Tuesday 27 December 2011

APA ADA PADA NAMA

Amat malang apabila seseorang yang belajar di United States of America seperti YB Datuk Dr.Hasan Ali, tidak pernah mendengar atau tidak faham peribahasa Inggeris, “A Rose Is A Rose By Any Other Name”. True to form, kealpaan ini telah dipergunakan sepenuhnya oleh pihak musuh untuk meranapkan Pakatan Rakyat (PR) menjelang Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Perjuangan politik PAS asalnya adalah untuk mengujudkan sebuah negara Islam Malaysia. Setelah bergabung dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, sememangnya wajar untuk PAS “mengadjust” teras perjuangannya kepada membangunkan sebuah Negara Berkebajikan. Pengubahan ini perlu memandangkan betapa phobianya orang bukan Islam bahkan orang Islam sendiri terhadap apa jua perkara yang ada awalan atau berakhir dengan perkataan Islam. Seolah-olah kalau ada Islam, semuanya akan mundor balik ke zaman batu dan kaum wanita akan didiskriminasikan dan dijadikan alat pemuas nafsu lelaki sahaja.

Dengan cara masing-masing, Dr.Amat Deedat dan Dr.Asri, pernah menyebut bahawa kelihatan ramai muslims di negara-negara majoriti Islam/Timur Tengah tetapi very little Islam. Sebaliknya paling sedikit muslims di negara-negara majoriti bukan Islam/Eropah but a lot of Islam. Kalau dihalusi saya pasti lebih banyak ciri-ciri keislaman dalam pemerintahan dan peradaban masyarakat barat/bukan islam daripada pernyataan roh islam dalam peradaban masyarakat islam sendiri. Lantas mengapa kecoh-kecoh tentang membangunkan sebuah Negara Islam dengan Negara Berkebajikan.

Negara setan dunia, Amerika Syarikat mempunyai sistem kebajikan di mana warga yang tiada pekerjaan diberi bantuan kewangan untuk menampong hidup. Di UK, orang ramai berbaris untuk menunggu bas, di Fukushima, Jepun yang dilanda gempa bumi dan tsunami, mangsa yang hilang tempat tinggal dan lapar beratur untuk mendapatkan bekalan makanan. Seorang tuan punya bakery membuka semula kilang rotinya dan mengagihkan roti kepada jiran-jirannya secara percuma walhal dia sendiri seorang mangsa gempa bumi. Adakah ini berlaku di negara-negara majoriti Islam?

Bagaimana agaknya tahap kebersihan bandar-bandar di Eropah dan Jepun berbanding negara majoriti islam seperti Malaysia dan Indonesia. Experience sendiri tandas di masjid-masjid kita. Lebih banyak yang uwweekkk!! daripada yang bersih.Carta top 5 Corruption Perception Index, Transparency International menyenaraikan 5 buah negara bukan Islam sebagai negara yang paling kurang korupsi. Tersenarai dalam senarai ini negara jiran kita yang ramai orang cina dan bukan islam iaitu Singapura. Maknanya 5 buah negara ini yang muslimsnya hanya beberapa kerat, lebih berintegriti daripada Malaysia. Kita, sebuah negara yang diistihar Islam oleh pemerintah yang kebetulan berugama islam terperesok di tangga 61 dalam senarai tersebut. Mana tidak corot dalam carta CPI kalau RM250 juta wang rakyat yang diamanahkan kepada seorang kroni untuk bela lembu untuk membekalkan daging kepada rakyat, disonglap oleh kroni muslim yang beragama islam.

Apa ada pada nama. Dalam kehidupan saya selama ini, lebih banyak saya temui orang bukan Islam yang mengamalkan etika islam dalam kehidupan mereka. Sebaliknya, termasuk di masjid-masjid, terlalu banyak saya bertembung dengan orang islam yang mengamalkan cara hidup bukan islam. Islam sebuah ugama yang menyarankan penganutnya sentiasa bersifat berkebajikan terhadap orang di sekeliling mereka tanpa mengira bangsa dan ugama. Rasullullah sendiri bersifat berkebajikan terhadap seorang Yahudi yang hendak membunuh baginda sehingga akhirnya Yahudi tersebut memeluk agama Islam.

Islam is a way of life, not an ideology. Islam adalah cara hidup bukan satu ideologi. Cina sebuah negara komunis tetapi itu tidak menghalang negara tersebut mengamalkan cara hidup capitalisma yang jauh bertentangan dengan ideologi komunis sehingga menjadi negara kedua di dunia, di belakang AS, yang mempunyai paling ramai jutawan.

Sebuah negara Islam adalah negara yang berkebajikan terhadap rakyatnya sendiri dan negara jiran. Negara yang berkebajikan akan mengamalkan prinsip-prinsip islam dalam pentadbiran dan pengurusannya. Jadi what’s the problem sama ada PAS hendak mengujudkan sebuah Negara Islam atau sebuah Negara Berkebajikan. A Rose Is A Rose By Any Other Name.

Jumpa lagi dari Uncle B yang selalu ingatkan kawan-kawan supaya jangan hanya pakaian luar sahaja yang cantik dan mahal tetapi seluar dalam dan coli pun kena sama standard kerana apabila ditelanjangkan, akan terserlah siapa kita sebenarnya.

Chow!!!!!!

Sunday 18 December 2011

BUKAN MELAYU JANGAN BACA

Saya tidak pasti sama ada Utusan Malaysia ada menyiarkan berita tersebut tetapi teaser di muka hadapan The Star 17 December 2011, mengumumkan “Interlok to be dropped”. Berita lanjut di muka surat 2 pula menyebut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam sebagai berkata bahawa cabinet telah mengambil keputusan untuk menggugurkan novel Interlok sebagai komponen subject sastera melayu mulai tahun hadapan. Kata menteri india itu lagi, MIC lah yang memperjuangkan supaya novel tersebut digugurkan.

Ada yang tak kena ni. Menteri sumber manusia umumkan perkara yang bersangkut dengan dasar pendidikan negara. Bukankah seharusnya menteri pendidikan yang umumkan? Mungkin menteri pendidikan sibuk sangat atau sakit tekak, jadi tak boleh buat pengumuman. Orang india menentukan buku apa yang boleh atau tidak boleh dipakai untuk sabjek sastera melayu. Bolehkah macam ni?

Orang melayu tidak pernah menentukan buku apa yang boleh dipakai oleh sekolah aliran tamil atau cina tetapi bangsa lain boleh dictate bahan bacaan sabjek sastera melayu. Baguslah tu. Baru baru ini MCA anjurkan seminar anti hukum hudud. Bayangkan orang kafir membincangkan harus atau tidaknya hukum Islam dilaksanakan di Malaysia. Dah tu menghina pula Islam dengan mengatakan hukum Islam adalah regressive dan akan menyebabkan pelabur asing bertempiaran lari keluar dari Malaysia.

Apa kata kalau orang melayu mengadakan satu forum membincangkan betul atau tidaknya konsep Holy Trinity yang menjadi asas ajaran Kristian atau bodoh atau tidaknya menyembah berhala yang dibuat oleh tangan sendiri. Mesti melompat-lompat punya dan hruk pikuk segala orang kristian dan para penyembah berhala, betapa sudah melampaunya orang melayu mentafsir dan menghina ajaran agama mereka.

Ke mana perginya Ibrahim Katak Lompat Ali dan PERKASAnya. Kenapa UMNO yang mendabek dada sebagai pembela orang melayu membisu seribu bahasa. Najib kata orang melayu mesti pastikan UMNO terus memerintah selepas PRU ke 13 untuk mengekalkan kuasa politik orang melayu. Kalau ada kuasa politik maknanya orang melayulah yang mencorakkan hala tuju negara. Sekarang pun UMNO ada kuasa politik. Sebab itu apa kejadah jenis undang-undang pun boleh diluluskan ikut suka hati sendiri sahaja. Kalau benar orang melayu melalui UMNO akan gagah perkasa, kenapa kaum india pulak yang menentukan bahan bacaan untuk mata pelajaran sastera melayu? Ke mana hilangnya ketuanan melayu UMNO yang digembar-gemborkan? Menyorok bawah dhoti Samy Vellu dan S.Subramaniam agaknya.

Jadi soalnya sekarang, “Siapa yang jual melayu untuk meraih simpati dan undi kaum bukan melayu ”?

Hingga jumpa lagi, salam sayang dari Uncle B, yang teringat pesan arwah abah, “Perkasa bangsa bukan pada kata tetapi pada apa yang dikota”.
Chow!!!

Thursday 15 December 2011

HUB PENGANGKUTAN YANG MENGCUNTFUSEKAN

Tapak Penjara Pudu di Bukit Bintang akan dijadikan satu lagi transportation hub di Kuala Lumpur. Pelan ini menyimpang daripada rancangan asal untuk menjadikan lokasi tersebut an integrated mixed development project. Saya tidak hairan ianya boleh berlaku kerana, bab simpang menyimpang ini bukan sesuatu yang pelik atau di luar dugaan. Kalau daripada bela lembu boleh bertukar jadi bela condo, nothing is new and strange di Malaysia.

Cuma kalau boleh saya putarbelitkan satu dailog daripada filem P.Ramlee, “Dei!, berapa banyak hub pengangkutan dah kita mau bikin”. Ada satu di KL Sentral yang mana keretapi, LRT, teksi dan ERL patut bertemu tetapi monorail tersangkut tengah jalan dan bas tak sampai-sampai. Ada satu di Terminal PWTC, satu lagi di Pekeliling, satu di Jalan Duta, dekat Stadium Hockey, satu di Bandar Tasik Selatan dan jangan lupa, Terminal Bas Puduraya yang telah direnovate berjuta ringgit, yang jaraknya daripada hub akan datang di tapak Pudu Jail, kita boleh jalan kaki sahaja. Hub pengangkutan bersepah-sepah tetapi pengangkutan awam masih lagi hampeh

Dikhabarkan matlamat pelan asal pembangunan tapak Penjara Pudu ini diubah adalah untuk membolehkan kaum bumiputera terlibat sama dalam perniagaan apabila projek tersebut siap nanti. Ialah, kalau projek integrated mixed development yang high end atau at least middle end punya status tu nanti, mana kaum bumiputera nak cekau duit. Kalau buat transport hub bolehlah buat retail lot yang mampu dibeli atau disewa oleh orang melayu.

Soalnya nanti, betulkah orang melayu yang akan berniaga atau kelak muka Indon, Bangla, Arab, Myanmar, Nepalese atau lain kaum bukan Malaysia yang kelihatan menjalankan perniagaan sebab orang melayu suka sangat main atas angin. Tuan punya retail lot orang melayu tapi disewakan kepada pendatang asing yang berizin atau tanpa izin. Orang melayu, buta dapat RM tanpa berusaha. Baguslah tu.

Dua kali fikir, bukan bumiputera picisan aje yang makan atas angin. Melayu baru dan melayu koperat/keparat pun suka main atas angin. Projek-projek mega masa Terengganu bawah Idris Jusuh dulu, kat belakangnya Cina Singapura. Syarikat pembangunan 1MDB yang diilhamkan oleh kerajaan UMNO untuk bangunkan tanah airport lama di Sungai Besi, CEOnya cina Penang, Kedai Rakyat IMalaysia, pembekalnya yang diberi subsidi oleh kerajaan untuk membekal barangan murah adalah mamak. Saya juga boleh namakan dua syarikat pembangunan bumiputera yang dapat projek pembangunan semula Bandar Selayang dan sebuah kawasan setinggan di Ampang, yang atas kertas Melayu punya tapi di belakangnya Cina control. Si Melayunya cuma dapat habuan RM 4 juta dah happy. Mana tak happy, duduk sila panggung, selempap jatuh duit atas riba. Ini akibatnya apabila the wrong malays (selalunya kroni dan suku sakat UMNO) diberi peluang berniaga.

Tolonglah jangan beri alasan lapok nak tolong ekonomi orang melayu, jadi kena tukar pelan. Kenapa tidak mengaku aje. Apabila siap hub transport tu nanti, semua retail lot yang ada tu di beri kepada dua tiga ekor kroni melayu, kemudian kroni sewakan kepada orang melayu yang kononnya nak berniaga, kemudian melayu ni pulak sewa kepada Indon atau lain-lain bangsa bukan Malaysia yang betul-betul nak berniaga. Sebab tu selepas lebih 42 tahun DEB, saya belum nampak lagi komplex membeli belah ala Midvalley atau KLCC dimiliki oleh orang Melayu.

Hingga jumpa lagi, salam sayang dari Uncle B yang tidak pernah sakit hati orang melayu Singapura di anaktirikan oleh PAP (People’s Action Party yang memerintah Singapura) kerana bapaknya Cina. Paling menjijik dan menyakitkan hati ialah apabila orang melayu dianaktirikan oleh bapak sendiri yang berbangsa Melayu.

Chow!!!

Friday 9 December 2011

TO GIVE UP OR NOT TO GIVE UP

Mesti ada masanya apabila anda fikir nak give up sahaja. Malas nak discuss dengan kawan-kawan dan tak tergamak nak memperbodohkan diri membaca Utusan Malaysia atau menonton berita perdana TV3. “Apa nak jadi jadilah, aku bukan nak menongkat langit”. Mungkin ini pernah melintas dalam hati anda. Tetapi apabila direnungkan balik, tergamakkah kita mewariskan satu Malaysia yang papa kedana, bengkrap dan tunggang terbalik kepada anak dan cucu cicit kita sementara golongan pemerintah yang memiskinkan negara ini, diulit kemewahan dalam rumah agam mereka di Australia, New Zealand, US atau UK?

Kalau bising-bising, komen sana komen sini, blog sinun blog sinin, macam anjing menyalak bukit, anjing kena sembur tear gas, kena belantan, bukit tak roboh roboh juga. Umno tetap memerintah dan rakyat sampai kiamat menanggung hutang membailout projek-projek kroni yang tak pernah berfaedah tetapi senantiasa merugikan rakyat.

Di negara negara Timur Tengah, lain senarionya. Walaupun ditekan bertahun-tahun, api kebangkitan menyala juga. Mula-mula ibarat api dalam sekam tetapi akhirnya membara membakar Hosni Mobarak dan merebak dan terus merebak, menghanguskan pemimpin-pemimpin negara Timur Tengah yang lain, yang selama ini hanya membebankan rakyat. Tak kisahlah jika apa yang berlaku di Mesir, Yemen, Syria, dll, negara arab, didalangi oleh Setan Dunia, AS dan Israel. Pokoknya, rakyat negara-negara Arab yang tertindas ini berani menuntut perubahan dengan nyawa sebagai taruhannya.

Di Malaysia, lain, rakyat tidak ditindas (at least tidak secara terbuka). Malangnya di negara ini, rakyat diperbodohkan. Amat memilukan lagi apabila rakyat, tak kira yang berbangsa Melayu, Cina atau India atau Lain-Lain terutama yang berbangsa Melayu, rela diperbodohkan atas nama perjuangan bangsa. Dan apabila rakyat rela diperbodohkan, mereka yang memperbodohkan rakyat akan terus dilantik untuk duduk di Parlimen oleh rakyat yang bodoh untuk terus menyonglap atas nama perkauman.

Scandal demi scandal kewangan didedahkan oleh media alternatif. MAS yang tak habis-habis bengkrap, PROTON yang lebih banyak tak untung daripada untung, PKFZ yang telah melingkupkan tidak kurang RM12 billion wang rakyat, projek MRT yang berganda-ganda lebih mahal per km daripada projek rel laju Beijing ke Shensen, China, projek lembu negara yang duduk dalam kondominium mewah di Bangsar dan pelbagai lagi projek membazir yang tidak perlu saya sebutkan satu persatu di sini..

Tahun 2001, kedudukan Malaysia dalam ranking Corruption Perception Index, Transparency International di tangga 35 (lebih tinggi angka lagi corrupted sesebuah negara). Tahun 2011 Malaysia jatuh ke tangga ke 61. Ini berlaku in spite of the fact yang kita ada Institut Integriti Malaysia dan MACC.

Konsep ala Israel, IMalaysia, kononnya mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian tetapi kenapa dalam Laporan Pembangunan Manusia PBB (United Nations Human Development Report) tahun lalu, Gini Co-Efficient Index Malaysia ialah 0.45. Bagi yang terlupa Gini Co-Efficient Index (GCEI) adalah ukuran jurang antara yang kaya dan yang miskin sesebuah negara. 0 menunjukkan hampir tiada jurang perbezaan dan 1, perbezaannya terlalu tinggi. Bak kata orang kita, “Kalau kaya, kaya teramat, kalau papa, miskin merempat. GCEI melebihi 4 adalah dikira teruk perbezaan antara orang kaya dengan orang miskin. Barangkali inilah yang dimaksudkan oleh slogan kosong “Rakyat Didahulukan, Pencapaian DiUtamakan”. Maknanya rakyat didahulukan untuk menanggung hutang Negara dan pencapaian diutamakan untuk membuat hutang Negara.

Malaysia dah kira bagus. Setiap 5 tahun boleh turun mengundi. Pilih siapa yang patut mentadbir negara. Lima tahun sepatutnya jadi tempoh percubaan untuk rakyat menilai kewibawaan, amanah, ketelusan dan keberkesanan pemerintah yang dipilih, mentadbir negara. OKlah, kita lanjutkan tempoh percubaan ini ke 10 tahun. Kalau terus menjahanamkan negara, kita pilih parti lain untuk memerintah. Ini tidak. Tahun demi tahun, gerombolan yang sama juga dipangkah untuk terus membengkrapkan Malaysia. Tidak cukupkah 14 tahun BN memerintah dengan bajet deficit. Tidak serik-serikkah kita dengan satu lepas satu skandal kewangan. Kalau wang mak bapak mereka, saya tak kisah tetapi ini wang masa depan cucu cicit kita. Yang sedihnya pusat pengajian tinggi awam dan swasta makin hari makin membiak. Graduan-graduan mengganggur, makin hari makin berlambak. Sedihnya masih ramai yang boleh berfikir, lebih rela diperkayukan semata-mata atas nama bangsa dan bukan memangkah untuk mendaulatkan agama Allah. Itu yang buat aku kadang-kadang rasa nak give up aje dan diam seribu bahasa. “Apa nak jadi, jadi le. Lantak kome”.

Hingga jumpa lagi, salam cup cup dari Uncle B, yang tak pernah putus asa menanti seorang sugar mummy (tapi jangan lebih 45 tahun ye) yang sanggup manjakan Uncle.

Byeeee!!!

Thursday 1 December 2011

TO ASSEMBLE OR NOT TO ASSEMBLE

Saya bukan kelulusan fakulti undang-undang, jadi bukan tempatnya untuk memberi komen tentang Akta Perhimpunan Aman yang baharu sahaja diluluskan oleh parlimen sarkas Malaysia. Pun begitu tidaklah saya bodoh yang teramat sangat sehingga tidak boleh membezakan antara kaca dengan permata, pandir dengan pandai dan ulamak dengan ularmak.

Seksyen 27 Akta Polis mensyaratkan sesuatu perhimpunan awam yang hendak diadakan oleh mana-mana pihak kecuali UMNO atau mana-mana parti komponen BN hendaklah mendapatkan kebenaran/permit daripada Ketua Polis Daerah (KPD). Jika tidak, anda telah melakukan satu kesalahan jenayah.

Di bawah Akta Perhimpunan Aman 2011, untuk mengadakan perhimpunan awam tidak perlu mendapatkan kebenaran KPD. Anda hanya perlu memaklumkan KPD hasrat untuk mengadakan sesuatu perhimpunan 10 hari sebelum perhimpunan diadakan. Setelah memaklumkan KPD, anda bolehlah mengadakan perhimpunan tanpa menunggu kebenaran bertulis KPD KECUALI ADA BANTAHAN DARIPADA PIHAK POLIS.

Antara kebenaran KPD untuk berhimpun di bawah Akta Polis dengan kebebasan berhimpun secara aman tanpa permit polis di bawah Akta Perhimpunan Awam, bak kata orang kampong saya, “It’s back to square one” atau ikut bekas awek Penang saya, “Pi Mai Pi Mai Tang Tu Jugak”. Ringkasnya rakyat Malaysia yang masih taksub dengan BN kena kelentong lagi.

Di bawah Akta Polis, membenarkan atau tidak sesuatu perhimpunan awam diadakan terletak kepada budi bicara KPD setelah menimbangkan kesan perhimpunan tersebut terhadap ketenteraman dan keselamatan awam. KPD boleh meletakkan syarat-syarat tertentu kepada penganjur perhimpunan. Tiada siapa boleh mendakwa dakwi keputusan KPD kecuali UMNO.

Dukacita kebanyakkan KPD atau pegawai kanan tinggi polis, saya ragui kewibawaan mereka. Kalau ada permohonan perhimpunan yang boleh menelanjangkan keterlanjuran kerajaan (baca BN) kepada rakyat, KPD tidak akan berani memberi kebenaran atas alasan perhimpunan tersebut boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam walaupun perhimpunan tersebut hanyalah Tok Guru berucap memberi tahu orang melayu di Johor, yang orang cina di Kelantan (bukan cina MCA) cukup suka dengan pemerintahan PAS.

Bukan tidak ada pegawai tinggi polis atau KPD yang berani seperti bekas KPD Kuala Pilah (dah bersara) yang berani beri kebenaran untuk Nik Aziz berucap di sebuah padang sekolah tetapi sebulan kemudian KPD tersebut telah disejuk-bekukan di bahagian pentadbiran Bukit Aman atas tegoran UMNO Bahagian. Jadi kita tidak perlu terperanjat beruk jika di bawah Akta Perhimpunan Aman 2011 ini, apabila KPD terima sahaja notis untuk berhimpun daripada gplongan yang kritikal terhadap kerajaan BN, KPD akan berlari jumpa pengerusi UMNO negeri untuk bertanya sama ada nak bantah atau tidak.

Maknanya tak ada beza kekangan berhimpun secara aman di bawah Akta Polis dengan Akta baru ini, malahan lebih teruk lagi. Irama tetap sama cuma liriknya sahaja yang berbeza. Saya difahamkan banyak ahli parlimen BN yang mengundi untuk Akta ini diluluskan adalah lulusan undang-undang. Sedihnya dia orang ini bukan sahaja loyar buruk tetapi lebih hampeh lagi ...... dia orang ini, loyar bodoh.

Hingga jumpa lagi, salam sayang dari Uncle B yang berpendapat tidak ada bezanya lembu berkaki 4 yang dilibatkan dalam skandal Perbadanan Fidlot Nasional (PFN) dengan lembu-lembu berkaki 2 PFN dan yang memberi RM 250 juta kepada PFN untuk beli lembu berkaki 2.

Byee!!!!!.