Monday 6 January 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Telah satu minggu kita melangkah masuk ke tahun masehi 2014. Ke mana halatuju negara dan bagaimana hidup kita untuk 359 hari lagi, hanya Allah Maha Mengetahui. Sebagai insan yang sering melihat gelas minuman di Malaysia sebagai sentiasa setengah kosong dan bukan setengah penuh, Uncle hanya nampak sebuah negara yang sedang gila meroyan. Orang barat ada pepatah, “The light at the end of the tunnel”  yang membawa maksud, walaupun kita berada dalam terowong yang gelap sekarang tetapi di penghujung terowong pasti ada cahaya. Malangnya  terowong di Malaysia berbeza. Kita bina terowong yang panjang-panjang, mula mula cukup dengan lampu lampunya, kemudian kita sendiri pecahkan mentol lampu supaya semua yang ada dalam terowong bergelap. Lalu kita diajak berjalan ke hujong terowong untuk mencari cahaya di hujong terowong tetapi apabila sampai di hujong terowong, hari dah malam, gelap gulita, hujan ribut dan petir sabung menyabung dan di hujong terowong ada curam yang dalam. Maka kita akan beramai ramai jatuh gaung yang dalam dan bersepai tulang dan otak kerana syok menjadi pak turut. Itulah yang Uncle nampak untuk tahun 2014, setelah hiris limau nipis dan masukkan dalam mangkuk tilik Pak Pandir.  
 
Jangan salahkan Uncle kerana berpandangan pessimistic. Lihat sahaja di sekeliling kita. Is there any semblance of law and order in our country? Mahkamah dah buat keputusan, Sultan Selangor dah beri titahnya tetapi masih ada penganut kristian yang kepala batu, sengaja mencari pasal. Pihak berkuasa semacam bebal, boleh ambil tindakan kerana menghina mahkamah tetapi tetap menunggu hero hero melayu yang crook untuk bersuara dan bertindak membela Islam, kononnya. Harga macam macam barang naik tetapi apa yang pihak pembangkang buat, sekadar menuding jari kepada pemerintah dan pemerintah pula sebar berita, pembangkang beli Mercedes untuk ketua menteri. Bukankah baik, kita cari punca negara tak cukup duit sehingga 16 tahun menanggung belanjawan defisit dan sama sama membendung ketirisan wang rakyat yang berlaku dek angkara KKN, Kroniyisma, Korupsi dan Nepotism.
 
 
Pilihan raya telah berlalu. BN menang, PR kalah. Rakyat telah mengundi dan membuat pilihan. Tidak kiralah ada hanky panky atau tidak. Bukankah elok, semua yang menang, baik BN atau PR, teruskan amanah rakyat untuk mentadbir negara dan negeri yang mereka perintah dan bukan menghabiskan masa, tenaga dan wang rakyat untuk mengutuk antara satu sama lain. Tengok negara negara jiran yang nampak lopus sahaja, mereka lebih stabil politically, economically dan socially dari kita yang berangan nak jadi negara maju menjelang 2020 walhal minda dan kaki masih melekat di kampung, di bukit dan di estet.
 
 
Apa pun, dalam kemurungan, keharuan, the doom and the gloom kita menyambut tahun baru 2014 dan kenaikan belanja hidup yang terlampau, dapat juga pemimpin negara kita, menghiburkan rakyat dengan 11 jenaka paling lucu sebagai sambutan tahun baru iaitu memotong elaun keraian para menteri, mengurangkan subsidi tol menteri, kurangkan perbelanjaan makan semasa mesyuarat, dll. Apa pun kesemua 11 inisiatif untuk mengurangkan perbelanjaan negara itu bolehlah kita nobatkan sebagai the best jokes of the year 2013/2014.
 
 
Hingga jumpa lagi, Insya Allah dengan lebih kerap di tahun 2014, salam sayang dari Uncle B, yang yakin bahawa tidak semua kenaikan itu bersifat negatif. Naik pangkat, naik gaji, naik kapal terbang first class, bukankah satu kenaikan yang positif sebagaimana anu sentiasa naik.

Byeeee!!!!!