Wednesday 29 July 2009

TEMBERANG LAGI


Muka depan akhbar The Sun bertarikh 28 Julai 2009, menyiarkan pengumuman Datuk Seri Najib mengenai National Key Result Areas atau Bidang Keberhasilan Utama Negara. 6 kementerian akan dipantau
pencapaian KPI mereka oleh PM ke 6 Malaysia. Kementerian yang terlibat ialah Pendidikan, Dalam Negeri, Jabatan Perdana Menteri, Pembangunan Wanita & Keluarga, Pengangkutan dan Pembangunan Luar Bandar.

Salah satu daripada 4 KPI Kementerian Pendidikan ialah menjelang akhir tahun 2012, semua kanak-kanak yang normal akan menguasai 3R pendidikan atau teras utama pendidikan iaitu membaca, menulis dan mengira, apabila masuk ke tahun 4 persekolahan. Pada aku yang tak berapa cerdik ni, normal atau tidak normal bukannya kanak-kanak sekolah tetapi sistem pendidikan Malaysia sendiri yang terencat.

Mengucap panjang aku. Sistem pendidikan apa yang akan cucu aku ikuti nanti, kalau tahun 4 baru nak menguasai menulis, membaca dan mengira. Maksudnya, selama ini budak-budak darjah 3 yang sekolah kerajaan masih terkial-kial membaca, menulis dan mengira pakai jari kaki dan tangan. Astafar!!!!!

Masa aku darjah 1 pada tahun 1960 dahulu, masuk aje darjah dua, bukan setakat membaca, menulis dan mengira, mengeja pun kita orang dah tahu. Nak hantar cucu pergi International School, duit tidak memadai. Oh .. ya!! Uncle nak belajar main TOTO, untung-untung jadi jutawan, Boleh hantar cucu pergi Sekolah Antarabangsa. Tak mainlah sekolah cekai macam kat Malaysia. Itu pun kalau kena TOTO.

Salah satu daripada KPI Kementerian Pembangunan Luar Bandar ialah pembekalan air bersih akan dikecapi oleh 90% daripada rakyat Sabah dan Sarawak berbanding 62% sekarang. Mak Datuk!!! Keperluan asas kehidupan manusia hanya dikecapi oleh 62% rakyat Sabah dan Sarawak, selepas lebih 40 tahun bawah kerajaan BN yang mementingkan kesejahteraan rakyat. Tak faham aku. Aku bimbang satu aje, Lepas ini akan ada menteri ngok yang kata berbanding Timbuktu, 62% rakyat Sabah & Sarawak dapat bekalan air, kira ok ape.

2 KPI untuk Kementerian Pengangkutan ialah menjelang 2012, LRT PUTRA laluan Kelana Jaya akan mendapat tambahan 35 set tren bergerabak 4. Laluan Kelana Jaya sahaja ke? Tak nak ke buat laluan-laluan melalui kawasan-kawasan perumahan yang bersepah-sepah kat Lembah Kelang ini atau sengaja nak buat jalan bertol supaya kroni boleh kaut untung buta.

Lagi satu KPI ialah peningkatan pengunaan pengangkutan awam daripada 16% sekarang kepada 25% pada tahun 2012. Masa arwah Datuk aku masih hidup dulu pun, aku dah dengar cerita ini. Setakat cerita, habuk pun tarak. Boring .... boring …. boring ……!


Bagi memerangi korupsi pula, semua perolehan kerajaan akan melalui tender terbuka atau tender terhad (limited tender) kecuali untuk kes-kes tertentu (dibaca sebagai kontrak-kontrak untuk kroni dan kaum kerabat). Isu tender terbuka, terkatup dan tender kurnia ni, macam pernah ku dengar ... tapi di mana ya. Oh! ya! Masa zaman mantan PM ke 5, AbDULlah Ahmad Badawi.

Tang lain-lain Kementerian punya KPI, aku tak nak cerita. Lebih kurang sama aje.

Aiseymen! hampir lupa. New Straits Times juga bertarikh 28 Julai 2009, di muka hadapan, dengan sombong dan bangga melapurkan bahawa pemimpin-pemimpin negara-negara Africa yang sedang menghadiri Global Smart Partnership Dailogue di Kampala telah mendapatkan pandangan Malaysia mengenai cara-cara mengekang rasuah yang dikatakan meluas di negara mereka (Afrika).

Pendek nafas dan sakit perut aku dibuatnya ketawa terbahak-bahak sambil berguling-guling di lantai menahan lawak bodoh ini. Mana tak kelakar. Africa nak belajar dari Malaysia. Tak ubah macam penyamun nak belajar dari perompak. Eloklah tu, Kalau belajar dari Singapura ke, Finland ke atau Australia ke, ada juga maafnya.

Akhir sekali. Aku terfikir. Semua KPI ini kecuali satu dua mesti dicapai sebelum atau pada tahun 2012. Hal ini aku musykil sikit. Betul-betul nak menyenangkan rakyat atau nak menang undi. Walau apapun, pada firasat aku, semua NKRAs ini akan tinggal cerita dongeng aje. Anda tengoklah nanti.

Hingga jumpa lagi. Fikir-fikirkanlah.
Dari Uncle B yang masih boleh mengayuh pada umur 56 tahun 6 bulan. Mungkin lambat tapi gerenti sampai. InsyaAllah.

Sunday 26 July 2009

BASIKAL DAN ESPRIT-DE-CORPS

Minta maaflah banyak-banyak kerana posting kali ini mesti membosankan bagi mereka yang tak berminat pada cycling. Bukan apa. Saje nak rakamkan satu peristiwa kecil tetapi penuh bermakna kepada 8 kerat warga JSJK Bukit Aman dan seorang rakan dari sektor swasta.

Terima kasih banyak-banyak kepada semua rakan sekerja yang sanggup mengorbankan waktu rehat hujong minggu masing-masing untuk bersama-sama berbasikal dari JSJK Bukit Aman di Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur ke Kolej PTPL Shah Alam pada pagi 25 Julai 2009 yang lalu. Tak jauh, cuma 32 kilometer aje. Bermula jam 7:30 pagi, kami sampai di destinasi jam 10:15 pagi, tolak lebih kurang 45 minit kerana masalah teknikal dalam perjalanan.

Terima kasih khas kepada Dato’ Aris, KPP Pentadbiran & Penyelidekan yang sudi berkayuh bersama kami, En. Syawal, yang sanggup berkongsi pengalaman as a seasoned cyclist dan special mentioned kepada ASP Annuar Amri, Konstabel/W Hajar dan Konstabel/W Liza kerana ketiga-tiga mereka, walaupun sebelum ini belum pernah menyertai kami pada sesi berbasikal setiap petang pada hari bekerja, namun berani menyahut cabaran ke Shah Alam dengan basikal. Satu contoh jati diri yang belum pernah lagi ditunjukkan oleh lain-lain warga JSJK. Tidak ketinggalan juga ribuan TQ kepada 3 orang anggota trafik Kuala Lumpur yang membantu kami untuk menyeberang simpang-simpang jalan hingga ke Mid-Valley dan warga JSJK Selangor yang berada di destinasi untuk belanja kami berjug-jug air batu dan kueh tiaw goreng. Baki cyclist adalah ASP Khaizam, Insp Fazli dan SM Amin. To all of you, thanks. Tidak ketinggalan isteri dan cucu saya yang sanggup berkereta perlahan bersama kami hingga ke Shah Alam.

TEAM CYCLING CCID
PENGENALAN
Dari kiri ke kanan: SM Amin, Dato” Aris, Kons/W Hajar, Kons/W Liza, Supt Baharuddin, ASP Annuar Amri, Insp Fazli, ASP Khaizam dan En.Shawal.

Apa yang saya dapat dari berbasikal? Selain benefits dari segi physical fitnessnya, saya yakin bahawa salah satu cara terbaik untuk memupuk esprit-de-corps sesama rakan sekerja adalah melalui berbasikal bersama-sama. Setakat mengadakan majlis makan malam atau hari keluarga, belum tentu lagi semangat setia kawan akan diperkukuh. Di majlis-majlis tersebut, lazimnya pangkat besar bercampur dengan pangkat besar sahaja, yang kecil semeja dengan yang kecil. Dan biasanya anggota pangkat rendah jarang dijemput bersama. Macam sambutan Hari Ibu dan Hari bapa JSJK baru-baru ini. Pegawai kanan sahaja, seolah-olah anggota pangkat rendah bukan ibu dan bukan bapa, walhal mereka juga sebahagian dari JSJK.

Dalam kumpulan berbasikal kami setiap petang Isnin ke Jumaat, ada pegawai kanan, ada Ketua Penolong Pengarah bergelar Dato’ dan ada anggota pangkat rendah. Berbasikal menyama-ratakan kami. Apabila masing-masing tercungap-cungap naik bukit, semuanya sama, tak kira Dato’ atau anggota. Seorang tertinggal di belakang, yang lain akan memperlahankan kayuhan atau terus berhenti supaya semuanya dapat berkumpul kembali. Along the way, yang terror sikit, tidak lupa memberi kata-kata semangat kepada yang dah nak give up kerana kaki nak cramp. Kalau ini bukan semangat setia-kawan dan bekerja berpasukan, saya tidak tahu apa lagi nak kata.

Dapatkah anda menikmati keindahan alam sekeliling, jika anda bermotosikal atau berkereta. Bayangkan, semasa memutar sekeliling lake gardens, kami sering terserempak dengan fellow cyclist yang lain. Tidak ketinggalan kami bertegur sapa. Yang kurangnya cuma satu. Belum pernah lagi berjumpa dengan cyclist wanita. Boleh juga mengatal sikit-sikit.

Bye the way, kalau ada pembaca yang ingin cycling bersama kami, tak kiralah anda polis ke atau orang awam (kecuali tokeh ekor, pencetak DVD pirate dan mereka yang sejenis dengannya), sudi-sudilah join kami. Isnin hingga jumaat dari jam 5:30 petang hingga 6:30 petang. Hubongi saya di ruddy53@hotmail.com untuk butir-butir lanjut. Heh! heh! heh!, macam iklan perniagaan pulak.

Hingga jumpa lagi, salam dari pengayuh tua (yang boleh kayuh apa-apa pun, jika perlu), Uncle B.

Thursday 23 July 2009

BASIKAL DAN TERIMA KASIH MALAYSIA

Uncle cukup respect kat bloggers yang boleh maintain dia orang punya blog selang sehari dua. Mula-mula dulu Uncle boleh juga berbuat demikian tetapi sejak mula balik berbasikal, balik rumah, pewai habis. Sampai rumah jam 8 malam, main-main dengan cucu. Pukul 11 malam, dah lights out. Penat tapi segar giler dan tidur lena yak amat. Tu yang slow sikit nak update Uncle punya blog. Sabar yea!

Tiap-tiap petang lepas waktu pejabat Uncle dengan 5-6 orang office mates cycle dari office kat Bank Negara, ikut Jalan Cenderasari, pusing Lake Gardens sambil cuci mata sikit, lalu Jalan Venning, Pusat Islam, turun Jalan Parlimen, ikut padang Merbuk dan pecut balik ke pejabat. Tak kurang 12 km lah sepetang kita orang kayuh. Yang hairannya dalam group basikal Uncle, majoriti riders, umur macam Uncle juga, 50 above. Adalah seorang dua yang bawah 40 tahun.

Pegawai-pegawai muda kat pejabat? Hmpphhh! hampeh!!! Semuanya nak balik rumah cepat. Sama ada terlalu sayang kat bini atau takut bini. Tak tahulah Uncle yang mana satu. Bini masing-masing professional, ada kereta sendiri tapi suami juga nak kena kelek ke hulur ke hilir. Satu lagi kemungkinan, budak-budak muda hari ini terlebih manja, jadi badan tak buleh penat atau berpeluh sikit, takut cair atau tulang patah. Itu lah bahana masa kecik asyik main komputer games.

Kecik-kecik dulu, Uncle menyelinap masuk semak cari spider sebab nak lawan spider dengan member, main rounders, baling kotak rokok atau police and thieves. Semuanya jenis permainan yang lasak, jadi InsyaAllah dan dengan IzinNya jua, Uncle masih boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dari segi kemampuan fisikal dan mental dengan hero-hero muda hari ini. Kalau komputer games, Uncle kalah.

Hampir lupa. Sebenarnya dalam blog kali ini, Uncle nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Perkhidmatan Awam atau JPA (Jabatan Penipu Awam) dan Kerajaan Malaysia pimpinan BN.

Kepada JPA, jutaan terima kasih kerana mengganggap PDRM bahlul dan offer kami warga PDRM, Skim Perkhidmatan Baru yang menawarkan kenaikkan gred kerja tapi gaji di takuk lama. Naik gred perkhidmatan amende macam tu. Boleh masuk polis terus sebagai sarjen dengan diploma tapi gaji lebih rendah dari pemegang diploma yang kerja dengan jabatan kerajaan bukan polis. Orang lama kalau nak jadi sarjen kena ada STP atau diploma. Siapa nak bayar yuran pelajaran STP atau diploma budak-budak Uncle ini. Senang aje. Benarkan dia orang kowtim, dengan syarat duit haram tu digunakan untuk belajar supaya dapat naik pangkat dan bukan untuk simpan gundek. Boleh tak?

Uncle nak cabar mana-mana mamat JPA yang baca blog ini dan fikir kerja polis enteng sebab tu bagi gaji polis secipot. Jadi understudy pegawai penyiasat selama 1 bulan. Ikut apa yang pegawai penyiasat buat. Kalau tak muntah hijau jangan cakaplah. Gerenti punya.

Hello brother JPA, gaji warga polis Singapura, 20% lebih tinggi daripada gaji kakitangan awam lain yang masuk kerja dengan entry qulifications yang sama. Gaji konstable di Hong Kong bersamaan dengan RM 7,000 sebulan. Japan National Police juga sama macam Singapura dengan Hong Kong. Agaknya mamat-mamat JPA ni tak pernah dengar peribahasa orang kampong Uncle. You Pay Peanuts You Get Monkeys atau di Malaysia ni, You Pay Peanuts, You Get Educated Monkeys. Oleh itu jangan komplen dan marah-marah kalau PDRM tak efisen dan berkesan. After all it is run by monkeys. Secara kebetulan plak tu, Uncle adalah salah seorang monyet PDRM yang akan bersara hujong tahun depan.

Kepada kerajaan Malaysia pimpinan BN, terima kasih lah banyak-banyak kerana sudi menaikkan harga petrol secara senyap-senyap macam pencuri. RON 97 dari RM 1.70 jadi RM 2 dan RON 95 jadi RM 1.70. Dulu Hyundai Accent Uncle pakai Ron 97, sekarang turun taraf pakai RON 95. Ni, Uncle nak contact kawan dekat Papua New Guinea sebab Uncle dengar ada mekanik kat sana boleh modify engin kereta korea dan jepun (Mercs, BMW dan Volvo tak boleh) supaya boleh jalan gunakan minyak tanah campor karbaid. Dengar kabor, bulan Sept, harga petrol nak naik lagi. Tak ape, Uncle tak kecik hati sebab duit subsidi yang kerajaan jimat nanti boleh digunakan untuk memakmurkan rakyat. Lagi pun berbanding Singapura yang dah jumpa telaga minyak dekat Pasir Ris, harga petrol kita murah. Amin.

Sekali lagi Uncle nak ucapkan ratus-ratus juta terima kasih kepada kerajaan Malaysia pimpinan BN kerana tak lama lagi nak naikkan harga elektrik sebanyak 4 sen 1 unit. Uncle faham, tak ada benda yang percuma dalam dunia ini. Berbanding Singapura, tarif elektrik kita jauh lebih murah. Lagi pun harga roti canai di Singapura 1 Sing dollar atau RM 2.30 sekeping berbanding RM 1 atau RM 1.20 di Malaysia. Oleh itu kita rakyat malaysia yang patriotik patut bersyukur kerana pemimpin kita berjaya membuat kita membayar cuma RM 1 untuk sekeping roti perata dan bukan RM 2.30. Bersyukurlah!!

Hingga jumpa lagi selamat membakar Skim Perkhidmatan Baru PDRM dan rajin-rajinlah berbasikal kerana basikal tak pakai petrol. InsyaAllah, bulan depan Uncle akan turun ke Kota Tinggi untuk beli lampu gas (minyak tanah) yang pakai mentol kain. Nak jimat letrik dik.

Cao.

Thursday 16 July 2009

INILAH PDRM


Untuk posting kali ini saya akan turunkan secara verbatim, komen seorang pembaca KACA MATA KU, terhadap posting saya bertarikh 11 Julai 2009 dengan judul "Bukan Salah PDRM, Salah Mu Jua". Saya tertarik untuk menurunkan komen ini kerana ianya mengusik perasaan saya sebagai polis nak pencen yang dibuat macam chewing gum, habis manis sepah dibuang. Saya percaya ianya mencerminkan dengan tepat, rintihan kebanyakan pegawai polis terutama pegawai-pegawai penyiasat yang menanggung beban kerja tak kunjung sudah tapi tahap gaji lebih rendah dari pegawai N41 walaupun masing-masing ada ijazah. Komen pembaca tersebut, saya italic kan dan ulasan saya mengenai pandangan saudara saya ini adalah dalam text warna merah.

Saya tujukan posting kali ini khas untuk mereka yang bukan warga PDRM tetapi berlagak macam tahu tentang PDRM dan mereka yang warga PDRM yang walaupun tidak pernah buka IP tetapi pandai mengarah aje.

Assalamualaikum tuan,
Lama tak melayari blog tuan yang penuh dengan informasi ini. maklumk je la, sudah bergelumang dengan i.p-i.p yang tak sudah-sudah. Peluh mengalir di dahi 25 jam sehari kalu nak pikir pasal i.p ni, iyerla, nak pikirkan masalah orang sampaikan masalah sendiri pun tak terjaga. Saya begitu terkasima dengan kenyataan mamat JPM yang kononnya handal mengeluarkan kata2 bahawasanya POLIS tak efisen. takpela itu hak dia nak cakap apa pun. tapi izinkan saya mengatakan mamat JPM tu (of course la PTD la tu) mencerminkan pemikiran graduan universiti tempatan yang langsung jauh dari landasan ilmiah. Saya yakin mamat JPM tu masa kat U dulu kaki tiru assignment orang sebab tu dapat pointer bagus dan bernasib baik jadi PTD, yang graduan macam saya ni, pointer o.k la jugak, tapi memandangkan takde kabel PTD, alhamdullilah dapat jadi inspektor polis. terus terang masa saya sebelum join polis, pandangan saya terhadap PDRM begitu dangkal (sama ngan mamat JPM td) tapi setelah bergelumang berkhidmat dalam PDRM baru saya tahu bertapa perit jerihnya menjadi seorang anggota polis, lebih2 lagi jadi pegawai penyiasat. berdepan dengan mehnah dan tribulasi dari segenap segi. ditekan dari atas, bawah, kiri dan kanan. Kerja dan tugas menjadi nombor satu, keluarga tu tak tau la dah jadi nombor berapa. pengadu menjadi keutamaan walau anak kat rumah demam. tak layan pengadu, esok lusa masuk paper, i.o tak mahu jumpa pengadu. belum lagi berdepan dengan tohmahan. sangat menyedihkan pimpinan PDRM zaman ini (bukan semua) yang amat pantas dan tuntas mengambil tindakan pada setiap adu domba walau surat itu surat layang, gantung baju dah tentu menjadi risikonya. Bila pegawai menjadi penakut, anak buah (anggota) lagi la. Cuba tuan bayangkan beranikah P.I muda mengambil tindakan (charge) satu pesalah yang bergelar datuk, sedangkan datuk itu telah banyak "menaburjasa" pada .......
andai diambil tindakan, masa depan dah tentu gelap, masuk peti sejuk dah tentu. bila masuk peti sejuk, periuk nasi kita tu tuan. Saya cadangkan pada tuan, buat satu research beban kerja i.o-i.o kita kat bawah berbalik pada mamat JPM tu usah dilayan manusia pemikiran seperti itu, takut bila pegawai muda seperti saya ni patah semangat nak kerja, mandi bunga pun dah tak guna. Ditambah plak dengan skim baru perkhidmatan inspektor yang jadi YA13 ni, umpama gula-gula getah yang dikunyah, manis dikunyah sementara, tapi bila dan habis manisnya dibuang melekat kat tapak kaki orang lain. amat menyedihkan bila gred gaji baru ni bila lebih rendah dari pegawai N41, sedangkan kami juga pengengam izajah juga. emmmm apa bleh buat tuan. kami hanya mengikut arahan. SEDIA BERKHIDMAT, sumpah taat setia sentiasa menjadi junjungan di atas batu jemala. Sekian. ROGER, TANGO KILO......

Saya tak nak komen apa-apa mengenai pandangan saudara saya itu. Semuanya betul kerana saya dan rakan-rakan seperjuangan yang seangkatan (Otai lah tu!) dengan saya, telah, sedang dan akan terus melalui apa yang sedang saudara saya itu lalui kecuali tiba-tiba kami disenaraikan sebagai the selected few yang efficient dan bijak yang mendapat kenaikan pangkat setiap 1 tahun.

Hingga jumpa lagi, nasihat dari Uncle B untuk pegawai-pegawai muda yang sedang bertugas, hold your head high, be firm but friendly in discharging your duties dan yang paling penting, jangan takut bersuara walaupun pengerusi ada keris bersilang yang boleh mencucuk mata anda. Paling mustahak, apa juga yang ada buat, jangan sampai kena buang kerja. Anda berkemungkinan besar kena black list dan mengambil masa berkurun untuk naik pangkat tapi sekurang-kurangnya bila pencen nanti, anda boleh beritahu cucu anda " I speak my mind and did it my way".

Chao!!!!!.


Saturday 11 July 2009

BUKAN SALAH PDRM, SALAH ANDA JUA

Petang 6 Julai 2009, saya berada di auditorium PDRM di tingkat 16, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman. Kehadiran saya mewakili Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) dalam sesi taklimat sempena lawatan peserta program Masters anjuran Maktab Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia. Kehadiran saya sebenarnya hanya sebagai wakil Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) sahaja. Just in case ada isu-isu yang perlu diperjelaskan mengenai jenayah komersil, sayalah yang kena beri penerangan. Saya sepatutnya tidak boleh campor tangan jika tiada isu-isu berkaitan JSJK ditimbulkan.

Sehinggalah semasa sesi dialog, apabila seorang peserta program daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menimbulkan masalah jenayah yang makin meningkat. Itu saya tidak ambil pusing sangat. Jenayah memang meningkat tetapi apa yang menjengkelkan ialah apabila “pakar” JPM itu menuduh Malaysia tidak selamat kerana PDRM tidak menjalankan tugas.

Sebagai seorang pegawai kanan polis yang telah mengorbankan 32 tahun masa, tenaga, dan keluarga sendiri untuk memastikan Mamat JPM ini dan keluarga, boleh makan roti canai dengan selamat, jam 3 pagi, semestinya saya benggang bila orang yang tidak pernah merasa jerih-perih, tekanan dan kekangan luar yang dikenakan terhadap PDRM dalam menjalankan tugas, membuat komen semberono.

Penjelasan diberi bahawa sama ada Malaysia selamat atau tidak adalah satu penilaian subjektif individu. Perbandingan statistik dibuat untuk menunjukkan Malaysia lebih selamat berbanding negara-negara jiran. Tapi aku lihat mamat JPM ini kerek semacam aje dengar penjelasan yang cuba diberikan. Maklumlah, pegawai PTD yang bertugas di Jabatan Perdana Menteri. Lagi pun pada aku, penjelesan yang cuba diberi oleh wakil PDRM itu lebih bersifat apologetic. Kerana tak tahan sangat dengan sikap arrogant mamat tu, aku minta kebenaran daripada penceramah untuk mencelah.

“I address my comment to the gentleman from JPM”, aku masih ingat hampir verbatim apa yang aku luahkan pada petang itu, “if you think the streets of Malaysia is not safe for you, try spending 2 weeks in Johannesburg or Pretoria, then you tell me whether it is safe or not being in Malaysia”. Full stop. Aku terus kembali ke tempat duduk. Aku masih lagi dalam full battle mode. Kalau budak JPM tu banyak songel lagi, aku dah bersedia untuk belasah dia cukup-cukup.

Sebenarnya bukan aku tak boleh terima kritikan terhadap PDRM tetapi kepantang aku orang yang tak tahu hujong pangkal mengenai sesuatu perkara membuat ulasan tentang perkara yang asing padanya. Macam Malay WOG (Westernised Oriental Gentleman) yang mengatakan, “I hairanlah kenapa orang melayu kampong ni heboh-heboh fasal isu belajar maths dan sains dalam bahasa inggeris. My children tak ada masalah pun”. Betul, your children tak ada masalah. Kalau sejak lahir, bahasa Inggeris digunakan di rumah, of course lah kalau masuk sekolah kat malaysia, tak ada masalah belajar maths dan sains dalam bahasa inggeris. Alah! cucu aku yang belum 3 tahun pun faham bahasa inggeris dan dah boleh speaking sikit-sikit sebab kita orang lebih banyak gunakan Bahasa Whitehall di rumah. Apa nak heran. Tapi kalau anak orang kampong yang gunakan bahasa Jawa, Banjar, Bugis, Boyan, Mendeling, di rumah, macam mana? Cuba jawab.

Pakar JPM tu rasa tidak selamat berjalan di Malaysia kerana ada mat rempit, Ah Long, peragut, perompak, pembunuh, perogol, penculik budak-budak perempuan dan pelbagai jenis penjenayah lagi. Maksudnya dah ujud budaya gangsterism di Malaysia. Yang pakar tu lupa nak sebut ialah demonstrasi jalanan sahaja. Oleh kerana itu, pakar tersebut berpendapat ini semua salah PDRM kerana tidak menjalankan tugas.

Aku ingin ajukan satu soalan kepada semua rakyat Malaysia yang berfikiran seperti Mat JPM tadi. Yang suka mengambil jalan mudah, menyalahkan PDRM bulat-bulat kerana semua yang tidak sedap didengar dan dipandang yang berlaku di Malaysia.

Siapa yang setakat pandai melahirkan tetapi tidak pandai mendidik dan membesarkan rakyat malaysia yang ada pada hari ini sehingga ramai yang menjadi mat rempit, Ah Long, peragut, perompak, pembunuh, perogol, penculik budak-budak perempuan dan gangster tu, siapa. PDRM atau anda sendiri sebagai makbapak manusia brengsek ini. Siapa yang bagi lesen buka kelab malam, karaoke, pusat video game, kedai 4 nombor ekor., Bukan PDRM Yob.

Begini ajelah. Mengail di air yang tercemar, anda akan dapat ikan yang tercemar. Sistem nilai masyarakat yang rosak, sistem pendidikan yang menghasilkan robots, politikus yang tiada political will untuk memperbaiki masyarakat kecuali mengkayakan diri sendiri dan keluarga, akan melahirkan manusia malaysia yang haprak. Kalau menteri boleh raba ponggong waitress, kalau orang terpelajar dan kononnya profesional seperti 5 ekor laywer India HINDRAF tu boleh bersikap kurang ajar, kasar dan membohong (apa tidaknya, mereka kata ada ethnic cleansing di Malaysia, kalau betul ada, dah lama kawan baik aku, DSP Panier, hilang) dan mengepalai demonstrasi jalanan, apa yang anda harapkan dari budak-budak yang tak berakal.

Pleaselah Mr. JPM, tanya diri sendiri, apa idea bergeliga anda untuk kurangkan jenayah di Malaysia dan jadikan PDRM lebih efficient. Jangan tolak kat polis aje. Kerja tolak-menolak ni, siapa pun boleh buat.

Last sekali, polis bukan tak buat kerja. Polis dah 202 tahun buat kerja tapi hari ini polis banyak halangan untuk menjalankan tugas. Polis nak ”belasah” mat rempit, UMNO pergi tatang kacang hantu berkapcai ini macam anak emas. Habiskan duit rakyat membuat kerja tidak berfaedah, membawa mat rempit naik kapalterbang, terjun payung kat Alaska. Penjenayah bunuh budak kecil, tidak ada satu pun NGO yang bising fasal hak budak tersebut untuk hidup. Polis jentik sikit pembunuh atau tahan sekejap peguam, heboh kata polis melanggar hak asasi manusia. Mana tak mua penjenayah.

Akhir kata dari Uncle B yang dah fed-up dengan gelagat manusia malaysia yang asyik menjadikan PDRM kambing hitam dan manusia PDRM yang dengan baculnya membiarkan PDRM dikambing hitamkan, “YOU DESERVED THE SOCIETY THAT YOU GET”.

Chao! dari manusia yang enggan dikambing hitamkan.

Sunday 5 July 2009

SKIM PERKHIDMATAN TIPU PDRM

Awal pagi jumaat 3 Jul ’09, saya menerima panggilan telefon dari seorang rakan sepasukan yang bertugas di Maktab PDRM KL. Katanya, dia mewakili rakan-rakan di Maktab yang meminta saya menulis sesuatu tentang Skim Perkhidmatan PDRM yang baru diumumkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam atau lebih tepat, budak-budak PTD. No, I have nothing against budak-budak PTD ini but it is difficult to have empathy if you have not walk a mile in someone shoes.

Tak jadi masalah untuk saya meluahkan pandangan saya mengenai sesuatu perkara. Selama ini, itu pun yang saya lakukan. Cuma yang saya pelik, kenapa nak tunggu saya untuk menzahirkan apa yang saya percaya mereka juga rasakan.

Contohnya, masa bekas KPN Tun Haniff keluar dengan kenyataan akhbar bahawa 40% daripada warga PDRM terlibat dengan rasuah. Saya tunggu hampir 2 minggu untuk warga PDRM yang lebih berpengalaman, lebih qualification, lebih tinggi pangkat dan justeru itu lebih kuasanya, untuk bangun membela PDRM. Tidak ada seorang pun yang berani tampil ke hadapan. Bahagian Hal Ehwal Awam PDRM? Lagi tak boleh harap. Akhirnya saya juga yang menulis kepada Utusan untuk mempersoalkan siapa yang sebenar nya menjadikan 40% daripada warga PDRM kaki rasuah memandangkan Tun Haniff 20 tahun memerintah PDRM.

Sebaik surat saya disiarkan oleh Utusan Malaysia, banyak panggilan telefon yang saya terima mengucapkan tahniah kerana berani bersuara. Tak kurang yang pangkat lebih besar dari saya yang sanggup berikan “maklumat-maklumat” tentang Tun Haniff untuk didedahkan kepada masyarakat. Yang hairannya mengapa mereka ini tidak berani bersuara sendiri. Bisu atau takut kena black list? Kalau nama dalam black list, jawapnya pencen Supt aje le.

Masa saya berpangkat Chief Inspektor pun, perkara yang sama pernah berlaku. Kali ini mesyuarat agung luar biasa Mes PDRM. Tujuannya untuk mendapatkan persetujuan ahli Mes supaya RM 1 juta, wang tabung Mes dilaburkan dalam saham. Pengurus saham adalah Koperasi Polis. Seingat saya tak ada seorang pun yang hadir dalam mesyuarat tersebut membangkang kecuali seorang Chief Inspekter. Saya membangkang berdasarkan 2 perkara. Pertama, terlibat dalam spekulasi (saham adalah spekulasi) adalah bercanggah dengan peraturan Perintah Am Bab D dan kedua, rekod Koperasi Polis dalam menguruskan hal-hal perniagaan atau kewangan teramatlah teruk (sehingga hari ini). Apabila pengundian dijalankan, seperti yang dijangkakan, bangkangan saya diketepikan. Hari ini pelaburan Mes yang dipersetujui itu telah lesap macam gelap malam dilapah siang.

Nak tahu apa jadi selepas mesyuarat? Ramai (semuanya lebih kanan pangkat daripada saya) yang datang berjumpa mengatakan mereka bersetuju dengan pandangan saya. Yang hairannya, mereka ini jugalah yang mengundi menyokong supaya tabung Mes dilaburkan dalam saham. Pengerusi mesyuarat adalah T/KPN ketika itu iaitu Tan Sri Rahim Noor. Yang hairannya mengapa mereka ini tidak berani bersuara sendiri dan menunjukkan pendirian mereka. Inilah masalahnya dalam PDRM, banyak cakap belakang daripada memberi pandangan secara terbuka. Bukan apa, nak jaga periuk nasi dan peluang naik pangkat, betul tak?

Berbalik kepada Skim Perkhidmatan PDRM yang baru. Terus terang saya katakan yang saya belum mentelaah Skim tersebut dan tidak akan membuang masa mengkajinya. Why like that one? Sebab selepas 32 tahun dalam PDRM (3/7/09, yang baru lalu, genap 32 tahun jadi ampai) saya menanggung hiba kerana selamanya PDRM kena buli dan kena short-change dengan JPA. Nak salahkan JPA pun tak boleh sebab apabila menyediakan sebarang kertas kerja untuk kebaikan PDRM, semuanya cap tolak. Akhirnya yang menyediakan kertas kerja setakat Supt aje. Itu tak ape juga, sebab memang tugas pegawai kecik jadi macai. Yang sakit hati aku, apabila kertas kerja dibincangkan depan pegawai-pegawai JPA, wakil polis selalunya setakat pegawai pangkat cekai. Kalau ada pun keris bersilang yang pergi, tak berani bersuara. Setakat tukang hangguk kepala, lebih baik main golf. Macam baru ini, seorang keris bersilang hadir mesyuarat perjawatan dengan JPA. Pengerusi JPA, seorang yang jauh lebih muda dan gred pun lebih rendah dari keris bersilang tadi telah mengeluarkan kata-kata yang boleh benar dianggap menghina PDRM. Kalau aku ketua delegasi PDRM, dah lama aku tinggalkan mesyuarat. Ini tidak, tunggu dan tebalkan muka. Jika kita tak hormat diri sendiri, takkan orang nak hormat kita. Yang beritahu aku cerita ini, seorang Supt yang hadir sama dalam mesyuarat tersebut. Kalau dia bohong,berbohonglah aku. By the way, Supt tu nak tinggalkan mesyuarat tapi dilarang oleh keris bersilang tadi. Inilah budaya PDRM. Angguk-angguk macam burung belatuk.

Buat apa aku baca Skim Perkhidmatan Tipu (bukan Baru) PDRM tu, kalau Supt masih lagi gred M44 sedangkan guru besar yang jaga tak lebih 2000 murid dan 100 cikgu, gred M52. Ketua Polis Daerah (KPD) Segamat berpangkat Supt. Kawasan yang dijaganya dari sempadan Gemas, Negeri Sembilan sampai ke Labis, Johor, Besar tu, lebih besar dari kawasan 4-5 biji sekolah. Jumlah penduduk, aku belum semak dengan Jabatan Perangkaan tapi gerenti dalam ratus ribu bilangannya. Anak buah lebih 100. Sayangnya taraf KPD lebih rendah dari taraf guru besar sekolah aje. Eleh! jangan sebut pasal qualificationlah. Dalam PDRM berlambak Insp, ASP, DSP dan Supt yang ada PhD. Ijazah? Baling batu ke arah kumpulan konstabel polis pun, mesti kena kepala pemegang ijazah punya.

Macam ni ajelah. Kalau aku kena buat pilihan, skim lama atau skim tipu, aku akan kata pada JPA,malam sikit!!!!!!!!!.

Salam dan hingga mengomel lagi dari Uncle B, yang tak habis-habis kena peleceh. Byeeee.



Wednesday 1 July 2009

JIWA YANG TERJAJAH

Ramai mungkin tak perasan berita sebuah akhbar perdana berbahasa melayu, minggu lepas. Akhbar berkaitan dengan bangga mengumumkan bahawa President AS (Angkatan Setan), Barrack Obama dalam lawatan beliau ke Cairo telah memuji dasar Islam seperti yang diamalkan di Malaysia.
Baguslah tu, sebuah negara Islam (kononnya) merasa megah, bangga dan bongkak dengan pengiktirafan sebuah negara kafir terhadap amalan Islam di negara sendiri. Adakah patut orang kafir menentukan sama ada amalan Islam kita betul atau tidak. Benar kata alim ulama (bukan ular mamak) bahawa dunia dah nak kiamat.

Sebut fasal Barrack Obama, terbukti orang melayu (bukan bugis) masih lagi terjajah jiwa raga dan fikirannya. Apa tidaknya. Berita PM Malaysia berbual melalui telefon dengan Barrack Obama jadi berita sensasi. Sebabnya? Banggalah tu, presiden sebuah negara barat i.e. negara orang kulit putih, sudi berbual dengan kita dari negeri orang berkulit sawo matang. Ibarat kuli merasa bangga, towkay boleh tepuk-tepuk bahu dengan dia (kuli) dan makan semeja dengan kuli. Cheh! aku ingatkan PM kita dapat bertemu dengan Sheikh Abdul Kadir As-Saufi.

Lagi satu. Kau orang perasan tak? Orang malaysia, tak kira melayu ke, Cina ke, India ke, kalau holiday mesti nak pergi negara orang putih. Bangga pulak tu, heboh baru balik dari London lah, Melbourne lah, USA lah. Hina rasanya kalau bercuti kat negara timur atau Afrika sebab orang malaysia yang tak berapa nak kaya aje yang bercuti ke negara-negara tidak membangun ni.
Dah tu bila balik dan kena sawan babi (eh! salah. Bukan sawan babi, maksud saya, demam lah babi), pandai pulak habiskan duit rakyat, kena kuarantin kat hospital kerajaan.

Sebelum mengundur diri, Uncle nak share satu komen dengan you all. Petang tadi (29 Jun ’09), lepas waktu pejabat, uncle sempat berbual-bual dengan Sub Inspekter Jamil, kawan uncle dari Uncle masih Inspekter dan dia Koperal lagi. Perbualan kami berkisar kepada kemajuan yang telah dicapai oleh Pasukan Polis Diraja Malaysia yang telah berumur 202 tahun. Lama tu, dik. Kalau manusia, tentu berjalan tergigil-gigil dan gerenti nyanyuk punya.
Komen S.I. Jamil, ”Tuan, sejak saya masuk polis 32 tahun dahulu, pada tahun 1977, saya lihat cuma satu bezanya polis dulu dan sekarang. Dulu tulis repot polis, pakai tangan, sekarang pakai komputer, itu aje”.

Uncle nak selitkan satu komen lagi. Komputer dan capaian internet yang dibekalkan pun menyakitkan hati dan menambahkan stress budak-budak polis termasuk Uncle. Bukannya membantu mempercepatkan kerja bahkan melambatkan sangat kerja. Internet, sekejap ada, selalu tak ada. Kelajuan capaian internet pula jika berjaya, selaju orang kena gout, kayuh basikal.

Salam hormat, dari Uncle B, yang dah beberapa kali nak humban komputer yang dibekalkan oleh PDRM ke dalam Sungai Segget. Chalo.