Saturday 21 April 2012

NENEK MALAYSIA & NENEK TAIWAN

The Sun, 18 April 2012:

Di Miri, Sarawak, seorang lelaki berlari sejauh 3 km ke hospital apabila mengetahui yang ibunya telah dihantar ke sana setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Malang, sebaik sampai ke hospital berkenaan, ibunya yang berumur 62 tahun telah meninggal dunia.

Ini contoh seorang filial son, anak yang berhati mulia, yang menghargai pengorbanan ibu yang telah bersusah payah membesarkannya sehingga sanggup berlari 3 km untuk melihat keadaan ibunya.

Kenapa kena berlari, tak ada bas atau kereta atau teksi atau basikal ke? Bukankah Miri sebuah bandar minyak dan bukan kampong. Hospital tu dekat ceruk mana sehingga kenderaan darat tak boleh lalu dan kena berdayung untuk ke sana? Kalau tak ada jalan ke hospital kenapa tak buat jalan.

Inilah padahnya kalau membuat sesuatu perkara dengan ada hidden agenda atau untuk kepentingan peribadi. Saya difahamkan SPAD ditubuhkan untuk memperkasakan sistem pengangkutan darat Malaysia. Adakah Sarawak bukan sebahagian dari Sarawak. Kalau setakat nak saman teksi, bas dan lori, buat perabih beras aje. RELA pun bulih buat. Dapat juga dia orang buat duit luar sikit.

The Sun, 18 April 2012:

Seorang wanita Taiwan berusia 62 tahun telah membelanjakan RM ½ juta untuk kelihatan muda. Wanita tersebut, Lin Ling Zhu, merasa terhina apabila seorang pekerja pub yang dikunjungi, bertanya kepadanya sama ada beliau ingin mencari cucunya. 2 tahun selepas menjalani beberapa siri pembedahan kosmetik, beliau kelihatan 10 tahun lebih muda dan sekarang kata Lin, pemandu taxi pun terlior untuk menguratnya.

Saya tidak pernah menyembunyikan umur sebenar saya atau buat kosmetik surgeri. Untungnya dengan izin Allah s.n.w., saya dikurniakan wajah dan susuk tubuh yang orang kata (bukan saya kata) kelihatan 10 tahun lebih muda dari sebenarnya. Malahan saya kadang-kadang kena tunjuk IC untuk buktikan yang cucu saya sebenarnya memang cucu dan bukan anak bongsu saya atau anak dengan bini muda. (saya satu isteri ahh!!). Sekarang pun kalau saya beritahu orang yang saya pesara polis, dia orang mesti bertanya. Bersara optional ke dan kenapa muda-muda dah bersara. Apa nak buat, dah awet muda.

Waemah apa sekali pun, bak kata arwah atuk saya, “a man is only as old as he feels”. Kalau umur baru 40 tahun tapi kehendak seminggu sekali, lebih baik umur 60 tapi kepingin 2 hari sekali.

Sama juga dengan nenek di atas tadi. Tiada guna berbelanja ½ juta ringgit untuk kelihatan 10 tahun lebih muda tapi takde nafsu untuk diromen. Ibarat kereta lama yang boleh dihidupkan enjin dan dipandu keliling kampung tetapi tak boleh dihenjut, pecut dan dilipat.

Hingga jumpa lagi, salam sayang dari Uncle B, yang lebih rela beristerikan wanita yang tak seksi tetapi hendak hari-hari daripada dapat isteri yang sexy dan menggiorkan giler tetapi mahunya sekali-sekali.

Byee.!!!

Thursday 12 April 2012

SAYA SAYANG MALAYSIA

Kalau rajin cari iktibar dari apa yang ada di sekeliling kita, banyak pengajaran boleh diperolehi. Syaratnya kena rajin buka mata dan telinga, ditambah dengan fikiran yang terbuka dan kritikal. Jika hanya tahu melihat dunia dengan kaca mata UMNO atau PKR aje, alamat sampai gempa bumi di Malaysia, kita akan terus ngok.

Lewat malam, Rabu 11 April 2012, saya berpeluang menonton filem Cina, “Island of Greed”, lakonan Andy Lau. Dengan berlatarbelakangkan Taiwan, cerita adalah mengenai usaha polis berintegriti lakonan Andy Lau membongkar rasuah yang berlaku di kalangan kumpulan gangster dan ahli-ahli poltik Taiwan sehinggakan ganster pun boleh bertanding untuk jadi penasihat undang-undang selain daripada membolot semua kontrak kerajaan. Syukurlah di Malaysia tak ada benda-benda macam ni. Betul tak?

Siasatan hero banyak menghadapi halangan daripada pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan polis sehingga hero kena berjumpa dengan Ketua Polis sendiri untuk dapatkan kebenaran buat operasi rahsia. Yang cantiknya, dailog antara Ketua Polis dengan hero. Lebih kurang macam ni.

Ketua Polis, “Kamu tahu bukan, yang saya pun ada boss. Mungkin niat kamu akan terhalang lagi. Kenapa kamu masih ingin meneruskan siasatan ini kalau kamu tahu risikonya”.

Andy Lau (hero), “Saya sayang tanah air ini, saya tidak mahu si penyangak itu menjahanamkannya”.

Jadi pada kawan-kawan, sahabat handai, saudara mara dan tentu sekali, mereka yang tak berkenan dengan saya, yang selalu bertanya mengapa saya asyik hentam aje, serupalah jawapan saya dengan jawapan hero cerita “Island of Greed” lakonan Andy Lau. Cuma nak tambah sikit. Kalau kita benci kat orang, kita biarkan dia buat apa dia suka sampai dia menjahanamkan diri sendiri tetapi kalau kita sayang kawan, kita tegor dia supaya dia tidak melingkupkan diri sendiri. Saya sayang Malaysia dan saya tidak mahu negara ini dilingkupkan oleh penyangak-penyangak yang menyamar jadi orang politik.

Salam ikhlas dari Uncle B, yang pernah melalui episod-episod yang sama seperti dialami oleh hero khayalan (Andy Lau) dalam filem “Island of Greed”.

Byee!!!!!.

Tuesday 3 April 2012

BUKAN UNTUK KITA

Saya tidak pernah ke Korea Utara tetapi kalau apa yang saya baca, dengar dan lihat di media massa mengenai Korea Utara (KU) adalah benar dan yang benar belaka, apabila melihat ke negara sendiri, saya rasa dah macam di Korea Utara pulak. Khabarnya di Korea Utara ada semacam personality cult. “The Great Leader”, propaganda machine KU mengelar presiden-presiden dema. Merata-rata terpampang gambar presiden KU. Ke hulu ke hilir, dicanangkan, kerana presiden lah rakyat KU dapat hidup seperti mana mereka hidup sekarang. Ringkasnya, rakyat Korea Utara terhutang budi dan nyawa kepada presiden mereka.

Akhir-akhir ini, di Malaysia, buka aje akhbar, gambar Najib, buka aje TV, gambar Najib lagi. Hinggakan bila saya buka aje Radio Klasik FM untuk nostalgia sikit semasa terperangkap dalam satu lagi jam kereta (bukan strawberry jam) yang dibawa oleh kerajaan pimpinan BN, pada pagi 3 April 2012, berkumandang pula cerita bagaimana Najib telah mentransformasikan negara. Saya tutup radio.

Besar kemungkinan yang sedang gah sana gah sini fasal “keterroran” Najib dan BN ini adalah tanda-tanda pilihanraya dah hampir sangat dan Malaysia akan kiamat tidak lama lagi kalau rakyat silap pangkah. Memandangkan pilihanraya umum ke 13 is just around the corner, nak royak sikit kat abeng-abeng, adik kakak yang bakal mengundi nanti.

Terlebih dahulu, saya nak story sikit fasal cerita “Walking Tall: The Payback”, kat TV yang saya tengok last week. Cerita simple aje. Pasal sebuah bandar kecil di US. Ada kapitalis yang nak beli tanah penduduk untuk buat projek mega. Kalau tak nak jual, pemilik dicederakan atau diancam sehingga terpaksa jual tanah. Ada polis korup yang bantu kapitalis tadi. Dan seperti di Malaysia, ada juga polis lurus (tapi bodoh) yang cuba dedahkan segala kepincangan dan kesalahan tetapi telah dibunuh. Part bunuh-bunuh kerana nak lenyapkan orang lurus ni, tak tahu pula saya jika ianya ada berlaku di Malaysia. Main bom bom untuk lenyapkan scandal, adalah.

Dalam cerita tersebut ada satu baris dailog yang diucapkan oleh anak sheriff lurus yang kena bunuh (lakonan Kevin Sorbo) yang membuat saya terpegun. Dalam satu scene, seorang pegawai FBI menasihati hero (anak sheriff) supaya jangan bertindak melulu kerana ada sistem keadilan. Hero membalas dengan berkata, “Justice has two words. Power and money. Have both and you will have justice - Keadilan mempunyai dua perkataan. Kuasa dan wang. Punyai kedua-duanya dan anda akan memperolehi keadilan". Itu yang buat hati saya hati tersentak. Rupa-rupanya dalam perkara-perkara yang tidak senonoh dan jelek, Malaysia setaraf dengan Amerika Syarikat.

Itu sebab apabila tiba hari mengundi nanti, buatlah pilihan yang tepat. Untuk pengundi muda yang baru belajar mengundi dan untuk veteran mengundi seperti saya, ingatlah bahawa, “When you vote, you are not voting for yourself, You are voting for the future. Your X today on the ballot paper will determine the Malaysia that your grandchildren will live in tomorrow”. Apabila anda mengundi, anda bukan mengundi untuk diri sendiri. Anda mengundi untuk masa depan. Pangkah X anda pada kertas undi hari ini akan menentukan corak Malaysia yang akan cucu cicit anda diami di masa hadapan.

Selamat memangkah dengan bijak dari Uncle B yang syukur Alhamdullillah ingat pesan orang tua masa memilih isteri 32 tahun yang lalu, bahawa “Wanita yang montok, sexy giler dan hebat hingga menjilat jari di ranjang malam ini, tidak semestinya menjanjikan rumah tangga yang aman bahagia dan mengujakan sepanjang hayat”.

Sunday 1 April 2012

SIANG HIDUP MELAYU, MALAM JUAL TANAH MELAYU

Untuk blog sempena All Fools Day ini (1 April) atau Hari Orang Bodoh seperti kebanyakkan pengikut Umno, saya turunkan verbatim satu article yang dihantar oleh seorang rakan untuk renungan kita bersama. Saya tujukan khas blog ini kepada orang melayu seperti adik ipar saya dan adik saya yang percaya bahawa kalau bukan UMNO yang memerintah, bangsa melayu akan tergadai.

"Inilah yang selayak dilebelkan kepada pemimpin Umno. Oleh kerana sudah tersepit dengan sokongan rakyat di negara ini maka ada satu modal lagi yang perlu dimainkan oleh Umno iaitu perkauman dan agama. Terbaru apabila pemimpin Umno menuduh kerajaan Kelantan menggadai tanah Melayu di Kelantan. Maka ia telah menjadi bahan ketawa, tidak ubah seperti pencuri menjerit pencuri. Semua dunia maklum pemimpin Umno adalah juara broker tanah Melayu selama ini. Apabila Umno membangkitkan tanah rizab Melayu, seolah-olah Umno mengusik sarang tebuan dan bola tanggung kepada PAS dan Pakatan rakyat.

Rekod membuktikan bagaimana pengkhianatan Umno terhadap tanah rizab Melayu. Sejahat-jahat penjajah, lebih baik daripada Umno, sehingga mewartakan seluas 3 juta hektar tanah rizab Melayu pada tahun 1957. Namun selepas merdeka, pada tahun 1995 tanah rizab Melayu hilang seluas 1.7 juta hektar. Sekarang mungkin tanah rizab Melayu sudah tergadai hampir 2 juta hektar.

Persoalannya siapa punya angkara? Buktinya, 200 ekar tanah rizab Melayu untuk kilang simen tergadai kepada Yeoh Tiong Lay (YTL.). Sewaktu Umno berkuasa, 9 ribu hektar tanah rizab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rizab Melayu, yang diganti cuma 3 ribu hektar.

Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rizab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort. Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah rizab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Seluas 26,000 hektar tanah rizab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship, projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabration dan UEM.

Seluas 300 ekar tanah rizab Melayu di Pulau Redang, Terengganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancongan. Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah rizab Melayu di Kerpan, Kedah untuk projek kolam udang. Seluas 273 ekar tanah Melayu Kampung Chu Badak Sentul, Kuala Lumpur diambil untuk projek mega. Tanah rizab Melayu seluas 94 ekar terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara, Kuala Lumpur.

Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umno lah pengkhianat dan menggadai tanah orang Melayu. Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP. Tiap perkara buruk yang media UMNO menyalak untuk halakan pada pihak lain, perkara itulah yang UMNO praktikkan.

UMNO adalah Untuk Manusia No Otak

Hingga jumpa lagi, salam sayang dari Uncle B, yang tidak pernah lupa bahawa untuk projek Iskandar di Johor tidak kurang 40% tanah rizab orang melayu Johor telah dikorbankan.