Tuesday 29 June 2010

KERJA IKHLAS KERJA BODEK

Artikel-artikel yang mencabar pembaca untuk mempersoal atau membahaskan sesuatu isu amat menarik perhatian saya. Malahan bagi saya, ianya lebih mencabar daripada mendengar wakil rakyat daripada BN maupun PR membahaskan isu-isu negara (kononnya) di parlimen. Ruangan BICARA SELASA, Akhbar Sinar 22 Jun 2010 yang ditulis oleh Sdr Rahman Shaari adalah artikel yang sedemikian.

Sebelum jauh dan kerana saya telah menyebut fasal parlimen, saya merasa lega kerana rupa-rupanya bukan saya seorang sahaja yang tidak berapa nak yakin dengan kewibawaan institusi parlimen kita. Pagi Rabu 23 Jun 2010, Radio BFM (89.9 Megahertz) telah menemubual Profesor Emeritus Dr.Shaikh Faruki, daripada UITM Shah Alam. Apabila ditanya, berapa lama dan apakah yang perlu dilakukan untuk menjadikan Parlimen Malaysia, sebuah parlimen bertaraf dunia atau parlimen kelas pertama, Profesor Faruki telah menjawab dengan spontan, “You must be joking” atau jika dimelayukan bermaksud, “Anda bergurau agaknya”. Tidak perlu saya kupas apa maksud Dr.Faruki. Anda carilah sendiri maksud yang tersirat.

Berbalik kepada artikel Akhbar SINAR yang saya sebutkan tadi. Secara ringkasnya, penulis membincangkan bagaimana faktor dalaman atau jiwa seseorang itu dicerminkan oleh perlakuan luarannya. Sebagai contoh, seseorang yang menendang anak kucing pastinya manusia yang kasar dan zalim. Dalam masa yang sama juga pembaca diingatkan, sebelum membuat apa-apa ulasan mengenai perangai/character insan yang dikatakan ganas tadi, kita harus memahami mengapa dia menjadi ganas. Mungkin semasa kecil, individu ini pernah dicakar atau digigit oleh seekor kucing. Isu tindakan zahir menggambarkan bathin seseorang individu itu telah dikupas oleh penulis dalam ruang lingkup senario politik semasa negara.

Yang menarik perhatian saya adalah ungkapan penulis bahawa;

“Kebahagiaan dan ketenangan boleh diakibatkan perwatakan. Di luar atau dalam bidang politik, sama sahaja. Orang yang sentiasa tenang, akan kelihatan berwajah penuh kesyukuran, manakala orang yang sentiasa memburu kedudukan, terutama kedudukan paling atas, kelihatan cemas dan rimas. Itu penting untuk diperhatikan. Orang yang tenang, jika memperoleh jawatan tertinggi akan kelihatan selamba selama-lamanya, manakala orang yang cemas dan rimas akan kelihatan sentiasa resah kerana memburu kuasa, dan jika dia berkuasa, dia akan berbuat bermacam-macam lagi yang kelihatan gelojoh untuk mempertahankan kuasanya”.

Setelah hampir 34 tahun dalam pasukan, saya pasti pernah bertembong dengan makhluk yang sentiasa “kelihatan cemas dan rimas” kerana “sentiasa memburu kedudukan, terutama kedudukan paling atas,”.

Waktu itu saya bertugas di D7 Bukit Aman. Semua ketua unit termasuk saya, berada dalam bilik Penolong Pengarah D7 kerana sesi taklimat pagi. Penolong Pengarah tersebut dah pun bersara dengan pangkat SAC II. Nama tidak perlu didedahkan kerana beliau masih hidup tetapi saya yakin jika sebut sahaja “Ninja Turtle” semua warga D7 Bukit Aman dan kontinjen yang bertugas sezaman dengan saya, akan tahu identiti sebenar “Ninja Turtle”.

Sedang kami bermesyuarat, tiba-tiba seorang anggota D7 masuk dan memberitahu bahawa Pengarah JSJ, Dato’ Said Awang telah masuk ke pejabat D7. Cara PP D7 saya ni melompat bangun dari kerusi dan berlari keluar bilik untuk menyambut Dato’ PJSJ, tak ubah orang yang punggungnya kena sula. Kelam kabut semacam. Nampak sangat sifat cemas dan rimasnya. Saya yakin jika anda seorang warga PDRM, pasti anda pernah ketemu dengan manusia seperti ini dalam pasukan. Bila bos tak ada buat donno aje tetapi bila bos ada di pejabat, terkirai sana, terbarai sini, macam dialah staff yang paling busy kat ofis.

Kalau boleh ketemu dengan insan PDRM jenis “cemas dan rimas”, saya juga pernah ketemu dengan warga PDRM kategori yang tenang dan kelihatan selamba selama-lamanya. Tepat bagai andaian Sdr Rahman Shaari, kategori ini adalah jenis yang tak kisah mengejar pangkat. Tak ada, tak ape, diberi, ambil. Dapat bos macam ini (yang jarang-jarang ada dalam PDRM) kita perlu bersyukur. Kerja dia buat tetapi bukan to please his/her boss tetapi kerana “it’s a job that needs to be done. Tidak bermakna bos macam ni tak reti marah tetapi kalau menegur kita kerana gagal melaksanakan tugas, akan menegur cara bersopan atau stail marah dalam senyum. Hati kita macam dihentak batu tetapi tidak terguris.

Bos kategori “cemas dan rimas” melalui tindak tandoknya sahaja kita tahu yang dia kaki memburu kedudukan. Tentunya anda pernah berjumpa dengan bos yang lebih sudu dari kuah. Jenis ini kalau buat kerja bukan kerana “it needs to be done tetapi kerana “to please the boss”. Banyak perbezaan antara melakukan kerja kerana ianya perlu dilakukan dengan melakukan kerja untuk mendapat pujian bos. To please the boss, habis orang bawahan dikerah membabi buta.

Contoh. Satu rapat raksasa umum anti pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR akan diadakan di Pulau Pinang. Dalam situasi sedemikian, ancaman kepada keamanan dan ketenteraman awam pasti ujud. Bagi menghadapi kemungkinan berlakunya perkara ini, anggota-anggota polis sewajarnya dipastikan berada dalam keadaan siapsiaga. Soalnya, perlukah kesemua 100,000 orang tenaga beruniform PDRM dikerah untuk bersiap sedia di pejabat sepanjang tempoh rapat raksasa tersebut.

Bos jenis “cemas dan rimas” kerana mahu kelihatan berwibawa di mata bos besar, akan mengarahkan semua warga polis standby 24 jam di pejabat termasuk yang bertugas di Sabah dan Sarawak. Walhal ad FRU di Pulau Pinang dan Ipoh serta Briged Tengah PGA di Ulu Kinta, Perak. Bos jenis cool pula akan hanya mengarahkan anggota di Kedah, Pulau Pinang dan Perak sahaja supaya dikerahkan standby 24 jam. Itu bezanya buat kerja untuk membodek dengan buat kerja kerana kerja atau bekerja kerana Allah. Anda tak pernah lalui ke, arahan gila seperti ini yang sering kita temui terutama apabila ada ura-ura kacau bilau akan berlaku di sesuatu tempat?

Tuesday 22 June 2010

DAH MACAM KOREA UTARA

Nampaknya terpaksa juga komen sedikit mengenai perkara yang ada kaitan dengan politik tanah air walaupun hati berat untuk berbuat demikian. Bercerita fasal tokoh-tokoh politik Malaysia ni ibarat membuat ulasan mengenai perangai penghuni-penghuni Taman Bahagia Tampoi atau Tanjung Rambutan. Takde maknanya nak mengata penduduk Taman tersebut perangai tak betul atau tak senonoh. Dah memang orang gila, nak buat macam mana. Jadi kalau kita melawat Tanjung Rambutan atau Tampoi, elok kita pandang dan dengar sahaja. Lantak le dema nak berjoget ke atau nak berpidato ke. Tak guna kita beri ulasan atau tegur. Orang gila bukan reti bahasa.

Terus terang saya jarang tengok siaran RTM atau TV 3 dan semua station TV milik Media Prima. Sama ada saya tengok movie channel Astro, cartoon channel atau Discovery channel, tu aje. Tapi kadang-kadang apabila isteri tengok drama TV atau berita TV 3, saya tercuri pandang dan terdengar juga siaran daripada station pengampu dan berat sebelah ni.

Apa tidaknya. Kalau anda perasan, akhir-akhir ini di Berita Perdana, mesti ada cerita Menteri Perdana Najib dan ucapan Najib. Hampir setengah dari ruangan berita dalam negeri TV 3 tertumpu kepada cerita dan kata-kata hikmat Najib. Tak cukup dengan itu, di akhir berita atau sebagai selingan atau fillers antara rancangan, ada pula lagu atau video klip yang memuji Najib. Setahu saya di dunia masakini, ada satu negara yang kuat mengamalkan personality cult atau pendewaan personaliti. Sana sini gambar presiden dia orang, dalam TV tak ada cerita lain kecuali pasal presiden dema. Lagu-lagu memuji presiden berlambak-lambak. Negara tersebut ialah Korea Utara. Negara yang dah bengkrap.

Nampaknya macam ada persama aje Malaysia dengan Korea Utara. Ada ape-ape ke? Cuma satu kelebihan Korea Utara mengatasi Malaysia. Korea Utara masuk World Cup bolasepak, Malaysia jadi tukang sorak aje.

Hati tak sakit sangat tengok muka dia kalau cakap serupa bikin tetapi cerita gah nak buat itu dan ini untuk bela rakyat. Hasilnya? Saudara fikirkanlah sendiri. Trafik jam bertambah parah, tauke tol bertambah kaya. Harga keperluan asas kehidupan rakyat meningkat. Kos perubatan, persekolahan, tol, minyak masak, gula, beras, dll, naik, gaji dan bonus pegawai-pegawai syarikat GLC mengila-gila tinggi. GLC bengkrap rakyat tanggung tapi pegawai GLC masih boleh holiday luar negara lagi dan duduk istana RM 24 juta. Tu yang saya meluat sangat tengok muka dia. Tengok muka Tok Guru Nik Aziz, sejuk hati teringatkan yang walaupun dah bertahun-tahun jadi Menteri Besar, masih lagi duduk rumah lamanya dan masih lagi hidup sederhana. Belum terdengar lagi cerita isteri Nik Aziz pergi shopping luar negara.

Apa sekali pun, saya perlu akui bahawa syarikat YAHUDI yang dibayar perkhidmatannya oleh RAKYAT MALAYSIA (termasuk orang islam) untuk menaikkan imej Malaysia dan pemimpin no.1 negara, telah berjaya melaksanakan tugas mereka. Cuba perhatikan selingan/lagu atau filler antara rancangan yang saya nyatakan di atas. Di awal lagu tersebut hanya menonjolkan gambar-gambar allahyarham Tun Abdul Razak yang diketahui umum disenangi oleh majoriti besar rakyat Malaysia kerana polisi pembangunan pro marhaennya (bukan pro tokoh koperat). Di akhir lagu baru ditayangkan muka menteri nombor wahid kita. Kesannya? Secara bawah sedar, rakyat diberitahu bahawa jika mahukan polisi pembangunan pro marhaen Tun Abdul Razak diteruskan, undilah anaknya. Seperti kata ahli propaganda German yang terkenal Frank Goebbel, “A lie if told a million times becomes the truth”. Pembohongan jika diulang berjuta kali menjadi satu kebenaran”.

Hingga jumpa lagi, salam bukan 1Malaysia dari Uncle B yang kerana dah lama sangat duduk di Malaysia hingga tak dapat membezakan antara kebenaran dengan propaganda.
Byeeee!!!!

Thursday 17 June 2010

BERTIANG TAPI TAK BERTANAH

I
Ini mungkin posting saya yang paling ringkas. Lah ini jam 3 pagi, Khamis 17 Jun 2010, saya ada kat pejabat. Bukan kerana kertas siasatan tetapi saje ambil angin. Duduk rumah tak boleh tidur. Nak kacau bini, bini dah lelap. Jadi daripada melahu tak tentu arah, lebih baik menghala ke pejabat. Dapat juga menikmati keindahan pagi di Kuala Lumpur yang berlumpur luar dan dalam, jika kita tahu mencarinya.
Sebut pasal bini lelap ni, 2 perkara mengusik hati saya. Guru saya beritahu jika beristeri elok jika isteri umurnya 6-7 tahun lebih muda dari suami. Ini disyorkan oleh ajaran Islam, kata guru. Kalau dia kelentong, maka saya mengelentong andalah jadinya. Peliknya, di sekeliling saya, saya lihat banyak pasangan termasuk pegawai-pegawai muda saya, yang beza umur dengan isteri sekadar setahun dua sahaja malahan ada yang isteri lebih tua dari suami.
Bukan apa, masa masing-masing berumur dalam lingkungan 20an tahun, tersentuh aje, jadi. Ketika umur 30an, pantang tergesel, mencadak. Lingkungan 40an kena raba-raba dulu, baru on. Yang susahnya apabila masing-masing dah 50an. Suami ada maaf lagi. Orang lelaki ini, selagi dia hidup, semuanya hidup, lambat bangun mungkin tetapi mati belum tentu. Masalahnya orang pompuan kita, kalau dah 50 ke atas, tidur lebih nikmat dari berlakun cerita XXX dengan suami. Bukan tak ada isteri 50an yang masuk bilik beradu pakai baju tidur tipis supaya suami tak boleh tidur tetapi perempuan jenis ini adalah spesies yang sukar ditemui. Kalau jumpa ibarat kena 4 nombor ekor.
Jika kajian katun saya melalui sembang-sembang dengan rakan-rakan yang double barrel dan analisa sonsang ke atas kes-kes isteri dimadukan atau ditinggalkan suami kerana awek muda tak betul, masakan Dato' K kahwin dengan Siti Nurhaliza dan tinggalkan isteri yang kira alright ape, paras rupanya. Perlu diingat, kereta harap lawa aje tak ada guna, kalau tak boleh pecut. Biar kereta Toyota KE 20 tetapi enjin nala, masih boleh berdesup dan kona lipat lagi.
Lagi satu yang saya heran ialah orang perempuan ni. Masa bujang dan berdosa jika tersasul, bukan main beria-ia mengoda kita. Apa saje jadi. Boleh ajak kita main buang-buang baju dan kain lagi. Lama sikit lepas kahwin, suami pulak kena buat muka kesian, merayu-merayu dan jadi peminta sedekah. Tu yang banyak jantan cari rezeki kat luar agaknya kerana isteri di rumah, lokek. Atau mungkin, lagak seksi seorang wanita solo tu adlah sebagai umpan sahaja supaya tak dapat title dara antik.
Jumpa lagi, dari Uncle B, yang mungkin tidur pejabat pagi ni kalau mengantuk dan tak kisah kalau ada wanita yang marah kat kerana mulut celupar uncle. Byeee dan sweet dreamzzzzz.

Wednesday 9 June 2010

SURAT KEPADA UTUSAN MALAYSIA

Isnin 7 Jun 2010 yang lalu, saya menghantar email kepada ruangan FORUM Utusan Malaysia sebagai ulasan kepada komen Ketua Setiausaha Negara yang disiarkan oleh akhbar yang sama pada 1 Jun 2010, bahawa seorang kakitangan awam yang ditugaskan dalam PDRM ekoran arahan pengawaman PDRM boleh melakukakan tugas 3 orang anggota polis.
Saya bukan bertugas di Bahagian Hal Ehwal Awam, PDRM tetapi tunggu punya tunggu, senyap sunyi, tiada response lansung pun dari PDRM ke atas apa yang saya anggap sebagai satu kenyataan yang memperlekehkan pasukan polis oleh KSN. Saya menulis bukan kerana saya hampir bersara dan have got nothing to loose tetapi kerana yakin saya perlu bersuara walaupun jika kerana bersuara saya tidak dibenarkan melanjut perkhidmatan sehingga umur 100 tahun.

Selak-selak akhbar Utusan, sehingga hari ini Rabu 9 Jun, tidak nampak lagi kelibat ulasan balas saya dalam ruangan FORUM Utusan Malaysia. Saya amat berharap kenyataan Insp Zainal bahawa "Utusan tidak akan menyiarkan komentar tuan kerana tuan menyelar secara sinis seorang orang penting negara" tidak menjadi satu kenyataan. Jika ini benar bermakna hak kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia selagi suara tersebut tidak mengancam keselamatan dan keamanan negara adalah satu lawak besar. Bagi mereka yang ingin tahu ulasan saya terhadap penghinaan KSN ke atas kemampuan warga beruniform PDRM, saya turunkan kandungan email yang saya lantingkan melalui alam maya kepada Utusan Malaysia.

Seorang pemimpin atau pengurus yang berwibawa, berpelajaran tinggi dan berpengalaman tidak akan bertindak atau mengeluarkan sebarang kenyataan tanpa asas yang kukuh dan mengambil kira implikasi tindakan atau pernyataannya kepada yang mendengar, membaca atau menjadi sasaran tindakan atau kenyataan tersebut.

Justeru, saya percaya bahawa kenyataan Tan Sri Ketua Setiausaha Negara bahawa “seorang kakitangan awam mampu melaksanakan tugas 3 orang anggota polis” seperti disiarkan di mukasurat 17 akhbar Utusan Malaysia 1 Jun 2010, telah dibuat berdasarkan kajian yang menyeluruh dan terperinci oleh pakar-pakar pengurusan negara yang mabrur. Jika belum dilakukan, elok rasanya jika hasil kajian tersebut dapat dipanjangkan kepada pucuk pimpinan PDRM supaya tindakan dapat diambil untuk meningkatkan produktiviti warga beruniform PDRM ke tahap yang sama atau melebihi 3 kali ganda tahap produktiviti kakitangan awam.

Selain daripada kajian produktiviti warga beruniform yang menjalankan tugas pentadbiran di pejabat atau formasi-formasi polis, saya ingin mencadangkan supaya satu kajian juga dibuat terhadap beban tugas, produktiviti dan sokongan logistik, pegawai dan anggota polis yang menjalankan tugas hakiki kepolisan seperti penyiasatan dan pencegahan jenayah.

Jika tidak keterlaluan, memandang seorang KTA mampu menjalankan tugas 3 orang anggota polis, adalah sesuatu yang dapat menjimatkan wang negara, jika tugas-tugas menyiasat dan mencegah jenayah diserahkan sahaja kepada pegawai-pegawai PTD. Bagi warga beruniform PDRM yang menjadi redundant kerana eksesais menyeluruh pengawaman PDRM ini, kami bolehlah diserapkan ke syarikat-syarikat keselamatan swasta. Tindakan ini bukan sahaja akan dapat mengsifarkan kebergantungan sektor perkhidmatan keselamatan swasta kepada tenaga pendatang asing malahan dapat meningkatkan tahap profesionalisma sektor tersebut kerana telah mendapat anggota keselamatan yang sedia terlatih.


InsyaAllah, posting saya seterusnya akan menyusul pada hari sabtu, 12 Jun 2010, salam jangan cakap dari Uncle B, yang telah berusaha tetapi masih tak reti berhenti bercakap yang negatif-negatif.

Tuesday 1 June 2010

SIAPA UNTUNG SIAPA TANGGUNG

Rupanya bukan senang nak jadi blogger. Kena pandai bagi masa antara komitmen kepada kerja, keluarga, diri sendiri, cucu dan blogging. Dan saya antara manusia yang kurang arif membahagi masa.

Saya perlu memberi tumpuan lebih kepada cucu setiap kali ada masa lapang kerana tidak mahu mengulangi kesilapan saya yang telah mengabaikan anak semasa anak saya membesar kononnya demi pasukan, bangsa dan negara. Justeru itu barangkali ada sedikit jurang antara saya dengan anak. Saya tidak mahu membuat kesalahan yang sama. Lantaran cucu saya manjakan. Lebih baik saya manjakan cucu daripada manjakan KakNek, betul tak? Saya rasalah, kalau Dato’ K atau Dato’ Bung Mokhtar ada cucu, tentu dia orang tak darlingkan Siti Nurhaliza atau Zizie.

Saya juga ada tanggungjawab kepada blog saya, KACA MATA KU. Dah berapa kali saya biarkan sehingga berminggu tiada posting. Walaupun saya menulis hanya untuk merakam buah fikiran dan pandangan saya tentang kehidupan sebelum saya nyanyuk, secara sembunyi-sembunyi terselit juga angan-angan bahawa tulisan saya jika dibaca terutama oleh generasi muda tak kiralah pegawai polis ke, pegawai awam atau orang awam ke, akan membuka minda mereka untuk melihat melampaui yang tersurat kepada yang tersirat. Dan jika kebolehan melihat kepada yang tersirat ini membawa kepada perubahan nilai hidup masyarakat yang lebih baik, adil, saksama dan sejajar dengan kehendak Allah maka tidak sia-sialah saya menulis. Jika tidak, sekurang-kurangnya cucu cicit saya akan dapat menyelami dan memahami jiwa raga atuk baharuddin, selepas jasad moyang mereka hancur dimamah cacing.

Moral of the story. Jika lambat saya kemaskinikan blog saya ni, tolonglah faham keadaan yang sedang saya hadapi.

Membaca muka depan akhbar The Star 28 Mei 2010, saya terpaksa membaling kopiah ke udara dan tabek spring kepada kerajaan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian DiUtamakan” pimpinan Najib Tun Razak. Sebagai rakyat, saya terhutang budi kepada pimpinan BN yang mampu mengendali negara sehingga Malaysia tidak menjadi kacau bilau seperti Thailand atau bengkrap seperti Greece, Justeru itu, saya tidak fikir kenaikan harga petrol antara 10-15 sen mulai pertengahan 2010 dan 10 sen setiap 6 bulan berikutnya, kenaikan harga gula 20 sen setiap 6 bulan, tepung, minyak masak, gas, elektrik, toll, bayaran perubatan dan pendidikan, satu bebanan yang boleh membuat saya jatuh tersungkur. Lagi pun pengorbanan ini adalah untuk masa depan generasi akan datang kita. Saya ada seorang cucu setakat ini dan masakan saya tergamak melihat cucu cicit saya hidup dalam sebuah Malaysia yang bengkrap dan papa kedana nanti. Seperti kata presiden John Fitzgerald.Kennedy, “Jangan tanya apa yang negara boleh buat untuk kamu tetapi tanya apa yang kamu boleh buat untuk negara”.

Saya ada seorang kenalan yang berpendapatan RM 10,000 sebulan, seorang isteri yang tidak bekerja dan 2 orang anak. Isteri diberi duit poket RM 1,000, belanja pasar RM 500, dan duit jajan 2 orang anak sebanyak RM 300 setiap bulan. Malang dicari, kenalan saya ini berkenalan dengan seorang wanita cantik molek, seksi, berisi dan memberahikan tetapi jenis pisau cukur yang kemudiannya dijadikan penyedap gelapnya. Untuk menyelenggara betina ini, kenalan saya membelanjakan tidak kurang RM 3,000 sebulan.

Menyedari bahawa jika terus memberi isteri duit poket RM 1,000, belanja pasar RM 500, dan duit jajan 2 orang anak sebanyak RM 300 setiap bulan, yang beliau akan bengkrap dalam sedikit masa, rakan saya ini dengan muka sedih selamba biawak, mengumumkan bahawa wang saku isteri terpaksa dikurangkan kepada RM 500 sebulan, wang pasar tinggal RM 250 sebulan dan duit jajan anak-anak tinggal RM 50 sebulan. Dengan muka tonyok, kawan saya ini memberitahu isteri dan anak-anaknya bahawa jika mereka tidak mengikat perut, beliau mungkin muflis dan rumah serta kereta mereka sekeluarga tergadai, Yang saya sakit hati sangat dengan kawan saya ini, sementara isteri dan anak menderita hidup macam orang susah, kawan saya ini bersenang-lenang berfoya-foya dengan girlfriend dia.

Eh! Eh!, baru perasan, cerita kawan saya ni macam kena mengena aje dengan kisah kerajaan nak hapuskan subsidi.

Ada orang anti kerajaan kata, negara kita dah nazak kewangan kerana duit rakyat dipunahkan oleh projek-projek mega dan membazir yang satu sen pun tidak menguntungkan rakyat. Duit kita hangus kerana pandir-urus kewangan syarikat-syarikat GLC yang terbentuk atas modal wang rakyat yang seharusnya dipandai urus oleh kerajaan pmpinan BN. Duit rakyat lesap kerana beli kapal selam yang tak boleh menyelam tetapi boleh menimbulkan komisen berkolam-kolam. Duit rakyat lebur kerana kerajaan membeli komputer riba dengan harga RM 40,000 sebuah. Fikirkan projek hydro-elektrik BAKUN, PKFZ, jambatan bengkok yang sekejap jadi, sekejap tak jadi, Sime Darby, Bank Bumiputera, dll. Ada orang kata, apalah sangat penjimatan RM 103 bilion dalam tempoh 5 tahun, kalau PKFZ boleh lesapkan RM 12 bilion, Sime Darby RM 2 bilion dan Bank Islam RM 2 bilion dalam sekelip mata.

Dengar khabar ada orang nak cabar Idris Jala dan Najib supaya dedahkan kepada rakyat kenapa sebenarnya Greece bengkrap. Greece papa kedana kerana rasuah dan projek membazir yang berleluasa bukan kerana harga petrol dan makanan harian rakyat Greece disubsidi oleh kerajaan. Malang kepada Greece kerana tiada hasil minyak untuk tutup pembaziran dan ketirisan wang rakyat ke dalam poket golongan tertentu. Malang kepada Malaysia kerana walaupun ada hasil minyak, pembaziran dan ketirisan wang rakyat sebegitu besar sehinggakan tauke babi pun boleh gulung tikar.

Hingga jumpa lagi, selamat minum teh tarik yang berharga RM 2 segelas kerana semuanya bakal naik kecuali benda tu yang kekadang lambat naik, dari Uncle B, yang dulu, kini dan selamanya tidak percaya dengan BN.
Cao, dan jom kita naik.