Wednesday 21 November 2012

KITA PUN AKAN MATI



Jam lebihkurang 7 pagi, Ahad 18 November 2012 di No.3, Jalan Cendana 12, Taman Rinting, Pasir Gudang, Johor, suami kepada anak perempuan sulung adik saya, meninggal dunia. Arwah Hanafi baharu lebihkurang 1 tahun 9 bulan bernikah dengan anak saudara saya Sabrina, yang sekarang sedang mengandung 4 bulan.

Arwah Hanafi, 27 tahun, meninggal dunia kerana something to do with heart failure. Kematian disebabkan oleh enlarged heart yang over exert semasa mengepam darah sehingga menyebabkan heart failure. Lebih kurang begitu kata post mortem report. Arwah tiada history of heart ailment maupun penyakit-penyakit lain. Hanya mungkin beliau agak overweight sedikit.

Ini bukan cerita fasal pemergian seorang ahli keluarga. Ianya sebagai peringatan kepada kita yang masih hidup, how frail life can be. Bahawa pada bila-bila masa, maut boleh datang menjemput tanpa mengira umur dan siapa kita.

Saya cukup faham kalau kita perlu bekerja untuk hidup. Kadang-kadang sehingga terlupa anak, bini dan keluarga apatah lagi menikmati sedikit kehidupan yang masih ada pada diri. Tapi saya kurang ariff kalau wang ringgit tak habis makan tetapi kita masih memburu harta sehingga sanggup makan orang.  Perlukah kita mati kerana kerja? Saya ....... ? Kalau cukup harta untuk membiayai keluarga udah lama saya berhenti kerja.

Pastinya, Islam tidak melarang kita menjadi kaya tetapi untuk apa kekayaan kita. Islam juga tidak melarang kita berkuasa tetapi untuk apa kuasa yang dikurnia Allah s.n.w. kepada kita. Adakah kuasa yang ada untuk mengumpul harta dengan cara menganiaya. Adakah harta yang ada untuk mengumpul isteri dan gundik dan berfoya-foya.

Masa masa begini apabila berhadapan dengan suasana kematian dan kesedihan sebegini rupa dalam keluarga,  baru kita sedar bahawa dunia ini sementara, bahawa semua yang kita miliki adalah pinjaman. Pada bila bila masa, semua yang kita miliki, boleh Allah lenyapkan atau kita dipanggil Allah untuk menghadapi perhitungan Nya. Jika sebegini kerdil dan sementaranya sifat kita, mengapa masih ada yang berjalan mendongak langit sehingga lupa rumput di bumi.

Salam sayang dari Uncle B, semoga Allah mencucuri Rahmat Nya ke atas roh arwah Hanafi. Byeee!!!!

Saturday 3 November 2012

KALAU DAH DASAR PENYAGAK

Saya berkenan sungguh dengan jawapan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz. Apabila isu beliau mengenali Michael Chia (skandal RM 40 juta) ditimbulkan di parlimen, beliau menjawab, “I know him, what’s wrong with that?” Apabila menepis dakwaan anaknya Nedim, menggunakan kenderaan Hummer milik Chia, selamba jawapan Nazri, “I don’t know that. You have to ask my son. It is between my son and Chia. If my son befriends Chia, what has that got to do with me? He is not below 21 years old. If Chia wants to give him a Hummer or a Ferrari, it’s Chia’s business. It’s not like he is giving it to me. I am the minister, not my son.

Oleh kerana jawapan ini bulat-bulat diterima pakai oleh boss Nazri dan MACC, maka betullah kata rakan rakan selama ini. Bahawa saya ini samdol.

Sepatutnya semasa saya bertugas dalam PDRM dahulu, saya tidak perlu takut untuk berkawan dengan tauke judi atau tauke ayam kangkang. Jika disoal oleh Cawangan Tatatertib PDRM atau Badan Pencegah Rasuah (sebelum glamer jadi MACC), beri aje jawapan songsang ala Nazri, “Ya, betul saya kenal tauke judi dan tauke betina, salah ke?. Mahu terkedu penyiasat tatatertib dan BPR dibuatnya.

Dan kalau isteri saya pulak dapat hadiah kereta mewah ke atau intan berlian berkepuk-kepuk, bagi selepuk lagi jawapan putar alam ala Nazri kepada pegawai penyiasat tatatertib dan BPR tadi, “Saya tak tahu. Itu kena tanya isteri saya. Itu antara isteri saya dengan tauke judi tu. Kalau isteri saya kenal tauke judi, apa kena mengenanya dengan saya. Isteri saya bukan budak kecil. Kalau tauke judi tu nak bagi isteri saya intan berlian ke atau kereta mewah ke, it tauke judi tu punya sukalah. Bukannya tauke judi tu bagi pada saya. Saya yang pegang jawatan pegawai pencegah kongsi gelap, maksiat dan perjudian. Bukan isteri saya”.

Apasal lah jawapan macam Nazri ni tidak diajarkan dan diterima pakai semasa saya bertugas dalam PDRM dulu. Jika tidak, tak perlulah saya jadi ketua jaga di shopping complex selepas bersara.

Jawapan Nazri ini mengingatkan saya kepada cerita seorang Khalifah Islam (tak pasti sama ada Saidina Abu Bakar atau Omar) yang isterinya menerima hadiah barang kemas berharga daripada seorang Ketua Negara Asing yang mengunjungi Khalifah. Isteri khalifah bertanya, “Bolehkah saya menerima barang barang ini?”. Jawap khalifah, “Jika anda bukan isteri seorang khalifah, adakah anda akan menerima hadiah sebegini rupa?”

Hingga jumpa lagi, salam sayang dari Uncle B, yang tetap ingat pesanan orang kampong, “You Must Not Only Be Clean, You Must Also Be Seen To Be Clean”. Cuma penyamun aje yang tak reti bahasa. Byeee!!!

Wednesday 31 October 2012

KALAU YE PUN MUKA TARPAL



Petang 31 Oktober 2012, lebihkurang jam 6 petang, saya dalam perjalanan balik ke rumah dan sedang membelok ke kiri untuk masuk ke NPE dari Jalan Abdullah Hukum, berhampiran tapak satu lagi projek shopping complex yang akan menyesakkan lagi trafik di Kuala Lumpur (projek KL Eco City), sebuah tren Komuter KTM bergerak laju di sebelah kiri saya menuju KL. Tren enam gerabak yang baru nampaknya, sebab masih terpancar lagi “newness” nya. Maklumlah di Malaysia, di mana budaya “maintainance” adalah sesuatu yang pelik, benda baru akan tertonjol dengan lantang di antara harta benda dan bangunan kerajaan yang tidak terurus.

Lazimnya, kalau ternampak komuter canggih macam ni, tiada apa-apa riaksi dari saya, yang negatif maupun positive. Maklumlah, saya tinggal di Malaysia, sebuah negara maju, yang serba serbi canggih manggih. Ada multimedia super corridor, ada cyber city pertama di dunia, SMART TUNNEL dan bakal ada tren super laju dari KL ke Singapura. Lainlah kalau saya tinggal di Bandung,, yang warganya akan terperanjat beruk kalau nampak Monorail kita.

Kali ini berbeza sedikit apabila tren komuter ini bergerak pantas di kiri saya. Darah saya naik dan tak cukup jari tangan dan kaki untuk mengira perkataan carut marut yang terkeluar dari mulut saya. Bukan sengaja tetapi expletives ini terkeluar secara spontan. Macam orang latah kena sergah.

Kenapa? ......... Sebab saya ternampak gambar Najib Tun Razak terpampang di badan coach coach komuter tadi dengan perkataan, “Kami Mendengar” ditulis di tepi gambar-gambar tersebut. No komen mengenai hal ini, sebab komuter ni Khazanah punya, Khazanah, kerajaan punya, kerajaan, BN punya dan duit kerajaan, BN fikir dia punya.

Yang saya hairan, kenapalah saya meluat sangat dengan PM kita yang sorang ni. Najib tak pernah buat salah dengan saya. Bahkan kami tidak pernah berjumpa pun, sama ada di alam nyata atau alam siber. Jadi mengapa saya mesti menyampah dengan Najib hingga tengok gambar dia pun, tak lalu.

Barangkali saya takut negara akan bengkrap kalau Najib dan konco-konconya terus memerintah. Bimbang anak, cucu dan cicit saya, akan mewarisi Malaysia yang tinggal abuk dan hampas suatu hari nanti. Sedangkan suku sakat depa “lari” ke luar negara dan hidup mewah dengan harta betul dan tak betul yang terkumpul semasa Malaysia sedang kaya raya dan atuk nenek mereka memerintah. Entahlah!!

Hingga jumpa lagi, salam sayang dari Uncle B, yang kini dan selamanya (bukan dulu) hidup dan matinya di Malaysia kecuali Singapura nak terima uncle balik atau saudara mara di Indonesia ajak temankan mereka. Byeee!!!!

Sunday 28 October 2012

APA DAH JADI



Sembahyang Eidil Adha yang baru lalu mengajar saya dua perkara. Pertama, apabila mengaminkan bacaan Al-Fatihah dan doa imam, para jemaah mengaminkannya dengan satu suara. Suara umat Rasullullah s.a.w. bukan suara PKR, UMNO atau PAS. Untuk seketika barangkali (dan menjadi harapan saya) jemaah menyangkutkan topi PAS, UMNO dan PKR mereka di luar masjid. Tidak terfikir agaknya di benak mereka untuk menang pilihan raya, jadi wakil rakyat, jadi menteri dan menghabiskan duit rakyat untuk kepentingan peribadi atas nama pembangunan negara. 

Sayang sekali, ini cuma impian saya, kerana mustahil pisang boleh berbuah dua kali. Kalau ustaz dan ustazah pun boleh dipergunakan untuk kepentingan politik, tidak menghairankan jika sampai kiamat pun orang Islam di Malaysia akan berhadapan dengan Hudud PAS dan Hudud UMNO, bukan Hudud Islam. Dan selagi itu kaum bukan Islam Malaysia akan terus menghina Islam kerana walaupun ada melayu Islam yang ada kuasa, mereka bacul untuk mengajar orang yang meludah Islam. Kini baru saya faham tempelak arwah abah, “Orang melayu cuma berani dengan bangsa sendiri tetapi menikus dengan bangsa lain”.

Kebetulan Hari Raya Eidil Adha tahun ini jatuh pada hari jumaat. Jadi saya sembahyang raya dan sembahyang jumaat pada hari yang sama. Kedua-dua sembahyang ini saya lakukan masing-masing di dua buah masjid yang berhampiran dengan tempat tinggal saya di Subang Galaxy/Kampong Melayu Subang. 

Suatu masa dahulu, semasa sembahyang hari raya atau sembahyang jumaat, saf-saf di kiri, kanan, hadapan dan belakang saya akan dipenuhi oleh orang malaysia. Apabila keluar masjid, saya akan dikelilingi oleh orang malaysia. Lapang dada dibuatnya kerana melihat sahaja muka muka yang berada di sekeliling, saya yakin saya berada di Malaysia.

Hari ini saya kena tepok dahi dan gosok mata berkali-kali untuk mempastikan yang saya benar-benar berada dalam sebuah masjid di Malaysia dan bukan di Bangladesh atau Indonesia. Apa tidaknya. Apabila duduk di saf, di kiri Bangla, di kanan Bangla. di hadapan Indon, di belakang suara Indon. Agaknya kalau masuk pegawai-pegawai imigresen beruniform untuk solat, sekelip mata aje masjid jadi kosong. Itu alright lagi, apabila keluar masjid, nasib baik jantung saya ok. Saya dikelilingi oleh suara suara asing dan muka muka asing. Untuk seketika saya cemas dan terperanjat beruk kerana terfikir, bagaimana saya yang sembahyang di sebuah masjid di Malaysia , tiba-tiba boleh berada di Bangladesh.

Saya tak nak komen apa-apa. Cuma nak tanya sikit, apa dah jadi dengan Program 6P, Kementerian Dalam Negeri, yang telah menghabiskan berjuta ringgit duit rakyat untuk mengkayakan orang tertentu yang diberi lesen untuk mendaftarkan PATI. Kalau ia pun nak menang pilihanraya, bukan dengan mengadaikan keselamatan negara.

Hingga jumpa lagi, salam sayang dari Uncle B, yang tidak terperanjat suatu masa dahulu kerana setiap jumaat, imam berkhutbah dalam bahasa Portuguese dan Uncle dikelilingi oleh Awang Hitam sebab Uncle memang bukan berada di Malaysia. Byeeee!!

Sunday 21 October 2012

TAK SUSAH NAK JADI KAYA



Amalan sekarang, penguatkuasaan undang undang jalanraya dilakukan oleh PDRM dan JPJ. Jika bantuan teknikal yang canggih diperlukan untuk melaksanakan tugas ini, organisasi berkaitan akan membelinya dari peruntukkan tahunan masing-masing. Pesalah trafik akan disaman sama ada secara terus atau melalui pos (saman ekor). Bagi kes-kes yang boleh kompaun, jika merayu pada pegawai polis atau JPJ yang berkuasa, ada peluang bayar kompaun yang minima, serendah RM70 daripada RM300 maksima kerana memandu laju.

Undang-undang dikuatkuasakan, pesalah bayar saman. Tak kiralah kita bayar minima atau maksima ke, duit bayaran saman tetap 100% masuk ke dalam perbendaharaan negara dan bukan poket PDRM atau JPJ. Tak ada penyamun kolar putih yang menangguk di air keruh.

Terkini, kerajaan has had enough dengan pesalah-pesalah jalan raya. Tidak menghairankan kerana pemandu malaysia memang dah terkenal di peringkat antarabangsa sebagai antara yang paling kurang ajar dan tidak reti bahasa di dunia. Tiada maaf bagi mu. Langgar lampu merah, mesti bayar denda maksima RM300 dalam tempoh 5 hari.

Untuk tangkap pelesit-pelesit jalanraya ini, kena pakai kamera canggih (AES). Gambar yang dirakam oleh kamera akan pergi ke JPJ, pegawai JPJ akan sahkan pemilik kenderaan dan hantar saman pada pelesit terlibat. Pelesit pula akan pergi jumpa polis untuk bayar saman maksima yang dikenakan. Denda maksima RM300 yang dibayar akan masuk ke dalam dana kerajaan. Kerajaan boleh tambah duit tabungan, kesalahan jalan raya boleh kurang. Cantik!!

Yang musykilnya, kenapa sistem AES ini mesti dikonsesikan kepada dua buah syarikat swasta yang saya dengar ada kaitan dengan pemerintah. Lepas tu pulak, bagi setiap saman yang dikeluarkan, syarikat swasta ini akan dapat RM16. Tu yang bagusnya kenal orang BN ni. Boleh jadi kaya atas angin.

Bayangkan. Kroni beli peralatan AES. JPJ buat kerja untuk sahkan pesalah, polis buat kerja untuk kutip saman tetapi kroni goyang kaki, sakau RM 16 setiap saman pada peringkat pertama perlaksanaan sistem, kongsi 50-50 dengan kerajaan, jumlah saman yang dibayar pada peringkat kedua dan pada peringkat ketiga, kongsi 75-25, dengan hanya 25% untuk kerajaan. Jadi AES ini bukanlah ikhlas untuk mendahulukan keselamatan rakyat tetapi untuk mengkayakan rakan taulan.

Kalau ini cara terbaik mengurus kesejahteraan rakyat kenapa tidak PDRM itu sendiri diswastakan. Kalau ada shopping komplex atau kawasan perumahan nak jaga keselamatan komplex/perumahan dia orang, panggil PDRM yang telah diswastakan. Komplex bayar RM15 sejam (sebab ada kuasa polis), pemegang konsesi PDRM dapat RM5.

Kalau ada makhluk yang tidak nampak apa yang sedang berlaku, too bad, so sad, kerana itu bermakna sama ada anda buta, celik tapi buta atau sememangnya anda bebal walaupun ada ijazah phd.

Hingga jumpa lagi, salam sayang dari Uncle B, yang akan dulu, kini dan selamanya UMNO, jika dianugerahkan kontrak bekal stationeries kepada PDRM.
Byeee!!

Thursday 18 October 2012

SEX STORIES



Deputy Information, Communications & Culture Minister, almost had my sides splitting from laughter and the rolling around on the floor when he urges the malaysian government to punish Alvin Tan Jye Yee and his partner, Vivian Lee for “tarnishing the country’s image” and bringing down “the country’s morals”. “They washed our dignity down the drain”, the deputy minister added. So reported the Malay Mail of 18 October 2012.

What did Alvin and Vivian do that makes the minister so angry? They uploaded their sex life stories and escapades complete with photos and videos on the web.

No comment on whether what these two kids did was right or wrong. Hellooo!! Mr.Deputy Minister. Just look around your cabinet colleagues and senior government servants lah. Look at the unethical conducts displayed and the deeply rooted corruption all around you. Ini macam ada baik punya morals kah, ada dignity ke ini macam and do you really think malaysia has a shining reputation? Duhhh!!!

On a sexually happier note, a local daily reported that a 94 years old man from India became the world’s oldest dad, when he fathered his second child with his 54 years old wife.

It seems that this grandfather was the envy of his neighbours because of his sexual prowess. According to this gentleman, he had sex between, ........ get this,............. 3 to 4 times a night. OMG!!! What I will give to have this capability again.

That said, I just can’t help wondering what sort of sex this 94 years old man and his 54 years old wife had, 3 to 4 times a night. Was it the kind that will have fireworks exploding all around the bedroom while you are at it or is it just the poke poke shove shove, wham bang thank you mame kind. Emmm.  

My hope is that the BN led government will provide a few million ringgit to researchers from our local universities to meet this 94 years old father and study what sort of lifestyle, what food he eats and what sort of exercises he does daily, to be able to maintain his libido and keep it up that long.

If the BN led government can throw money around like it’s nobody business, why not throw money around for a good cause. After all, a sexually satiated population who does it every night, will not have the time and inclination to participate in street demonstrations.

Until we meet again, allow Uncle B to bragged a bit. Uncle’s record was 7 times a night, that was 3 years into Uncle’s marriage and has not seen the Mrs for 14 days. And there was fireworks in the room all night long. Uncle still keeps the hotel receipt for rememberance, because, until today, still cannot repeat the feat. Byee.

Monday 15 October 2012

BAB ASMARA PUN MALAYSIA KALAH



Kalau samplingnya mewakili semua strata wanita dan lelaki Malaysia dan confidence indexnya tinggi, maka Durex Sex Survey terkini, membuktikan bahawa Malaysia sedang dalam perjalanan jatuh ke dalam longkang. Udahlah ranking bola sepak negara setaraf dengan Papua New Guinea, status ekonomi kita menghala ke Greece dan dah hampir dengan Sepanyol, bahkan dalam hal-hal bilik tidor dan bab romen beromen pun kita corot. Kita kalah dengan jantan Singapura.  

Akhbar The Star, 14 Oktober 2012, membentangkan hasil Durex Sex Survey yang menunjukkan bahawa lelaki Malaysia hanya mempunyai purata 3 rakan sex sepanjang hidupnya sementara lelaki Singapura mempunyai 16 teman tidur wanita. Ceh!! cekai betul lelaki Malaysia, kalah 6 kali ganda dari mamat Singapura dalam bab menelanjangkan wanita. Nasib baik gua dibesarkan di Singapura. Sebelum anda mendabik dada mengatakan itu bermakna lelaki Malaysia lebih setia kepada teman wanitanya berbanding lelaki Singapura, cuba renungkan statistics berikut.

Survey menunjukkan bahawa wanita Malaysia berada di tangga ketiga (39%) di dunia dari segi berlaku curang (unfaithful) terhadap teman/suami mereka. Di tempat kedua wanita Thai, sebanyak 59% dan di tempat pertama, wanita Russia dengan sebanyak 62% telah sexually unfaithful terhadap partners mereka.

Kesimpulan yang boleh dibuat. Pertama, 39% wanita Malaysia pernah curang terhadap teman lelaki mereka. Maknanya mungkin lelaki Malaysia elek teknik berasmara lalu gagal menyeronokkan teman wanita mereka di ranjang. Itu sebab wanita malaysia cari jantan lain. Kedua, lelaki Malaysia kurang skill katil dan tidak pandai ayat-mengayat maka mereka cuma mampu ada 3 sex partners sahaja in their (malaysian men) life time berbanding lelaki Singapura dengan 16 sex partners. Ternyata dalam kesemua bidang, sukan ke, ekonomi ke, kewibawaan parlimentarians kita ke sehinggakan ke bidang memutihkan mata wanita dan buat mereka merengek pun, kita berada at the bottom of the barrel.

Hingga jumpa lagi, selamat mencari dari Uncle B, yang hairan. Kalau 4 daripada 10 wanita Malaysia pernah curang, kenapa lelaki Malaysia ada 3 sex partners aje in their lifetime dan kenapa payah sangat Uncle nak terserempak dengan wanita-wanita gersang ini.

Byeeee!!

Saturday 13 October 2012

APA SPAD BUAT



Apabila diarah untuk ke Pulau Pangkor pada isnin 8 October lalu kerana tugasan memerhatikan anak buah-anak buah yang sedang mengikuti program team building, saya memilih untuk menggunakan pengangkutan awam. Tiada agenda tersembunyi kecuali ingin melihat sendiri sejauh mana hebatnya Puduraya yang telah di renovate dengan kos RM52.7 juta wang rakyat. Mungkinkah pelawat dari Singapura, Indonesia dan Thailand cemburu melihat kehebatan terminal pengangkutan awam darat kita?

Sampai di Puduraya jam 7:15 pagi. Dari luar tak ada perbezaan pun dengan Puduraya lama kecuali sedikit façade decorative works. Macam tempelan make-up pada muka wanita yang sememangnya tak lawa. Sebelah dalam, overall layoutnya masih macam dulu. Setakat tambah hawa dingin aje, pencahayaan yang lebih terang dan setakat ini bersihlah sikit. Gerai gerai dan shoplotsnya masih di takuk lama lagi. Dan ulat tiket masih berkeliaran.

Dengan belanja RM52.7 juta, saya membayangkan terminal bas ala terminal KLIA. Ada kiosk jualan yang berjenis sikit design dan bahan jualannya, ada food court yang bawa orang kampong makan pun tak segan. Ada tiketing booth, information counter, check in counter, bus departure and arrival monitors, PA system untuk pengumuman pelepasan dan ketibaan serta TV besar untuk penumpang yang menunggu bas. Pendek cerita, saya menjangkakan sebuah terminal bas yang mencerminkan tahap profesionalisma dan efisiensi yang tinggi. H

Hampeh!. Tak ada kelas lansung. Kalau zaman saya sekolah dulu, Puduraya yang telah dibaikpulih dengan kos RM52.7 juta ini layak dikategorikan sebagai hub pengangkutan darat kelas kambing sahaja. Tinggi kebarangkalian kontraktor “terpilih” yang telah diberi anugerah oleh menteri kewangan malaysia untuk membaikpulih Puduraya, telah membeli kondominium dan kereta mewah dengan duit rakyat sebanyak RM52.7 juta itu. After all, kalau tauke lembu boleh buat, takkan kontraktor Puduraya tak boleh buat.

Saya menaiki bas Plusliner ke Lumut. Fikir saya, mustahil negara kita yang lebih maju dari Africa Selatan, tidak dapat menyediakan perkhidmatan bas yang tidak akan membuat berbulu hati saya menaikinya. Saya bayangkan duduk dalam bas 26 seater, yang kerusinya empok, luas dan sebesar punggung heroine filem hindustan. Ada onboard entertainment console di setiap seat atau sekurang-kurangnya ada TV tergantung dengan individual headphones. Saya juga jangka ada stewardess dan ada light refreshment macam bas Inter Liner Johannesburg ke Cape Town.

Jangkaan saya meleset. Kerusi sempit, handrest sebelah aje. No TV, no stewardess, no bantal and no selimut untuk perjalanan sejauh 4 jam. Nama aje glamour tapi standard macam bas awam di Angola, tahun 1998. Bagi orang yang tak biasa dengan the best in bus travel, mungkin tak jadi kudis tetapi bas yang saya naiki, koman spanar betul. Satu padanan yang cantik. Bus terminal kelas kambing dengan bas antara bandar koman spanar.

Jumpa lagi dan salam sayang dari Uncle B, yang sampai hari ini masih tidak faham apa yang menteri menteri dan pegawai pegawai tinggi kerajaan kita pelajari melalui lawatan lawatan sambil belajar ke luar negara yang kerap mereka lakukan kalau infrastructure awam kita, masih kelas kambing lagi. Sama ada yang pergi lawatan sambil belajar tu bengap atau mereka dari jenis bodoh yang tak boleh diajar. Wassalam.

Wednesday 10 October 2012

I AM BACK



Rakan sekerja, Kenny Tan, minta saya hidupkan balik KACA MATAKU. Katanya walaupun tak ada orang nak baca blog saya, at least, ianya tetap satu rekod apa yang saya lihat, dengar dan fikirkan sepanjang hidup di bumi Allah ini. Mana tahu, satu hari nanti ia akan berguna sebagai bahan rujukan, bagaimana Malaysia tergolek anjing di pentas dunia, jika pimpinan negara terus seperti sekarang. Anda tahu apa yang saya maksudkan. 

Kenny Tan ni anak Cina. Saya tidak pernah melihat dia sebagai seorang Cina kecuali seorang warga malaysia dan saya percaya begitu juga pandangan dia terhadap saya. Yang utama, kami boleh cari makan dan hidup selesa di negara ini tanpa diskriminasi kaum kerana kemiskinan dan kekayaan sebenarnya tidak kenal siapa melayu, cina atau india. Politik Malaysia lah yang telah mengkronikan kekayaan tanpa mengira kaum, sebab itu kita ada kroni cina yang kaya raya, kroni melayu yang jutawan dan kroni india yang mampu terbang first class ke india ikut suka hati dia untuk beli saree isteri.

Bagi Cina, Melayu dan India yang terkial-kial untuk hidup dan menghidupkan keluarga mereka di bumi bertuah ini, isu perkauman tidak pernah menghantui mereka. Yang tidak habis-habis mengatakan Cina curi tanah melayu, melayu ambil hak Cina dan india tersepit di tengah-tengah, adalah politikus-politikus melayu, cina dan india yang memomokkan kaum lain di mata kaum masing-masing, semata-mata untuk memastikan yang mereka (politikus) terus memerintah dan kaya raya. Di hadapan kaum masing-masing berapi-api mengutuk kaum lain tetapi di belakang pentas, mereka berpelukkan macam abang adik sambil mengagih-agihkan laba yang disonglap dari Cina Bukit, Melayu Kampong dan India Estet yang mengundi mereka ke Putrajaya.

Saya telah bertanya kepada sekumpulan 10 orang staff saya. "Katakan dalam sebuah kampong yang kesemua penghuninya adalah beruk, diadakan pilihan raya memilih ketua kampong. Ada dua calon bertanding. Seorang manusia dan seekor beruk. Siapa agaknya yang akan terpilih untuk jadi ketua kampong". Secara spontan dan sebulat suara, tanpa teragak-agak, semua menjawab. “Beruk”. 

Jawapan spontan dan ikhlas ini membuat saya terfikir. Barangkali kalau 40 penyamun dalam cerita Ali Baba dan 40 Penyamun diminta memilih seorang ustaz dan seorang perompak sebagai ketua baru, pasti mereka memilih siperompak sebagai pemimpin mereka.

Justeru, kalau selepas PRU 13 nanti, beruk dan perompak yang bersidang di Parlimen, adakah itu bermakna majoriti rakyat Malaysia adalah dari kaum beruk dan penyangak juga. Fu fikirlah sendiri!!!

Salam dari Uncle B, peminat siri filem Planet Of The Apes kerana ia mengajar kita berhati-hati dalam setiap tindak tanduk kita hari ini. Jangan sampai satu hari nanti Malaysia diperintah oleh beruk, siamang, orang hutan dan gorilla.

Wednesday 23 May 2012

RUNNING DOGS


Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), ”terperanjat” dan “confused” dengan tindakan bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM, Datuk Fauzi Shaari menyertai PAS.

Saya sendiri tidak terperanjat kerana keterperanjatan (perkataan melayu yang telah di inggeriskan) dan ke”confused”san” saudara presiden PBPM di atas keputusan Datuk Fauzi menyertai PAS dan bukan UMNO. Bukan sahaja pegawai-pegawai PDRM banyak yang suka terperanjat dan confused sehingga terbawa-bawa hingga ke lepas bersara, bahkan pegawai-pegawai ajensi kerajaan yang lain pun, saya perhatikan, ramai yang dari jenis yang mudah terperanjat dan confused.

Tanah runtuh, terperanjat macam mana boleh runtuh, bas terbalik,  pun terperanjat, macam mana boleh accident, banyak anak gadis boncit perut tanpa bapak yang sah di segi syarak, lagi terperanjat. Lepas terperanjat, confused lah pulak, tak tahu apa nak buat kecuali tubuhkan Jawatankuasa Siasatan. Sepuluh kali bas menjunam masuk gaung, sepuluh kali tubuhkan Jawatankuasa Siasatan. Sedihnya, bas masih lagi terbalik sebab recommendations jawatankuasa siasatan setakat menghiasi kertas dan perabiskan ink printer aje. Sementara itu nyawa rakyat terus melayang.

Kalau kita lungguk perangkaan yang ada, saya pasti kita akan dapati ramai pegawai-pegawai kanan kerajaan, tak kira polis atau bukan, yang menyertai pembangkang selepas bersara. Segelintar kecil ini, seperti Datuk Fauzi, adalah mereka yang sukar nak terperanjat atau confused semasa dalam perkhidmatan kerajaan dahulu. Itu sebab apabila mereka bebas dari belenggu perkhidmatan kerajaan, mereka menyertai perjuangan parti pembangkang demi menyelamatkan negara daripada lanun-lanun dan penjarah-penjarah yang pijak semut pun tak mati. Mereka sukarela menjadi ahli DAP, PKR atau PAS kerana mereka tahu UMNO Untuk Melayu No Otak.

Apabila Parti Komunis Malaya gelar polis Malaya zaman penjajah inggeris dahulu, Running Dogs, ramai yang marah. Apabila Anwar Ibrahim kata polis zaman merdeka, anjing, Rahim Noor tumbuk mata Anwar sampai lebam. Anjing peliharaan ni, dia ikut aje kata tuannya. kalau tuannya suruh attack, walaupun sasarannya adalah emak tuannya sendiri, anjing tersebut akan attack, sebab boss dia dah arah attack. 

Saya pun selama 34 tahun pernah masuk dalam kennel yang sama tetapi jenis anjing degil yang tahu membezakan right and wrong. Tak percaya? Cuba tanya 2 inspektor (sekarang dah jadi pegawai besar polis) dan 6 orang anggota pangkat rendah, polis KL, yang Ketua jabatan Siasatan Jenayah KL ketika itu, hendak sumbat di Pulau Jerejak dengan menggunakan Ordinan Darurat 1969, which is not the right avenue to use in that particular case. Saya “memperjuangkan’ kes pegawai-pegawai ini dari peringkat Pengarah JSJ sehingga ke peringkat Senior Federal Counsel, Kementerian Dalam Negeri. Saya menang. Time tu, pangkat saya Chief Insp aje. Jadi tolong jangan kata saya pun pernah jadi running dog juga. Itu sebab bila pencen, tak gemuk.

Jadi kenapa saudara presiden Persatuan Bekas Polis dan Rahim Noor nak heboh-heboh Datuk Fauzi Shaari menyertai PAS. Cuba mentelaah balik Perlembagaan Persekutuan yang memberi kebebasan untuk mana mana individu menyertai apa apa pertubuhan yang mereka mahu asalkan pertubuhan halal. Perlembagaan dalam bahasa melayu pun ada kalau tak faham bahasa Inggeris. Kalau tak mahu Datuk Fauzi menyertai PAS, suruh kerajaan pimpinan BN haramkan PAS atau hapuskan aje semua individual rights yang telah dijamin oleh Perlembagaan. Kemudian perintahlah Malaysia sehingga dunia kiamat. Habis cerita.

Hingga jumpa lagi, satu pesanan dari Uncle B. Lebih baik jadi siamang daripada jadi orang-orang kerana siamang walaupun binatang, tetap ada otak dan boleh bergerak-gerak tetapi orang-orang nampak aje macam orang tetapi terpacak tengah sawah, kaku, bisu,beku, buta dan tuli.

Byee!!!!!  

Saturday 19 May 2012

BERI SESUDU SAPU SEBELANGA


A good friend of mine, FWK, emailed me this interesting reflection of how things are in BolehLand. I don’t know whether this episod really transpires in our august House of Clowns or it’s just a joke. Either way, it paints a true picture of the integrity of our political leaders. Here goes the story:-

In our Parliament recently, an UMNO MP during his speech told a story.

"There was a father who gave RM100/- each to his 3 sons and asked them to buy things and fill up a room completely.

First son bought hay for RM100/-  but couldn't fill the room entirely. Second son bought cotton for RM100/- but couldn't fill the room entirely. 

Third son bought a candle for RM1/- and lit it up and the room was filled with light completely."

The proud UMNO MP declared: "Our Prime Minister NAJIB is like the third son. From the day he has taken charge of his office, our country is filled with the bright light of prosperity."

A voice from the backbench asked, "Where is the remaining RM99/- ?
Now the whole nation is asking this same question!!

As the above anecdote happens in Malaysia, The Bolehland, permit me to add my take of the story. Here goes:-

The father gave RM100/- each to the 3 sons, making a total investment of RM300/-.  Do you know where the father got the money from? He took it by deceit from the poor malaysian rakyat.

The third son brought a candle for RM1/- and pocketed the balance of RM99/- which the father ripped from the rakyat’s pocket. The 3rd son lights up a candle which fills up the room with light. Unfortunately the room is the 3rd son’s room. So the 3rd son’s room is filled with light while the rakyat who voted the family into power, thus making the family rich and powerful, remains outside in the darkness.

Meanwhile the 1st and 2nd sons sold the hay and the cotton which was brought with the rakyat’s money, for a handsome profit and proceeded to buy a candle each to light up their rooms.

The morale of the story? This is Malaysia, where facts become fiction and fiction is fact and the impossible is possible.

Until the next time. Cheerio!!!.

Monday 14 May 2012

HOW LOW CAN YOU GO


Tindakan kerajaan semenjak dua menjak ini saling tak tumpah macam reaksi orang yang hampir lemas. Capai apa sahaja yang berhampiran, tak kira gabus botol wine ke, sabut ke, straw mahu pun sehelai jerami padi. Asalkan tidak tenggelam ke dasar laut dan mati.

Mula mula ustaz-ustaz lembu cucuk hidung diperkudakan. Lalu keluarlah fatwa Jawatankuasa Fatwa Majlis Islam Kebangsaan bahawa menghadiri perhimpunan awam, hukumnya haram. Nasib baik tokoh-tokoh agama Buddha, Hindu atau Kristian tidak tumpang sekaki dan turut jatuhkan hukuman bahawa it is a sin to attend a rally.

Dalam islam, apa yang boleh atau tidak boleh dilakukan ditentukan oleh apa yang termaktub dalam Al Quran, jika tidak jelas dalam Al Quran, dirujuk pula kepada Sunnah Rasullullah s.a.w. Jika masih lagi kabur, maka kita buat ijtimak ulama (bukan ular mamak). Tetapi bukankah ijtimak ulama ini harus melibatkan ulama Islam sedunia kerana Islam adalah satu agama universal. Bukan main buat fatwa syok sendiri aje atas titah perintah pemimpin yang zalim.
Apa yang berdosa bagi orang Islam di Malaysia, lantas berdosa juga jika perkara yang sama dilakukan di mana-mana pun di alam fana ini. Jangan main ikut Pak Arab, Arab Saudi, yang telah menfatwakan perhimpunan awam sebagai haram.  

Tak cukup dengan memperalatkan agama, karya seni P.Ramlee juga turut dinodai. Salah satu propaganda BN yang disiarkan oleh steysen radio RTM melibatkan satu scene dalam filem Anak Ku Sazali di mana si ayah sedang melahirkan rasa kecewanya terhadap tingkah laku anaknya Sazali. Dalam iklan propaganda ini, dailog antara anak dengan ayah diubah kepada kekecewaan kedua-dua anak beranak kerana perhimpunan BERSIH 3.0 telah menyebabkan huru hara (kononnya) dan kerugian berjuta ringgit. Ini kira ok lagi. Tetapi apa yang membuat saya menyirap ialah apabila si anak memberitahu ayahnya, “Ayah, saya tidak akan berkiblatkan orang yang rosak moralnya.

Uggk! alahai. Mengata dulang paku serepeh, mengata orang awak yang lebih. Baik sangat ke moral pemimpin pemimpin UMNO, MCA dan MIC yang ada? Sekor main anak gadis bawah umur, seorang apek di filemkan dalam adegan oral sex dengan girlfriendnya, sorang lagi terlibat dalam politik wang (rasuah lah tu) dan yang paling buruk kelaku ialah boss dia orang, yang sanggup sapu bini orang dan anak dara orang.

Kalau tindakan-tindakan di atas paling tak gentleman dan keji, barua barua BN ini sanggup menyelam ke lubuk najis dan tergamak mengheret seorang nenek ke kaca TV untuk menangis-nangis, merayu anak derhakanya, Azmin Ali, pulang ke pangkuan keluarga. How low can you go?  Sebelum ini, disebarkan video Azmin Ali beromen. Agaknya bila didapati, tak seberapa impaknya terhadap masyarakat yang telah muak dengan strategi murahan BN ini, mereka gunakan pula anak nenek, mak bapak dan sanak saudara musuh mereka.

Inikah jenis manusia yang nak kita pilih memimpin negara, itu pun kalau mereka layak dipanggil manusia lagi?

Hingga jumpa lagi, salam dari Uncle B, yang  selalu terfikir bahawa “Lebih banyak kemanusiaan dalam binatang di hutan berbanding haiwan yang menyamar sebagai manusia. 

Byee!!!

Wednesday 9 May 2012

CATCH 22


Semasa kecil saya cukup minat menonton filem koboi especially kalau John Wayne berlakon. Seperti juga hari iini, dalam filem filem tersebut, matsalleh adalah hero dan penegak keadilan dan righteouness sementara puak red indian adalah orang jahat dan savages.

Dalam filem-filem koboi lama ni, lazimnya mesti ada scene perundingan antara red indian dengan koboi yang ingin kelepet tanah red indian untuk dibangunkan. Itu Amerika tahun 1800an. Walaupun rundingan berat sebelah tetapi masih lagi ada rundingan. Hari ini lain. Untuk rampas hasil minyak sesuatu negara, US akan bonekakan pemimpin negara tersebut atau mereka bom dulu, kemudian jajah by proxy. Kebiasaannya mereka bom dulu, kemudian gantung atau tembak mati pemimpin asal yang enggan ikut telunjuk AS, lepas itu mereka letak boneka AS untuk memerintah. Cuba tengok Iraq, Afghanistan, Libya dan hampir kesemua negara Timur Tengah. Kesemuanya adalah jajahan AS by proxy.

Berbalik kepada babak table talk antara red indian dengan koboi. Selalunya ketua puak red indian akan kata kepada delegasi koboi, “White men speaks with forked tongue”. Dimelayukan, “Orang putih bercakap dengan lidah bercabang”. In short, kaki penipu, pembelit dan putar alam lah tu.

A long, long, long, long time ago, saya yakin matsalleh ni, terutama yang dari US, memang lidah bercabang. Saya anggap orang melayu tidak akan tergamak cakap berbelit-belit. Sebab orang melayu khabarnya kaya dengan budi bahasa, lemah lembut, bersopan santun, mentelah lagi berugama islam. Rupa rupanya andaian saya meleset.

Akhbar MCA, The Star bertarikh 7 Mei 2012 di mukasurat 4, melaporkan Najib anak Razak sebagai berkata, “Rallies are OK as long as no law is broken”. Dei!! Najib, ini apa cerita. Macam mana nak tahu sama ada sesuatu perhimpunan akan memecahkan keamanan awam/undang-undang atau tidak, jika in the first place, hak mereka untuk berkumpul secara aman di tempat awam pilihan mereka disekat. Dengan cara yang unethical pulak tu.

Boleh berkumpul kata kerajaan tetapi berkumpul dalam hutan belantara. Antara matlamat sesuatu perhimpunan adalah untuk menyampaikan mesej kepada seberapa ramai rakyat yang boleh dengan cara yang cepat lagi berkesan. Di Malaysia, negara yang mengaku islamic, oleh kerana orang BN fikir RTM itu milik emak bapak dia orang, maka puak yang ingin mendedahkan pekong kerajaan tidak akan diberi ruang untuk menyiarkan pandangan mereka. Kalau sampaikan mesej kepada beruk, gajah, ungka, tenuk, rimau dan babi hutan, apa ke jadahnya.

Di sinilah nampak sangat pembelitnya manusia yang memimpin negara kita ini. Boleh berhimpun asalkan tidak melanggar undang-undang. Macam mana nak tahu perhimpunan tu akan langgar undang-undang atau tidak, kalau tidak dibenarkan berhimpun terlebih dahulu.

Supaya mudah difahami, cuba renungkan. Macam mana nak tahu seorang perempuan itu hebat di ranjang dan amat memuaskan kalau tidak di XXX dahulu tetapi tidak boleh di XXX dahulu kalau belum nikah. Susahkan.

Salam sayang dari Uncle B, yang cukup benci dengan jenis manusia yang suka picit picit buah tomato di supermarket untuk test ranum ke tidak.

Byeee!!!!!

Sunday 6 May 2012

LIKE FROG UNDER COCONUT SHELL


Perkara yang paling menjengkelkan mengenai kebanyakkan orang Malaysia terutama sekali para pemimpinnya, ialah apabila dibangkitkan kelemahan-kelemahan yang ketara, bukannya mahu mengakui kelemahan-kelemahan tersebut wujud tetapi sebaliknya menyerang si penyampai khabar dan mengambil langkah “katak bawah tempurong”, - Ini dunia yang aku tahu dan dunia aku adalah betul sebetul-betulnya”.

A case in point. Saya puji sistem pengangkutan awam darat (SPAD) Singapura yang efisien berbanding Malaysia yang keliru maru. Jawapannya, Singapura kecil berbanding Malaysia. Apabila dihadkan perbandingan kepada SPAD Singapura lawan SPAD Lembah Klang atau lawan SPAD Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang cuma 94 km persegi luasnya berbanding Singapura, retortnya lagi hamlau. Kalau Singapura bagus sangat, baliklah ke Singapura, kenapa menetap di Malaysia. Ini yang saya maksudkan mentaliti frog under coconut shell. kalau begini caranya, BN memerintah sampai kiamat pun Malaysia takkan dapat status negara maju. Kalau dapat pun setakat pada nama aje, isi elek.

Itu sebab daripada 208 negara dunia yang diranking oleh FIFA, Malaysia corot di kedudukan 156, bawah dari atau hanya mampu cium bontot Bangladesh dan Surinam. Dua negara yang tak pernah pun terdengar fasal kebolehannya menendang bola. Macam mana tidak begini jadinya kalau presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan sendiri kena gantung minima 18 bulan kerana buat komen membina tentang mutu bola sepak Malaysia. Satu lagi contoh sikap bodoh pemimpin pentadbir Malaysia yang lari menyorok bawah buku undang-undang apabila berhadapan dengan kenyataan pahit. Bukan membetul kelemahan tetapi menembak mati si pembawa khabar.

Yang cantiknya di Malaysia, sikap menyerang si penyampai khabar dan mengambil langkah “katak bawah tempurong” digandingkan dengan tabiat memutar-belit yang menjadi salah satu senjata ampuh untuk mengalih pandangan masyarakat yang sedia malas berfikir, pekak badak dan buta mata daripada melihat, mendengar dan merasai, sampah sarap, hanyir dan kekotoran yang sedang menjalar dan meresap dalam kehidupan seharian mereka.

BERSIH 3.0 adalah mengenai pilihan raya umum ke 13 yang bersih dan adil. Itu sahaja yang diinginkan oleh hampir 300,000 orang yang menyertai perhimpunan tersebut. Tak guna kita mengimbas balik apa yang telah berlaku. Benda dah berlaku. Kita tak boleh patah balik pusingan jam. Peserta BERSIH ada yang bertindak ganas (betul peserta BERSIH atau ajen anjing kerajaan, hanya Allah Yang Maha Mengetahui) dan polis juga bertindak ganas, malahan lebih ganas menyondol dari babi hutan.

Yang peliknya, peserta BERSIH yang kononnya ganas diumumkan dalam akhbar tetapi polis trafik yang acu pistol kepada orang awam yang tidak bersenjata tidak pulak dituduh di mahkamah. Kalau akhbar boleh siar gambar keganasan BERSIH kenapa pula tidak siarkan gambar keganasan polis yang melampau. Yang pelik bin hairannya, sejak bila matlamat BERSIH bertukar daripada mahukan pilihan raya umum yang bersih kepada berniat untuk menggulingkan kerajaan. Kalau ini bukan satu lagi kelentong dan pembohongan besar tajaan Barisan Nasional, saya tak tahu apa lagi nak kata. Kalau itu pun anda tidak sedar, lebih baik anda terjun dengan payong ceti dari bangunan ibupejabat PDRM.

Salam sayang dan selamat mengundi dari Uncle B yang tidak pernah lupa pesanan atuk, “Cuma mereka yang bathil yang takut kepada bayang-bayang sendiri”.

Byee!!!!!.

Saturday 21 April 2012

NENEK MALAYSIA & NENEK TAIWAN

The Sun, 18 April 2012:

Di Miri, Sarawak, seorang lelaki berlari sejauh 3 km ke hospital apabila mengetahui yang ibunya telah dihantar ke sana setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Malang, sebaik sampai ke hospital berkenaan, ibunya yang berumur 62 tahun telah meninggal dunia.

Ini contoh seorang filial son, anak yang berhati mulia, yang menghargai pengorbanan ibu yang telah bersusah payah membesarkannya sehingga sanggup berlari 3 km untuk melihat keadaan ibunya.

Kenapa kena berlari, tak ada bas atau kereta atau teksi atau basikal ke? Bukankah Miri sebuah bandar minyak dan bukan kampong. Hospital tu dekat ceruk mana sehingga kenderaan darat tak boleh lalu dan kena berdayung untuk ke sana? Kalau tak ada jalan ke hospital kenapa tak buat jalan.

Inilah padahnya kalau membuat sesuatu perkara dengan ada hidden agenda atau untuk kepentingan peribadi. Saya difahamkan SPAD ditubuhkan untuk memperkasakan sistem pengangkutan darat Malaysia. Adakah Sarawak bukan sebahagian dari Sarawak. Kalau setakat nak saman teksi, bas dan lori, buat perabih beras aje. RELA pun bulih buat. Dapat juga dia orang buat duit luar sikit.

The Sun, 18 April 2012:

Seorang wanita Taiwan berusia 62 tahun telah membelanjakan RM ½ juta untuk kelihatan muda. Wanita tersebut, Lin Ling Zhu, merasa terhina apabila seorang pekerja pub yang dikunjungi, bertanya kepadanya sama ada beliau ingin mencari cucunya. 2 tahun selepas menjalani beberapa siri pembedahan kosmetik, beliau kelihatan 10 tahun lebih muda dan sekarang kata Lin, pemandu taxi pun terlior untuk menguratnya.

Saya tidak pernah menyembunyikan umur sebenar saya atau buat kosmetik surgeri. Untungnya dengan izin Allah s.n.w., saya dikurniakan wajah dan susuk tubuh yang orang kata (bukan saya kata) kelihatan 10 tahun lebih muda dari sebenarnya. Malahan saya kadang-kadang kena tunjuk IC untuk buktikan yang cucu saya sebenarnya memang cucu dan bukan anak bongsu saya atau anak dengan bini muda. (saya satu isteri ahh!!). Sekarang pun kalau saya beritahu orang yang saya pesara polis, dia orang mesti bertanya. Bersara optional ke dan kenapa muda-muda dah bersara. Apa nak buat, dah awet muda.

Waemah apa sekali pun, bak kata arwah atuk saya, “a man is only as old as he feels”. Kalau umur baru 40 tahun tapi kehendak seminggu sekali, lebih baik umur 60 tapi kepingin 2 hari sekali.

Sama juga dengan nenek di atas tadi. Tiada guna berbelanja ½ juta ringgit untuk kelihatan 10 tahun lebih muda tapi takde nafsu untuk diromen. Ibarat kereta lama yang boleh dihidupkan enjin dan dipandu keliling kampung tetapi tak boleh dihenjut, pecut dan dilipat.

Hingga jumpa lagi, salam sayang dari Uncle B, yang lebih rela beristerikan wanita yang tak seksi tetapi hendak hari-hari daripada dapat isteri yang sexy dan menggiorkan giler tetapi mahunya sekali-sekali.

Byee.!!!

Thursday 12 April 2012

SAYA SAYANG MALAYSIA

Kalau rajin cari iktibar dari apa yang ada di sekeliling kita, banyak pengajaran boleh diperolehi. Syaratnya kena rajin buka mata dan telinga, ditambah dengan fikiran yang terbuka dan kritikal. Jika hanya tahu melihat dunia dengan kaca mata UMNO atau PKR aje, alamat sampai gempa bumi di Malaysia, kita akan terus ngok.

Lewat malam, Rabu 11 April 2012, saya berpeluang menonton filem Cina, “Island of Greed”, lakonan Andy Lau. Dengan berlatarbelakangkan Taiwan, cerita adalah mengenai usaha polis berintegriti lakonan Andy Lau membongkar rasuah yang berlaku di kalangan kumpulan gangster dan ahli-ahli poltik Taiwan sehinggakan ganster pun boleh bertanding untuk jadi penasihat undang-undang selain daripada membolot semua kontrak kerajaan. Syukurlah di Malaysia tak ada benda-benda macam ni. Betul tak?

Siasatan hero banyak menghadapi halangan daripada pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan polis sehingga hero kena berjumpa dengan Ketua Polis sendiri untuk dapatkan kebenaran buat operasi rahsia. Yang cantiknya, dailog antara Ketua Polis dengan hero. Lebih kurang macam ni.

Ketua Polis, “Kamu tahu bukan, yang saya pun ada boss. Mungkin niat kamu akan terhalang lagi. Kenapa kamu masih ingin meneruskan siasatan ini kalau kamu tahu risikonya”.

Andy Lau (hero), “Saya sayang tanah air ini, saya tidak mahu si penyangak itu menjahanamkannya”.

Jadi pada kawan-kawan, sahabat handai, saudara mara dan tentu sekali, mereka yang tak berkenan dengan saya, yang selalu bertanya mengapa saya asyik hentam aje, serupalah jawapan saya dengan jawapan hero cerita “Island of Greed” lakonan Andy Lau. Cuma nak tambah sikit. Kalau kita benci kat orang, kita biarkan dia buat apa dia suka sampai dia menjahanamkan diri sendiri tetapi kalau kita sayang kawan, kita tegor dia supaya dia tidak melingkupkan diri sendiri. Saya sayang Malaysia dan saya tidak mahu negara ini dilingkupkan oleh penyangak-penyangak yang menyamar jadi orang politik.

Salam ikhlas dari Uncle B, yang pernah melalui episod-episod yang sama seperti dialami oleh hero khayalan (Andy Lau) dalam filem “Island of Greed”.

Byee!!!!!.

Tuesday 3 April 2012

BUKAN UNTUK KITA

Saya tidak pernah ke Korea Utara tetapi kalau apa yang saya baca, dengar dan lihat di media massa mengenai Korea Utara (KU) adalah benar dan yang benar belaka, apabila melihat ke negara sendiri, saya rasa dah macam di Korea Utara pulak. Khabarnya di Korea Utara ada semacam personality cult. “The Great Leader”, propaganda machine KU mengelar presiden-presiden dema. Merata-rata terpampang gambar presiden KU. Ke hulu ke hilir, dicanangkan, kerana presiden lah rakyat KU dapat hidup seperti mana mereka hidup sekarang. Ringkasnya, rakyat Korea Utara terhutang budi dan nyawa kepada presiden mereka.

Akhir-akhir ini, di Malaysia, buka aje akhbar, gambar Najib, buka aje TV, gambar Najib lagi. Hinggakan bila saya buka aje Radio Klasik FM untuk nostalgia sikit semasa terperangkap dalam satu lagi jam kereta (bukan strawberry jam) yang dibawa oleh kerajaan pimpinan BN, pada pagi 3 April 2012, berkumandang pula cerita bagaimana Najib telah mentransformasikan negara. Saya tutup radio.

Besar kemungkinan yang sedang gah sana gah sini fasal “keterroran” Najib dan BN ini adalah tanda-tanda pilihanraya dah hampir sangat dan Malaysia akan kiamat tidak lama lagi kalau rakyat silap pangkah. Memandangkan pilihanraya umum ke 13 is just around the corner, nak royak sikit kat abeng-abeng, adik kakak yang bakal mengundi nanti.

Terlebih dahulu, saya nak story sikit fasal cerita “Walking Tall: The Payback”, kat TV yang saya tengok last week. Cerita simple aje. Pasal sebuah bandar kecil di US. Ada kapitalis yang nak beli tanah penduduk untuk buat projek mega. Kalau tak nak jual, pemilik dicederakan atau diancam sehingga terpaksa jual tanah. Ada polis korup yang bantu kapitalis tadi. Dan seperti di Malaysia, ada juga polis lurus (tapi bodoh) yang cuba dedahkan segala kepincangan dan kesalahan tetapi telah dibunuh. Part bunuh-bunuh kerana nak lenyapkan orang lurus ni, tak tahu pula saya jika ianya ada berlaku di Malaysia. Main bom bom untuk lenyapkan scandal, adalah.

Dalam cerita tersebut ada satu baris dailog yang diucapkan oleh anak sheriff lurus yang kena bunuh (lakonan Kevin Sorbo) yang membuat saya terpegun. Dalam satu scene, seorang pegawai FBI menasihati hero (anak sheriff) supaya jangan bertindak melulu kerana ada sistem keadilan. Hero membalas dengan berkata, “Justice has two words. Power and money. Have both and you will have justice - Keadilan mempunyai dua perkataan. Kuasa dan wang. Punyai kedua-duanya dan anda akan memperolehi keadilan". Itu yang buat hati saya hati tersentak. Rupa-rupanya dalam perkara-perkara yang tidak senonoh dan jelek, Malaysia setaraf dengan Amerika Syarikat.

Itu sebab apabila tiba hari mengundi nanti, buatlah pilihan yang tepat. Untuk pengundi muda yang baru belajar mengundi dan untuk veteran mengundi seperti saya, ingatlah bahawa, “When you vote, you are not voting for yourself, You are voting for the future. Your X today on the ballot paper will determine the Malaysia that your grandchildren will live in tomorrow”. Apabila anda mengundi, anda bukan mengundi untuk diri sendiri. Anda mengundi untuk masa depan. Pangkah X anda pada kertas undi hari ini akan menentukan corak Malaysia yang akan cucu cicit anda diami di masa hadapan.

Selamat memangkah dengan bijak dari Uncle B yang syukur Alhamdullillah ingat pesan orang tua masa memilih isteri 32 tahun yang lalu, bahawa “Wanita yang montok, sexy giler dan hebat hingga menjilat jari di ranjang malam ini, tidak semestinya menjanjikan rumah tangga yang aman bahagia dan mengujakan sepanjang hayat”.

Sunday 1 April 2012

SIANG HIDUP MELAYU, MALAM JUAL TANAH MELAYU

Untuk blog sempena All Fools Day ini (1 April) atau Hari Orang Bodoh seperti kebanyakkan pengikut Umno, saya turunkan verbatim satu article yang dihantar oleh seorang rakan untuk renungan kita bersama. Saya tujukan khas blog ini kepada orang melayu seperti adik ipar saya dan adik saya yang percaya bahawa kalau bukan UMNO yang memerintah, bangsa melayu akan tergadai.

"Inilah yang selayak dilebelkan kepada pemimpin Umno. Oleh kerana sudah tersepit dengan sokongan rakyat di negara ini maka ada satu modal lagi yang perlu dimainkan oleh Umno iaitu perkauman dan agama. Terbaru apabila pemimpin Umno menuduh kerajaan Kelantan menggadai tanah Melayu di Kelantan. Maka ia telah menjadi bahan ketawa, tidak ubah seperti pencuri menjerit pencuri. Semua dunia maklum pemimpin Umno adalah juara broker tanah Melayu selama ini. Apabila Umno membangkitkan tanah rizab Melayu, seolah-olah Umno mengusik sarang tebuan dan bola tanggung kepada PAS dan Pakatan rakyat.

Rekod membuktikan bagaimana pengkhianatan Umno terhadap tanah rizab Melayu. Sejahat-jahat penjajah, lebih baik daripada Umno, sehingga mewartakan seluas 3 juta hektar tanah rizab Melayu pada tahun 1957. Namun selepas merdeka, pada tahun 1995 tanah rizab Melayu hilang seluas 1.7 juta hektar. Sekarang mungkin tanah rizab Melayu sudah tergadai hampir 2 juta hektar.

Persoalannya siapa punya angkara? Buktinya, 200 ekar tanah rizab Melayu untuk kilang simen tergadai kepada Yeoh Tiong Lay (YTL.). Sewaktu Umno berkuasa, 9 ribu hektar tanah rizab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rizab Melayu, yang diganti cuma 3 ribu hektar.

Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rizab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort. Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah rizab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Seluas 26,000 hektar tanah rizab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship, projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabration dan UEM.

Seluas 300 ekar tanah rizab Melayu di Pulau Redang, Terengganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancongan. Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah rizab Melayu di Kerpan, Kedah untuk projek kolam udang. Seluas 273 ekar tanah Melayu Kampung Chu Badak Sentul, Kuala Lumpur diambil untuk projek mega. Tanah rizab Melayu seluas 94 ekar terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara, Kuala Lumpur.

Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umno lah pengkhianat dan menggadai tanah orang Melayu. Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP. Tiap perkara buruk yang media UMNO menyalak untuk halakan pada pihak lain, perkara itulah yang UMNO praktikkan.

UMNO adalah Untuk Manusia No Otak

Hingga jumpa lagi, salam sayang dari Uncle B, yang tidak pernah lupa bahawa untuk projek Iskandar di Johor tidak kurang 40% tanah rizab orang melayu Johor telah dikorbankan.