Wednesday 27 November 2013

THE MOTHER OF ALL TRAITORS

Kalau ikut lojik Saddam Hussein, orang tertentu di negara kita, semestinya the mother of all traitors. Itu kalau ikut lojik Saddam Hussein, yang mengistihar bahawa perang melawan hegemony US adalah ibu kepada segala peperangan.  Syukur Alhamdullillah, Malaysia tidak pernah mengikut telunjuk mana mana negara pun, sebab kita sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Bak kata rakan sekerja saya, it only happens in Malaysia, setiap kali beliau terbaca, terdengar atau tertengok, segala tindakan-tindakan, percakapan-percakapan dan segala projek projek karut marut yang dilakukan oleh orang malaysia terutama mereka yang memerintah negara.

Kata Tengku Adnan, Menteri Wilayah Persekutuan, We are not MPs or ministers who walk, walk, talk,talk and lie, lie to the rakyat."  Kami bukan ahli parlimen atau menteri yang jalan, jalan, cakap, cakap dan bohong, bohong kepada rakyat.  Kita biarkan Tengku Adnan dengan labu labunya. Kita tengok apa kata ahli parlimen dan menteri BN yang lain.

Rosmah Mansor gunakan jet kerajaan untuk terbang ke Qatar.

Kata Azizah Sheikh Abod, pegawai khas di Jabatan Perdana Menteri, Rosmah ke Qatar bukan mewakili kerajaan Malaysia tetapi ke Qatar untuk kepentingan kerajaan. Kononnya alasan Ini menghalalkan pengunaan jet kerajaan oleh Rosmah.

Kata ahli parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman, yang sama sama makan angin bersama Rosmah, jemputan kepada Rosmah oleh Qatar, bukan atas dasar kerajaan kepada kerajaan tetapi atas jemputan peribadi.  Rosmah ke sana untuk memberi ucaptama dan menerima award yang di kurniakan kepadanya (Rosmah).

Shahidan Kassim, Menteri di JPM, pula, merasa sedih kerana semua orang sengaja menimbulkan kebencian terhadap Rosmah. Shahidan menyoal, berapa ramai pelabur yang telah dibawa masuk ke Malaysia olelh pembenci Rosmah.

Saya terima dengan hati terbuka semua dalil dalil yang dikemukakan oleh mereka yang tersebut di atas bagi menghalalkan pengunaan harta dan wang rakyat untuk urusan peribadi.
 
Saya juga akan melupakan kisah seorang Kalifah Islam yang sedang menjalankan tugas tugas kerajaan dengan bercahayakan lilin yang dibeli dengan duit kerajaan, tiba-tiba memadamkan lilin duit kerajaan tersebut tetapi sebaliknya menyalakan lilin yang dibeli dengan duit sendiri apabila seorang tetamu ingin berbincang mengenai hal hal peribadi.  Maksudnya kita ditegah oleh Islam untuk menggunakan harta benda kerajaan untuk urusan peribadi.

Ini lebih kurang samalah dengan pegawai pegawai tinggi polis masa saya berkhidmat dulu yang buat mesyuarat di resort resort golf. Mesyuarat entah ke mana, golf yang lebih. Mesyuarat dua hari jadi tiga hari sebab sebelah petang sibuk dengan golf. Tapi ini dulu, sekarang PDRM tak macam ni.

Saya tidak mempertikaikan hak Rosmah untuk buat apa sahaja yang dia nak buat. After all, dia bini PM tetapi saya nak tanya sikit. Mana lebih teruk dan hodoh kelakuan, orang yang tak bayar cukai atau orang yang menyalah gunakan wang rakyat aka wang kerajaaan.

Saya bertanya kerana suami Rosmah dilaporkan oleh akhbar perdana sebagai berkata, mereka yang tidak membayar cukai adalah pengkhianat negara. Kalau tidak membayar cukai diiktiraf sebagai pengkhianat, bolehkah kita takrifkan mereka yang menyalahkan gunakan harta benda rakyat sebagai, “The mother of all traitors”.

Untuk dijawab bersama, salam sayang dari Uncle B, the ikan bilis of all bloggers.  
Bye!!!!!!!!