pada hari Ahad 8 Ogos 2010. Email tersebut sebagai response Uncle kepada saranan Dr.Koh Tsu Koon agar orang ramai melaporkan pegawai polis yang biadab kepada Biro Pengaduan Awam. Tanpa menafikan memang ramai pegawai kanan dan anggota kita yang kasar dan bersikap kurang ajar dengan orang awam, menyalahkan polis semata-mata adalah tidak wajar. Persoalannya, adakah pihak polis sahaja yang salah.
Mengharapkan pucuk pimpinan melalui Jabatan Hal Ehwal Awam, Bukit Aman untuk meminta orang awam juga supaya menjaga decorum apabila berurusan dengan pihak polis, Uncle yakin tidak akan berlaku kerana selama ini PDRM tidak pernah menunjukkan sikap berani bersuara untuk menjelaskan keadaan sebenar. Jadi email Uncle kepada The Star. Kita tengok berani tak The Star siarkan surat Uncle ini.
OPEN LETTER TO DR.KOH TSU KOON

The Star, of 7th August 2010, on page N38, reported you as advocating that the public should report “rude and hostile police officers to the Public Complaints Bureau (PCB) so that action can be taken to improve the force”, during the opening of the Terengganu Gerakan delegates meeting. Why single out the Royal Malaysia Police alone for being rude and hostile. Are other government agencies and even the public, innocent?

Let me assure you, that personally, I will be the first to reprimand and take disciplinary action if necessary, if any of my officers are rude, arrogant and abusive to the general public who seeks police assistance. At the same time, I will be the first to direct my subordinates to make a police report for the offence of acting in an abusive, unruly and disorderling manner against any citizen who makes a scene at a police station when “demanding that the police do their (public) bidding”. We have had more than our fair share of arrogant, rude and abusive public, who insists that the police do as they, the public wants, even when explained that such bidding is not in line with stated laws, regulations and standard police procedures. Members of the Royal Malaysia Police (RMP) are human beings and not robots. We may be public servants but we are definitely, not slaves of the public.

While applauding your good intention to create a more civilised police force, it would also be fair if you could suggest a reciprocal government campaign to create a civilised malaysian public at the same time. Only then would we have a truly civil society. The good Lord gave us two eyes, Dr.Koh, so that we can see from different perspective, two ears, so that we can hear both sides of the story but please do not use the one mouth that we have, to utter only words that we want to hear and calculated to make us popular.

The Royal Malaysia Police recruits its officers and men from eligible Malaysian citizens who are born and raised up in this country. If there are arrogant and rude police officers, it goes without saying that something is not right with the way Malaysia is educating and raising young Malaysians, that we are instilling the wrong values into our heirs who will be future members of the RMP. If you fished in polluted waters, Dr. Koh, you will get polluted fish and Malaysia will reap what it sows. Please think about that.

From
Baharuddin Bin Hj Idris
No.203, Blok F, Komplex Perumahan Pegawai Kanan Polis
47301 Kelana Jaya
Selangor

Tel: 012-638 8033

Thursday 5 August 2010

SEPAK TAKRAW DALAM NEGARA HIPOKRIT

Kerajaan Malaysia mengalu-alukan keputusan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu untuk mengadakan satu siasatan ke atas peristiwa serangan Israel ke atas flotilla menghantar makanan ke Palestin yang menyebabkan 6 orang (kalau saya tak silaplah) sukarelawan Turki terkorban. Begitu yang saya terdengar dari Buletin Utama TV 3 malam 3 Ogos 2010 lalu. Sikap terkinja-kinja kerajaan Malaysia pimpinan BN bukan perkara asing. Setiap kali Yahudi menganas ke atas rakyat Palestin, setiap kali juga ahli-ahli parlimen Malaysia riuh rendah keluarkan kenyataan membantah kezaliman Israel. TV pengampu pun tumpang sekaki, tayangkan gambar-gambar penganiayaan rakyat Palestin oleh rejim Zionis.

Macam mana kerajaan boleh percaya yang rejim Israel boleh bertukar menjadi negara yang bertamadun dan tiba-tiba mendengar cakap PBB, saya sendiri pun tak tahu. Bahkan kalau ada golongan intelektual kita yang percaya bahawa PBB bukan suara Amerika Syarikat, mungkin tahap kewarasannya perlu diperiksa.

Yang peliknya, dalam kutuk-kutuk Israel, kapal Israel boleh pulak berlabuh di Pelabuhan Kelang untuk berniga dan mendapatkan bekalan. Tidak cukup dengan itu, ambil pulak syarikat Yahudi sebagai consultant untuk menaikkan imej Malaysia di mata Washington. Dan yang paling best sekali, ambil syarikat usahasama Singapura-Malaysia yang ada 2 orang bekas pakar risikan komputer Angkatan Bersenjata Israel sebagai penasihat teknikal, untuk urus dan perkasakan sistem ICT Polis Diraja Malaysia yang penuh dengan maklumat-maklumat berkelas. Eloklah tu, suruh penyamun tegar jaga harta benda sendiri. Ini lagi teruk dari Pak Pandir. Tapi, apalah sangat boleh kita harapkan dari kerajaan yang beli kapal selam tak boleh menyelam, buat landasan keretapi berkembar ke Ipoh tapi bila siap keretapinya tak ade dan buat KLIA yang gah tapi banyak syarikat kapalterbang yang besar-besar tak mahu singgah. Tak ubah seperti Pak Pandir yang menang sorak, kampong tergadai.
Entah, malas nak fikir hal-hal gini. Bak kata Nabil, lu fikirlah sendiri.

Alang-alang anda sedang memikirkan hal, Malaysia, PBB, Israel & Amerika Syarikat , elok juga anda selitkan isu mutu ahli sukan kita yang bukan sahaja merosot tetapi dah jatuh terjerumus habis ke dalam tong najis.

Selepas berita mengenai Menteri Luar kembang telinga dengar Israel nak kena siasat, keluar pulak berita pasukan sepak takraw negara kalah kepada pasukan sepak takraw Korea Selatan dalam Pertandingan Piala Raja Thai di Bangkok, yang baru berlansung. Apa dah jadi ni? Setahu saya sepak takraw adalah permainan yang native kepada negara kita dan jiran tetangga. Kalah dengan Thailand, takpe juga, ini dengan Korea Selatan. Ibarat orang Korea datang ke Malaysia dan buat perniagaan francais Nasi Lemak & Lontong, jual kepada orang Melayu. Aib, Yob, aib, tak tahu kat mana nak letak muka.


Acara sambutan yang paling sesuai untuk pasukan takraw kita, sekembalinya mereka ke Malaysia, ialah kita pakat ramai-ramai, londeh seluar, tonggeng dan tunjuk pungkok kat depa. Tapi kaum lelaki aje tahu. Jahanam kalau kaum wanita pun tumpang tayang pungkok. Bukan apa, takut hospital bersalin fully booked, 9 bulan dari sekarang.

Akhir sekali, oleh kerana Shabery Chek nak bina stadium khusus dan akademi bolasepak di semua daerah di Malaysia untuk meningkatkan mutu bola sepak negara ke taraf World Cup pada tahun 2014, apakata bina sekali gelanggang sepak takraw khas dan akademi takraw di seluruh pelusok negara untuk kalahkan Korea Selatan pada pertandingan takraw yang akan datang. Untuk melengkapkan program, kita ambil pakar sukan Zionist sebagai jurulatih pasukan sepak takraw negara kita. Baru kena. Amacam, cantik tak cadangan saya? Pasal, mana nak cekau duit untuk bina itu, ini, begitu, begini, jangan gundah & gulana. Sejak bila kerajaan pimpinan BN terfikir untuk berbelanja berhemah? Budget defisit bukan masalah. Reka cukai baru untuk rakyat.

Hingga mengutuk lagi, salam sukan dari Uncle B, yang malas masuk pertandingan basikal downhill racing peringkat dunia kerana peringkat Taman Tasik KL pun, asyik jatuh bukit aje, byeee!!!!.

Tuesday 3 August 2010

TAK PERLU BELI KONDOM

BERITA BAIK BUAT PENGAMAL SEX TANPA NIKAH DAN PEJUANG HAK ASASI WANITA SEPERTI SISTERS IN ISLAM. Pengamal sex tanpa nikah gembira kerana mereka kini boleh berzina tanpa risau apa nak jadi jika partner perempuan mengandung sementara pejuang hak asasi wanita di Malaysia pula telah berjaya menghapuskan kongkongan Islam terhadap kaum wanita untuk membuat apa dema suka dengan badan sendiri, termasuk membiarkan mereka dibuntingkan oleh kekasih masing-masing tanpa mendapat kelulusan agama. Ini baru betul satu perkembangan bertaraf dunia bagi sebuah negara Islam Progresif seperti Malaysia. Nampaknya tak ada canlah PAS nak ambil-alih Putrajaya jika masih terus mengamalkan polisi Islam kuno.

Akhbar The Star 2 Ogos 2010 di muka surat 28 melaporkan sebuah NGO, OrphanCare dengan sokongan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Komuniti (KPWKK) telah memulakan program Baby Hatch atau Pelindung Bayi untuk mengatasi masalah bayi-bayi terbuang. Melalui program ini, OrphanCare & KPWKK akan menyediakan peti-peti khas, di mana pasangan-pasangan boleh membuang bayi hasil penyundalan mereka dengan lebih selamat dan berperi-kemanusiaan. Malangnya laporan akhbar tersebut tidak menyatakan di mana peti-peti tersebut akan di tempatkan dan siapa yang akan kutip bayi-bayi tersebut. Untuk menjadikan Program Bunting & Buang Bayi ini lebih sukses, eloklah diumumkan di semua media cetak & elektronik perdana, di mana peti-peti bayi ini akan di tempatkan.

Syukur alhamdullillah, semua orang, terutama budak-budak sekolah, tidak perlu lagi rasa takut atau teragak-agak apabila tiang dah terpacak dan tanah mula merekah. Sekarang tak perlu takut mengandung lagi, terus tonyoh aje. Kalau mengandung, tunggu cukup bulan, lahirkan anak, kemudian masukkan dalam peti kutipan bayi luar nikah (KBLN) yang telah disediakan.

Banyak kebaikannya pengujudan peti KBLN ni (macam PLKN pulak bunyinya). La ni, pasangan-pasangan terlampau tidak perlu bersusah payah cari klinik atau bidan untuk gugurkan anak jika si wanita mengandung. Peti KBLN ada. Selain dari itu pasangan-pasangan yang berhajat juga tidak perlu buang masa singgah di 7 Eleven untuk beli kondom. Bukan sahaja menjimatkan masa, yang boleh digunakan untuk raba-meraba dan mandi kucing dahulu sebelum enjut, malahan boleh jimatkan duit lagi. Selain daripada keuntungan terus kepada pasangan tanpa nikah, Program Bunting & Buang Bayi ini juga akan mendatangkan laba kepada kroni-kroni yang dapat kontrak untuk buat peti-peti KBLN dan peluang pekerjaan kepada Jabatan Kutip Bayi yang akan ditubuhkan oleh KPWKK.


Terdahulu dari laporan The Star ini, akhbar Berita Harian pada 26 Julai 2010 melaporkan bahawa Ketua Menteri Melaka dan Jabatan Agama Islam Melaka bercadang untuk “menubuhkan pula sebuah sekolah khusus untuk remaja yang hamil sama ada secara sah maupun di luar nikah”.

Pada pendapatan saya yang tak seberapa ni, mengandung luar nikah., tak kiralah budak sekolah ke atau emak sekolah ke, satu hal. Tetapi kalau yang masih dalam umur persekolahan dah nikah walaupun secara sah, ini bukan sikit punya hal tapi besar punya hal. Dua sebab aje, kenapa perkara macam ni boleh berlaku. Pertama, yang perempuan dah merenyam sangat nak kena suntut dan kedua, dia orang ni kahwin dulu baru nikah. Walau apapun, kita mesti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Dato’ Sharizat, Menteri KPWKK dan Dato’ Wira Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka kerana dengan kebijaksanaan dan keperihatinan mereka telah melahirkan idea-idea bernas untuk mengatasi gejala sosial ini.

Bercerita pasal peti KBLN dan Sekolah Khusus untuk mengatasi masalah Ibu muda termengandung, teringat pasal cucu yang dalam tempoh 3 bulan ini sahaja, dah 2 kali dimasukkan ke hospital. Kali pertama, di Hospital Assunta kerana demam panas. Doktor mandikan dengan air batu untuk turunkan suhu badan dan selama 4 hari di hospital, kerja dokter dan nurse untuk pastikan suhu badan cucu saya normal. Bila dah normal, keluar hospital. Kali kedua, bulan Julai lalu, masalah yang sama juga. Temperature badan tinggi, mandi air batu lagi. Duduk hospital 4 hari, bagi ubat turunkan suhu badan. Tapi kali ini berbeza sedikit (mungkin kerana duduk hospital yang standard atas sikit dari Assunta, kali ini di Sime Darby Medical Centre , Subang). Doktor kata demam cucu saya kerana lung infection. Tambah ubat untuk redakan lung infection tersebut, baru boleh keluar hospital. Rabak RM 4,000. Nasib baik ada tokeh ekor nak sponsor.

Malangnya sampai hari ini saya tidak pernah diberitahu apa yang menyebabkan paru-paru cucu saya kena infection. Sebab udara kotor ke, salah makan ke, jangkitan ke atau memang penyakit keturunan. Kalau puncanya udara kotor, kena contact tokeh DVD cetak rompak pulak untuk sponsor alat pembersih udara di rumah.

Nampak tak persamaan antara pendekatan doktor-doktor tadi dengan Program Bunting & Buang Bayi anjuran KPWKK dan Sekolah Khusus Remaja Termengandung anjuran kerajaan negeri Melaka. Semuanya mengubati symptoms atau tanda-tanda penyakit bukan penyebab penyakit. Kalau ini pun tak nampak, apa kata kita jumpa bomoh. Sekurang-kurangnya bila jumpa bomoh kerana bahu kita asyik sakit sahaja, bomoh tak beri akar kayu untuk hilangkan sakit bahu. Sebaliknya dia tilik punca yang menyebabkan bahu kita sakit. Rupa-rupanya ada jin bertenggek atas bahu kita, sebab itu sakit. Jadi yang dihapuskan oleh bomoh tadi, bukan sakit bahu tetapi jin yang bertenggek. Tak ada jin bertenggek atas bahu bermakna bahu tak sakit. Moral di sebalik cerita ini? Bahawa bomoh lebih pandai dari menteri.

Hingga jumpa lagi, salam seperguruan dari Uncle B, yang bab-bab adegan atas katil pun pakai jampi serapah tetapi tak selalu menjadi.
Byeee!!!!!