Tuesday 12 January 2010

ADAT BERKAWAN UNTUK ORANG BERAKAL

Saya mempunyai ramai kawan dari kaum bukan melayu, Cina ada, India, Sikh, MatSalleh, dll. Di kalangan orang melayu sendiri, rakan saya datang dari pelbagai sub group rumpun melayu. Banjar, Jawa, Rawa, bahkan isteri saya sendiri orang Mandailing. Itu belum ambil kira lagi dari mana rakan melayu saya ini datang. Ada melayu Johor, melayu dari Negeri Sembilan dengan adat perpatehnya, yang dari Kelantan, Penang, mudah cerita, orang melayu dari 14 buah negeri di Malaysia dan tidak ketinggalan geng melayu saya dari Singapura dan Indonesia.

Sebagai manusia yang berakal, tahu dan mahu berfikir, untuk menjaga dan memastikan persahabatan saya berkekalan, saya jadikan satu kemestian untuk mengetahui dan mengambil-kira sensitiviti setiap rakan saya agar saya tidak menyinggung perasaan mereka apabila saya berinteraksi dengan rakan rakan dari pelbagai kaum dan negeri ini.

Sebagai contoh, jika saya berada di restoran dengan rakan india, saya tidak akan memesan makanan yang ada lembu. Andainya saya sedang duduk bersembang dengan sahabat-sahabat saya dari Thailand, saya akan mengelakkan duduk bersilang kaki kerana akan dianggap kurang ajar oleh sahabat saya dari negara gajah putih itu. Begitu juga saya tidak akan mengajak sahabat saya seorang Christian yang alim untuk sarapan pada pagi Ahad kerana saya ambil tahu bahawa orang kristian sembahyang di gereja pada pagi Ahad.

Ini yang perlu dan harus semua kaum di Malaysia, peka, ambil berat dan amalkan jika kita benar-benar ikhlas mahu hidup dengan rukun damai dalam sebuah negera berbilang kaum seperti Malaysia. Tolong jangan berteriak 1Malaysia jika ada bangsa di Malaysia yang tidak faham keperluan ini.

Jika saya tidak silap Encyclopeadia Brittanica edisi zaman saya kanak-kanak, melihat orang melayu sebagai satu bangsa yang laid back, suka hiburan, fatalistic dan paling penyabar i.e. mudah memaafkan. Sebelum berinteraksi dengan orang melayu, tidak ada dalam vocabulary bangsa inggeris satu perkataan yang sesuai untuk mengambarkan satu perlakuan di mana seorang individu tiba-tiba seperti hilang akal membunuh tak kira siapa di sekelilingnya secara gila babi. Tersentak dengan fenomena ini, matsalleh yang kononnya pandai, terpaksa menggunakan perkataan melayu untuk menggambarkan kelakuan tadi tetapi oleh kerana sombong, orang putih telah menginggeriskan perkataan amuk orang melayu jadi amuck. Moral of the story, sesabar-sabar orang melayu, jika terlebih dijolok, boleh mengamuk.

Barangkali padri besar Roman Catholic di Malaysia dan pengarang majallah Herald yang sahih tidak reti bahasa tu, tidak bersopan dan jauh sekali beradap serta tidak tahu budi bahasa hidup berkawan berbilang kaum, saje ingin menjolok sarang tabuan dan menguji kesabaran orang melayu. Jika tidak masakan masih degil mahu menggunakan perkataan Allah yang sememangnya sensitif bagi orang melayu Malaysia yang beragama Islam.

Hingga jumpa lagi, salam Semerluki dari Uncle B, yang kalau terlampau marah boleh jadi hilang akal dan tak ingat dunia.

Friday 8 January 2010

JUARA RAKYAT

Khabarnya, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyddin Yasin mengumumkan akan melancarkan program raksasa ”UMNO Juara Rakyat” bermula Januari ini sehingga Pilihan Raya Umum ke 13 nanti. Mak oooii!, panjang dan lamanya program ni. Menjejah 2 tahun lebih kalau pilihanraya selepas 4 tahun atau 3 tahun jika cukup pusingan 5 tahun. Bermakna juga, program ini akan menjelajah ke semua 14 buah negeri di Malaysia.

Agaknyalah, ada tidak nanti pegawai-pegawai kerajaan seperti mereka dari JKR, Kementerian Belia & Sukan, apatah lagi PDRM, dll, digunapakai untuk melaksanakan program ini. Ini belum lagi termasuk sumber-sumber pengurusan kerajaan yang lain seperti logistics dan yang paling penting, wang kerajaan digunakan untuk menjayakan program UMNO Juara Rakyat.

Pegawai gomen dengan pegawai UMNO sama ke? Gomen dengan UMNO dan UMNO dengan Gomen tu serupa ke? Kalau tak sama, jika digunakan juga pegawai-pegawai kerajaan, ini bermakna salah guna kuasa atau abuse of power telah berlaku. Beranikah SPRM ambil tindakan terhadap orang-orang UMNO terutama orang UMNO yang besar-besar, jika mereka (orang UMNO) mengarahkan pegawai kerajaan untuk terlibat dalam program UMNO ini.

Dan jika wang kerajaan digunakan untuk program ini, bukankah itu boleh dianggap pecah amanah jenayah. Rakyat mengamanahkan wang pelbagai cukai yang mereka bayar kepada kerajaan untuk digunakan bagi pembangunan negara bukan untuk pembangunan UMNO. Maknanya kalau wang rakyat tersebut telah digunakan untuk kepentingan UMNO seperti program ”UMNO Juara Rakyat”, itu dah kira hampir kepada pecah amanah jenayah. Rakyat mengalami kehilangan salah, UMNO memperolehi kedapatan salah, ada langgar amanah dan ada pemberian amanah. Amacam, boleh buka paper ke dan bawa ke muka pengadilan atau digunakan kuasa veto untuk memilih tidak menuduh penjenayah-penjenayah kolar putih terhormat yang terlibat.

Dan nak tanya lagi, program macam ini mesti ada perhimpunan besar-besaran punya di tempat awam. Agaknye lah, berani tak tuan OCPD arahkan bersurai jika didapati perhimpunan tersebut disahkan tiada permit polis. Dan andainya ada tuan OCPD yang giler babi dan berani bertindak sedemikian kerana OCPD ini percaya bahawa, he is answerable to the law and the law alone, adakah OCPD ini akan dikurniakan Pingat Panglima Gagah Berani atau sebaliknya di sejukbekukan dan diasingkan di Timbuktu.

Saya bukan ada niat serong atau ada prawn behind stone apabila bertanyakan hal-hal di atas. Maklumlah, saya ni bukan jenis yang cerdik sangat. Merapu merapan tu bolehlah. Itu sebab saya bertanya. Ada sesiapa yang sanggup jawab soalan-soalan saya ni?

Hingga bertanya lagi, salam & senyum dari Uncle B yang suka sangat bertanya yang bukan bukan kerana sememangnya tak reti tentang benda benda yang macam ni.

Jumpa lagi!

Monday 4 January 2010

RAJA LAWAK BODOH DUNIA

Hasrat memang tinggi mengunung untuk tidak lagi membuat sebarang komen peribadi tentang situasi dalam negara dan PDRM kerana tiada hasilnya menjadi anjing menyalak bukit. Suara habis, bukit ngak runtuh. Tetapi apabila laporan polis dibuat terhadap seorang pakar (tak kiralah pakar dalam atau luar negara) yang memberi pendapat profesionalnya mengenai sesuatu isu dalam perbicaraan, saya terpaksa melanggar pantang kerana tindakan tersebut adalah kemuncak ketololan yang melampau. Maka akan melonjak ke ataslah kedudukan Malaysia sebagai Raja Lawak Bodoh Dunia.

Saya pasti selepas ini tiada seorang pakar pun, tak kiralah dari dalam atau luar negara, yang sanggup beri keterangan dalam mana-mana prosiding mahkamah di Malaysia kerana laporan polis akan dibuat jika keterangan pakar mereka tidak menyokong kehendak kerajaan.

Sebut fasal lawak bodoh, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK) elok juga berfikir untuk hantar Menteri atau pegawai-pegawai tingginya menyertai pertandingan Raja Lawak Musim ke 4 di ASTRO. Pasti juara. Akhbar Sinar Ahad 3 Januari 2010 di mukasurat 10 dengan bangga melaporkan KPDNKK memberi amaran, ”Naik harga kena tindakan – Amaran KPDNKK jika peniaga ambil kesempatan kenaikan harga gula”.

Sejak bila peniaga-peniaga besar di Malaysia takut dengan apparatus penguatkuasaan kerajaan Malaysia. Itu yang lawaknya. Jika tauke-tauke besar akur dengan arahan kerajaan, dah lama syarikat-syarikat bas tidak cuai dalam merekrut, melatih dan mengawal pemandu-pemandu bas mereka supaya tidak membunuh orang yang tidak berdosa dalam perjalanan. Itu belum lagi menyentuh bencana-bencana buatan manusia yang boleh dielakkan jika tauke-tauke ketar lutut dengan peraturan-peraturan kerajaan yang berlambak-lambak tetapi tidak dilaksanakan kecuali terhadap pelanggar undang-undang ikan bilis.

Salam pi mai pi mai tang tu dari Uncle B yang tak berapa nak sabar dengan lawak bodoh terlampau.

P/S : TQ kepada pembaca yang sudi memberi komen tentang blog saya. InsyaAllah pandangan anda akan saya ambil kira jika ianya selari dengan siapa saya sebenarnya. Kepada pembaca yang mengatakan layout blog saya berceramok, sebenarnya saya ni rabun IT, satu penyakit yang lazim bagi orang lama seperti saya. Setakat menaip surat tu bolehlah tapi lebih dari itu, payah sikit. Saya minta tolong anak saudara saya yang sedang belajar di Perlis begakan layout blog saya dan itulah hasilnya. Jika ada kesempatan, saya akan minta dia kemaskan sikit blog ini. TQ sekali lagi.

Saturday 2 January 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Selamat Tahun Baru dan Salam Sejahtera. Cuma Salam 1 Malaysia sahaja saya tak reti nak sampaikan kerana dah terlalu kenyang makan rhetoric lepas satu rhetorik, sama ada oleh kerajaan yang memerintah atau PDRM. Rhetoric memang sedap didengar, meremang bulu roma dibuatnya sebagaimana meremang bulu roma apabila awek lentuk atas peha masa anda bawa kereta. Tapi macam peribahasa Hokkien, ”Chui Kong Lan Pa Song” yang lebih kurang bermaksud, ”Talk, Talk Make The CXXK Happy Only”, rhetoric hanya buat kita syok sendiri aje sebagaimana mamat kita tergedik-gedik apabila menonton blue film seorang diri.

”Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”, sebab itulah sebagai hadiah tahun baru 2010, kita dihidangkan dengan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen sekilo. Sebagai kerajaan yang prihatin terhadap kesejahteraan rakyat, saya anggap tindakan menaikkan harga gula memang wajar demi kesihatan rakyat Malaysia. Terima kasih Barisan Nasional.
Uncle B : Orang lama yang akan berusaha melihat yang positif di sebalik semua yang negatif.

Selangah Lebih Dekat Ke Kubur

Berdetik sahaja jam 1200 tengah malam 31 Disember 2009, bermakna kita telah pun melangkah masuk ke saat pertama tahun 2010. Lalu meriahlah mereka yang alpa meraikan perubahan tahun lama ke tahun baru ini. Tiup wisel, ada nyanyi-nyanyi, ada minum-minum, pertunjukan bunga api, peluk-peluk awek atau balak yang bersama anda ketika itu sambil ucap selamat tahun baru dan yang belum nikah inilah masanya nak cari peluang untuk kahwin-kahwin. Ringkasnya, happy-happy sambut tahun baru.
Yang aku hairan, apa kebendanya yang gumbira yak amat sangat menyambut ketibaan tahun baru ni. Pada akulah, masuk aje tahun baru bermakna kita telah semakin dekat melangkah ke kubur. Bukan untuk menziarah mereka yang telah pergi dahulu dari kita tetapi untuk kita sendiri dikapan dan dikuburkan. Umur makin meningkat, badan yang dulu menggiorkan sekarang dah bulat macam badak. Kulit makin berkedut, telinga makin pekak, mata tambah rabun, punggung rebeh dan payudara mula mengeleber. Eiii! seramnya!!!!. Ada apa-apa resolusi tahun baru tak untuk menghilangkan rasa seram ni ?
Uncle B : Peminat tempe (goreng sambal dengan kacang tanah, ikan bilis dan tauhu ) macam Khir Toyo untuk awet muda.

Jangan Tahun Aje Baru

Sebut fasal resolusi, tahun 2010 ni saya tidak ada apa-apa resolusi yang difikirkan perlu untuk dibuat. Resolusi ni macam perancangan jangka pendek aje. Tak lain tak bukan tulisan-tulisan atas kertas atau angan-angan dalam kepala yang akan terus kekal tinggal tulisan atau angan-angan jika tidak diterjemahkan kepada kenyataan. Memang saya ada resolusi tetapi lebih baik saya tunjukkan hasilnya sahaja daripada gembar gembor nak buat itu, nak buat ini tetapi akhirnya perangai macam tahun-tahun yang lalu juga.
Uncle B : Bakal pesara polis yang tabik spring dengan PDRM yang kononnya akan praktikkan Sistem 5S pada tahun 2010 ini. SISIH – SUSUN – SERAGAM - SENTIASA AMAL – XXXX : Ruang pejabat pun tak ada, nak susun ke hape!