Friday 19 February 2010

SINAR

Saya tidak tahu berapa luasnya readership akhbar SINAR tetapi jika berkesempatan, saya tidak akan melepaskan peluang untuk membaca akhbar tersebut. Setakat ini SINAR nampaknya berkecuali. Mungkin tidak banyak cerita ceriti mengenai aktiviti atau sudut pandangan tokoh-tokoh pembangkang tetapi sekurang-kurangnya diberi juga peluang dibaca dan dinilai oleh pembaca. Selama mana neutrality ini boleh bertahan sebelum permit penerbitannya disekat atau syarikat dibeli oleh proxy BN, wallahhuallam.

Lemahnya SINAR adalah kerana ia kurang berita-berita luar negara dan gossip-gossip sensasi seperti Mawi menjalin hubongan dengan seorang Mak Datin atau gembar gembor hantu Altantunya merayau-rayau dalam KD Tengku Abdul Rahman. Itu yang kadang-kadang kapal selam pertama kita tu tak boleh menyelam.

Yang menambat hati, akhbar ini memberi peluang kepada tokoh-tokoh yang dipandang serong oleh kerajaan yang memerintah untuk menzahirkan apa yang terbuku dalam fikiran dan hati mereka untuk dinilai, diterima pakai atau dibakulsampahkan oleh para pembaca. Dalam negara yang mengamalkan demokrasi dan kebebasan bersuara seperti Malaysia, tiada yang lebih boleh saya harapkan selain daripada apa yang sedang dilakukan oleh SINAR.

SINAR 18hb Februari 2010, misalnya mengutarakan 3 rencana oleh Profesor Abdul Aziz Bari, Abdul Jalil Ali dan Dr.Mohd Asri Zainal Abidin, masing-masing berjudul “Kerajaan Rakyat Atau Kerajaan Mahkamah”, “Apa Istimewanya Apam Cik Teh” dan “Jalan Raya Bukan Untuk Upacara Agama”.
“Apa Istimewanya Apam Cik Teh” misalnya memberi argument yang termasuk dek akal, bahayanya membenarkan perkataan Allah digunakan oleh sebuah majallah agama Christian di Malaysia. Sebagai contoh, penulis tidak bersetuju dengan tindakan memperkenalkan Bak Kut Teh Halal dalam Karnival Makanan 1Malaysia di PWTC baru-baru ini. Cuma melayu tolol sahaja tak tahu bahawa Bak Kut Teh dibuat menggunakan tulang & daging babi. Lama kelamaan bila dah sebati dengan keujudan Bak Kut Teh Halal, akan ada orang Islam yang malas berfikir akan ngap sahaja Bak Kut Teh yang dijual oleh warga Indonesia yang bukan Islam tetapi berwajah melayu. Saya tidak curiga dengan keupayaan orang islam generasi tua seperti kami untuk menilai haram halal sesuatu perkara tetapi cuak sedikit dengan kemampuan anak-anak muda islam hari ini untuk berbuat demikian. Jikalau tidak masakan Sisters In Islam boleh disertai oleh dua tiga ekor atau berekor-ekor anak-anak perempuan tokoh pemimpin lagi ternama Malaysia. “Jalan Raya Bukan Untuk Upacara Agama” mengemukakan kewajaran kerajaan negeri Pulau Pinang dan Kelantan membatalkan perarakkan Maulidur Rasul sementara Profesor Abdul Aziz Bari yang telah 20 tahun mengajar undang-undang memberi dalil-dalil mengapa dia berpendapat keputusan 5 orang hakim Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan Zambri BN sebagai MB Perak yang sah adalah tidak tepat.
Sama ada betul atau tidak, sama ada anda setuju atau membangkang pendapat tokoh-tokoh tersebut, setidak-tidaknya anda telah diberi peluang untuk menilai keilmuan mereka. Ini melebihi peluang yang telah diberikan akhbar-akhbar perdana kepada golongan yang berpandangan lain dari kehendak kerajaan memerintah.

Jika ingin tahu lebih lanjut isi kandungan artikel-artikel seperti saya jelaskan di atas, cuba semak SINAR online atau dapatkan naskah hardcopy berkaitan. Takkan semuanya nak saya suapkan ke mulut, iye tak?

Hingga jumpa lagi, apa kata kita menilai sesuatu isu dari semua sudut (360 darjah) supaya kita tidak menjadi manusia bermata kero atau jin bermata satu.
Salam dari Uncle B.

Tuesday 16 February 2010

MENANGANI ISU BUANG BAYI

Dalam satu minggu berakhir 15 February 2010, negara telah diterperanjatkan dengan 4 kes buang bayi baru lahir. Sedihnya bayi-bayi yang tidak berdosa itu meninggal dunia. Yang terakhir dijumpai mati dibakar dalam tong sampah di Kuala Krai, Kelantan. Dalam posting blog saya terdahulu saya ada membuat komen mengenai bayi yang dijumpai mati berhampiran sebuah masjid di Melaka. Kali ini saya nukilkan pandangan tokoh-tokoh wanita ternama kita mengenai isu yang sama (dalam tulisan italics), diikuti dengan cadangan saya untuk menyokong pandangan tokoh-tokoh wanita tersebut. So jangan kata saya hanya tahu kondem pandangan tokoh kerajaan tetapi tak tahu memberi cadangan membina.

“Saya dengan rela hati ingin membantu pihak kerajaan menyelesaikan gejala ini, saya mengharapkan kejadian seperti ini tidak berlaku lagi atau berkurangan satu hari ini”.
Datin Seri Rosmah Mansor – sebagaimana dilaporkan berkata oleh Utusan Malaysia Isnin 15 Feb 2010 ms 1

Pada hemat saya kita tak perlu bersusah-susah payah nak cari jalan untuk mensifarkan atau mengurangkan kejadian-kejadian buang bayi. Zina tetap akan berlaku walau sebanyak mana pun program dan ceramah agama disiarkan selagi persekitaran hidup yang diujudkan oleh negara mendorong kepada berlakunya zina. Benda sedap, semua orang nak buat. Dalam keadaan pasangan penzina perempuannya subur, hasil persetubuhan haram ialah anak luar nikah. Jadi, apakata kita halang anak luar nikah dari terjadi.

Kenapa kita tak lakukan apa yang sedang dibuat oleh kerajaan untuk mencegah HIV/AID di kalangan penagih dadah iaitu mengedarkan jarum percuma kepada penagih. Kita beri kondom percuma. Semua kedai 7 Eleven, pusat membeli belah, pusat hiburan, dll, di mana anak-anak muda (terutama melayu) suka melepak, boleh dijadikan lokasi pengedaran kondom percuma. Kalau kerajaan boleh peruntukkan RM 15 billion duit rakyat untuk tampong syarikat melayu (read that as syarikat crony) yang bangkrap, kenapa tak boleh keluar duit sikit untuk beli kondom dan edarkan kepada bakal penzina secara percuma.

Tak ada anak luar nikah, tak ada kes buang bayi. Kan mudah? Justeru itu dapatlah kita menrealisasikan harapkan wanita No.1 kita supaya “kejadian seperti ini tidak berlaku lagi atau berkurangan satu hari ini”.

“Janganlah buat perkara-perkara yang kejam, jika tidak mahu memelihara anak itu dan berasa malu untuk tampil ke pihak berkuasa sekurang-kurangnya letakkan anak itu di tempat yang selamat”.

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil - sebagaimana dilaporkan berkata oleh Utusan Malaysia Isnin 15 Feb 2010 ms hadapan.

Satu cadangan bernas. Kita ujudkan pusat pungutan bayi yang hendak dibuang. Sediakan satu ruangan khas yang terselindong (untuk elakkan setan betina dan jantan yang nak buang anak dilihat orang dan dengan itu terasa malu) dan selamat untuk meletakkan bayi selama minima 1 jam di lokasi seperti steysen pam minyak, belakang rumah ibadat, belakang sekolah atau di hospital-hospital kerajaan. Ini untuk memudahkan pasangan setan yang hendak membuang anak luar nikah mereka di tempat yang selamat. Kemudian arahkan krew MPV PDRM (yang sentiasa bersedia untuk ikut perintah kerajaan walaupun bukan kerja polis) untuk melawat lokasi-lokasi ini satu jam sekali. Jika ada bayi yang ditinggalkan, ambil dan hantar ke pusat penjagaan bayi luar nikah yang telah diswastakan kepada syarikat-syarikat kroni.

Bukan sahaja PDRM dapat melaksanakan satu lagi aktiviti community policing bahkan dapat membantu Menteri Pembangunan Wanita Dan Keluarga menyediakan kemudahan untuk pasangan penzina “letakkan anak itu di tempat yang selamat”.

“JKM hanya akan berkeras dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap lelaki atau bapa yang sepatutnya bertanggungjawab ke atas bayi yang dilahirkan itu”. Menurut Shahrizat, kementeriannya prihatin dan amat memahami nasib yang dialami oleh golongan wanita yang menjadi mangsa keadaan.
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil - sebagaimana dilaporkan berkata oleh Utusan Malaysia Isnin 15 Feb 2010 ms hadapan dan ms 4.

Hah!!! “nasib yang dialami oleh golongan wanita yang menjadi mangsa keadaan”. Kalau kes rogol di mana mangsa tidak sekelumit pun mengenali perogol, boleh juga diterima oleh akal aku yang benak ini. Ini tidak, sendiri dan dengan rela hati ikut jantan masuk bilik, kemudian bekerjasama dengan sijantan untuk buka baju, lepaskan kancing coli, londeh kain, tanggal seluar dalam dan seterusnya dengan penuh syok membiarkan jantan tak guna tadi menggomol dan menguli tubuh sehingga mata jadi kuyu, nafas jadi pendek dan suara keluar macam orang mengerang sakit sedap aje, masih dikatakan “nasib yang dialami oleh golongan wanita yang menjadi mangsa keadaan”. Astagar!!!! Tak faham aku.

Jumpa lagi dan semoga Sisters In Islam berusaha penuh gigih menjadikan cadangan saya untuk mengedarkan kondom percuma dan menubuhkan pusat-pusat pungutan bayi dibuang, satu kenyataan demi memperkasakan kaum wanita yang telah didiskriminasikan oleh islam.
Byeeee!!!!!

Friday 12 February 2010

Bagi yang berjiwa sensitif, teramat baik budi pekerti dan halus budi bahasa, saya menyarankan supaya anda berhenti membaca. Cukup setakat ini kerana seterusnya saya akan mencarut dan menggunakan kata-kata kesat, kasar dan lucah sahaja. Saya percaya saya seorang yang praktikal dan realistik. Kerja bodoh kalau bertutur dalam bahasa melayu kepada monyet dan sebaliknya tiada seorang manusia pun akan memahami mesej anda jika anda menggunakan bahasa monyet. Terkecuali jika ada binatang yang menyerupai manusia dan kebetulan watak dalam catatan saya seterusnya adalah dua ekor binatang.

Hampir kesemua akhbar melayu 11 February 2010, menyiarkan gambar dan berita mengenai mayat seorang bayi perempuan baru lahir yang ditinggalkan berhampiran sebuah masjid di Melaka. Agak-agaknya lah semasa berlaku kemasukan batang penyedap sijantan ke dalam faraj sibetina, sehingga lahir bayi yang malang itu, adakah kedua-dua mereka telah diijabkabulkan sebagai suami isteri atau persetubuhan berlaku semata-mata kerana peralatan kelamin masing-masing jantan dan betina telah tegang dan kembang.

Saya dididk oleh keluarga supaya bertanggungjawab ke atas semua perbuatan dan perkataan saya. Lantaran jika saya teringin untuk engkar arahan emak supaya berbasikal sejauh 1 km turun dan naik bukit ke kedai runcit Eng untuk membeli gula pasir yang telah habis di rumah, saya akan menimbangkan terlebih dahulu risiko yang akan saya hadapi jika engkar. Emak pasti akan repot kepada abah. Abah akan mengarahkan saya mengambil rotan yang sedia tersangkut di tepi tangga. Dan tanpa lecture-lecture atau surat tunjuk sebab, piap!! 2 das hinggap di pungkok. Saya akan menyoal diri sendiri. Sanggupkah saya pedih pungkok kena sebat kerana kesalahan engkar arahan emak semata kerana nak lawan spider dengan geng. Kalau sanggup terima dan tanggung risiko kena sebat, maka saya keluar rumah untuk lawan spider. Abah balik, saya sendiri akan sediakan rotan dan tarik napas tahan macho apabila bilah rotan hinggap di punggung. Habis cerita. Itu sebab sampai sekarang syukur Alhamdullillah, saya bukan kategori penulis surat layang.

Oleh kerana saya juga belum layak dikelasifikasikan sebagai ustaz, saya enggan membicarakan isu main-main buka kain antara lelaki dan wanita ini dari sudut hukum agama. Semua orang, tak kira bangsa atau ugama tahu bahawa berjuxxx luar nikah adalah salah. Cuma kita saje terlupa apabila sedang asyik dan terkuyu mata membisikkan ayat-ayat menggoda sambil menggigit-gigit sayang cuping telinga dan tangan mengusap-usap manja di bawah bra kekasih. Tiba-tiba, jeng!-jeng!-jeng!, tanpa disedari, terlondeh kain dan seluar, tertanggal panties dan brief dan terjadilah anak luar nikah yang terpaksa dibunuh kerana emak dan ayah yang menjadikannya jenis jantan dan betina tidak bertanggungjawab dan tidak berguna.

Untuk adik-adik, anak-anak, abang-abang dan kakak-kakak yang sedang berangan-angan dan bercadang untuk meraikan hari kekasih bersama awek atau balak masing-masing bersama setan pada 14 February nanti, cuba tanya diri sendiri sebelum mengucup bibir dan tangan menggenggam erat punggung kekasih. Sanggupkah aku buat bini, perempuan yang hendak aku sunxxx ini. Sanggupkah aku tanggung malu dan membesarkan anak yang terjadi jika balak aku enggan pakai kondom dan lambat atau tak sempat cabut. Adakah balak aku jenis lelaki yang akan bertanggungjawab atau jenis jantan sial yang akan cabut lari dan meninggalkan aku membusong seorang diri. Akhir sekali, cuba tanya. Sanggupkah aku dibakar macam sate di akhirat nanti. Kalau sanggup, apa yang ditunggu, singgah aje di 7 Eleven untuk beli kondom atau cari aje krim pembunuh sperma yang boleh disapu pada apam sebelum bersatu (bukan 1malaysia).

Selamat Tahun Baru Cina & Selamat Hari Setan (14 February) dari Uncle B yang berani buat berani tanggung.

Sunday 7 February 2010

PERJALANAN TERAKHIR


Saya menerima berita pemergian buat selamanya Datuk Mohd Hazam Abdul Halim, KPP Siasatan II, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman lebih kurang jam 2 pagi waktu Chiangmai, Thailand, 5 February 2010. Terima kasih As (orang pertama yang menghantar berita), Supt Meor, ACP Rohaimi dan tidak lupa Suraya, yang telah bersusah payah untuk menyampaikan berita sedih ini kepada saya. Ribuan maaf saya kepada keluarga Allahyarham kerana tidak dapat bersama-sama menghantar jenayah suami/bapa/anak dalam perjalanan terakhir Allahyarham menemui Penciptanya.

Saya tidak mengenali arwah Datuk Hazam secara dekat dan tidak pernah bekerja dengan beliau untuk mengenalinya secara peribadi. Sepanjang pengenalan singkat saya dengan beliau, saya mengenali arwah sebagai seorang yang tidak lokek dengan senyuman dan sentiasa mempunyai kind words untuk pegawai-pegawai yang ditemuinya. Tidak seperti sesetengah pengarah, timbalan pengarah maupun pegawai kanan polis yang susah sangat nak senyum. Barangkali takut lencana pangkat jatuh ke lantai kalau tersenyum atau bertutur dengan baik. Entahlah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Datuk.

Rasa macam semalam saya baru bertemu Datuk Hazam, tiba-tiba beliau telah tiada, pergi buat selama-lamanya meninggalkan isteri, anak, harta dan kedudukan. Untuk seketika saya terasa insaf betapa fleeting nya hidup ini. Tiba-tiba sahaja kita boleh menghembuskan nafas yang terakhir. Justeru untuk apa kita perlu sombong, bongkak, kasar dan berlagak seperti kitalah segala-galanya walhal dalam sekelip mata sahaja, mereka yang kita perleceh masa hidup, boleh memasukkan mayat kita dalam karung guni dan mencampakkannya ke laut. Saya hanya boleh berdoa agar Allah memberi saya kesedaran bahawa saya juga pada bila-bila masa boleh lenyap dari muka bumi ini. Semoga peristiwa sedih ini memberi saya keinsafan untuk senantiasa senyum dan bersikap baik sesama insan.

Kita sering terlupa untuk berhenti sejenak menghidu harum mawar yang sedang berkembang dalam sibuk kita mengabdi diri kepada pekerjaan. Kita buat tak dengar melodi lagu penenang jiwa dan kita sering tertinggal alunan azan bahawa ada yang lebih utama dari kita. Dalam mengejar kejayaan kerjaya, kita lupa kepada keindahan kehidupan. Apakah kita harus menunggu sehingga saat sakratulmaut sebelum kita bertanya kepada diri sendiri. Adakah apa yang telah aku lakukan selama ini berbaloi?

Jumpa lagi dari Uncle B yang telah sedar bahawa kita bekerja untuk hidup dan bukan hidup untuk bekerja.