Thursday 30 April 2009

MASIH ADA INSAN DI MALAYSIA

Walaupun saya tidak bersetuju, rata-rata, masyarakat menganggap bahawa seorang lelaki tidak harus menangis. Malam Isnin lalu, 27 April 09, bagai nak gila saya control macho di Planters Jim, sebuah restaurant Thai Fusion di Bangsar.

Saya sedang dinner bersama family, hari jadi menantu. Sedang menunggu makanan dihidangkan, datang seorang pemuda India berumur lingkungan 20an, yang cacat (tempang dan tangan bengkok) dan terencat akal, ke meja kami, menjaja model-model binatang dari plywood. Pada mulanya saya hampir menghalau pemuda tersebut kerana berani mengganggu ketenteraman saya sekeluarga. Saat itu, saya terasa seperti manusia elite (maklumlah makan tomyam dekat restaurant yang bilnya RM295 untuk 4 orang) dan pemuda tersebut seorang pengacau yang miskin. Syukur, saya sempat berastafar dan berdoa, ”Ya Allah, kau jauhkanlah aku daripada menjadi manusia yang sombong dan bongkak”. Dengan lembut saya katakan, ”No, thank you”.

Dalam saat yang sama juga saya terpandang kepala pemuda tersebut yang asyik terteleng-teleng, tangannya yang bengkok dan percubaan bersuaranya yang slurred. Seorang OKU bisik hati saya. Secara spontan dan simultaneously, saya dan isteri memanggil kembali pemuda tersebut. Isteri saya bertanyakan harga model yang hendak dijual. Dengan isyarat tangan, pemuda tersebut menunjukkan angka 15. Saya mengeluarkan wang RM16, seringgit lagi sebagai penghargaan, yang dengan kecacatannya, pemuda tersebut masih sanggup mencari rezeki yang halal walaupun ada kemungkinan disumpah seranah. Tidak seperti mat rempit melayu yang hanya tahu melepak dan beranggapan bahawa oleh kerana mereka sampah masyarakat kelas bumiputera, the world owes them a living atau dunia berhutang hidup kepada mereka (mat rempit).

Saya hampir tidak percaya dengan apa yang berlaku selepas itu. Dengan kepala yang asyik terteleng-teleng dan percubaan bercakapnya yang keluar sebagai, ”ugh!, ugh!”, pemuda tersebut mengembalikan kembali RM 1 kepada isteri saya. Isteri saya menolak kembali wang tersebut ke genggaman pemuda tadi. Kali ini kuat gelengan kepala pemuda OKU ini. Kami mengalah dan mengambil kembali note seringgit yang cuba kami hadiahkan. Pemuda tersebut berlalu dari meja kami.

Walaupun cacat fisikal dan mental, pemuda tersebut masih ada harga diri dan tinggi integritynya. Enggan mengambil lebih dari yang sepatutnya dan tidak berharap kepada belas ikhsan orang lain. Tidak seperti kebanyakkan pemimpin negara dan ahli politik kita yang sanggup songlap duit rakyat atas nama pembangunan dan mempunyai tahap integrity serendah tapak kasut saya.

Malam itu, just before dinner, saya menangis dalam hati.

Salam dari Uncle B, yang sejak dulu percaya bahawa masih terdapat kemanusiaan dalam dunia yang penuh kebinatangan, jika kita pandai melihat. Bye.

P/S - I'll be away from 1st to 3rd May without recourse to the internet. So, there'll be no posting from the 1st to the 4th.

Wednesday 29 April 2009

DEB DAN PENJUALAN BONTOT

40 tahun dahulu, ramai melayu yang tidak tahu berniaga, tak mahu belajar berniaga dan tidak ada modal tetapi kroni, telah dikurniakan dengan wang rakyat untuk buat perniagaan bertaraf dunia. Perniagaan lingkup, duit rakyat juga yang dipalar untuk pastikan krono-kroni masih terus jadi CEO, berkereta mewah, berumah mewah dan ambil artis jadi trophy wives atau ziarah anak di luar negara dengan duit GLC (wang rakyatlah tu!). Inilah yang dinamakan DASAR EKONOMI BARU.

Semasa aku berschooling dulu, sebut sahaja Ali Baba, yang terfikir dek aku adalah cerita Ali Baba & The 40 Thieves atau versi P.Ramlee, Ali Baba Bujang lapok. Hari ini sebut aje Ali Baba, cucu aku dah tahu. Itu maknanya Melayu punya kontrak, Cina punya kerja. Ini satu lagi sumbangan DEB dalam melahirkan entrepreneur melayu yang kaya atas angin. Inilah hasil DASAR EKONOMI BARU.

Bukan tidak ada melayu yang tahu berniaga dan tiada modal tetapi kerana mereka bukan Superbumis, sampai hari ini masih mejadi penjual nasi lemak jalanan. Bezanya mungkin sekarang dah jual nasi lemak pakai van tapi status masih tetap peniaga jalanan. Yang hairannya apek penjual nasi ayam jalanan dah jadi rangkaian Chicken Rice Shop. Ini kerana apek tu tak ada DASAR EKONOMI BARU.

Syarikat-syarikat yang hendak berniaga di Malaysia mesti ada 30% penyertaan Superbumis. Oleh kerana Superbumis ni, pak tonggok aje dalam syarikat-syarikat berkenaan, tidak membantu kepada, tetapi sebaliknya menghakis bottom line syarikat, maka kurang berkenanlah orang luar nak melabur di Malaysia. Bukan tidak ada budak-budak melayu yang boleh jadi aktif dan contributing partners tetapi kerana bapa mertua dema bukan orang kenamaan atau Superbumis, maka jadi kuli bertali leher dan berkotlah mereka.

Zaman ekonomi terpacak tegak tak ape. Melaburlah mana suka, mesti ada untung. Zaman ekonomi lembik lote, kena memilihlah dema, dekat mana nak tanam duit. Hatta, corotlah Malaysia dari segi FDI berbanding Filipina, Vietnam, Thailand dan Indonesia.

40 tahun kemudian apabila Panasonic dah lari ke Vietnam, pengkilang microchip dah berhijrah ke Republik Rakyat Cina, Pak Arab tak jadi melabur kat Wilayah Iskandar Malaysia dah Malaysia nak punah ranah lingkup dan papa kedana, maka kita pun jual bontot. Mula-mula 27 sub sektor ekonomi tak perlu ada 30% ekuiti melayu. Lah ni, orang asing boleh pegang sehingga 70% ekuiti sektor-sektor tertentu.

Liberalisation ekonomi ini sebenarnya membimbangkan aku. Dulu kenapa tak buat, kenapa sekarang. Ada peribahasa melayu yang boleh digunapakai dalam keadaan di atas tetapi aku tak ingat pulak. Apa kata aku bagi satu analogy. Keadaan orang melayu sekarang macam anak dara yang satu masa dulu, nak salam pun tak boleh. Bukan muhrim, dosa. Apabila tak ada orang merisik, offer bagi pegang tangan aje dulu, lepas tu kiss-kiss, lepas tu boleh tanggal coli, boleh raba-raba, last-last kain dan seluar dalam terlondeh. Akhir sekali, selamat kena kenduri. Kau orang tengoklah nanti. Ini akan berlaku kepada negara kita.

Eloklah tu. Kalau Mat Kilau, Dato’ Dol Said, Dato’ Maharaja Lela dan ramai lagi wira melayu masih hidp, mesti mereka meraung. Dulu julang keris, hari ini tunggeng pungkok bagi orang jolok.

Akhir kata, Salam Semerluki dari Uncle B, yang terpaksa cari tissue paper nak kesat air mata sebab akhirnya keturunan melayu telah dilacurkan oleh mak bapak sendiri.

Sunday 26 April 2009

POLICE STORIES


A few postings back, saya telah memetik dailog dari filem, “They Die With Their Boots On” lakonan Errol Flynn. Intisari dailog tersebut adalah menghidupkan sesuatu yang dapat membangkitkan kebanggaan dalam diri sesuatu organisasi. Sesuatu yang akan membulatkan jati diri kita, yang akan membuat kita bertahan menghadapi sebarang dugaan, dan jika perlu mati kerana mempertahankan organisasi kita.

Kali ini, sebahagian lagi daripada dailog filem yang sama. Semoga dailog yang saya petik ini dapat membuat mereka yang hanya tahu mengkritik PDRM, berfikir semula. Kalau setakat mengutuk tu, beruk dan siamang pun boleh buat tapi pernahkah mereka yang setakat mencaci kami, pernah buat tugas polis untuk seminggu dua. Ok. ini petikan dailog yang saya maksudkan.

Mr.Bacon : “Be quiet, you drunken riffraff”
Gen. Custer : “ Riffraff?, I advise you to be careful of your words, sir”
Mr.Bacon : “I’d advise you to be more careful of your uniform. Bringing disgrace on it with drunken behaviour.”
Gen. Custer : “What?, drunken?. Why, you fat little pipsqueak. This gentleman is a soldier. He stands in battle and gets shot at, so that sanctimonious little skinflints like you can go around in safety doing business as usual.”

Think about it dan fikir-fikirkanlah, siapa yang menjamin anda boleh makan dengan selamat di kedai mamak 24 jam.

Cerita fasal orang yang tahu hentam polis sahaja dari dalam kepompong keamanan dan keselamatan mereka, yang dibina atas usaha, tenaga, titik peluh dan air mata warga dan ahli keluarga warga PDRM, boss aku ada menyampaikan satu cerita yang mengambarkan dengan tepat, apa yang yang sedang dilalui oleh warga PDRM. Sorrylah, cerita ini dalam bahasa inggeris. You all tak kisah punya, kan. Malaysian of chinese and indian origin, aku memang tahu, English dia orang ok. Orang melayu yang dah korbankan kedaulatan bahasa melayu dia orang pun, aku agak dia orang punya penguasan bahasa penjajah ni mesti best punya. Kalau tidak sia-sialah belajar maths dan sains dalam bahasa Mat Salleh. So here goes the story.

3 men find themselves at the Pearl Gates awaiting tranfers either to hell or to heaven. An angel was at the gate conducting preliminary screening on who’s going where. The first man in line proceeded to ask the angel, “how do you decide who’s going down and who’s going up” That’s easy said the angel, “it depends on the job you’re doing when you’re alive”.

“What are you when you’re alive”, ask the angel. “A politician.” replied the first man. “Ha!”, exclaimed the angel, “politicians lies, steals public funds, you’re the worst of the lot. Straight to hell with you”. And pooofff!! Mr.Politician goes to hell.

“And what do you do to earn a living when you’re alive”, the angel asked the second man. The second guy proudly announces, “I’m a lawyer”. “Hummpphh!”, grunts the angel, “that’s about as good as the politician. You make money out of others’ misery and you guys are not adverse to cheating your clients. Even sharks won’t eat you, because both of you are of the same family. So off to hell with you too!” . So, once again, poooff!, Mr.Lawyer goes to hell.

The 3rd man by now is sullen. If politicians who administer the country and lawyers who save clients from the hangman noose is packed off to hell, it will be just as bad for him.

“And what do you do, my friend”, asked the angel of the now timid looking man. “I have been a policeman for 35 years”, was the reply. “Good Lord”, exclaimed the angel, “you have been through hell all these years, so …. straight to heaven for you”. With that the policeman gently floats to heaven.

Hingga jumpa lagi dari Uncle B, yang tidak akan suruh anak buah buat apa yang dia sendiri tak boleh buat…. byeee.

Thursday 23 April 2009

POLIS TULEN POLIS POLITIK


Saya salute hormat penuh kebanggaan kepada Dato’ Pengarah JSJ. Time-time macam ni lah yang membuat saya rasa macam nak pakai uniform polis 24 jam sehari. Apa tidaknya, dalam press conference yang disiarkan oleh Berita Perdana TV 3 , mengenai tangkapan ke atas sekumpulan penculik, Dato’ Pengarah JSJ dengan tegas dan yakin membuat pengumuman bahawa don’t blame the police kalau siasatan gagal kerana keengganan mahkamah mengeluarkan perintah tahanan terhadap mereka yang disyaki. Syabas Dato’.

It has been a long time sejak saya menemui seorang pegawai kanan polis yang benar-benar polis, bukan nak jadi ahli politik. Pegawai polis tulen menjalankan tugas tanpa fear or favour, tanpa mengira status, bangsa, agama atau political affliation. Ini sumpah yang kami, dari Squad PIT 1/77 lafazkan di hadapan T/KPN ketika itu, pada hari tamat latihan. Berapa orang agaknya dari squad ini yang masih berpegang pada sumpah keramat ini? Syukur, setakat ini, saya masih one of them.

Pegawai polis tulen membuat tugas atas perkiraan tugas semata-mata. Give no quarters and take no quarters. We can take as good as we can give. Itu motto saya. Pegawai polis jenis politician akan mengambil tindakan ala ahli politik. Cuma yang sedap dan popular didengar sahaja. Semua tindakan mempunyai perkiraan tersembunyi.

Saya bimbang, kegumbiraan (saje salah eja) dan kebanggaan saya ini, hanya untuk sementara sahaja. Saya tidak hairan kalau Dato’ Pengarah JSJ kena sanction kerana berani mengecilkan hati orang lain. Ini yang susahnya. Pada pandangan aku yang short-sighted ni (aku pakai kaca mata), ini antara sebab mengapa persepsi masyarakat terhadap PDRM negatif. Terlampau sangat nak jaga hati jabatan lain, sampai kesalahan dan beban orang pun, polis tanggung. Kenapa tak beritahu masyarakat yang pegawai penyiasat bukan buat kerja siasatan saje macam dalam Gerak Khas atau lain-lain cerita polis dalam TV. Bahawa pegawai polis buat kerja rojak. Terkejar sana terkejar sini, lama-lama kain terbarai. Yang bukan kerja polis pun kena buat.

Kenapa tak umumkan kepada masyarakat yang tak berhati perut bahawa norma kertas siasatan yang seharusnya dibuka oleh seorang IO ialah 15 IP sebulan tetapi IO di Lembah Kelang dan lain-lain kawasan yang pesat membangun, beban IP sebenar ialah 45 IP sebulan. Jadi janganlah memperhambakan pegawai penyiasat. Bukan kes awak seorang yang penting.

Kenapa tak iklankan yang kerja polis hanya menyiasat. Kuasa untuk mendakwa terletak kepada peguam negara. Kalau depa tak mahu tuduh apa polis boleh buat. Banyak lagi aku boleh cerita tapi cukup aku katakan, yang polis ni asyik hulur tengkok tak tentu pasal untuk jadi poli-tikus berjaya, hingga akhirnya patah tengkok sendiri.

Entah sampai bila agaknya polis nak bertaring balik. Kalau macam inilah PDRM, apa kata lambang Harimau pada badge polis tu, diganti dengan lambang kucing. Mmeeeoowwww!!!!!. Baru kena.

Salam Semerluki untuk Dato’ Pengarah JSJ dan semua warga PDRM yang masih bertaring, dari Uncle B, yang walaupun dah masuk kategori warga emas dan boleh dapat discount apabila tengok wayang, dll, tapi masih terdaya mencakar dan menggigit.

Salaaam!!!

Tuesday 21 April 2009

ALAHAI! PDRM


Berita di muka surat 6, KOSMO bertarikh 20/4/09 dan muka surat 7, akhbar yang sama bertarikh 21/4/09, membuat aku terfikir. Andainya kerajaan melanjutkan umur persaraan wajib ke 60 tahun, sanggupkah aku terus berkorban diri. masa dan tenaga untuk orang Malaysia yang tidak pernah tahu berterima-kasih. Sanggupkah aku memakai uniform biru PDRM sehingga diamond jubilee aku, hidup di dunia. Melihat kepada cerita 2 van polis diserang oleh orang awam di Kota Tinggi dan Pekan Nenas, Johor, sewaktu menjalankan tugas yang sah di sisi undang-undang, rasanya aku tak sanggup. Apabila polis tiada lagi telor dan menikus sahaja, lebih baik aku jadi pengawal keselamatan SECURICOR. Kenapa sehingga begini jadinya PDRM walhal satu masa dulu, sebut aje nak panggil polis, mencanak budak-budak yang degil lari masuk rumah.

Polis tak bertelor hari ini kerana telor kami kena cabut. Buat kerja betul pun, boleh bertukar menjadi satu kesalahan. Tiga orang kawan baik aku sedang menannggung akibatnya sekarang kerana ikut perintah, menjalankan tugas yang tup-tup didapati salah. Silap sikit, kena belasah kiri kanan atas bawah termasuk oleh pasukan sendiri. Tak buat kerja lagi salah, kena bantai, lebam, biru birat satu badan. Hari hari kena tenyeh, itu yang budak-budak polis jadi ngok dan bertindak macam harimau kena kasi. Anjing Alsatian yang garang pun kalau saban masa kena sepak terajang, boleh mengiau macam kucing pondan. Kenapa nak jerat tengkuk sendiri, buat kerja lebih-lebih. Kena tindakan tatatertib atau undang-undang, sendiri tanggung. Apa tidaknya, kalau penjenayah yang sedang disiasat polis dan selepas kena tuduh, boleh buat tohmahan, dan atas tohmahan tersebut, pegawai polis tu boleh kena tahan kerja, kejadah ape nak buat kerja lebih. Play safe (pakai kondom kot) lagi selamat.

Hari ini …… nak tangkap perogol bersiri pun kena minta ampun dan maaf terlebih dahulu daripada mak ayah, tok nenek si perogol, kepada Bar Council, Suhakam dan ahli-ahli poli-tikus. Itu belum lagi nak soal siasat, nak tanya sama ada malaun tu ada berak tengah jalan ke tidak. Tapi kalau jenayah berleluasa kerana penjenayah tak boleh dijentik sikit pun, polis juga yang salah.

Tapi yang paling aku sakit hati, bila anggota polis kena hentam tak tentu hala oleh masyarakat, PDRM membisu seribu bahasa. Tak berani nak bersuara. Kalau dengan anak buah sendiri, hero. Jerit sana tengking sini. PATI banyak, masyarakat salahkan polis. Ada tak PDRM beritahu masyarakat bahawa PATI tanggungjawab utama Jabatan Immigresen. DVD cetak rompak berlambak, polis salah, walhal itu core business Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Pada aku, PDRM tak ubah macam Pak Sanggup. Jantan lain yang dapat sedap berasmara dengan awek, bila awek mengandong, jantan lepas tangan dan PDRM yang sanggup jadi laki kepada awek bunting tersebut. Orang sedap, beban kita tanggung. Alahai! PDRM.

Aku akui tidak semua pegawai polis malaikat tetapi dalam masa yang sama pula bukan semua pegawai polis setan. Jadi kenapa tak kata konstabel A rasuah atau konstabel B salah guna kuasa. Kenapa sebut PDRM rasuah atau PDRM salah guna kuasa.

Be as it is, dalam PDRM hari ini dah ramai yang arif atau telah di expose kepada bidang psychology seperti pakar-pakar counselling pasukan yang bersepah-sepah tu. Tak bolehkah beritahu pucuk pimpinan bahawa anak yang dibesarkan dalam suasana rumah tangga yang semak berserabut, 6 orang anak kongsi 1 bilik tidor, makan ala kadar, duit poket sekolah 10 sen sehari, ahli keluarga bercakaran sama sendiri, dah tu mak ayah ada sistem anak emas dan anak tembaga pulak, akan membesar jadi manusia gasar yang berserabut dan blur (ikut kamus kampong aku, gasar tu maknanya barbarian). Kalau anak macam setan mesti mak ayah kategori iblis.

Akhir sekali, entah siapa punya idea bernaslah agaknya yang kata, bebudak polis ni mesin atau robot yang boleh berkerja 24 jam. Pada aku seksyen 19, Akta Polis itu bermaksud kuasa polis tu berkuatkuasa 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun. Maknanya, kuasa seorang pegawai polis bukan bermula dari jam 8 pagi dan berakhir jam 5 petang. Bukan bermakna polis kena kerja 24 jam. Lainlah polis ini robot Terminator. Tapi setahu aku, robot pun kena charge battery. Kalau tidak, tak boleh jalan. Lainlah robot yang pakai kuasa nukler. Tapi ingat. Pandangan aku seperti di atas, tak berapa boleh sangat dipakai. Maklumlah idea dan buah fikiran seorang yang bodoh dan cetek ilmu. Bukan aku kata, orang cakap kat belakang aku.

Hingga jumpa lagi, salam dari Uncle B, yang boss SB, boss D7, boss Marin dan boss BSJP, pernah kata, uncle ni longgar satu skrew di kepala. Byeeeee!!!! XXXX

Sunday 19 April 2009

NASIHAT UNTUK NEW DADDY

I owe this posting to Insp Zainal, who became the father of a baby girl just over a week ago. In his SMS to me informing me that he is now a father, he also requested some advice on being a daddy. Of course I am honoured when some one asked for my advice especially when my advice is usually not worth much.

I hate giving advice, because more often than not, the very person dispensing such advice never practice what he preaches. And I am one of them. Opinions, I love giving. Tons of them. Whether needed or not, I still offer opinions. Therefore this blog. An avenue for my unsolicited opinions. That said, how do I distilled my 26 years experience as a father into a concise guide on how to be a good father.

A child is not an accidental by-product of a sexual union between a man and a woman. When you choose to be married, I do hope that you do so with the intention of building a family with the woman you can love for the rest of your life and not as an excuse to legalise (in the eyes of God and the law) your desire to screw a woman. Remember this and you will never forget that you have a responsibility to provide a nurturing environment for your baby to grow up and be the person that he/she is meant to be. Be there for your child when they are growing up.

My advice for new fathers. Simple. Don’t be like me. Do not repeat the mistakes I have made when my daughter was growing up. That’s about the best adivice I can offer you, Insp Zainal.

I was waiting at the entrance to the Singgahsana Hotel, Ballroom, for last minute guest arrivals, when the MC read out the brief background of the bride and bridegroom. I did not realised it but my wife did asked me. Was I crying?. “No”, I said, “I did not, just sad that of all sudden, I realised that I have never seen my daughter growing up, has never been there for her, when it matters most”.

Providing a nurturing environment does not mean a bungalow, expensive toys, holidays overseas or expensive private education. It simply means giving more of your time and your self to your child. Giving time to your kid is not just being there. It means exploring the world with her, watching ants ferrying food and picking flowers together. Having a splashing good time with her in the kid’s pool. Becoming a father is about being a kid all over again with your child while explaining to her/him about life through a child’s eyes. I miss that with my daughter and that is what I am compensating for with my granddaughter (I guess).

I remember the time when I was only an Inspector, when I cancelled our family trip to Cameroon Highlands because there is an SB operation going on. Mind you, that was on a Saturday evening. I still remember the time when I scolded her for asking me to join her for a game of Monopoly, just because I was busy finishing some office work at home. There are lots of occasion where I failed to provide time and care to my daughter which I regretted to this day. How about the time when I failed to attend her Assunta prize giving ceremony for obtaining 5 A in her UPSR exams or how about the time when I can’t even see her off at the Subang International Airport when she’s flying off to Australia for the International Marching Band Competition. And all because of what? Because of my loyalty to the police force. As new father, don’t repeat my mistakes. Today, there are 100,000 policeman to look after the country but only one father, you, to look after your daughter.

Saya lebih dari faham bahawa tanpa memperkulikan diri kepada PDRM, apa nak bagi anak bini makan. Tapi biarlah berlaku adil kepada diri sendiri dan keluarga. Kita ada 24 jam sehari. Doktor kata kita perlu 8 jam sehari untuk tidur atau masa untuk rehat dan repair minda dan fisikal yang teruk kena belasah semasa kerja. Kita disyaratkan bekerja 8 jam sehari untuk cari rezeki bagi membina satu kehidupan bersama anak isteri. Tak bolehkah baki 8 jam dari 24 jam yang kita ada dalam sehari itu, diberikan untuk diri kita sendiri dan keluarga. Itu yang aku tak faham dengan PDRM. 8 jam untuk kerja, 8 jam untuk tidor/repair jasmani & rohani, 8 jam untuk diri sendiri & keluarga. Is that too much too ask.

Saya yakin telah memberi yang terbaik kepada PDRM, tetapi apa hasilnya setelah 32 tahun bertungkus lumus, memerah tenaga dan sedikit akal yang dianugerah Allah untuk kepentingan PDRM sehingga aku mengenepikan untuk melawat arwah abah di HUKM sehari sebelum arwah menjalani pembedahan. Pagi sebelum arwah dimasukkan ke bilik bedah pun, aku gagal menemui beliau kerana tugas. Arwah dalam keadaan koma semasa keluar bilik bedah jam 5 petang dan tidak sedarkan diri sehingga meninggal dunia pada jam 10:23 malam, 23 Disember 2003. Bermakna kerana PDRM aku telah gagal melawat ayah yang terlantar di hospital 48 jam sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir. Dan apa hadiah PDRM kepada aku untuk semua pengorbanan ini? Aku disejukbekukan di Maktab Cheras Kuala Lumpur gara-gara tohmahan penjenayah yang menipu RM 40 juta ringgit daripada 18 syarikat (perbicaraan kes masih lagi berjalan).

Terpulang kepada anda untuk mempercayai bahawa jika rajin dan kuat bekerja, pangkat akan mengejar anda. 32 tahun mengajar saya bahawa rajin dan bijak bekerja anda akan diperkuda tapi jika rajin dan bijak bekerja campor sentiasa jadi yes man dan PR baik, InsyaAllah, paling hamlau, pun 18 bulan sekali anda akan di naikkan pangkat.

Apa kena mengena semua ini dengan peranan anda sebagai seorang bapa baru?. Mudah, at the end of the day, when you are no more in police uniform (pencenlah tu), the police force is not going to look after you, they are not going to tabek you or attend your Hari Raya open house anymore. Habis manis sepah dibuang Yob, macam kawan aku, ACP Sahar, Cuma aku 5 orang saje, yang atas dasar persahabatan melawat beliau semasa anaknya meninggal dunia lebih kurang seminggu lalu.

Tapi, InsyaAllah, anak-anak yang anda besarkan dengan penuh kasih sayang, merekalah yang akan menjaga anda apabila anda dah nyanyuk dan berbalik menjadi budak kecil semula. Tapi entahlah budak-budak hari ini. Boleh harap ke? Tapi kalau mereka masih sudi menjengah anda, semasa anda sedang cabut rumput di rumah orang tua, tu dah kira oklah. Betul tak? Time tu, tak ada sekor pun mata-mata yang sudi melawat anda selepas anda menjadi pesara polis.

Nasihat paling penting saya untuk menjadi seorang abah yang cemerlang? Jadilah seorang ayah, bukan jadi lelaki yang membekalkan sperma kepada ova seorang wanita semasa masing-masing sedang bergelora nafsu memadu asmara.

P/S - Petua paling penting untuk menjadi seorang ayah yang baik ialah.. jeng! jeng! jeng!, Jangan simpan mata air (kekasihlah, ngok!), tambah bini atau cari bini baru kecuali keempat-empat isteri anda boleh duduk serumah dan sekatil macam adik-beradik dan contribute duit gaji masing-masing untuk sara keluarga anda yang BESAR itu. Kalau dapat macam ni, gerenti KPN sekali pun yang arah anda tugas pilihanraya, pasti anda akan kata NO.

Hingga Uncle B membebel lagi, jangan berangan nak dapat senario di atas. Tak kena sunat dengan isteri senior pun dah kira bagus. Byeeeee.

Monday 13 April 2009

KY ANYONE?

Kaji Selidek Kesihatan Sexual Durex 07/08 (Durex Sexual Wellbeing Survey 07/08), sebagaimana disiarkan dalam The Sun bertarikh 13 April 2009, muka surat 29, menunjukkan 1 daripada 3 orang rakyat Malaysia (33%) menggunakan massage oil/lotion (pelincirlah tu!) sewaktu mengadakan hubongan sex. Berdasarkan rumusan survey tersebut, beberapa andaian boleh dibuat.

Besar kemungkinan sampling kaji selidek tersebut skewed kepada umur, sexual gender, kaum, strata, sexual bias, dll, yang tertentu sahaja. Ini boleh mencorakkan keputusan kaji selidek. Sebagai contoh, kalau individu gay yang disoal, tentu mereka pakai grease semasa berasmara dan nak beep! beep! beep! (censorship) pungkok pasangan mereka.

Ditakdirkan survey tersebut berdasarkan fair sample, justeru itu confidence level nya tinggi, Uncle B boleh buat 1 kesimpulan positif dan 1 kesimpulan negatif mengenai tabiat atau keupayaan sexual masyarakat Malaysia.

Dari sudut positif, jika 33% daripada rakyat Malaysia menggunakan KY atau pelicin yang sejenis dengannya, semasa mengadakan hubongan sexual, ini bererti ramai pasangan veteran atau warga emas (tidak semestinya pasangan husband & wife) yang masih mengadakan hubongan jenis, terutama yang pasangan perempuannya dah menopause. Jelas, semangat Malaysia Boleh! masih berasap, jika Ah Soh, Achi dan Makcik Malaysia yang dah menopause masih interested dan aktif dalam aktiviti sex. Tidak perlulah pakcik-pakcik yang dah bersara kerja (bukan pencen tang tu), gatal-gatal nak kahwin awek muda atau panggilan manja oleh cucu atuk, kaknek. Syukur Alhamdullillah!!

Dari sudut negatif pula, jika 33% daripada rakyat Malaysia menggunakan KY atau pelicin yang sejenis dengannya, semasa mengadakan hubongan sexual, ini juga boleh bermakna bahawa lelaki muda Malaysia, tidak pandai berasmara dan tidak romantik kerana tidak tahu foreplay bagi menyediakan pasangan wanitanya untuk a night of passion and adult games.

Lelaki muda lazimnya berpasangan dengan wanita yang belum menopause. Jadi jika pasangan wanita perlu di grease sebelum di beep! beep! beep! (censorship), bermakna mamat tu, goblok teknik berasmara sehingga menyebabkan awek ketiadaan grease asli. Ini bermakna wanita-wanita Malaysia yang masih bergetah telah mengalami kerugian yang teramat sangat.


Cara untuk mengatasi kerugian awek-awek Malaysia yang ketandusan lelaki berpengalaman? Senang aje. Kahwin dengan lelaki veteran. Orang muda – cepat, pantas dan mudah mengalah. Orang lama – slow tapi steady dan tahan lama.

Hingga jumpa lagi, Selamat Membaca ”The Joy Of Sex” oleh Masters & Johnson, dari Uncle B, yang tak kisah sama ada grease asli atau KY, asalkan sama-sama syok.

PS: kalau ada manusia hipokrit yang kata tulisan uncle ni lucah, jangan kahwin dan pergi bertapa kat Gunung Ledang.

Saturday 11 April 2009

MADE IN SINGAPORE BORN IN MALAYA - PART I


I am going to take a rest from commenting about Malaysia’s state of governance. After all the country has got it’s 6th prime minister and a new cabinet line-up. With such distinguished leadership and a team of ministers of exemplary integrity, I failed to see why Malaysia cannot climb to heights of excellence and takes it’s place as one of the world’s most envied civil societies.
Yelah! tu!!!!!! Since there is nothing to gripe about, my takes on politics, stops now.

By the way,would you care to know a little bit more about me?

I was born in Malaya but made in Singapore. Let me clear that puzzled look on your face. My dad was a soldier in the British Army based in Singapore in 1949. Whilst on leave in his home town of Segamat, Johor, dad met mum, falls in love and soon married her. After the marriage, dad brought mum to Singapore as he was based there and the next time mum went back to Segamat after that was to deliver her first born child (that’s me) on Malaysian soil. It is obvious therefore that dad and mum made love all these times until I was conceived while they were in Singapore and that was how I came to be made in Singapore. After mum’s confinement period, she was back in Singapore (of course I tagged along) and I ended being brought up and educated in Singapore.

Primary School Years
I began my education at the Clementi Primary School, 7th milestone Pasir Panjang Road and was there from 1960 to 1961 (primary 1 to 6). On passing the primary 6 secondary school entrance examination with flying colors, I then continued my secondary education at the old, historical but prestigious and elite Raffles Institution in Bras Basah Road. Raffles Institution is not your run of the mill secondary school as no student can gain admittance to this school unless you have obtained all A in the primary school leaving examinations. Again unlike in Malaysia, where connections can open doors to anything, no amount of money, power and strings can ensure you of a place at Raffles Institution. To be studying there then, is a recognition of your academic potentials and capabilities.

I could not remember much of my early school years (1960-1965). I remember going to school and back by bus (it was The Singapore Traction Company, then) and receiving 40 cents as pocket money, out of which 20 cents is for bus fare.

A few events though, does stays in my mind. The first was went I found my first collection of pornographic photographs while walking along the Pasir Panjang Beach with a group of my friends one Saturday morning on the way to school for extra classes. We were in primary 6 at that time and was preparing for the secondary schools entrance examination. I remember vividly the group of us hiding behind the boys bathroom block scrutinizing the photos and how after that I begin to look at the women teachers with different eyes. That was the first time I knew what a naked woman looks like and what a man and a woman can do when both of them are naked together.

During those early years (primary 5-6) I was already a lover of nature and “rambling” then was my favourite way of spending the weekends when there is no extra classes. My rambling “kakis” that I still remember was Tee Kam Choy (a sweet chinese girl), Choo Cheng Chye and Goh Boon Eng. Our normal route was to traverse the hills starting from the Clementi Military Barracks where we (my parents, siblings and me) live, in Air Rajah Road, until about 4 hours later when we finally rests our feet at the peak of Faber Hill.

To you guys and girl where ever you are in Singapore, thank you for sharing those tiring but fun weekends with me on the hills of Singapore. For Tee Kam Choy, I wish I could hold your hands again (like we use to do as we rambled along) and talk about old times. Would your husband mind?

Just a P/S before I end up reminising about my primary school days. At the age of 12 (primary 6) I was champion of the Raden Mas District syair recitation competition and represented the district at the national level competitions. Translated into the Malaysian environment that was equivalent to representing one of the Malaysian states. And that was the first time in my life that I appear on national televison. The Singapore’s Minister for Social Welfare at that time, En. Othman Wok gave away the challenge trophy. I wonder what happened to En.Othman Wok and my trophy now. The syair that I was reading that night was the “Syair Siti Zubaidah”.

Hingga jumpa lagi, bye-bye dari Uncle B,yang rindu juga pada kawan-kawan di Singapura.

Wednesday 8 April 2009

GLAD I AM WRONG


It was a long time ago since I have been glad to be proven wrong. In my previous posting titled “Cerita Lama Penceritaan Baru”, I wrongfully predicted that BN will sweep all 3 bye elections of Bukit Selambau, Bukit Gantang and Batang Ai. To me, at the time of writing, Batang Ai is definitely a shoo-in for Barisan. I was right. If at all Pakatan Rakyat wins in Bukit Gantang, I predicted a narrow margin. Bukit Selambau however is a total surprise for me. With the release of the 2 HINDRAF laywers from Kemunting, I would expect that the indians there, would switch to Barisan in droves. Thanks to Allah, I am wrong.

To all Malaysians, especially the melayu kampong, cina bukit and india estet, please accept my apologies, for casting aspersions on your ability to think straight. And thank you, for agreeing with me, that like a leopard, the Barisan Nasional can never changed it’s spot. I believed that’s why, you, the voters of Bukit Selambau and Bukit Gantang has taken the courageous step of kicking BN’s butt. Let’s hope our brothers and sisters in Sarawak catch up with us and show BN the exit. Let’s hope our ability to separate between the devil and the deep blue sea remains with us for a long, long time.

To all lovers of BN especially of UMNO, please remind UMNO leaders that the rakyat is no longer completely blind but can see through your charade. To all BN wakil rakyats, please look at your position as a ticket to serve your electorate and country and not as a means to rape and pillage public funds for your’s, your families’ and cronies’ pocket.

Itu aje saya nak cakap sebab nak buat persiapan belanja keluarga & pak mertua dinner pada hari sabtu ini dan belikan toy mahal untuk cucu.

Hingga penyamun-penyamun harta rakyat bungkus lagi, Yabba Dabba Dooo!!! dari Uncle B.

p/s, talking about about BN's 2 defeat in Bukit Selambau and Bukit Gantang and 1 win in Batang Ai, ASP Khaizam has this to say about the situation.

"BN kalah di dua bukit tapi menang satu batang".

In English it goes something like this. "BN losses at 2 hills but won at 1 rod. "
Wink! Wink!

Tuesday 7 April 2009

KALAU TAK ADA DUIT JANGAN CERITA

Daripada 1hb hingga 3hb April lalu, saya bersama 20 orang rakan-rakan sekerja termasuk big boss-big boss telah di closeted away di sebuah hotel, yang terletak halfway ke puncak gunung, bagi menjana dan mencerna idea-idea untuk memantapkan lagi perkhidmatan jabatan kami agar jabatan kekal releven kepada rakyat dan negara (mak datuk!, macam ayat orang politik!).

Kami pergi ke tempat dingin ini bukan untuk main-main. Tak ada main golf, juga bukan busman holiday dengan girlfriend atau lawat-lawat disneyland macam Mat Tempe dan keluarga yang belanja duit rakyat RM 1.6. juta untuk makan angin.

Rutin kami sepanjang 3 hari, padat. Check in sahaja hari pertama jam 2 petang, jam 3 petang terus mesyuarat hingga jam 11:30 malam dengan berhenti sekejap untuk mahgrib dan makan malam (6:30 - 8:30 malam). Hari kedua, dari jam 8:30 pagi hingga 11:30 malam kecuali rehat untuk lunch dan dinner dan hari terakhir dari jam 8:30 pagi hingga 12:30 tengahhari. Boleh buat program santai dan lanjutkan mesyuarat sehingga 4 hari tapi PDRM tak kelepet duit rakyat (duit tokeh ekor takpe kot). Kami mahu setiap sen wang rakyat yang dibelanjakan memberi pulangan yang berlipat kali ganda. Insya Allah, bersara nanti, saya nak masuk politik. Rasanya cara saya tekan ayat dah hampir sama dengan ucapan PM baru kita semasa perhimpunan agung UMNO yang baru lalu.

Saya tidak mempertikaikan mutu rumusan yang telah kami capai sepanjang mesyuarat tersebut. Malangnya, there is no such thing as a free lunch (kecuali jika saya jadi menteri besar/menteri). Cucu saya yang berumur 3 tahun pun tahu memberi cadangan untuk saya membeli toy untuk nya (cucu) tetapi kalau saya tak ’ndak belikan, apa yang cucu saya boleh buat selain daripada melopong dan melahu. Begitu juga dengan PDRM. Boleh rancang begitu begini gedebuk gedebak tapi kalau duit orang lain pegang, ape ke jadahnya.

Mantan PM ke 5, satu masa dulu, pernah mengumumkan bahawa PDRM akan dibesarkan lagi dengan penambahan seramai 60,000 orang anggota. Polis boleh memohon pertambahan jawatan mengikut keperluan semasa sehingga perjawatan tersebut habis dipergunakan. Berikutan itu dari masa ke masa permohonan berkenaan dibuat.

Antara mesyuarat-mesyuarat yang telah diadakan dengan pihak JPA mengenai permohonan pertambahan jawatan berkenaan, satu mesyuarat, pada saya, menunjukkan betapa hina dina dan rendahnya mertabat PDRM. Saya perolehi maklumat ini dari seorang pegawai yang menghadiri sendiri mesyuarat tersebut.

Wakil pihak polis diketuai oleh seorang ketua jabatan yang jauh lebih senior dari segi pangkat, umur dan pengalaman kerja daripada pengerusi mesyuarat, seorang pegawai amat kanan PTD (JPA), yang saya difahamkan, kencing pun belum berapa nak lurus lagi.

Pihak polis mengemukakan permohonan, perbincangan dijalankan. Sedihnya, di tengah-tengah perbincangan, pengerusi telah mengeluarkan kata-kata lebih kurang berikut, “PDRM boleh mohon apa saje tapi kuasa meluluskan permohonan terletak pada JPA (budak-budak PTD lah tu!). Kalau ikut piawaian orang kampong saya, kata-kata itu dah kira kurang ajar. Bermakna mak ayah dan universiti tempat budak pengerusi ni belajar dulu, belum cukup ajar lagi pegawai PTD ini.

Itu saya tak kisah sangat, sebab insan yang berbudi bahasa adalah spesis yang hampir pupus di Malaysia, hari ini. Tak percaya tengok kelakuan menteri besar Pahang. Yang hinanya, pegawai jabatan yang mengetuai delegasi PDRM, buat dek aje, buat donno.

Kalau saya jadi ketua delegasi, serta merta saya akan memimpin delegasi saya keluar dari mesyuarat tersebut. Ini tidak. Saya bukan cakap tak serupa bikin. Masa dalam latihan inspektor lagi, saya telah mengetuai 6 orang pelatih lain untuk keluar dewan makan dan boikot makan di dewan selama 3 hari (tapi curi masak mee magee dalam dorm) kerana caterer dewan makan gagal mengikuti syarat-syarat kontrak makan dan tiada tindakan diambil oleh Pusat Latihan Polis, setelah aduan dibuat. Selepas peristiwa itu baru kontraktor tahu mematuhi syarat kontrak.

On hindsight, saya perlu mengucapkan jutaan terima kasih kepada OC company saya, Insp Takbir Ahmad (beliau bersara sebagai ACP), kerana tidak mengambil tindakan disiplin terhadap kami. Kalau tidak……! Terima kasih tuan. Tabik spring, tuan kerana your understanding.

Anda faham tak, apa yang ingin saya sampaikan. Selagi saya yang memegang duit belanja, cucu-cucu saya setakat boleh merencana dan mencadang sahaja. Yang melaksanakan saya (of course dengan izin Allah, jua). If I say no, it means no. There’s nothing my cucu can do about it.

Sekian, dari atuk/Uncle B, yang sebenarnya tak lokek menunaikan permintaan cucu-cucu atau anak-anak saudara yang manja dan tahu ambil hati.

Byeee!!!! dan manja-manjalah selalu (tapi dengan orang yang sayang).

Sunday 5 April 2009

CERITA LAMA PENCERITAAN BARU


Dalam euphoria menyambut era baru pemerintahan negara, eloklah yang masih boleh berfikir dengan waras, berbuat demikian.

Masa mula mengambil-alih jawatan sebagai menteri nombor satu Malaysia dulu, berlambak-lambak pujian yang dihimpunkan ke atas Pak Lah. Bukan sahaja dari seluruh para jemaah Barisan Nasional bahkan dari jutaan rakyat jelata yang dah meluat dan muak dengan Mahathir. Saya yakin mesti ada dari para pembangkang yang menaruh harapan (macam lagu Zaiton Sameon plak), kepada orang alim ini untuk menjadikan Malaysia, cemerlang, gemilang dan temberang (oopppss! sorry! terbilang).

Tak perlulah saya mengulang frasa-frasa pembodekkan yang telah di recycle berulang kali sejak zaman Dr.M lagi. Memadai kalau saya katakan, semasa tertonton late night news malam 4 April lalu, saya terpaksa makan asam boi 1 paket untuk mengelakkan termuntah apabila mendengar ayat-ayat pengkipasan terhadap perlantikan anak Tun Razak sebagai menteri no.1 Malaysia. Terutama setelah pengumuman pembebasan 13 orang tahanan ISA, termasuk 2 ekor peguam malaysian indian yang terpinggir tapi kaya hidup di Malaysia. Ada kena mengena ke dengan calun India BN di Bukit Selambau? Yang hairannya, ada tahanan Jemaah Islamiah yang ditahan sejak tahun 2002, tidak pulak dibebaskan.

Heran juga aku. Dulu malaun-malaun ini mengancam keselamatan dan ketenteraman negara. Hari ini dah jadi rakyat contoh. ideologi dia orang (itu tahanan ISA lah, siapa lagi) sudah tukar ke? Kepala dia orang dah dipulihkan agaknya. Selepas ini aku yakin, jibaok-jibaok ni akan keliling estet, beritahu semua warga estet bahawa ”kita orang india banyak untung atuk ada datang ni negeri, kalau tidak kita worang india tak boleh jadi doktor dan lawyer, pakei BM & Mercs. Worang India sekarang tarak kena pinggir lagi sebab new government ada mari”. Itu sebab kita worang India mesti sokong sama BN”.

Suka hati kau orang nak kata aku ni party popper ke, wet blanket ke,mat negatif ke. Kutuklah aku sepuas-puasnya. Aku yakin BN akan menang di ketiga-tiga pilihan raya kecil pada 7 April ini sebagaimana BN menang besar tahun 2004 selepas Pak Lah menjadi PM. Lepas itu, kita tengoklah, apa akan terjadi kepada Malaysia.

History will repeat itself.

Sehingga rakyat menyesal lagi, dari insan yang teringin sangat nak dengar lagu dangdut yang diblueskan atau lagu-lagu blues Ito, didangdutkan, salam dari Uncle B.

Thursday 2 April 2009

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG

Barangkali kerana umur yang hampir isya’ dan sedikit pengalaman hidup yang ada, banyak yang berpangkat anak, meminta pandangan dari Uncle tentang kehidupan. Pelbagai pandangan yang diminta tetapi kaji punya kaji, uncle dapati ianya berkisar kepada satu persoalan. What is the right thing to do? Apakah tindakan yang sepatutnya saya ambil?

Apa pun yang hendak dilakukan, haruslah berlandas realiti semasa. Kaji pro dan contra sesuatu tindakan yang bakal diambil kerana setiap tindakan membawa bersamanya risiko dan ketentuan atau outcomes yang hanya anda seorang akan menanggungnya. Apakah tindakan yang boleh diambil untuk menghapuskan atau mengurangkan risiko yang bakal timbul. Jika sesuatu ketententuan tetap berlaku, mampu atau sanggupkah anda menanggung akibatnya. Nasihat uncle, mudah. Anda boleh melakukan apa sahaja yang ingin anda lakukan jika anda sanggup menanggung akibatnya dan tidak menyalahkan orang lain. You have to be responsible for your own voluntary action. Anda harus bertanggungjawab sepenuhnya di atas setiap tindakan sukarela yang anda ambil.

Katakan anda seorang gadis yang mendakwa sedang berkasih-kasihan dengan seorang pemuda. Anda harus realistik jika ingin bersunyi-sunyian dengan pemuda tersebut. Adakah mamat tu akan berbual kosong sahaja atau jika ingin menunjukkan kasihnya kepada anda, berhenti setakat memeluk dan mengucup anda sahaja atau pun mungkin dia akan bertindak lebih dari itu lantaran pujukan setan.

Bolehkah anda menolak belaiannya atau anda akan lentuk dan bermata kuyu. Lantaran itu, secara realistik, apa agaknya akan terus berlaku. Bolehkah anda mengatakan jangan semasa anda dibogelkan. Jika tidak, apa agaknya akan berlaku. Kita sama-sama tahu.

Risikonya, anda akan berbadan dua. Uncle setuju, risiko termengandong boleh dikurangkan jka anda berdua singgah di 7 Eleven dan membeli condom. Soalnya, jika perut anda tetap berisi, adakah mamat itu akan bertanggungjawab dan mengahwini anda atau jantan sial itu akan lari simpang perenang lintang pukang meninggalkan anda untuk mencari mangsa berikutnya. Akibatnya, sanggupkah anda menanggung malu.

Sehingga hari ini, belum ujud satu formula jitu yang boleh menjamin bahawa balak yang anda benarkan meniduri anda, ikhlas cintanya dan akan mengambil anda sebagai isteri setelah dapat apa yang dihajati. Petua memang banyak tetapi ianya masih tetap sebagai panduan sahaja.

Nasihat uncle supaya anda bersikap realistik dan mengkaji kemampuan untuk menanggung apa jua risiko dan ketentuan dan harus bertanggungjawab sepenuhnya di atas setiap tindakan sukarela yang anda ambil, terpakai dalam setiap keadaan, bukan sahaja dalam bab-bab cinta. Seberapa berani Uncle menongkah arus, uncle masih tak sanggup mati lemas. Jadi uncle akan kaji dulu kederasan arus dan kemampuan fisikal uncle ketika itu, sebelum terjun ke dalam sungai dan berenang melawan arus.
Sehingga Pesanan Khidmat Masyarkat yang kedua, salam sayang dari Uncle B.