Wednesday 31 October 2012

KALAU YE PUN MUKA TARPAL



Petang 31 Oktober 2012, lebihkurang jam 6 petang, saya dalam perjalanan balik ke rumah dan sedang membelok ke kiri untuk masuk ke NPE dari Jalan Abdullah Hukum, berhampiran tapak satu lagi projek shopping complex yang akan menyesakkan lagi trafik di Kuala Lumpur (projek KL Eco City), sebuah tren Komuter KTM bergerak laju di sebelah kiri saya menuju KL. Tren enam gerabak yang baru nampaknya, sebab masih terpancar lagi “newness” nya. Maklumlah di Malaysia, di mana budaya “maintainance” adalah sesuatu yang pelik, benda baru akan tertonjol dengan lantang di antara harta benda dan bangunan kerajaan yang tidak terurus.

Lazimnya, kalau ternampak komuter canggih macam ni, tiada apa-apa riaksi dari saya, yang negatif maupun positive. Maklumlah, saya tinggal di Malaysia, sebuah negara maju, yang serba serbi canggih manggih. Ada multimedia super corridor, ada cyber city pertama di dunia, SMART TUNNEL dan bakal ada tren super laju dari KL ke Singapura. Lainlah kalau saya tinggal di Bandung,, yang warganya akan terperanjat beruk kalau nampak Monorail kita.

Kali ini berbeza sedikit apabila tren komuter ini bergerak pantas di kiri saya. Darah saya naik dan tak cukup jari tangan dan kaki untuk mengira perkataan carut marut yang terkeluar dari mulut saya. Bukan sengaja tetapi expletives ini terkeluar secara spontan. Macam orang latah kena sergah.

Kenapa? ......... Sebab saya ternampak gambar Najib Tun Razak terpampang di badan coach coach komuter tadi dengan perkataan, “Kami Mendengar” ditulis di tepi gambar-gambar tersebut. No komen mengenai hal ini, sebab komuter ni Khazanah punya, Khazanah, kerajaan punya, kerajaan, BN punya dan duit kerajaan, BN fikir dia punya.

Yang saya hairan, kenapalah saya meluat sangat dengan PM kita yang sorang ni. Najib tak pernah buat salah dengan saya. Bahkan kami tidak pernah berjumpa pun, sama ada di alam nyata atau alam siber. Jadi mengapa saya mesti menyampah dengan Najib hingga tengok gambar dia pun, tak lalu.

Barangkali saya takut negara akan bengkrap kalau Najib dan konco-konconya terus memerintah. Bimbang anak, cucu dan cicit saya, akan mewarisi Malaysia yang tinggal abuk dan hampas suatu hari nanti. Sedangkan suku sakat depa “lari” ke luar negara dan hidup mewah dengan harta betul dan tak betul yang terkumpul semasa Malaysia sedang kaya raya dan atuk nenek mereka memerintah. Entahlah!!

Hingga jumpa lagi, salam sayang dari Uncle B, yang kini dan selamanya (bukan dulu) hidup dan matinya di Malaysia kecuali Singapura nak terima uncle balik atau saudara mara di Indonesia ajak temankan mereka. Byeee!!!!

Sunday 28 October 2012

APA DAH JADI



Sembahyang Eidil Adha yang baru lalu mengajar saya dua perkara. Pertama, apabila mengaminkan bacaan Al-Fatihah dan doa imam, para jemaah mengaminkannya dengan satu suara. Suara umat Rasullullah s.a.w. bukan suara PKR, UMNO atau PAS. Untuk seketika barangkali (dan menjadi harapan saya) jemaah menyangkutkan topi PAS, UMNO dan PKR mereka di luar masjid. Tidak terfikir agaknya di benak mereka untuk menang pilihan raya, jadi wakil rakyat, jadi menteri dan menghabiskan duit rakyat untuk kepentingan peribadi atas nama pembangunan negara. 

Sayang sekali, ini cuma impian saya, kerana mustahil pisang boleh berbuah dua kali. Kalau ustaz dan ustazah pun boleh dipergunakan untuk kepentingan politik, tidak menghairankan jika sampai kiamat pun orang Islam di Malaysia akan berhadapan dengan Hudud PAS dan Hudud UMNO, bukan Hudud Islam. Dan selagi itu kaum bukan Islam Malaysia akan terus menghina Islam kerana walaupun ada melayu Islam yang ada kuasa, mereka bacul untuk mengajar orang yang meludah Islam. Kini baru saya faham tempelak arwah abah, “Orang melayu cuma berani dengan bangsa sendiri tetapi menikus dengan bangsa lain”.

Kebetulan Hari Raya Eidil Adha tahun ini jatuh pada hari jumaat. Jadi saya sembahyang raya dan sembahyang jumaat pada hari yang sama. Kedua-dua sembahyang ini saya lakukan masing-masing di dua buah masjid yang berhampiran dengan tempat tinggal saya di Subang Galaxy/Kampong Melayu Subang. 

Suatu masa dahulu, semasa sembahyang hari raya atau sembahyang jumaat, saf-saf di kiri, kanan, hadapan dan belakang saya akan dipenuhi oleh orang malaysia. Apabila keluar masjid, saya akan dikelilingi oleh orang malaysia. Lapang dada dibuatnya kerana melihat sahaja muka muka yang berada di sekeliling, saya yakin saya berada di Malaysia.

Hari ini saya kena tepok dahi dan gosok mata berkali-kali untuk mempastikan yang saya benar-benar berada dalam sebuah masjid di Malaysia dan bukan di Bangladesh atau Indonesia. Apa tidaknya. Apabila duduk di saf, di kiri Bangla, di kanan Bangla. di hadapan Indon, di belakang suara Indon. Agaknya kalau masuk pegawai-pegawai imigresen beruniform untuk solat, sekelip mata aje masjid jadi kosong. Itu alright lagi, apabila keluar masjid, nasib baik jantung saya ok. Saya dikelilingi oleh suara suara asing dan muka muka asing. Untuk seketika saya cemas dan terperanjat beruk kerana terfikir, bagaimana saya yang sembahyang di sebuah masjid di Malaysia , tiba-tiba boleh berada di Bangladesh.

Saya tak nak komen apa-apa. Cuma nak tanya sikit, apa dah jadi dengan Program 6P, Kementerian Dalam Negeri, yang telah menghabiskan berjuta ringgit duit rakyat untuk mengkayakan orang tertentu yang diberi lesen untuk mendaftarkan PATI. Kalau ia pun nak menang pilihanraya, bukan dengan mengadaikan keselamatan negara.

Hingga jumpa lagi, salam sayang dari Uncle B, yang tidak terperanjat suatu masa dahulu kerana setiap jumaat, imam berkhutbah dalam bahasa Portuguese dan Uncle dikelilingi oleh Awang Hitam sebab Uncle memang bukan berada di Malaysia. Byeeee!!

Sunday 21 October 2012

TAK SUSAH NAK JADI KAYA



Amalan sekarang, penguatkuasaan undang undang jalanraya dilakukan oleh PDRM dan JPJ. Jika bantuan teknikal yang canggih diperlukan untuk melaksanakan tugas ini, organisasi berkaitan akan membelinya dari peruntukkan tahunan masing-masing. Pesalah trafik akan disaman sama ada secara terus atau melalui pos (saman ekor). Bagi kes-kes yang boleh kompaun, jika merayu pada pegawai polis atau JPJ yang berkuasa, ada peluang bayar kompaun yang minima, serendah RM70 daripada RM300 maksima kerana memandu laju.

Undang-undang dikuatkuasakan, pesalah bayar saman. Tak kiralah kita bayar minima atau maksima ke, duit bayaran saman tetap 100% masuk ke dalam perbendaharaan negara dan bukan poket PDRM atau JPJ. Tak ada penyamun kolar putih yang menangguk di air keruh.

Terkini, kerajaan has had enough dengan pesalah-pesalah jalan raya. Tidak menghairankan kerana pemandu malaysia memang dah terkenal di peringkat antarabangsa sebagai antara yang paling kurang ajar dan tidak reti bahasa di dunia. Tiada maaf bagi mu. Langgar lampu merah, mesti bayar denda maksima RM300 dalam tempoh 5 hari.

Untuk tangkap pelesit-pelesit jalanraya ini, kena pakai kamera canggih (AES). Gambar yang dirakam oleh kamera akan pergi ke JPJ, pegawai JPJ akan sahkan pemilik kenderaan dan hantar saman pada pelesit terlibat. Pelesit pula akan pergi jumpa polis untuk bayar saman maksima yang dikenakan. Denda maksima RM300 yang dibayar akan masuk ke dalam dana kerajaan. Kerajaan boleh tambah duit tabungan, kesalahan jalan raya boleh kurang. Cantik!!

Yang musykilnya, kenapa sistem AES ini mesti dikonsesikan kepada dua buah syarikat swasta yang saya dengar ada kaitan dengan pemerintah. Lepas tu pulak, bagi setiap saman yang dikeluarkan, syarikat swasta ini akan dapat RM16. Tu yang bagusnya kenal orang BN ni. Boleh jadi kaya atas angin.

Bayangkan. Kroni beli peralatan AES. JPJ buat kerja untuk sahkan pesalah, polis buat kerja untuk kutip saman tetapi kroni goyang kaki, sakau RM 16 setiap saman pada peringkat pertama perlaksanaan sistem, kongsi 50-50 dengan kerajaan, jumlah saman yang dibayar pada peringkat kedua dan pada peringkat ketiga, kongsi 75-25, dengan hanya 25% untuk kerajaan. Jadi AES ini bukanlah ikhlas untuk mendahulukan keselamatan rakyat tetapi untuk mengkayakan rakan taulan.

Kalau ini cara terbaik mengurus kesejahteraan rakyat kenapa tidak PDRM itu sendiri diswastakan. Kalau ada shopping komplex atau kawasan perumahan nak jaga keselamatan komplex/perumahan dia orang, panggil PDRM yang telah diswastakan. Komplex bayar RM15 sejam (sebab ada kuasa polis), pemegang konsesi PDRM dapat RM5.

Kalau ada makhluk yang tidak nampak apa yang sedang berlaku, too bad, so sad, kerana itu bermakna sama ada anda buta, celik tapi buta atau sememangnya anda bebal walaupun ada ijazah phd.

Hingga jumpa lagi, salam sayang dari Uncle B, yang akan dulu, kini dan selamanya UMNO, jika dianugerahkan kontrak bekal stationeries kepada PDRM.
Byeee!!

Thursday 18 October 2012

SEX STORIES



Deputy Information, Communications & Culture Minister, almost had my sides splitting from laughter and the rolling around on the floor when he urges the malaysian government to punish Alvin Tan Jye Yee and his partner, Vivian Lee for “tarnishing the country’s image” and bringing down “the country’s morals”. “They washed our dignity down the drain”, the deputy minister added. So reported the Malay Mail of 18 October 2012.

What did Alvin and Vivian do that makes the minister so angry? They uploaded their sex life stories and escapades complete with photos and videos on the web.

No comment on whether what these two kids did was right or wrong. Hellooo!! Mr.Deputy Minister. Just look around your cabinet colleagues and senior government servants lah. Look at the unethical conducts displayed and the deeply rooted corruption all around you. Ini macam ada baik punya morals kah, ada dignity ke ini macam and do you really think malaysia has a shining reputation? Duhhh!!!

On a sexually happier note, a local daily reported that a 94 years old man from India became the world’s oldest dad, when he fathered his second child with his 54 years old wife.

It seems that this grandfather was the envy of his neighbours because of his sexual prowess. According to this gentleman, he had sex between, ........ get this,............. 3 to 4 times a night. OMG!!! What I will give to have this capability again.

That said, I just can’t help wondering what sort of sex this 94 years old man and his 54 years old wife had, 3 to 4 times a night. Was it the kind that will have fireworks exploding all around the bedroom while you are at it or is it just the poke poke shove shove, wham bang thank you mame kind. Emmm.  

My hope is that the BN led government will provide a few million ringgit to researchers from our local universities to meet this 94 years old father and study what sort of lifestyle, what food he eats and what sort of exercises he does daily, to be able to maintain his libido and keep it up that long.

If the BN led government can throw money around like it’s nobody business, why not throw money around for a good cause. After all, a sexually satiated population who does it every night, will not have the time and inclination to participate in street demonstrations.

Until we meet again, allow Uncle B to bragged a bit. Uncle’s record was 7 times a night, that was 3 years into Uncle’s marriage and has not seen the Mrs for 14 days. And there was fireworks in the room all night long. Uncle still keeps the hotel receipt for rememberance, because, until today, still cannot repeat the feat. Byee.

Monday 15 October 2012

BAB ASMARA PUN MALAYSIA KALAH



Kalau samplingnya mewakili semua strata wanita dan lelaki Malaysia dan confidence indexnya tinggi, maka Durex Sex Survey terkini, membuktikan bahawa Malaysia sedang dalam perjalanan jatuh ke dalam longkang. Udahlah ranking bola sepak negara setaraf dengan Papua New Guinea, status ekonomi kita menghala ke Greece dan dah hampir dengan Sepanyol, bahkan dalam hal-hal bilik tidor dan bab romen beromen pun kita corot. Kita kalah dengan jantan Singapura.  

Akhbar The Star, 14 Oktober 2012, membentangkan hasil Durex Sex Survey yang menunjukkan bahawa lelaki Malaysia hanya mempunyai purata 3 rakan sex sepanjang hidupnya sementara lelaki Singapura mempunyai 16 teman tidur wanita. Ceh!! cekai betul lelaki Malaysia, kalah 6 kali ganda dari mamat Singapura dalam bab menelanjangkan wanita. Nasib baik gua dibesarkan di Singapura. Sebelum anda mendabik dada mengatakan itu bermakna lelaki Malaysia lebih setia kepada teman wanitanya berbanding lelaki Singapura, cuba renungkan statistics berikut.

Survey menunjukkan bahawa wanita Malaysia berada di tangga ketiga (39%) di dunia dari segi berlaku curang (unfaithful) terhadap teman/suami mereka. Di tempat kedua wanita Thai, sebanyak 59% dan di tempat pertama, wanita Russia dengan sebanyak 62% telah sexually unfaithful terhadap partners mereka.

Kesimpulan yang boleh dibuat. Pertama, 39% wanita Malaysia pernah curang terhadap teman lelaki mereka. Maknanya mungkin lelaki Malaysia elek teknik berasmara lalu gagal menyeronokkan teman wanita mereka di ranjang. Itu sebab wanita malaysia cari jantan lain. Kedua, lelaki Malaysia kurang skill katil dan tidak pandai ayat-mengayat maka mereka cuma mampu ada 3 sex partners sahaja in their (malaysian men) life time berbanding lelaki Singapura dengan 16 sex partners. Ternyata dalam kesemua bidang, sukan ke, ekonomi ke, kewibawaan parlimentarians kita ke sehinggakan ke bidang memutihkan mata wanita dan buat mereka merengek pun, kita berada at the bottom of the barrel.

Hingga jumpa lagi, selamat mencari dari Uncle B, yang hairan. Kalau 4 daripada 10 wanita Malaysia pernah curang, kenapa lelaki Malaysia ada 3 sex partners aje in their lifetime dan kenapa payah sangat Uncle nak terserempak dengan wanita-wanita gersang ini.

Byeeee!!

Saturday 13 October 2012

APA SPAD BUAT



Apabila diarah untuk ke Pulau Pangkor pada isnin 8 October lalu kerana tugasan memerhatikan anak buah-anak buah yang sedang mengikuti program team building, saya memilih untuk menggunakan pengangkutan awam. Tiada agenda tersembunyi kecuali ingin melihat sendiri sejauh mana hebatnya Puduraya yang telah di renovate dengan kos RM52.7 juta wang rakyat. Mungkinkah pelawat dari Singapura, Indonesia dan Thailand cemburu melihat kehebatan terminal pengangkutan awam darat kita?

Sampai di Puduraya jam 7:15 pagi. Dari luar tak ada perbezaan pun dengan Puduraya lama kecuali sedikit façade decorative works. Macam tempelan make-up pada muka wanita yang sememangnya tak lawa. Sebelah dalam, overall layoutnya masih macam dulu. Setakat tambah hawa dingin aje, pencahayaan yang lebih terang dan setakat ini bersihlah sikit. Gerai gerai dan shoplotsnya masih di takuk lama lagi. Dan ulat tiket masih berkeliaran.

Dengan belanja RM52.7 juta, saya membayangkan terminal bas ala terminal KLIA. Ada kiosk jualan yang berjenis sikit design dan bahan jualannya, ada food court yang bawa orang kampong makan pun tak segan. Ada tiketing booth, information counter, check in counter, bus departure and arrival monitors, PA system untuk pengumuman pelepasan dan ketibaan serta TV besar untuk penumpang yang menunggu bas. Pendek cerita, saya menjangkakan sebuah terminal bas yang mencerminkan tahap profesionalisma dan efisiensi yang tinggi. H

Hampeh!. Tak ada kelas lansung. Kalau zaman saya sekolah dulu, Puduraya yang telah dibaikpulih dengan kos RM52.7 juta ini layak dikategorikan sebagai hub pengangkutan darat kelas kambing sahaja. Tinggi kebarangkalian kontraktor “terpilih” yang telah diberi anugerah oleh menteri kewangan malaysia untuk membaikpulih Puduraya, telah membeli kondominium dan kereta mewah dengan duit rakyat sebanyak RM52.7 juta itu. After all, kalau tauke lembu boleh buat, takkan kontraktor Puduraya tak boleh buat.

Saya menaiki bas Plusliner ke Lumut. Fikir saya, mustahil negara kita yang lebih maju dari Africa Selatan, tidak dapat menyediakan perkhidmatan bas yang tidak akan membuat berbulu hati saya menaikinya. Saya bayangkan duduk dalam bas 26 seater, yang kerusinya empok, luas dan sebesar punggung heroine filem hindustan. Ada onboard entertainment console di setiap seat atau sekurang-kurangnya ada TV tergantung dengan individual headphones. Saya juga jangka ada stewardess dan ada light refreshment macam bas Inter Liner Johannesburg ke Cape Town.

Jangkaan saya meleset. Kerusi sempit, handrest sebelah aje. No TV, no stewardess, no bantal and no selimut untuk perjalanan sejauh 4 jam. Nama aje glamour tapi standard macam bas awam di Angola, tahun 1998. Bagi orang yang tak biasa dengan the best in bus travel, mungkin tak jadi kudis tetapi bas yang saya naiki, koman spanar betul. Satu padanan yang cantik. Bus terminal kelas kambing dengan bas antara bandar koman spanar.

Jumpa lagi dan salam sayang dari Uncle B, yang sampai hari ini masih tidak faham apa yang menteri menteri dan pegawai pegawai tinggi kerajaan kita pelajari melalui lawatan lawatan sambil belajar ke luar negara yang kerap mereka lakukan kalau infrastructure awam kita, masih kelas kambing lagi. Sama ada yang pergi lawatan sambil belajar tu bengap atau mereka dari jenis bodoh yang tak boleh diajar. Wassalam.

Wednesday 10 October 2012

I AM BACK



Rakan sekerja, Kenny Tan, minta saya hidupkan balik KACA MATAKU. Katanya walaupun tak ada orang nak baca blog saya, at least, ianya tetap satu rekod apa yang saya lihat, dengar dan fikirkan sepanjang hidup di bumi Allah ini. Mana tahu, satu hari nanti ia akan berguna sebagai bahan rujukan, bagaimana Malaysia tergolek anjing di pentas dunia, jika pimpinan negara terus seperti sekarang. Anda tahu apa yang saya maksudkan. 

Kenny Tan ni anak Cina. Saya tidak pernah melihat dia sebagai seorang Cina kecuali seorang warga malaysia dan saya percaya begitu juga pandangan dia terhadap saya. Yang utama, kami boleh cari makan dan hidup selesa di negara ini tanpa diskriminasi kaum kerana kemiskinan dan kekayaan sebenarnya tidak kenal siapa melayu, cina atau india. Politik Malaysia lah yang telah mengkronikan kekayaan tanpa mengira kaum, sebab itu kita ada kroni cina yang kaya raya, kroni melayu yang jutawan dan kroni india yang mampu terbang first class ke india ikut suka hati dia untuk beli saree isteri.

Bagi Cina, Melayu dan India yang terkial-kial untuk hidup dan menghidupkan keluarga mereka di bumi bertuah ini, isu perkauman tidak pernah menghantui mereka. Yang tidak habis-habis mengatakan Cina curi tanah melayu, melayu ambil hak Cina dan india tersepit di tengah-tengah, adalah politikus-politikus melayu, cina dan india yang memomokkan kaum lain di mata kaum masing-masing, semata-mata untuk memastikan yang mereka (politikus) terus memerintah dan kaya raya. Di hadapan kaum masing-masing berapi-api mengutuk kaum lain tetapi di belakang pentas, mereka berpelukkan macam abang adik sambil mengagih-agihkan laba yang disonglap dari Cina Bukit, Melayu Kampong dan India Estet yang mengundi mereka ke Putrajaya.

Saya telah bertanya kepada sekumpulan 10 orang staff saya. "Katakan dalam sebuah kampong yang kesemua penghuninya adalah beruk, diadakan pilihan raya memilih ketua kampong. Ada dua calon bertanding. Seorang manusia dan seekor beruk. Siapa agaknya yang akan terpilih untuk jadi ketua kampong". Secara spontan dan sebulat suara, tanpa teragak-agak, semua menjawab. “Beruk”. 

Jawapan spontan dan ikhlas ini membuat saya terfikir. Barangkali kalau 40 penyamun dalam cerita Ali Baba dan 40 Penyamun diminta memilih seorang ustaz dan seorang perompak sebagai ketua baru, pasti mereka memilih siperompak sebagai pemimpin mereka.

Justeru, kalau selepas PRU 13 nanti, beruk dan perompak yang bersidang di Parlimen, adakah itu bermakna majoriti rakyat Malaysia adalah dari kaum beruk dan penyangak juga. Fu fikirlah sendiri!!!

Salam dari Uncle B, peminat siri filem Planet Of The Apes kerana ia mengajar kita berhati-hati dalam setiap tindak tanduk kita hari ini. Jangan sampai satu hari nanti Malaysia diperintah oleh beruk, siamang, orang hutan dan gorilla.