Sunday 27 February 2011

MANA NAK LETAK MUKA WEH! - CELAH BONTOT KOT!

Atas permintaan The Royal Com­mission of Inquiry ke atas kematian Teoh Beng Hock, Peguam Negara Malaysia telah melantik polis pencen dari United Kingdom, Detektif Sarjen Michael Leslie Squires untuk menyiasat keadaan dan sebab yang membawa kepada kematian mendiang Teoh Beng Hock, yang sejurus sebelum mati, berada di pejabat MACC.

Mengikut Pekeliling yang dikeluarkan Khamis lalu (24/2/11), bekas detektif sarjen, yang datuk moyangnya pernah menjajah kita dahulu dan yang nenek moyang kita pula dengan bangga halau keluar dari Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, diberi “all powers in relation to investigation given to police officers and is authorised to search any premises and take possession of any articles or documents relating to the matter being investigated”. Untuk makluman semua warga PDRM, Squires menyertai pasukan polis Britain pada tahun 1971 dan berkhidmat sebagai seorang detektif sarjen aje sebelum meninggalkan pasukan polis tersebut.

Semasa dalam Angkatan Tentera Malaysia dahulu, saya sempat melawat Hospital Tentera, Terendak Kem, Melaka, sebaik sahaja hospital tersebut yang dahulunya merupakan sebuah British Military Hospital, diserahkan kepada Angkatan Tentera Malaysia. Terpandang sahaja satu graffiti yang terpampang di suatu ceiling hospital tersebut, meluap-luap semangat kebangsaan saya. Time tu kalau ada sekor matsalleh depan saya, mahu saya ganyang sampai lumat bangsa penjajah ni. Macam tu punya berkobar-kobar jiwa patriotik saya. Tu kalau matsallleh lelaki, kalau yang perempuan takkan saya nak belasah pulak. Arwah atuk mendidik saya to be kind and gentle to women. Jadi masa tu kalau ada mem matsallleh, mesti saya ayat sampai tak bernafas punya, terus pakai baju kurung, tukar nama kepada Aminah dan ikut saya balik ke kampong asal saya di Segamat, Johor (kampong angkat I di Singapore, you). Untuk maklumat, adik-adik dan abang-abang, itu cara saya marah perempuan. Biar depa terseksa dalam kerinduan.

Nak tahu apa tulisan yang tertulis kat ceiling tadi yang bikin saya hampir-hampir jadi Kiyai Salleh dari Batu Pahat?. “Lets see how these monkeys run the show now”. Siapa tak marah. Pandai sangat ke bangsa penjajah ni hingga begitu kurang ajar dan berani memperlekehkan kebolehan anak watan kita. Itu dulu. Sekarang lain sikit.

PDRM dah berumur 204 tahun. Dulu konstabel setakat lulus darjah 6, sekarang dah berlambak yang berdiploma, ijazah pun ada. Dulu, pass SPM Gred 3 dah boleh jadi Encik Inspekter, hari ini ada ijazah pun belum tentu berjaya dipanggil Tuan Inspekter. Apatah lagi kalau memasang angan-angan nak go up in the ranks dan jadi pengarah. Kurang-kurang kena ada 2-3 ijazah, tak pun ada Masters atau Phd. Mana kelas gitu kalau OCPD setakat bangga dengan STP, betul tak?

Soalannya, kat mana pandainya Polis Great Britain dan kat mana pulak dungunya PDRM sehingga sebuah Suruhanjaya Diraja Malaysia terpaksa memanggil bekas pegawai penyiasat dari Britain untuk menyiasat semula kematian Teoh Beng Hock, dah tu sarjen aje pulak tu. Saya tak salahkan Suruhanjaya Diraja tersebut kerana menafikan kepakaran ilmu siasat-menyiasat polis malaysia. Saya sendiri naik darah dibuatnya bila membaca cara siasatan kes Teoh Beng Hock dijalankan kerana benda yang basic pun gagal dilakukan oleh pegawai penyiasat.

Saya taklah nak suruh orang besar KDN atau orang besar polis letak jawatan kerana episod yang amat memalukan sejarah kepolisan tanah air ini sebagaimana Menteri Dalam Negeri Korea Selatan letak jawatan apabila seorang koperal polis Korea mengamuk dan bunuh orang atau Menteri Pengangkutan Cina letak jawatan apabila 2 keretapi Republik Rakyat Cina berlanggar. Jangan ... jangan ... jangana. Jangan minta sambung perkhidmatan secara kontrak pun dah memadai.

Kalau ada alasan minahsabah mengapa siasatan kes Teoh Beng Hock dijalankan secara slipshod, Speak Now Or Forever Hold Your Peace”. Jangan tunggu sampai tak dapat sambung perkhidmatan, baru nak cot cet, cot cet, ada orang ketigalah, kerajaan tak ambil berat permintaan polislah dan macam-macam lagi. Masa berkhidmat dan dengan pangkat besar pulak tu, diam membatu.

Apa pun, Suruhanjaya Diraja dah pun arah dan Peguam Negara dah pun, keluarkan surat perlantikan Detektif Sarjen Bersara, Michael Leslie Squires dari Polis UK untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock.

Sok Sek, Sok Sek, soalan akhir Uncle B, sebelum kita berjumpa lagi di lain masa, “Mana nak letak muka weh!!!! Celah bontot kot?”

Wednesday 23 February 2011

YANG MENONJOL, TERJOJOL, BERGOLEK & BERALUN

Bagi seorang lelaki, apabila berada di shopping complex yang tumbuh macam cendawan lepas hujan, perkara yang paling sukar dielakkan ialah zina mata. Anda boleh berjalan cara menonong aje ke destinasi tanpa melihat kira, kanan dan mengalihkan pandangan jika terserempak perkara mungkar. Risikonya, anda boleh terlanggar tiang, tembok atau paling bahaya, berlaga dada. Bertembung dengan jantan tak apa, kalau berlaga dada dengan perempuan, tak ke naya.

Berastafar panjang dibuatnya apabila senantiasa terdedah kepada peha-peha gebu, putih licin yang dipamirkan oleh tuannya yang memakai seluar pendek atau melihat alur punggung sigadis yang pakai hipster dan tank top. Biji mata mana yang tak terjojol kalau sana-sini macam nak menerpa keluar payu dara (PD) yang dibungkus baju tak cukup kain atau punggung montok yang bergolek-beralun ke sana ke mari. Hari Sabtu 19/2/11 yang lalu, menarik nafas panjang saya dibuatnya apabila terserempak dengan 3 set PD (maknanya ada 3 aweklah tu) yang ½ terdedah dengan 1 set hampir terkeluar kerana sebelah lengan blaus sipemakai dah terlondeh tanpa disedarinya. Barangkali itu sebabnya kalau kita perhatikan, cleaners di pusat-pusat membeli belah selalu kena mob lantai yang penuh dengan air liur yang terjejeh-jejeh.

Yang hairannya kalau ada jantan yang merenung tepat dan tajam kepada barang-barang yang tededah dan yang nak terkeluar tadi, gerenti laporan polis dibuat kerana gangguan sexual atau paling tidaknya, dikutuk sebagai jantan miang. Lebih teruk kalau orang tua macam Uncle. Tentu kena kutuk, tua keladi, tak sedar diri.

Kenapa kita ambil masa berjam-jam, keluar masuk kedai, bahkan sanggup berpindah-randah dari satu shopping komplex ke satu shopping komplex untuk beli baju. Jawapannya kerana nak pilih baju yang cantik. Kenapa nak pilih baju yang cantik. Tentu sekali supaya orang pandang dan kita dikata menawan. Justeru itu, lojiknya, kalau dah pakai baju terdedah sana terdedah sini, tentunya mahu benda yang ditonjolkankan diadmire oleh orang lelaki. So, bila kami kaum Adam merenung lama dan penuh keinginan kepada benda-benda yang sengaja dipamirkan, kenapa marah?

Yang tak sedapnya, wanita melayu yang saya percaya beragama Islam, turut tak mahu kalah dengan wanita dari bangsa lain dalam bab tayang menayang PD dan bumper. Elok juga pakai purdah. Kurang sikit jantan-jantan yang terseksa dan diseksa semasa membeli-belah. Seksanya sama macam kita pergi window shopping. Tengok barang dalam cermin, yang dipamir khas untuk menarik perhatian sesiapa yang melihat, kecor air liur, berdenyut kepala dibuatnya. Nak dipegang-pegang, tauke kedai renung semacam aje, sebab dah agak kita jenis sengkek. Nak dibeli jauh sekali sebab kita kategori manusia yang beli baju lihat label harga dulu walaupun hati dah berkenan. Jadi melopong ajelah dan melopong adalah satu penyiksaan.

Kepada semua kaum Hawa, tidak kira bangsa, agama dan paras rupa, kalau nak tayang body, tayanglah, pak imam tak boleh tangkap tapi kena ingat. Kalau gatal nak main rugby jangan komplen kalau badan sakit dan tulang patah riuk. Kalau tak nak sakit atau cedera, jangan main rugby, lebih selamat duduk bersimpuh dan main congkak. Kalau tak faham bahasa berkias dan beranalogi ni , ........, lantaklah kome. Tak dapek den nak nolong.

Hingga komentar hidup yang berikutnya, selamat menonton, dari Uncle B , yang tak suka pandang kalau tak boleh pegang.

Byeee!!!!

Thursday 17 February 2011

INDIA TERPINGGIR DAN PDRM

Cari dalam Utusan Malaysia memang tak ada, tetapi Tamil Nesan melaporkan bahawa presiden MIC, G.Palanivel, dalam kunjungan hormatnya kepada Menteri Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan, telah meminta RTM menyediakan slot berita Tamil yang kedua. Slot pertama hanya menyiarkan berita-berita umum sahaja, oleh itu slot kedua diperlukan untuk mengenengahkan isu-isu yang membungkam masyarakat India Malaysia.

Bagus juga cadangan tersebut. Boleh meriah RTM dibuatnya dengan slot berita atau rancangan yang seumpama dengannya. Mau tidak, lepas ini mesti berduyun-duyun kaum-kaum lain seperti, kaum Cina, orang Asli, kaum-kaum yang ada di Sabah & Sarawak, dll kaum, minta Pak Menteri Penerangan sediakan slot TV khas untuk kaum masing-masing. Jangan pulak tinggalkan slot berita special untuk orang Melayu yang dah hilang Tanah Melayunya dan bahasa pula dah jadi Bahasa Malaysia. Bimbang Katak Lompat spesis Ibrahim Ali dan PERKASA berdemonstrasi nanti.

Bila banyak rancangan TV perkauman seperti yang diminta oleh MIC, bolehlah tambah satu lagi channel TV. Bila tambah channel, kena beli peralatan baru dan buat bangunan baru. Bila beli barang dan buat bangunan baru, boleh juga anugerahkan kontrak kepada saudara mara dan kroni. Itu belum ambil kira persen yang masuk poket.

Kalau masing-masing kaum nak ada slot berita khas untuk kaum sendiri, apa dah jadi dengan 1Malaysia yang dimegah-megah dan epong ke sana ke mari oleh Najib dan mereka yang seangkatan dengannya? Aku dah cakap dari dulu lagi. Tak macam sahabat kita di Selatan dan even in Indonesia, Malaysia kita ni, lebih banyak slogan & retorik daripada isi. Cuba buat kajian sendiri. Dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini, berapa banyak slogan yang Singapura dan Indonesia ada berbanding BolehLand.

Sebut pasal slogan dan retorik, aku nak tanya pucuk pimpinan PDRM. Agaknya teruk sangat ke rasuah dalam PDRM? Zaman Musa Hassan dulu, mula-mula polis kena pakai badge murahan, ‘Saya Anti Rasuah”. Kemudian pakai badge yang mahal sikit, “Integriti Amalan Kita”. Bawah Tan Sri Ismail, lancar pulak kempen memerangi jenayah. Kononnya kempen ini bukan sahaja ditujukan kepada polis, malahan kepada masyarakat juga.

Tang ni aku heran sikit. Jika ditujukan kepada masyarakatt, bermakna sedarkan orang ramai supaya jangan menawarkan sogokan kepada penguatkuasa undang,-undang tak kiralah dia orang dari polis ke, Imigresen ke, Dewan Bandaraya ke atau MACC. Tapi kalau yang disogok, tak mahu terima dan sebaliknya, laporkan kepada pihak berkuasa dan kemudian semua penyogok kena dakwa di mahkamah, lama kelamaan siapa yang berani nak sogok penguatkuasa undang-undang. Betul tak? Bak kata saudara mara saya, its like determining whether to put the cart before the horse or the horse before the cart. Apa kata reward setiap penguatkuasa undang-undang dengan cash apabila aduannya terhadap penyogok didakwa dan disabit kesalahan. Hadiahkan 10% daripada denda jika dijatuhkan hukuman denda dan RM100 bagi setiap bulan pesalah dihukum penjara atau kedua-duanya sekali. Kalau laporkan jerung, dapat bonus lagi. Boleh tak boleh? Lu fikirlah sendiri.

Hingga ketemu lagi, salam sayang dari Uncle B, yang dah tak larat nak dengar lepas satu, satu lagi propaganda golongan berkuasa (tak kiralah yang berkuasa dalam PDRM atau kerajaan) demi sesuatu kepentingan tersembunyi.

Sunday 13 February 2011

KALAU DAH NAMANYA PDRM

Dalam satu pertemuan dengan pegawai-pegawai kanan yang baru ditukarkan masuk ke Jabatan Siasatan Jenayah, saya difahamkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) telah melahirkan rasa terkilan dan kecewanya kerana dengan secara mendadak telah kehilangan seramai 68 orang pegawai kanan yang telah ditukarkan keluar dari JSJ, kebanyakkannya dari Cawangan Pencegah Kongsi Gelap, Maksiat & Perjudian (JSJ D7). Menurut sumber lagi, Dato’ Pengarah semacam terperanjat apabila keluar perintah-perintah pertukaran tersebut kerana beliau telah tidak dirujuk atau diajak berbincang terlebih dahulu sebelum pertukaran-pertukaran berkenaan dibuat. Jika maklumat saya betul, Pengarah JSJ telah melabelkan mereka yang ditukarkan masuk ke D7 sebagai “the big boss choosen ones” dan oleh itu beliau expect nothing but the best daripada pegawai-pegawai ini. Kesian adik-adik JSJ D7 yang baru ini. Belum sempat nak kenal tauke ekor, tauke ayam, geng mana, yang control kawasan mana, telah timbul semacam satu tekanan. Dalam sekelip mata, perintah-perintah pertukaran yang dibuat telah mengujudkan suasana kerja yang keruh dan antagonistic.

Betul kata orang tua-tua. Gajah sama gajah bergasak, pelanduk yang penyet ditengah-tengah. Saya taklah nak kata ada apa-apa yang tak kena antara No.1 dengan No.3 pasukan polis atau ada agenda-agenda tertentu berhubong dengan rombakan besar JSJ D7 ini. Malangnya sepanjang perkhidmatan 34 tahun saya dalam PDRM, itu yang saya lihat. Setiap kali Boss No.Wahid bertukar, setiap kali warga jabatan-jabatan atau jawatan-jawatan penting PDRM berganti orang. Ada apa-apa ke? Kalau nak kata setiap rombakan dibuat dengan tujuan untuk memantapkan PDRM, dah berombak-ombak PDRM dirombak, bukan makin teguh dan perkasa jadinya, bertambak hancai-bocai adalah.

Jika anda ketiga tertinggi dalam barisan pengurusan sesuatu organisasi, bersopan dan beradap rasanya jika pemimpin No.1 merujuk dan berbincang dahulu dengan anda sebelum sesuatu tindakan diambil yang melibatkan jabatan anda. Bukan sahaja ianya merupakan satu professional courtesy, it goes a long way in creating a condusive and motivating working atmosphere. Macam mana orang bawah nak bersikap baik dan professional dengan masyarakat kalau big boss-big boss PDRM pun tak boleh bersikap sopan dan berbudi bahasa sesama sendiri. Kalau cikgu kencing berdiri, anak murid mesti piss while running.

Sebelum melabur dalam sesuatu syarikat, elok kita melihat bukan sahaja Laporan Kewangan Tahunan syarikat tetapi melihat juga siapa yang mentadbir syarikat, management practices syarikat berkaitan dan sejarah pengurusan syarikat tersebut. Jika PDRM sebuah syarikat, melihat dari sejarah management practicesnya sahaja, hukum tembak pun, saya tidak akan melabur walau satu sen duit saya dalam PDRM. Tengok sahaja apa dah jadi dengan Koperasi Polis jika dibandingkan dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera atau Koperasi ATM. Now you know why it has always been my contention that the Royal Malaysia Police will never change for the better, not in a hundred years.

Hingga jumpa lagi, kepada adik-adik D7 yang baru, satu pesanan dari Uncle B. Masuk JSJ D7 macam duduk bawah pokok durian masa musim durian. Kena gaya boleh makan durian, tak kena gaya, kena hempap durian. Jangan jadi macam Uncle. Duduk bawah pokok durian tapi nak makan cendol durian, kena turun ke Melaka, dah tu kena bayar sendiri pulak.

Selain dari itu, sedikit pesanan orang inggeris lama untuk renungan anda. “Make Hay While The Sun Shines”. “Opportunity Knocks But Once”. Yang boleh kaya dan tak perlu kerja security lepas bersara anda, nak terjatuh bangunan MACC pun anda. Tepok dada tanya selera. In my grandfather’s words, “Gentlemen and ladies, the ball is in your court”.

Byeee!!!

Friday 11 February 2011

Bermula dari Tunisia apabila seorang graduan penjual sayur membakar dirinya kerana keperitan hidup sedangkan pemimpin hidup mewah, revolusi rakyat menentang ketidak-adilan dan ketidak keseimbangan pemimpin dalam berkongsi kuasa dan kemewahan negara, berjangkit dan merebak ke Mesir. Presiden Hosni Mubarak goyah, begitu juga Israel dan Amerika Syarikat. Israel kerana regim Mubarak yang pro Israel (bantu sekatan Israel ke atas Palestin dan jual petrol dengan harga lebih murah kepada Israel berbanding kepada rakyat sendiri) dan Amerika kerana kepentingan Terusan Suez kepada ekonomi AS.

Sebelum kita merasa kagum dengan keberanian rakyat tertindas Mesir untuk bangun menuntut hak mereka, kita juga perlu bertanya kepada diri sendiri. Mungkinkah ada perancangan AS, sekutu No.1 Israel, dalam semua yang sedang berlaku di Mesir. Dengan sophistication dan network meluas sistem risikannya, mustahil AS gagal mengesan nadi rakyat Mesir yang sedang membuak menuju revolusi. Ganjil kalau AS tidak memikirkan bahawa jika Mubarak tumbang, satu lagi negara Iran atau yang berpaksikan Islam akan tegak di Timur Tengah. Bahawa jika ini berlaku, ianya akan berjangkit kepada negara Timur Tengah lain dan lama kelamaan akan ujud satu dunia Islam yang bersatu bagi menentang kejahilan. Ke mana Israel selepas itu?

Jika saya pemimpin AS dan Israel, sebaik terhidu sahaja angin perubahan ini, saya akan pastikan ribut yang mengganas tadi di managed supaya hanya angin sepoi-sepoi bahasa sahaja yang bertiup ke AS dan Israel. Dalam sibuk-sibuk berdemonstrasi, saya akan letakkan kumpulan-kumpulan anti Mubarak yang pro Amerika ke dalam revolusi rakyat ini dan akan menentukan agar kumpulan ini berkuasa di Mesir pasca Mubarak. Secara bawah sedar oleh rakyat tertindas yang dahagakan keadilan, mereka telah berjaya menggantikan satu regim pro Amerika yang dibenci rakyat dengan satu lagi regim pro Amerika yang diterima oleh rakyat. Bak kata orang utara, Pi Mai Pi Mai Tang Tu Jugak.

Bagi mereka yang telah bersiap-siaga untuk terbang ke U.K., Australia atau U.S. kerana bimbang perkara yang sama berlaku di Malaysia, jangan takut. It will never happened in Malaysia, not in a thousand years or until the world ends, whichever comes first. The majority of our population including the learned ones has been so castrated that we only know how to sing Simon Says. As our honourable Prime Minister says, “Don’T try Mesir-style power grab in Malaysia. Don’t think that what is happening there must also happen in Malaysia. We will not allow it to happened here”.

Sudah tentu ia tidak akan berlaku di sini kerana kita ada ISA. Lagi pun, apa guna Najib tabur duit sana sini sekarang ini kalau bukan untuk mengagih-agihkan kekayaan negara kepada rakyat terpinggir tanpa mengira kaum. Saya belum membuat kajian terperinci tetapi yakin orang malaysialah yang paling mudah digula-gulakan. Suap mulut dengan dodol sikit, letak 10 sen dalam tangan, bontot kena sapu tak apa, kira ok. Sebab itulah payah sangat untuk rakyat Malaysia mengubah keadaan melalui peti undi apatah lagi melalui demonstrasi jalanan. Jangan haraplah!

Sebelum berlalu, Uncle nak share 1 tip untuk menjimatkan kos perubatan bagi mereka yang selalu kena selsema atau flu (demam). Mengikut seorang penyelidek dan sex columnist Amerika, Dr. Debby Herbenick, “adults who starts their day making love are healthier and happier than those who opts for a cup of tea and some toast before heading out the door. Not only does it make them less likely to catch a flu or cold, it can also improve their hair, skin and nails. Having sex in the morning also releases the feel good chemical oxytocin that makes couples feel closer all day long”.

Bagi mereka yang bahasa inggeris bukan bahasa ibunda, Uncle cuba terjemahkan, “orang dewasa yang memulakan hari mereka dengan sex, lebih sihat dan ceria daripada mereka yang memilih secawan teh dan roti bakar sebelum keluar rumah. Tidak sahaja ianya menjadikan mereka tidak mudah dijangkiti demam atau selsema, ianya juga akan menyihatkan rambut, kulit dan kuku. Mengadakan hubongan sex di awal pagi juga mengeluarkan kimia oxytocin dalam badan yang akan menyebabkan pasangan merasa lebih rapat dan mesra sepanjang hari”.

Padanlah selama ini, Uncle B, mudah sangat kena selsema dan flu, ada benda yang tak dapat rupanya.

Byeee!!

Tuesday 8 February 2011

BANJIR DAN BERCENGKERAMA TEPI JALAN

Muhyiddin Yassin cadangkan supaya Jabatan Perparitan dan Saliran (Drainage & Irrigation Department), “adopt new technologies, including using the satellite, to detect floods”, lapor The Star 5 February 2011. Kata T/PM lagi, “The department could then tell the people to make the necessary preparations before the flood hit their areas”.

Bagus juga cadangan YAB Timbalan Perdana Menteri. Lepas ini sebaik sahaja dapat amaran bahawa banjir akan berlaku, bolehlah mak dan saudara mara saya di kampong, pakat ramai-ramai, buat sangkar besar, pasang system pulley dan cable di pokok-pokok kelapa & durian. Kemudian apabila banjir hampir melandaan, letak katil, gerobok baju, TV dan semua barang berharga dalam sangkar dan dengan menggunakan sistem pulley dan cable, naikkan sangkar tersebut ke paras pokok kelapa dan durian supaya terselamat harta benda. Bagi mereka yang tinggal di bandar yang dah togel, kerajaan boleh beri kroni projek buat bangunan gudang yang tinggi. Apabila banjir melanda, orang bandar boleh simpan harta benda mereka termasuk kereta dalam gudang tersebut. Ibarat menyelam sambil minum air, kerajaan BN boleh tolong rakyat, dapat undi rakyat dan sekali gus bantu kroni jadi kaya cara mudah.

Peduli apa dengan pembangunan yang tidak dan enggan dikawal. Saliran air tersumbat dan sungai jadi dangkal. Air mencurah-curah ke bumi kerana tiada lagi dedaunan untuk menyerap dan melampias air hujan sebab pokok telah ditebang atas nama pembangunan membabi buta. Bumi tidak lagi dapat menyerap limpahan air kerana telah dilitupi batu batan. Maka seperti Samy Vellu dan Lim Goh Tong, dikatakanlah an act of God jika berlaku banjir atau tanah runtuh walhal manusia yang tidak tahu menghargai pemberian Allah lah yang menjadi punca bencana.

Untuk berlaku adil kepada kerajaan, sebelum ini, Muhyiddin juga telah mengumumkan projek penembatan banjir di Johor bernilai RM 5 billion. Saya tidak terperanjat jika projek ini juga masuk ke poket friends of BN. Sungai-sungai (termasuk Sungai Muar) akan didalamkan. Besar kemungkinan pasir yang digali dari sungai-sungai ini akan dijual kepada Singapura. Dalamkan sungai, kemudian di tebing sungai, lancarkan pembangunan yang lagi liar, banjir lagi, buat projek penembatan banjir lagi. Sama seperti bijak pandai kerajaan selesaikan masalah trafik jam. Lebarkan jalan. Hilang trafik jam sekejap. Kemudian buat pembangunan di kiri kanan jalan yang baru dilebarkan. Trafik jam balik semula. Buat jalan baru atau lebarkan jalan sekali lagi. Begitulah seterusnya sehingga hari kiamat. Akhirnya yang kaya raya adalah sahabat dan handai taulan yang jadi PR di Australia, U.K. USA, yang dapat projek kurniaan. Yang kena ganti lemek setiap kali banjir tetap juga rakyat miskin di bandar dan orang kampong.

Sebut pasal banjir, kata orang tua, pengantin baru suka hari hujan. Sejuk dan kondusif untuk berpelukkan. Ini mungkin untuk orang yang tak ada kenderaan, jadi nak buat apa-apa pun kena dalam rumah, tak seperti mereka yang ada kereta.

Laporan Berita Harian telah mengenal pasti lorong kecemasan di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) sebagai tempat memadu asmara antara jam 12 tengah malam hingga jam 3 pagi (hari tidak dinyatakan). Sesetengah daripada mereka malahan masih memandu kereta sambil mengembirakan pasangan masing-masing menyebabkan kenderaan melelong kiri dan kanan di lorong kecemasan.

Uncle pasti mereka yang memilih jalanraya sebagai tempat mempraktikkan kasih sayang, bukan kerana mereka tak ada rumah sendiri atau tak ada duit untuk sewa hotel. Rumah sendiri ada tapi isteri, suami atau mak ayah sedang menunggu di rumah agaknya. Nak sewa hotel murah, bimbang kena serbu dengan Jabatan Ugama Islam. Sewa hotel 5 bintang tak berbaloi pulak untuk seronok-seronok sejam dua.

Barangkali nak dapatkan thrillnya atau ooommpphh!nya sebagaimana thrill atau terujanya orang yang pergi bungee jumping atau terjun payung. Bayangkan. Apa punya kerja gila ikat kedua kaki dengan tali, kemudian terjun dari tempat tinggi sehingga terbuai-buai atas sikit dari muka bumi, kalau bukan kerana thrillnya or kata omputeh “adrenalin rush”.

Mahu tak thrill memandu sambil berasmara. Uncle ingin bagi cadangan. Barangsiapa yang nak memandu sambil beromen atau beromen sambil memandu, eloklah pakai kereta otomatik yang ada fungsi auto cruise dan ditetapkan pada 10 kmj. Dengan cara itu apabila kaki gedik-gedik, terlepas clutch atau minyak, tak jadi hal dan kalau accident tak teruk sangat kerana kelajuan rendah. Yang sukarnya, nak explain kepada bomba yang datang untuk umpil anda keluar dari kereta yang terperesuk dalam longkang, apa yang anda dan kekasih buat, boleng dalam kereta jpada am 2 pagi di Highway LEKAS. Kalau bomba tanya tak apa, kalau isteri tanya, tak ke nanya.

Hingga musim banjir berikutnya yang akan tiba tidak lama lagi, selamat menjala ikan di jalanraya, dari Uncle B, yang masih menunggu satu sistem amaran awal bahawa menteri akan kelentong kita lagi.
Byee!

Saturday 5 February 2011

GULLIBLE, DUMB OR JUST PLAIN STUPID

Jika dibukukan semua cerita penipuan melalui SMS dan internet seperti yang dilaporkan oleh media massa tempatan, mahu setebal ensaiklopedia 20 jilid agaknya. Dah berkajang nasihat yang diberi, ditampal di mesin ATM, disiarkan oleh akhbar dan televisyen, namun cerita orang kita yang masih blur seperti yang dipetik oleh The Star, 2 February 2011 dari akhbar Kosmo, masih lagi berlaku. Untuk makluman pembaca, jenayah internet tahun lepas meningkat 200%.

Seorang pensyarah wanita telah berkenalan dengan seorang Dr.Bruce melalui laman web Facebook. Si doctor akan ke Malaysia untuk mengahwini pensyarah. Pensyarah terima panggilan telefon dari pegawai kastam Malaysia, konon Dr.Bruce dalam tahanan kerana cuba menyeludup masuk wang sejumlah ₤25,000. Untuk bebaskan Dr.Bruce, tanpa usul periksa, lecturer (yang kemaruk nak kahwin agaknya) pindahkan RM 30,000 ke dalam akuan penjenayah dan Dr.Bruce lesap.

Inilah padahnya kalau belajar menghafal bukan belajar berfikir. Graduan yang membaca buku setakat 1 lembar setahun selepas tamat pengajian adalah cerita basi sebagaimana hapaknya kisah lulusan Unviversiti Pertanian (sekarang U.Putra) yang tidak tahu apa kebendanya hydroponics. Tidak menghairankan jika konsep lifelong learning adalah satu perkara yang asing kepada kebanyakkan warga Malaysia yang semakin hari semakin pandai menghafal. Jika pensyarah tadi, jenis yang suka ambil tahu, membaca, membaca dan terus membaca (tetapi bukan novel cinta), pasti dia tahu bahawa sesiapa sahaja boleh membawa masuk berguni-guni wang ke Malaysia tanpa diistihar tetapi membawa keluar wang, yang kena declare. Tidak tahu pula sama ada pensyarah ini tahu makna due diligence atau tidak, kerana dengan mudah menerima as the gospel truth apa yang diluahkan melalui alam maya. Banrangkali juga puan pensyarah tadi tidak diajar cara-cara untuk mengesahkan identiti seseorang individu, semasa di U.

Hanya satu kesimpulan yang boleh saya buat terhadap mangsa-mangsa internet scam seperti puan pensyarah tadi. Either they are a gullible lot, dumb or just plain stupid. Sama ada mereka mudah terpedaya, bodoh atau sememangnya ngok. Satu nasihat dari saya. Penjenayah akan mengekploit sifat tamak manusia. Tak kiralah tamak duit ke atau tamak nak berlaki.

Sebelum menutup tirai, satu berita gembira untuk kita semua. Ternyata negara kita is on the right track untuk mencapai status negara maju. Lazimnya, status kita diukur dari kemewahan yang telah atau sedang kita capai. Kalau dah drive BMW 7 series, duduk rumah harga RM 3 juta (at least), di address exklusif, anak-anak belajar di private school ala Eton, dining out di restoran 5 bintang & order Wagyu steak, holiday di europe (south east asian countries untuk orang cekkai sahaja) dan menginap di hotel berbintang-bintang, itu maknanya kita telah berjaya dan maju. Bukan saya kata, orang kata. Tak percaya cuba check tengok anak-anak big shot, kat mana depa sekolah dan holiday. Anak saudara saya punya toy aje sebiji sama dengan gaji security guard sebulan dan harga rumah yang dia duduk pun dah sama dengan harga 5 biji rumah saya yang tak sampai RM300,000 harganya.

La ini, tengah heboh cerita bini Najib semasa melawat ke Dubai, duduk hotel yang harga bilik aje, RM148,000 semalam. Cerita dongeng atau cerita benar, saya tak pasti tetapi kalau tak betul kenapa tak jawab. Jika menggunakan kayu ukuran seperti di atas, ini menunjukkan yang negara kita dah nak hampir jadi negara maju kerana bini PM mampu duduk bilik mahal dan rakyat pula bersedia untuk menampong kos tersebut bagi menunjukkan yang Malaysia telah ¾ maju. Jauh bezanya dengan presiden Iran yang duduk hotel 3 bintang masa tugas luar negera atau Lim Guan Eng yang pakai tiket ekonomi semasa membuat penerbangan tugas rasmi. Bak kata orang Perak, “Bior pape asal bergaye, bukan harta kite, harta pak mentua”.

Hingga jumpa lagi, salam sombong dari Uncle B yang takleh nak gi dengan ideologi, Menang Sorak Kampong Tergadai, Pak Pandir.

Byee!!!

Tuesday 1 February 2011

GOODBYE PDRM

Hari ini 1 February 2011, saya meninggalkan dunia kepolisan. Semalam, genap 33 tahun 6 bulan dan 28 hari, perkhidmatan saya dalam PDRM. Semestinya ada kenangan manis dan pahit, ada good times dan bad times tetapi satu perkara yang saya yakini ialah saya telah memberikan yang terbaik mungkin kepada rakyat yang memerlukan perkhidmatan kepolisan dan yang paling teruk boleh saya lakukan, kepada pelanggar undang-undang. I have done the things that I have done not because of glory, publicity or commendation letters but because it is the right thing to do.

I will not dwell on how’s my life in the Force these last 33 years or so for fear that I will be labelled “Masuk Bakul Angkat Sendiri”. Let those who have served together with me in the Force tell their own stories about probationary inspector Baharuddin Hj Idris and now retired Superintendent of Police, Baharuddin Hj Idris. No Dato’ or Datuk title, only atuk, to a 5 year old girl.

Will I miss the Royal Malaysia Police? Kalau soalan tadi membawa erti yang sama seperti, “Do you miss the wonderful nights you spend with the ex wife you have just divorced?, sudah tentu ada sedikit air mata kerinduan kerana tidak ada satu perkara pun yang semua hitam atau semua putih. Mesti ada sikit-sikit grey areas in between, ma! Tapi kalau soalannya, “Adakah anda merasa kehilangan kuasa polis yang pernah anda rasai?”, jawapannya begini.

Unlike other government enforcement agencies, the Royal Malaysia Police has the power to enforce almost 100% of the laws enacted in this country. It is not for nothing that the malaysian police prides itself on being the leading law enforcement agency. Whether it leads in policing professionalism is a question for debate. Uncle Ben (bapa saudara Spiderman) once told Spidey that “With great power comes greater responsibility”. Uncle B kata “In Malaysia, with great powers, the better opportunity to make money”.

The Royal Malaysia Police authority card especially the blue colored one, carries with it, great and wide powers. You can tahan speeding lorries and buses, larang kapal terbang dari terbang ke udara, boleh tahan dan soal orang yang sedang berjalan, even suruh orang berhenti bercium dalam LRT kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam (an offence under the Minor Offences Act). Di Malaysia, kuasa polis lagi dashyat. Boleh tangkap, tahan dan rekomen kepada menteri untuk sumbat semua gangster, tauke sindiket judi, sindiket pelacuran dan pengancam ketenteraman awam dalam Pusat Tahanan, tanpa bicara. Polis kata hitam, hitam, putih kata polis, putih kata kerajaan. Although selalu juga berlaku polis kata hitam, kerajaan kata putih dan polis kena ikut.

Kita akan rasa kehilangan jika masa berkuasa dulu, semuanya nak free. Makan free, holiday free, renovate rumah free, hinggakan main golf dan kahwinkan anak pun pakai sponsor. I guess I would have miss such police powers if I had misuse or abuse it for my own personal benefits and gratifications. Imagine you are born with an extra body appendage that you don’t use. Would you miss it if it is excised or removed ?

I am happy leaving the force and certainly did not miss the police powers that I used to have because it has never benefited me. If at all there is any regret, I regretted the fact that the Royal Malaysia Police has never given me a chance to become the commandant of a police training centre or the chief police officer of a police district. Given a chance, I know I can alter public perception of the police force, at least in my district or at the very least produce god fearing police officers. But that is water under the bridge.

If I may be permitted to leave a word of advice to my ex bosses, my ex colleagues and subordinates but still friends, always remember that the police force is an honorable profession. Don’t sully the profession by dishonorable acts. As a muslim I am proud of the fact that the modern police force begins during the Islamic Caliphate. To my muslim brothers and sisters in the Force, do not mar the image of Islam through your despicable actions as a police officer. Ingat! Kuasa polis yang anda miliki, diberi oleh rakyat melalui parlimen untuk menolong rakyat bukan untuk menggemukkan anda.

Hingga jumpa lagi, kepada mereka yang masih berkhidmat dalam PDRM dan merasa diri cukup berkuasa dan Polis Dia Raja Malaysia, ingat pesanan Uncle B. Satu hari nanti, anda akan jadi orang awam. Time tu baru anda tahu langit tu tinggi atau rendah. Macam seorang bekas pegawai tatatertib juga bekas KPD yang InsyaAllah akan berdepan dengan saya, satu sama satu, sebagai orang awam. Tak lupa juga seorang bakal bekas T/Pengarah yang pernah menghina Uncle.

Byeee!!!