Wednesday 28 January 2009

HERO MALAUN DAN SAMDUL POLITIK


CERITA MALAUN JADI HERO


Ikut hati, aku malas hendak membicarakan soal A.Kugan yang mati dibelasah oleh polis. Apakan daya aku terpaksa juga mengungkit kembali kes A.Kugan kerana beberapa orang rakan sekerja yang mengikuti posting terakhir berkenaan telah membuat tafsiran yang menyimpang. Salah aku juga kerana tidak menjelaskan context penulisan tersebut dibuat.


Aku masih enggan berpolemik mengenai isu ini kerana aku tak nampak pun saudara mara A.Kugan berarak dan bersepanduk beramai-ramai mengiringi jenazah demi jenazah anak-anak kecil Palestin yang disembelih oleh Yahudi.

Aku bukan menyokong 11 orang anggota polis yang sedang disiasat kerana membunuh. Tapi fakta tetap fakta. Menunggu sangat kehancuranlah nampaknya negara kita ini apabila penjenayah jadi
martyr, apabila orang brengsek jadi hero.

Kepada mereka yang memilih untuk melihat blog aku terdahulu dari satu sudut, biar aku jelaskan
personal believes aku tentang right and wrong. Amaran. Aku seorang simpleton. Tentunya cara dan gaya aku berfikir bukan macam para ilmuan dan para akademik. Nilai pandangan aku mungkin sepuluh sen cuma.

Aku lebih rela mematahkan tangan pemandu yang membawa lori atau kereta secara merbahaya daripada menyamannya. Saman boleh dibayar dan kemudian pemandu tersebut akan merempuh dan membunuh orang ramai yang sedang berteduh di perhentian bus. Jadi lebih baik satu pemandu iblis dipatahkan tangannya daripada membunuh 6 orang awam (seperti berlaku depan panggung Rex JB semasa aku inspektor).

Betul cakaplah. Kalau boleh aku nak jadi macam anggota
Black Hands, satu unit sulit polis sebuah negara Amerika Selatan (dah tak ingat negara mana) satu masa dulu. Tugas unit ini ialah menembak mati penjenayah yang memang diketahui umum penjenayah tetapi terlepas dari hukuman mahkamah kerana idiosyncracies undang-undang.

Polis Republic Indonesia, satu masa dulu, juga mempunyai unit yang sedemikian. Dalam tempoh 6 bulan, unit rahsia tersebut beroperasi, kadar jenayah di Jakarta turun hampir 50%. Sehinggalah negara-negara Mat Salleh yang hipokrit mengenakan tekanan ke atas Indonesia, lalu tamatlah riwayat unit rahsia ini dan penjenayah bermaharajalela lagi.

Begini sahajalah. Captain Hall daripada Tentera Australia, jurulatih aku semasa dalam tentera dahulu, ada berpesan. In order to be kind you have to be cruel. Dan aku juga disogokkan dengan ungkapan, The safety and well-being of the many overrides the welfare of one.

Fikir-fikirkanlah!.

CERITA SAMDOL POLITIK

Pada firasat aku, wakil-wakil rakyat dalam Pakatan Rakyat ni, kalau bukan samdol, bodoh alang. Setidak-tidaknya mereka ni agaknya tak pernah jadi solja (askar lah!) atau pun tak pernah main poker.

Apa tidaknya. Anwar Ibrahim, belum apa-apa lagi dah umumkan berduyun-duyun wakil rakyat Barisan Nasional akan lompat BN masuk PR. Akibatnya, habis wakil rakyat BN dihantar ke Taiwan dengan duit rakyat untuk belajar cara tanam sawi. La ni, Menteri Besar Perak pulak buat lawak. Baru satu wakil rakyat UMNO lompat parti, dah umumkan lagi tiga orang akan menyeberang.

Askar pekak pun tahu bahawa strategy peperangan adalah rahsia. Kalau musuh tahu, sudah pasti counter attack akan diatur. Bagi aku yang tak pernah main poker tapi pernah menang ratus-ratus ringgit, pun tahu, bahawa buat muka sadin penting apabila memiliki hands yang baik. Itu sebab ada peribahasa inggeris, Poker Face.

Ini tidak. Canang satu dunia, strateji yang telah diatur untuk menawan PutraJaya. kalau beginilah caranya, hampeh nak tawan parlimen. Ada satu peribahasa melayu untuk orang besar Pakatan Rakyat yang sedemikian. Bodoh sombong. Cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar.

CADANGAN UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA

Apa kata, kita ramai-ramai nobatkan perogol bersiri yang ditangkap polis sebagai LELAKI MACHO MALAYSIA dan kita beri dia pingat Dato' kerana berjaya menjulang nama negara ke persada dunia.

Dari brother Bob, pegawai polis yang 2 kali kena kencing kursus di Cina dan India.






Saturday 24 January 2009

YOU CAN'T MAKE OMELETTE WITHOUT BREAKING AN EGG

Versi Untuk Pejuang Bahasa Melayu
Sebelas orang anggota pangkat rendah PDRM sedang disiasat kerana membunuh A.Kugan. Beberapa orang atau mungkin semua sekali akan dituduh kerana membunuh. Si mati telah ditahan polis untuk siasatan berkaitan kes curi kereta. Mengikut akhbar tempatan, si mati telah membawa polis kepada penemuan 16 kereta curi. A.Kugan semestinya seorang warga negara yang bertanggungjawab dan punya kesedaran sivik yang tinggi kerana telah membantu polis menjadikan Malaysia sebuah negara yang selamat.


Ulasan saya mengenai isu ini? Mudah.
Anda tidak boleh membuat omelet (telor dadar) kalau tidak memecahkan telornya (telor ayam bukan telor lain). Saya tidak akan menjelaskan maksud peribahasa inggeris ini. Dengan setiap anggota polis hari ini mempunyai, paling lekeh, segulong ijazah,
peribahasa-peribahasa seperti ini pastinya kacang buat para ilmuan polis ini. Saya percaya, saya antara salah satu daripada pak pandir-pak pandir yang masih dibenarkan berkhidmat dalam PDRM.

Nasihat saya kepada rakan-rakan seperjuangan? Juga mudah.
Lain kali, apabila seseorang yang seumur hidupnya tidak pernah memasak di dapur, meminta anda membuat telor dadar (orang putih kata omelet) tetapi nak bunuh anda kerana memecahkan telor, bagi malaun tu telor ayam tadi dan suruh dia sendiri yang buat telor dadar tu.


Versi Untuk Orang Melayu Yang Perasan Dia Mat Salleh
Eleven rank and file policemen are under investigation for the murder of A.Kugan and some if not all, will be charge for murder. The deceased was picked up by police during investigations into a car theft ring. According to the local newspapers, he (deceased) led police to the recovery of 16 stolen vehicles. A. Kugan must have been an exemplary, civic conscious citizen for helping the police make Malaysia a safe country.

My comment on this issue? Simple.
You cannot make omelettes without breaking eggs. I do not wish to explain at length this english idiom. I assumed, with every other policeman, nowadays, a degree holder, such idiom must surely be peanuts to such intelligent minds. Surely, I must be one of the few siimpletons who are still allowed to serve the Royal Malaysia Police.


My advice to my fellow colleagues in the police force. Also simple. The next time a smart aleck, who has never been in a kitchen, ask you to make an omelette and then wants to hang you, for breaking an egg, give him the egg and then ask him to make the omelette, himself.

Renungan Untuk Buat Kau Orang Hot
Nak Tahu Kenapa Malaysia Makin Lama Makin Hampir Dinobatkan Sebagai Bahan Lelucon Dunia?
Sebab Malaysia ada melayu kampong, cina bukit dan india estet. Macam mana nak maju, kalau minda masih terlekat di kampong, bukit dan estet. Patut pun team sepak bola malaysia kena ganyang 5-0 dengan U.A.E.



Wednesday 21 January 2009

MESYUARAT OH MESYUARAT

Petang ini Selasa 20 Januari 2009, aku bersama seorang rakan sejawat yang meminta namanya dirahsiakan kerana dia banyak tahun lagi untuk berkhidmat dalam PDRM, telah menghadiri suatu mesyuarat mengenai isu-isu berkaitan ICT di Bukit Aman. Kalau aku beritahu mesyuarat apa sebenarnya, tentu kau orang boleh semak minit mesyuarat berkaitan dan tahu siapa rakan sejawat yang aku maksudkan.

Aku tak mahu rakan aku tu kehilangan peluang jadi pengarah atau salah seorang dari 3 T/KPN apabila ujud 14 jabatan dan 3 jawatan T/KPN nanti dalam PDRM. Aku lainlah. Kalau tak kerana ada talian hayat, pada 1 Februari ini, aku akan bertaraf polis pencen. Kalau nasib baik jadi jaga bank dan giliran aku pulak untuk hangguk-hangguk kepala dan beri salam, tuan sana puan sini kepada Inspektor polis yang masuk bank.


Mesyuarat berlansung 2 jam 45 minit. Macam-macam ide dikeluarkan. Buat itu buat begini. Canggih-manggih cadangan-cadangan yang diajukan. Pendek kata kalau dilaksana dan terlaksana keputusan mesyuarat tadi, aku gerenti, pegawai-pegawai dan budak-budak polis yang bertanggungjawab ke atas prasarana sistem ICT Polis Republic Singapura, akan pakat satu rombongan datang Kuala Lumpur, panjat Twin Towers dan terjun ramai-ramai bunuh diri kerana malu sistem IT dia orang tak se-sophisticated sistem teknologi maklumat Polis Diraja Malaysia.

Aku bukan wet blanket tapi dah lali dengan sistem pengurusan di Malaysia ni. Tak kiralah, pengurusan polis ke, MAMPU ke, wa'emah kerajaan sekali pun. Banyak cakap dari bikin. Rhetoric bersepah-sepah macam apam basi.

ICT mula diperkenalkan kepada PDRM pada awal tahun 80'an, kalau aku tak silap. Bermakna dah lebih 20 tahun mesyuarat demi mesyuarat ICT/logistic diadakan. Dah satu hutan belantara habis ditebang untuk dijadikan kertas, buat minit-minit mesyuarat yang telah diadakan dan kertas kerja demi kertas kerja yang telah dimajukan kepada kerajaan (yang bekerja kertas bukan orang).

Keputusannya seperti yang aku rasai hari ini. Nak akses web site PDRM dari komputer pejabat, macam iklan biskut Chipsmore, sekejap ada sekejap tak ada. Itu sebab aku tak pakai pistol. Aku takut satu hari nanti aku hilang sabar dan tembak komputer pejabat aku yang buat semak ruang pejabat aku yang dah sedia kecil. At least aku lagi kelas, pakai laptop SONY VAIO. Nak akses laman web polis dari rumah!. Ek! alahai! by the time paparan web site keluar, aku sempat pekena 2 round (apa yang 2 round, kau orang fikir sendiri).

Itu sebabnya aku cukup sinis dengan rancangan PDRM. Aku bukan salahkan PDRM. Nak beli pensil pun kena minta kelulusan dan merayu macam peminta sedekah dari orang awam kat JPA/KDN.
Untuk makluman, aku rasalah, sistem ICT yang aku warisi dari arwah Dato' aku lagi tidak menyakitkan hati aku menggunakannya.

Kesimpulan mesyuarat yang aku hadiri tadi begini. Masuk telinga kiri keluar telingga kanan. Masa mesyuarat, aku geleng-geleng, angguk-angguk kepala dan mulut kumat-kamit. Takut nanti ahli-ahli mesyuarat kata aku tunggul kayu. Sebenarnya mesyuarat mana-mana ajensi kerajaan sekali pun, hanya sekadar sedap didengar takboleh dipakai, secawan kopi, 2 biji kueh dan sepiring mee hoon goreng kosong, itu aje. Tak lebih, tak kurang.

Yang ironyinya, masa kami nak masuk Bukit Aman tadi, kena ambil pas elektronik sebab Bukit Aman ada ICT based sistem keselamatan yang up-to-date. Swipe kad pada reader penghalang, penghalang akan naik sendiri, you. Aku swipe kad aku. Penghalang tak naik (penghalang dah tua agaknya). Aku swipe lagi sekali dan lagi dan lagi. Penghalang tak menguit pun. Kereta dan motosikal dah berderet kat belakang, menunggu nak masuk Bukit Aman. Aku pakai pas rakan aku. Sama juga. Last-last pengawal naikkan penghalang secara manual.

Itulah hasil mesyuarat demi mesyuarat ICT yang telah diadakan. sejak 202 tahun PDRM ditubuhkan. Bayangkan. Kami nak hadir mesyuarat untuk mempercanggihkan sistem ICT PDRM, perkara mudah seperti penghalang elektronik pun, kadang-kadang berfungsi, selalu-selalu konk.

Siapa-siapa boleh beritahu aku. Sistem ICT mana yang lebih maju.Timor Leste atau Malaysia.
Pantun kat bawah ni aku nukilkan khas untuk mesyuarat yang kami hadiri petang tadi.

NAFSU TINGGI KUDRAT TIADA

MASIH INGIN BERBINI EMPAT,
NAK BELI VIAGRA DUIT TAK ADA
DUDUK TERMANGGU TERKULAT-KULAT







Sunday 18 January 2009

APOLOGIES DARI AKU

Blog kali ini ringkas aje. Bukan apa. Waktu dah jam 11:15 malam dan esok kena pergi kerja. Lainlah aku bernasib baik jadi anak atau kroni menteri-menteri Malaysia. Tolol macam mana pun boleh dapat kontrak juta-juta. Kemudian sub-con pada Cina. Jadi AliBaba. Lepas tu kutuk Cina, kata Cina bolot ekonomi Malaysia. Sendiri yang bahlol buka ponggong, lepas tu bila orang tale, salahkan orang pulak kerana main belakang. Tak ubah macam kebanyakkan wanita hari. Sendiri ikut jantan pergi tempat sunyi, sama-sama sedap, lepas tu bila jantan belah, mengadu kat polis kena rogol.

Cuma dua perkara hendak aku sampai dalamposting kali ini.

Pertama. Nak minta maaf kerana posting aku yang baru lalu ni, hurufnya gadik-gadik belaka. Besar-besar. Aku harap ianya tidak put off you all dari membaca penulisan aku tu. Yang penting isi bukan bentuk, betul tidak?

Aku sendiri enggak (bahana banyak sangat PATI Indon kat Malaysia) tahu kenapa jadi begitu. Masa aku tulis pakai font kecil. Bila aku post, dia jadi besar. Bak kata cucu aku, "Sorry". Niat hati nak perbetulkan tapi aku ni jenis rabun komputer.

Sebut fasal IT, sebenarnya terdapat 3 jenis manusia. Satu jenis buta IT. Satu hape pun tak tahu fasal komputer. Lagi satu jenis celik IT. Manusia jenis ni, tidor IT, makan IT, main IT. Aku pula termasuk dalam kategori rabun IT. Tak gentar berhadapan dengan PC atau laptop tapi setakat tahu guna komputer buat surat aje (surat cinta aku pakai tulisan tangan, lagi romantik).

So, lagi sekali aku minta maaf banyak-banyak kerana posting aku yang lalu, huduh sangat penampilannya (tapi bukan kandungannya).

Kedua. Aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pengundi-pengundi di Kuala Terengganu yang telah keluar mengundi di pilihanraya kecil KT, semalam 17 Januari 2009. Tahniah kerana anda anda semua telah menyampaikan satu mesej, yang hanya pemimpin-pemimpin UMNO (kecuali dua tiga orang yang terpinggir) sahaja yang masih tak tahu nak terjemah.

Lantaklah. Biarkan mereka dengan kebebalan mereka. Senang sikit dalam pilihanraya umum akan datang, mereka dihantar balik kampong potong getah.

Yang aku sedih, orang negeri Johor aku. Bodoh tak habis (aku anak Johor tapi sekolah kat Singapore, jadi berotak sikit). Letak siamang bertanding pun boleh menang, asalkan bawah tiket BN. Bilalah orang Johor nak belajar dari orang Terengganu, Kelantan dan Kedah yang jauh lebih mundur dari segi ekonomi berbanding Johor.

Hingga jumpa lagi, Selamat Belajar Dari Orang Kuala Terengganu.










Friday 16 January 2009

NAK TANGKAP PATI ATAU PELUANG JADI KAYA

Nasib baiklah iman aku masih kuat. Kalau tidak, mahu rasanya aku naik lif ke tingkat 7 dan kemudian terjun bunuh diri dari bumbong Blok G, Komplex Pejabat Kerajaan Bukit Perdana, tempat aku bekerja.

Tidak, aku bukan nak terjun pasal putus kasih. Bodoh kalau ada jantan cabut nyawa sendiri kerana perempuan. Hari ini lebih ramai perempuan yang berumur antara 17 tahun hingga 45 tahun untuk dikahwini. Kalau sekor tak hingin kat kita, ada 10 lagi menunggu. Kalau tidak, masakan ada perempuan yang sanggup rampas laki orang atau kongsi jantan untuk jadi penyedap nonbor 2.


Sebenarnya aku hampir-hampir terjun bangunan apabila membaca berita "APMM ada senjata baru bendung penyeludupan PATI" dalam akhbar KOSMO bertarikh 16 Januari 2009. Siap dengan gambar warna pesawat Bombardier 415 yang bakal dimiliki oleh Ajensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) lagi.

Menurut berita tersebut, sindikit penyeludupan pendatang asing tanpa izin di negara ini bakal menerima tamparan hebat dengan 'senjata' baru APMM. Senjata tersebut adalah pesawat Bombardier 415 yang akan digunakan oleh APMM dalam operasi pemerhatian dan pengawasan perairan negara melalui udara.

Barangkali dalam kegairahan kemungkinan boleh mendapat komisen jika membeli pesawat tersebut, pihak yang mencadangkan projek ini terlupa bahawa a system is as good and as effective as the personnel who operates it.

Inilah akibatnya apabila mereka yang ada kuasa untuk menghabiskan duit rakyat, membuat keputusan menggunakan bontot dan bukan akal. Cuba fikir sikit. Apalah yang boleh dibuat setakat memerhati dan mengawas dari udara.

Boleh ke krew pesawat Bombardier tu tembak mati PATI yang dilihat cuba menyeludp masuk ke Malaysia. Atau bom aje bot pancong PATI tu supaya tenggelam? Tak pun, boleh ke pesawat bombardier tu angkat bot PATI tu (dengan orangnya sekali) dengan winch, kemudian terbangkan dan letakkan depan balai polis atau pejabat immigresen yang berdekatan.

Kalau tak boleh, jangan menghabiskan beras. Aku setuju, krew pesawat udara APMM tu boleh maklumkan kapal ronda APMM yang sedang meronda. Kemudian anak kapal tu tangkap PATI tersebut dan serahkan kepada pihak berkuasa di daratan. Selesai kes.

Anda yakinkah senario di atas akan berlaku. Setelah 39 tahun jadi rakyat Malaysia, secara peribadi, aku kurang yakin.

Kalau krew kapal ronda tu tak kowtim dengan PATI atau dengan tekong laut, syukur Alhamdullillah! Amin. Kemudian krew kapal APMM yang anti rasuah tu serah PATI kepada pihak berkuasa di darat. Serah PATI, aku yakin dia orang buat. Tapi tang enjin sangkut bot PATI tu, aku ragu sikit. Aku bimbang krew kapal tu serah PATI aje, enjin sangkut bot PATI, depa pakat jual dan hasilnya dikongsi bersama.

Itu tak ape lagi, asalkan aku tak perlu bergaduh dengan pelayan restaurant yang tidak tahu berbahasa Melayu atau Bahasa Inggeris kerana dia orang tu memang bukan orang Malaysia, nak jual enjin sangkut pun jual lah.

Lagi satu stail, depa pakat dengan tekong darat. Sekali-sekala tangkap, sekali-dua -tigakala, lepaskan PATI yang cuba masuk. Bukan ape, kalau tak tangkap lansung, nanti orang kata (orang kata, bukan bos kata), tak buat kerja pulak. Dan bagi setiap PATI yang dilepaskan masuk, collect RM 40 (itu kadar tahun 80an) satu kepala.

Ini bukan cakap kosong dik atau buat cerita. Uncle pernah jadi penguatkuasa maritim satu masa dulu. Tolong sikit. kalau aku pun kaki kowtim, kejadah ape aku sambung perkhidmatan sampai 58 tahun. Lebih baik aku bersara pada 1 February 2009 nanti, apabila mencapai umur 56 tahun. Jadi tauke ikan keli dalam kolam dan kemudian dinobatkan sebagai pengusaha ikan keli paling berjaya seluruh negeri Johor bagi tahun 2009.

Mudah cerita macam nilah. Belilah bapak pesawat, mesin, komputer atau apa-apa benda. Rekalah apa-apa sistem yang canggih-manggih sekali pun untuk banteras PATI atau banteras siapa atau apa sahaja yang hendak dihapuskan dari bumi Malaysia ni. Selagi manusia yang mengendalikan peralatan tu kaki rasuah atau bos yang mengendalikan manusia yang mengendalikan peralatan tu kepala rasuah, selagi itulah negara kita ini ibarat wanita yang berpudah bertudung lingkup tapi tak pakai coli dan seluar dalam (supaya mudah apabila berjumpa boyfriend).

PLEASE INGAT. SYSTEMS AND MACHINES ARE AS EFFECTIVE AS THE MEN (AND WOMEN) WHO OPERATES IT.

Yang menyesal tak sudah, tak kumpul duit semasa 10 tahun bertugas di D Changkul dan dapat bersara awal, AKU.



Thursday 15 January 2009

CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Sebagai seorang yang menyukai kanak-kanak, siapa yang tidak tersentuh hati melihat gambar-gambar kanak-kanak yang menjadi korban kezaliman Yahudi ke atas rakyat Palestin. Tersentuh hati ini bukan menangis melihat kanak-kanak perempuan Palestin yang hanya tinggal kepala di celah-celah timbunan rumahnya yang di bom oleh tentera Zionis. Hanya sedikit terusik hati ini kerana perasaan helpless tidak dapat memberi apa-apa bantuan kepada yang mereka yang teraniaya.


Betul, bantuan kewangan boleh dihulurkan melalui tabung-tabung bantuan Palestin yang macam cendawan tumbuh sejak akhir-akhir ini. Bahkan PDRM pun mengkehendaki warganya (termasuk aku) menderma seorang seringgit untuk membantu rakyat Palestin.


Tetapi apalah guna menderma sebuku roti kepada seorang kanak-kanak Palestin kalau sejam kemudian badannya hancur di bom oleh Israel. Apa guna memberi bantuan perubatan kepada seorang wanita Palestin yang cedera ditembak askar Yahudi kalau selepas itu, jasadnya hancur dilenyek jentolak Israel.


Menyirap hati ini kerana terlalu marah. Bukan marah kepada kaum Yahudi yang sememangnya patut dibunuh beramai-ramai oleh Hitler tetapi marah kepada pemimpin-pemimpin negara Arab yang hanya mampu berpeluk tubuh membiarkan kaum mereka di bunuh kerana takut kehilangan sokongan US terhadap rejim dan kemewahan mereka. Marah dan geram juga aku tujukan kepada Organisation of Islamic Countries yang tahunya bercakap dan melihat sahaja (Oh! I See).


Sebenarnya aku dah bosan dan meluat membaca berita-berita mengenai kekejaman Israel ini sebagaimana aku loya dan geli-geleman terhadap hypocrisy yang menyemakkan persekitaran aku selama ini.


Kepada Utusan Malaysia – berhentilah memaparkan gambar mangsa-mangsa kekejaman Israel kalau tiada telor untuk menyenaraikan syarikat-syarikat milik Yahudi atau yang membantu Israel. Sama ada boikot itu berkesan atau tidak, sama ada ianya ibarat membunuh diri sendiri, itu soal kedua. Biar rakyat Malaysia membuat pilihan sendiri sama mahu memboikot atau tidak. Utusan Malaysia jangan jadi dalang Israel menyiarkan pandangan-pandangan barua Israel yang tidak bersetuju dengan pemulauan syarikat-syarikat Israel dan pro Israel.


Kepada rakyat Malaysia – jangan buang masa berdemonstrasi anti Israel atau menderma kepada tabung Palestin kalau masih nak minum kopi di STARBUCKS dan berbelanja di TESCO. Membeli barangan syarikat pro Israel sama seperti membelikan Israel sebiji peluru untuk merobek jantong seorang kanak-kanak Palestin.


Kepada mangkok-mangkok (ni tengah marah ni) yang kata STARBUCKS itu adalah francais milik orang Malaysia, in the first place kau orang tahu tidak francais tu ape. Pergi mengaji dahulu baru bercakap. Ngok!!.


Kepada kerajaan – jangan habiskan duit rakyat membayar elaun perjalanan, hotel, sajian, dll, untuk wakil-wakil rakyat menghadiri sidang khas parlimen untuk bincangkan isu Palestin dan cukuplah derma RM 3.6 juta kepada rakyat Palestin kalau upgrading sistem komputer PDRM diberi kepada syarikat usahasama Malaysia-Singapura. Walhal syarikat Singapura tersebut mempunyai 2 pakar defence computer system dari Israel bekerja dengannya.


Lebih baik kerajaan jaga welfare polis daripada sedih-sedih pasal Palestin kalau Syarikat Halirburton Oil yang bersama-sama memerangi Iraq dibenarkan berniaga di Wilayah Pembangunan Iskandar. Air mata buaya tiada ertinya.


Aku? Aku akan ganti pizza dengan murtabak. STARBUCKS dengan ALI CAFE Kopitiam, Australian mangoes dengan mangga siam (aku memang suka dengan benda-benda siam nih) dan itu sebabnya aku pakai kereta HYUNDAI dan bukan CHEVROLET.


Bye daripada mamat yang lebih rela mencarut daripada cakap tak serupa bikin.

Wednesday 7 January 2009

POLIS BUKAN PONDAN TAPI DIKASI

Saya bersyukur ke hadrat ALLAH s.n.w. kerana mempunyai anak-anak saudara yang dibesarkan dalam dua keadaan yang berbeza. Empat orang dibesarkan dalam suasana yang positif dimana kata-kata peransang adalah penggerak tindak tanduk mereka (anak saudara) dan tegoran berhemah merupakan asas untuk mendisiplin mereka. Anak-anak saudara saya yang ini dibesarkan oleh ibu dan ayah golongan profesional dengan purata pendapatan RM 40,000 sebulan dan mempunyai bilik tidur mereka sendiri (anak-anak). Pergi ke tadika yang terbaik dan termahal dan menghadiri kelas muzik dan bermacam-macam lagi kelas dengan matlamat membina peribadi yang cemerlang. Sudah tentu bahasa seharian yang digunakan adalah Bahasa Inggeris dan mereka mendapat pendidikan di International School.


Kini yang sulong sudah berumur 15 tahun dan yang ke-empat berumur 9 tahun. Hujong Disember lalu (2008) sekeluarga telah balik bercuti di Malaysia dan saya berkesempatan berinteraksi secara dekat dengan mereka. Bukan setakat yang sulong bahkan yang bongsu telah menunjukkan a degree of self confidence that belies umur mereka sebenarnya. Keempat-empat anak saudara saya ini (2 lelaki, 2 perempuan) menggunakan bahasa Inggeris yang baik dengan pronounced English slang apabila bertutur dengan saya. Yang paling memeranjatkan, yang sulong dan kedua (perempuan) boleh carry on an intelligent conversation dengan saya mengenai isu-isu semasa.



Malang sekali atau mungkin sudah rezeki mereka, enam orang lagi anak saudara saya dibesarkan dalam keadaan yang cukup berbeza. Ibu bapa berpendidikan sehingga SPM. Enam beradik terpaksa berkongsi 2 bilik tidor dalam apartment rakyat di Johor Bahru. Bersekolah alah kadar, tak ada tuition, tak ada kelas-kelas membina minda atau peribadi. Kedua-dua ibu bapa terpaksa bekerja siang malam untuk menyara keluarga. Anak-anak saudara saya yang ini adalah latch key children. Terpaksa mengguruskan diri sendiri sejak kecil lagi. Kata-kata peransang adalah asing bagi mereka dan jika tersilap langkah, suara yang tinggi dan tegoran secara negatif adalah habuan mereka.



Hari ini yang sulong (lelaki) telah berumur 23 tahun, bekerja sebagai atenden stesyen minyak di kampong. Yang ke-enam telah masuk darjah 4. Keyakinan diri mereka hampir tiada, teragak-agak dan takut-takut untuk bersembang dengan saya, one of the most open and liberal uncle any nephews and nieces can find. In my wife own words, “dia orang ni menikus”. Saya tidak menyalahkan budak-budak ini atau ibu bapa mereka kerana kalau Khairy Jamaluddin atau lain-lain anak menteri pun dibesarkan dalam keadaan sedemikian, belum tentu mereka menjadi kaya raya atau menjadi what they are today. Dan tentunya semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka jika mereka jutawan kecualilah bapak dan ibu ayam.



Pegawai dan anggota polis sejak dahulu lagi bekerja dalam keadaan yang saling tak tumpah dengan cara 6 orang anak saudara saya dibesarkan. Latihan asas 6 bulan untuk seorang inspektor percubaan sekadar melepas batuk di tangga. Itu belum lagi diteliti silibus kursus yang diikuti. Maktab Tentera DiRaja mengambil masa 2 tahun untuk melatih bakal pegawai tenteranya dan Republik Indonesia mengambil masa 4 tahun untuk mengeluarkan seorang letnan polis.



Selepas tamat latihan memang ada in service training tetapi dari jenis yang indah khabar dari rupa. Kalau kursus Company Weapons & Tactics untuk leftenan muda Angkatan Tentera Malaysia (sama dengan P.I. dalam PDRM), iaitu satu kursus asas untuk setiap leftenan muda yang baru tamat latihan 2 tahun, mengambil masa 3 bulan, bayangkan kursus asas siasatan jenayah perdagangan yang hanya mengambil masa 3 minggu selepas tamat kursus asas selama 6 bulan. Itu pun kalau dapat hadir kursus sebelum menjalankan tugas siasatan. Jangan hairan kalau ada yang telah menjalankan siasatan tak kurang 3 tahun baru menghadiri kursus asas.



Ruang pejabat berasak-asak macam sardin. Suasana kerja jangan kiralah. Allah s.n.w. saje yang tahu. Saya yang dah bertugas 32 tahun dan pangkat yang setaraf dengan Lt.Kolonel tentera pun duduk dalam pejabat yang tiada penghawa dingin dan oleh itu panas melese. Tak percaya? Jemputlah datang ke pejabat saya.



Bantuan logistik?. What logistics support are you talking about. Untuk mencetak buku program majlis pelancaran Community Policing pada bulan Jun 2008 pun saya kena beli kertas taip sendiri sebanyak 8 ream. Dan dalam keadaan bekerja yang banyak bergantong kepada ICT hari ini, kura-kura pun lebih laju bergerak dari komputer yang dibekalkan.



Welfare ......... jangan mimpi. After all, kata boss-boss PDRM, once you joined the police force, your time is no longer yours. Itu sebab ramai anak polis jadi setan sebab bapa mereka asyik jaga anak orang, anak sendiri terbengkalai. Untuk maklumat anda, I have never seen my only daughter growing up. Tahu-tahu dah bersuami.



Kata-kata peransang dan pujian. Lupakan. 32 tahun bekerja, sebiji pingat pun tak dapat kecuali pingat koman spanar macam pingat PPS dan Perkhidmatan Lama. Surat kepujian hanya dalam mimpi aje.


Yang baiknya tentang PDRM ni ialah, seperti juga anak-anak saudara saya yang 6 orang tadi, setiap anggota polis diajar untuk berdikari. Tak ada ink cartridge untuk printer, pakai inisiatif. Nak balai cantik, pakai inisiatif, nak ruang kerja yang kondusif kepada produktiviti, pakai inisiatif. Sikit-sikit inisiatif. Sikit-sikit inisiatif. Tauke tonyok pun boleh mati kalau selalu sangat minta inisiatif dia orang.



Kalau bab kena belasah kiri dan kanan kerana kesilapan yang kecil, itu normal. Surat tohmahan penjenayah lebih dihargai daripada jasa-jasa pegawai atau anggota yang menjalankan tugas secara jujur. Tak percaya tanya tauke ekor. Payah-payah amat, kalau ada pegawai D7 yang bangang tak mahu terima sogokkan, hantar satu surat tohmahan. Esok, lusa, pegawai atau anggota berkenaan gerenti kena tukar ke Long Pasir, Sarawak.



Tak percaya lagi? Sila layangkan satu tohmahan mendakwa seorang pegawai polis telah bersikap kasar dan kurang sopan semasa menjalankan tugas. Paling tidak, pegawai tersebut akan dipindahkan bertugas ke tempat lain, jauh dari keluarga dan kelabulah masa depannya.



Hari ini keadaan menjadi lebih teruk lagi dengan kehadiran NGO-NGO dan human rights activist yang bagai nak gila memperjuangkan hak penjenayah dan bukan law abiding citizens yang menjadi mangsa.



Inilah yang berlaku dalam kes anggota polis dibelasah oleh lebih kurang 10 orang remaja berumur antara 14 hingga 16 tahun yang sedang mencuri besi sebagaimana dilaporkan di muka hadapan Harian METRO, 6 Januari 2009.



Saya bukan menyokong anggota polis yang melampaui batasan apabila menjalankan tugas tetapi adalah tidak adil untuk mengkehendaki anggota polis diikat tangan sebelah dalam menjalankan tugas. Akhir-akhir ini tiada satu pun yang dibuat oleh warga PDRM memenuhi citarasa rakyat. PDRM dibelasah kiri dan kanan tanpa sebarang pembelaan sama ada dari luar atau dalam pasukan.



Saya masih teringat peristiwa seorang pegawai Bahagian Pencegah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian, Johor, yang digantong kerja selama 6 bulan apabila seorang penjenayah yang cuba melarikan diri telah membuat laporan kononnya dipukul oleh pegawai tersebut. Walhal penjenayah berkenaan telah dilanggar kereta semasa menyeberang jalan dalam usaha memboloskan diri.



Saya percaya kalau dalam usaha untuk menangkap brengsek-brengsek tersebut, salah seorang daripada sampah masyarakat tersebut jatuh tertumus sendiri lalu patah gigi dan ayahnya membuat laporan polis, sudah tentu anggota tersebut akan ditukarkan ke Perlis terlebih dahulu sebelum kesnya mengambil masa bertahun-tahun untuk disiasat oleh pihak tertentu Bukit Aman.



Kesimpulannya, anggota polis tersebut, yang dibelasah oleh 10 orang remaja berumur antara 14 hingga 16 tahun, bukan pengecut. Anggota tersebut tahu, apa pun yang dilakukannya, segala yang negatif akan dibebankan ke atas bahunya.



Kalau tak faham juga apa yang ingin saya sampaikan dengan mengaitkan cerita anak-anak saudara saya yang masing-masing dibesarkan dalam dua suasana yang berasingan, begini sahajalah.



Bayangkan seekor harimau yang dibesarkan dalam sangkar yang sempit, diberi makan sekadar jangan mati dan hari-hari dicabok oleh penjaganya. Saya yakin tikus mondok pondan pun boleh gigit harimau yang tau mengaum tapi tak pandai gigit ni.



Maknanya, kalau anda kata polis hari ini malas kerja atau tak mahu kerja lebih, itu statement yang tak berapa nak betul. Buat apa kerja lebih-lebih kalau diri sendiri yang merana, terseksa jiwa dan raga kerana ikhlas menjalankan kerja.



THE MALAYSIAN PUBLIC DESERVES THE POLICE FORCE THAT IT GETS.



Salam dari seorang veteran polis yang akan letak jawatan hari ini jika ada tawaran baik hari esok.









Saturday 3 January 2009

SELAMAT TAHUN BARU MASEHI 2009

Ini adalah psoting saya yang pertama untuk tahun 2009. Sebelum terlambat, Selamat Menyambut Tahun Baru Masehi 2009 kepada semua yang masih sudi mengikuti KACA MATAKU. Perlu diingat bahawa yang selamat, tahun baru sahaja. Orang yang menyambutnya, belum tentu lagi.

Azam tahun baru memang ada tetapi biarlah saya simpan dalam hati. Malu kalau cerita berjela-jela, perlaksanaannya entah ke mana. Yang akan saya cuba terjemahkan kepada realiti ialah mengpositifkan yang negatif dan to shut my mouth if I have nothing good to say.

Muka depan akhbar Malay Mail, jumaat 2 Januari 2009, menyiarkan berita yang membanggakan untuk semua rakyat Malaysia. Akhirnya kita telah dapat mencapai taraf negara maju i.e. berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara barat seperti the United States of America, apabila pihak polis mengumumkan nama pengacara TV ASTRO Awani yang ditangkap bersama-sama penganjur dan peserta-peserta satu parti sex menyambut tahun baru di tingkat 11, Hotel Cabanna Inn, Jalan P.Ramlee, Kuala Lumpur.

Yang membuat saya marah ialah tindakan Bahagian D7, JSJ, PDRM. Macam tak ada kerja lain Sarang perjudian dan pelacuran tidak diserbu, orang yang sedang mengamalkan human rights mereka yang diganggu. Harap-harap selepas ini Majlis Fatwa Kebangsaan tidak kelam kabut mengeluarkan fatwa mengharamkan pesta-pesta sex sedemikian. Bukan ada paksaan. Masing-masing rela untuk menyerahkan body kepada siapa sahaja yang mereka suka. So, apa masalahnya? Susahlah kalau sikit-sikit haram, sikit-sikit haram. Bila orang Melayu dan negara nak maju. Betul tak?

Akhir sekali, untuk mereka yang suka melepak di STARBUCKS kerana kononnya dah Americanised dan oleh itu maju, lihatlah gambar yang saya kembarkan ini. Ingatlah, bagi setiap cangkir kopi yang anda minum di STARBUCKS, anda telah menderma RM 1 kepada Yahudi untuk mencederakan kanak-kanak Palestin yang tidak berdosa ini.

Kepada muslimin dan muslimah yang masih berdegil untuk minum dan be seen di STARBUCKS, selamat menjadi pengkhianat agama.






Salam .