Thursday 26 September 2013

CERITA BASI


theSun, Selasa 24 Sept 2013 di muka depan membawa tajuk, “Middlemen OUT > Govt move to get rid of “corruption by proxy”.  Akhbar sama, Rabu 25 Sept 2013, juga di muka depan terpampang tajuk, “WE HEAR YOU > Govt departments and agencies to have own public complaints sections”.  Maknanya, sekarang kalau ada yang lambat atau tak betul dengan sesuatu proses pentadbiran antara rakyat dengan kerajaan, rakyat boleh pergi ke Unit Pengaduan Awam, Kementerian atau Jabatan berkenaan dan esok lusa isu akan diselesaikan atau sekurang-kurangnya pengadu akan diletak “in the loop” mengenai status pengaduan.  Di muka 6, akhbar lap bontot, Utusan Malaysia, 25 Sept 2013, saya terbaca tajuk, “14 lagi cedera termasuk empat parah dalam kemalangan dekat Sedenak – 3 maut, bas express rempuh treler”. 
Apa kaitan antara ketiga-tiga tajuk berita ini? Mudah jawapannya jika kita melihat dalam konteks Malaysia.  Cerita lama. Dihidangkan semula sebagai penglipur lara rakyat yang sedang terjelir lidah kerana kos hidup yang sedang menyelinap naik tanpa sedar.

Bolehkah kita menerima bahawa kerajaan yang sedia ada, baharu menyedari kewujudan “corruption by proxy”. Kalau dah lama sedar mengapa baru sekarang bertindak. Bukankah kes pembelian kapal selam semacam “corruption by proxy” kerana pembelian yang boleh dibuat secara G to G, menggunakan Bumimekar Sdn Bhd sebagai orang tengah.  Cerita lama.
Sejak zaman Tok Kadok, kita dah dengar janji bahawa rakyat yang menghadapi masalah berurusan dengan jabatan kerajaan boleh membuat aduan kepada pelbagai Biro Pengaduan Awam yang ditubuhkan oleh kerajaan sendiri. Apa dah jadi dengan sistem pengaduan awam yang sedia ada hingga perlu tubuhkan satu unit khas di setiap jabatan kerajaan. Saya nampak satu sebab sahaja. Tak lain tak bukan untuk menggemukkan perkhidmatan awam yang telah sedia obese ini. Satu lagi cerita lama.

Tidak lama selepas bas jatuh gaung di Genting hingga menyebabkan 37 orang mati, satu lagi kejadian yang melibatkan kenderaan berat. Kali ini di Johor sehingga menyebabkan 3 orang mati secara ngeri. Tertusuk kayu. Seperti juga kemalangan kemalangan dasyat yang bukan cerita baru di Malaysia, menteri menteri akan bising. Pihak berkuasa akan potpet potpet. Ambil tindakan itu, ini, begitu, begini dan yang wajibnya tubuhkan satu lagi jawatankuasa penyiasat untuk mengaji punca kemalangan.  Hasilnya? Zero, Nada, Hampeh. Lagi lagi cerita lama. Esok, lusa, tulat, cerita cerita lama seperti 3 tajuk berita di atas akan berulang lagi ……. sampai Malaysia kiamat.
Hampir lupa. Tahun 1969 menyaksikan permulaan Dasar Ekonomi Baru, yang antara lain bermatlamatkan supaya economic pie negara dinikmati bersama oleh semua kaum dan semua lapisan masyarakat dengan kaum bumiputera memiliki 30% ekuiti negara menjelang tahun 1999. 30 tahun berlalu, modal bumiputera tak sampai 22%, itu pun majoritinya dipegang oleh beberapa kerat tokoh koperat melayu. Tahun ini, menjelang mesyuarat agong UMNO, dilancarkan pulak program Memperkasa Ekonomi Melayu, yang sudah tentu akan melibatkan duit rakyat yang majoritinya pembayar cukai keturunan melayu. Macam sama aje dengan Dasar Ekonomi Baru, 44 tahun lalu. Meningkatkah taraf ekonomi majoriti orang melayu hari ini berbanding kaum lain atau orang melayu masih kategori merempat di Tanah Melayu. Bukankah ini macam cerita lama lagi, cerita basi.

The moral of the story. Jangan buang masa mengikuti dan mentelaah perkembangan negara Malaysia. Buat macam Uncle. Mengenai apa yang berlaku di Malaysia, cukup dengan membaca kepala berita sahaja. Sekurang-kurangnya apabila orang sekeliling berbual fasal projek transformasi kerajaan yang terbaru seperti di atas, kita tidak akan terpinga-pinga kerana tidak tahu hujong pangkal. At least bila ditanya pendapat, kita boleh jawab, “Eleh!!!! cerita lama”.  Isi berita, jangan baca, kalau baca, buang masa. Lebih banyak geromal. 
Izinkan Uncle ingatkan anda semua tentang Serenity Prayers yang Uncle sebut dahulu.
Ya Allah, berikan ku kerendahan hati untuk menerima dengan redha
              Apa jua perkara yang tidak boleh diubah
            Keberanian diri untuk mengubah apa jua perkara yang perlu diubah
            Dan kebijaksanaan untuk membezakan antara kedua-dua nya.

Tiada apa yang boleh diubah di Malaysia. Banyak yang pandai tapi pandir. Banyak yang bijak tapi totok. Kalau tidak masakan kita masih mengulangi cerita cerita lama walaupun kononnya sedang menuju Wawasan 2020.

 Hingga jumpa lagi, salam sayang dari Uncle B, yang masih ingat betapa terujanya diri apabila membaca Mona Gersang masa sekolah dulu.

 Byee!!!!.

          

 

 

Saturday 14 September 2013

INIKAH PEMIMPIN YANG KITA ADA?



Seorang sahabat mengemailkan saya satu screenshot facebook yang mempamirkan kata kata lompong 6 orang rakyat Malaysia yang bergelar menteri. Kata kata lompong dalam italic, nama  pengucapnya dalam italic bold dan komen saya menyusul berikutnya.

  1. “Hantar anak ke luar negara jika tidak setuju pelan pendidikan negara”  :  Datuk Seri Idris Jusuh (Menteri Pendidikan II)
Setuju. Sebab itu ramai menteri, tokoh tokoh koperat melayu, cina dan india, hantar anak mereka belajar di luar negara atau paling koman di private & international schools yang bahasa penghantarnya bahasa inggeris dan ikut kurikulum luar negara. Kalau mereka yakin dengan pelan pendidikan negara yang mereka sendiri gubal, kenapa tak hantar anak ke sekolah kebangsaan?

  1. “Kalau tak suka undang undang Malaysia, sila keluar dari Malaysia”  : Datuk Seri Zahid Hamidi (Menteri KDN)
Setuju sangat. Sila pergi ke India, China, USA atau mana mana negara yang anda suka, di mana anda boleh buat apa yang anda suka tanpa batasan.

  1. “Individu yang tidak suka dengan sistem pilihanraya negara ini sewajarnya duduk di dalam hutan”  : Datuk Seri Noh Omar
Menteri yang sekor ni sah benggap. Rakyat Malaysia yang celik bukan tak suka sistem pilihanraya negara tetapi benci kepada penyelewengan sistem pilihanraya negara.

  1. “Jangan beli rumah kalau harga naik”  : Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Ini lagi sekor. Logic bodoh seorang pemimpin negara ala “Kalau sakit kepala, potong kepala”. Sekurang-kurangnya menunjukkan betapa kosongnya slogan “Rakyat Didahulukan” BN.

  1. “Jangan makan ayam jika harga naik, makan ikan atau daging”  :  Datuk Hasan Malek (Menteri Perdagangan Dalam Negeri)
  1.  “Jangan beli sayur kalau harga naik, tanam sayur sendiri” Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
 Ungkapan kata Datuk Hasan Malek dan Datuk Seri Ismail Sabri, jatuh dalam kategori yang sama dengan Datuk Seri Tengku Adnan. Satu soalan dari Uncle. Berapa IQ dia orang ini agaknya?

Uncle dedahkan ucapan para pemimpin UMNO seperti tersenarai di atas untuk mengajak anda berfikir. Inikah kategori manusia yang sanggup kita pilih untk menerajui Malaysia. Jumpa lagi.



Tuesday 10 September 2013

SERENITY PRAYERS



Kerap kali ia memerlukan keadaan keadaan tertentu wujud di depan mata atau berlaku sebelum kita dapat menghargai atau sedar berapa tingginya nilai seseorang atau sesuatu barangan yang ada di depan mata kita.  Dan kerap kali juga apabila kesedaran tersebut timbul ianya sudah terlambat. Ibarat anak yang semasa ayah ibunya masih hidup, sukar sekali untuk menjengah ayah ibu walaupun jarak masa perjalanan  hanya seminit dua.  Sibuk konon. Tetapi apabila ayah dan ibu telah tiada baru ingin berguling-guling, berteriak melolong di sisi jenazah ayah dan ibu yang telah kaku. Dah terlambat dik!  Uncle B bukan melalut, sahaja ingin ingatkan abang, kakak dan adik ipar yang sibuk sangat sehingga tiada masa untuk melawat bapa sendiri walaupun kesemua tinggal di Lembah Kelang sebagaimana bapa mertua saya. Begitu juga sesetengah adik adik saya yang sukar sangat  menjengah ibu yang berada di Segamat, Johor atau bersama ibu di hujong hujong minggu semasa ibu berada di Lembah Kelang.  Betul kata seorang pemandu teksi kepada saya, 33 tahun dahulu. “1 emak & 1 bapak  boleh jaga 8 orang anak tetapi  8 orang anak belum tentu boleh jaga 1 emak dan 1 bapak.”

Memerhatikan keadaan negara sekarang yang kelam kelibut, Uncle teringat kepada satu doa, dikenali sebagai Serenity Prayers,  yang mula digunakan oleh seorang ulama kristian, Reinhold Niebuhr, pada tahun 1943. Malaysia kelam kelibut bukan dari segi keamanan dan ketenteraman awam tetapi dari segi pengurusan dan pentadbiran negara. Kelam kelibut seolah-olah negara ditadbir oleh golongan pak pandir dan bukan technokrat  awam.  Tak perlulah Uncle bagi contoh kerana anda dah besar panjang dan sekolah tinggi. Jadi kalau rajin baca berita dari sumber bebas, dengar radio bebas, melihat dengan bebas keadaan sekeliling yang sedang berlaku dan yang penting mempunyai akal yang  bebas dan merdeka, anda akan faham apa yang Uncle B maksudkan.  Bayangkan kalau jiran kita, si suami seorang tokoh koperat yang menerajui satu empire perniagaan. Isteri main kayu tiga, suami buat tak kisah. Anak perempuan sekejap mengandung, kejap gugur. Anak lelaki tiap tiap malam bawa balik perempuan ke rumah. Orang gaji lebih kuah dari sudu, bermaharaja lela di rumah. Hutang keluarga telah mengatasi ke paras hidung.  Bukankah kelam kelibut namanya pentadbiran keluarga tersebut oleh sibapa yang kononnya menjadi pemimpin rumah tangga. Begitulah kelam kelibutnya Malaysia. 

There was a time yang Uncle terfikir nak jadi agent of change. Lepas bersara nak join parti politik dan buat perubahan. Tengok tengok, kebanyakkan ahli politik yang ada, tak kira dari BN atau PR, rata rata masuk politik untuk kepentingan peribadi (terutama dari parti cap dacing) atau paling tidaknya memperjuangkan ideologi yang sempit. Kalau orang kampong yang kurang pendidikan dan tidak ada access kepada media alternative untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di sebalik sandiwara atau drama minggu ini yang disiarkan oleh media perdana, Uncle boleh terima. Tetapi apabila yang kononnya bijak pandai, dari kecil sampai tua asyik mengaji, masih mengatakan everything is ok with our country, tentunya ada yang tak kena.  Jadi kalau masyarakat sendiri tidak mahu perubahan dan terus memenangkan BN, siapalah Uncle B untuk membawa perubahan kepada orang Malaysia yang totok. 

Lantas Uncle teringat kepada Serenity Prayers tadi, yang InsyaAllah akan Uncle amalkan mulai hari ini.

God, give me grace to accept with serenity
the things that cannot be changed,
Courage to change the things which should be changed,
and the Wisdom to distinguish the one from the other.
           
Ya Allah, berikan ku kerendahan hati untuk menerima dengan redha
 Apa jua perkara yang tidak boleh diubah
 Keberanian diri untuk mengubah apa jua perkara yang perlu diubah
 Dan kebijaksanaan untuk membezakan antara kedua-dua nya.

Hingga jumpa lagi, salam sayang dari Uncle B, yang ingin mengucapkan “Selamat Menerima Kenaikan Harga Sara Hidup”  kerana kedegilan anda untuk berubah dari BN kepada, yang tidak semestinya lebih baik tetapi semestinya tidak akan lebih teruk.

Byee!!!!.
           


Tuesday 3 September 2013

BN : BN NAIK BARANG NAIK


Saya bukan pakar dalam apa bidang sekali pun.  Bidang keselamatan mungkin. Itu pun tiada degree atau Masters atau Phd  untuk membuktikan kepakaran saya.  Tidak seperti sesetengah orang Malaysia yang ada Masters dan Phd dalam pelbagai bidang kepakaran “under the sun”  tetapi tidak pernah sehari pun bekerja dalam bidang yang dia nya pakar. Ringkasnya theory berkodi tetapi praktiknya ciput.
 
Maaf kerana this slight digression.  Cuma nak beritahu. Jangan ambil pot  pandangan saya walaupun,  more often than not,  akhirnya saya terbukti betul.  Dalam posting saya sebelum GE 13 dulu, saya ada buat telahan tolol bahawa jika BN menang harga minyak akan naik, tarif elektrik dan air akan naik dan belanja hidup akan naik. Sekarang BN dah memerintah balik. Harga minyak dah naik, Harga elektrik dah diumumkan akan naik.  Air, InsyaAllah akan naik.  Bila harga petro, elektrik dan air naik,  semestinya  kos pengeluaran barangan pengguna akan naik. Dah tentu belanja sara hidup akan naik.  Apa dah jadi?

Saya yakin sebagaimana saya yakin yang mata hari akan terbit keesokkan hari, bahawa media penggelap bontot perdana dalam masa terdekat akan menyiarkan perangkaan dan komen pakar pakar  bahawa life is much cheaper in Malaysia than in Singapore or Japan or Hong Kong. Of course life is much cheaper in Malaysia sebab tengah sembahyang kat kuil pun boleh kena tembak mati. That’s how cheap life can be in Malaysia. Sorry can’t resist the pun. Yang lupa dicanangkan oleh akhbar akhbar pengelap bontot ini ialah tangga gaji di Hong Kong dan Singapura atau Jepun yang 2 kali lipat dari tangga gaji pekerja Malaysia. Gaji konstable polis Hong Kong misalnya bersamaan dengan RM7,000 sebulan berbanding di Malaysia RM 1,700. Itu pun termasuk elaun tetap.
 
Kata Najib,  subsidi petrol Ron 95 dan diesel terpaksa dikurangkan sehingga kita kena tambah 20 sen setiap liter  demi menangani masalah deficit kewangan negara yang parah. Tahniah Najib kerana berani bite the bullet untuk menyelamat ekonomi negara yang lebih dari setengah penduduknya adalah melayu miskin. Cuma saya ada satu kemusykilan.

Adakah defisit kewangan negara ini disebabkan oleh subsidi petrol atau kerana perbelanjaan kerajaan pimpinan BN yang tidak berhemah, boros dan membazir,  yang kebanyakkan hanya menguntungkan kroni dan golongan tertentu?
 
Adakah adil kalau si ayah potong belanja pasar keluarga, bukan kerana gaji ayah kena potong tetapi kerana si ayah joli berjudi, berpesta, maintain motor besar yang sebenarnya dia tak perlu miliki dan nak tampung sara hidup perempuan simpanannya. 

Apa pun, cara tipu atau tidak,  rakyat Malaysia telah memilih untuk BN memerintah selama 5 tahun lagi. Lu dah pilih (gua tidak), lu tanggunglah sendiri.
 
Selamat berpuasa Isnin, Khamis kerana harga makan naik sebab harga petrol naik, dari Uncle B, yang sanggup berjimat belanja untuk diri sendiri semata-mata untuk hantar cucu ke private school dan untuk pastikan yang cucu cucu kesayangan has the best in life that I can afford.

Byeee!!!!!!