Wednesday 28 April 2010

FIKIRKANLAH

Penduduk Hulu Selangor telah memilih siapa dan parti politik mana yang akan mewakili mereka di parlimen dalam pilihanraya kecil pada 25 April 2010 lalu. Sama ada pemilihan dibuat berdasarkan fikiran yang rasional dan waras dan bukan terpedaya oleh propaganda yang mengkaburkan, bukan satu isu. Juga, jangan persoalkan sama ada kempen pilihanraya dijalankan atas gelanggang yang sama rata atau tidak. Rakyat telah membuat pilihan. Biarkan rakyat Hulu Selangor dan generasi akan datang mereka menanggung akibat dari keputusan yang mereka buat sendiri Ahad lalu.

Kepada Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Pak Guru Nik Aziz yang menerajui parti masing-masing, jangan sekali-kali mempersalahkan BN atas kekalahan yang dihadapi kerana harimau tidak boleh menukar belangnya dan buaya tidak akan menolak bangkai. Apa yang saudara-saudara dan jentera parti perlu buat ialah mengajar rakyat berfikir. Hanya manusia yang tahu berfikir dapat membezakan antara permata dengan kaca. Hanya jauhari yang mengenal manikam (bukan manikasamy ahh!). Rakyat yang tahu dan mahu berfikir tidak mudah tergoda dan terpedaya dengan dakyah-dakyah jahat dan palsu yang menghujani mereka saban hari dan masa. Malang sekali kebanyakkan rakyat Malaysia masih belum pandai menapis fakta dari timbunan cerita dongeng dan bidaah yang mereka dengar, lihat dan baca. Jika tidak masakan masih ada golongan bijak bistari termasuk yang bergelar Dr. falsafah boleh tertipu dengan skim-skim cepat kaya dan penipuan melalui internet dan Telco.

Saya sebenarnya kurang tertarik untuk membicarakan politik negara yang pada pendapat 10 sen saya masih kehutanan. Apa kata saya kisahkan satu peristiwa semasa saya bertugas di Angola yang dapat menunjukkan betapa masih ada rakyat Malaysia yang mampu berfikir dan menganalisa keadaan secara rasional dan waras.

Ketika itu saya dan beberapa orang rakan dari PDRM sedang bertugas di ibupejabat Misi PBB di Luanda, ibu negara Angola. Pagi tersebut 2 orang daripada kami dan seorang kapten polis dari Jordan dikehendaki menjalankan rondaan dengan menggunakan kenderaan ke Sumbe sebuah pekan yang terletak lebihkurang 200 km dari Luanda. Semasa di Angola, kami memang dibekalkan dengan jaket kalis peluru oleh PBB. Sebelum duduk di ruang pemandu kenderaan, rakan saya seorang ASP PDRM telah meletakkan jaket kalis peluru di bawah punggungnya. Melihat keadaan tersebut seorang kolonel tentera Perancis yang ada berhampiran telah meluru ke arah kami dan memberitahu ASP tersebut, ”Amigo, you wear the flak jacket not sit on it”.

Dengan selamba dog ASP PDRM ini menjawab, ”Sir, while on patrol we will face two danger. One, from flying bullets. If the bullet hit our head, we die instantly sir. If that is the case, no problem, we will be dead anyway. If the bullet hit other parts of the body we might lose an arm but we are still alive sir. No problem” Termanggu kolonel Perancis tu dibuatnya. “Secondly, we face danger from land mines detonating under our vehicle sir”, sambung kawan saya, “If we die from the blast, again no problem but if we lost our balls because of the blast and yet we are alive, then there will be big problem sir, we cannot go around screwing anymore, that is why I sit on the flak jacket sir, to protect my balls”. Kolonel Perancis tersebut hanya mampu menggelengkan kepala dan berkata kepada diri sendiri, “Hmmpph! Malaysians” dan terus menyuruh kami beredar. Agaknya beliau takut jadi gila jika lama berbual dengan kami. Pagi itu saya bangga menjadi seorang warga Malaysia.

Kalau boleh saya terjemahkan. “Semasa meronda kami berhadapan dengan dua bahaya tuan, satu, daripada peluru yang melayang di kepala kami. Jika kena kepala, kami mati serta merta. Tiada masalah tuan kerana kami dah mati. Kalau kena di bahagian lain badan, ada kemungkinan kami hilang tangan tapi masih hidup tuan. Tiada masalah. Bahaya kedua dari periok api yang meletup di bawah kenderaan tuan. Jika kami mati, sekali lagi tiada masalah tuan. Malangnya jika telor kami hilang tetapi kami masih hidup, itu masalah besar tuan sebab kami tak boleh beromen (bahasa kesatnya berjubur) lagi tuan. Sebab itu saya duduk atas jaket kalis peluru saya, tuan, untuk melindungi telor saya”. Saya percaya jika pegawai PDRM ini mengundi di Hulu Selangor, dia akan memangkah PR kerana ternyata dia tahu berfikir.

Salam dari Uncle B, yang bukannya pandai sangat berfikir tetapi tetap dan sentiasa mahu berfikir.
Bye!!.

Saturday 24 April 2010

NAIK PANGKAT CARA SENI BELADIRI

Aikido tidak menggunakan tenaga atau kekuatan sendiri untuk mengalahkan musuh. Sebaliknya tenaga dan kekuatan yang digunakan oleh musuh untuk menyerang digunakan terhadap dirinya sendiri (musuh) untuk mematikan serangan. Jika diperhatikan, pergerakan Aikido nampak lembut, tersusun dan beralun, a smooth fluid flowing motion. Ibarat tarian ballet yang boleh membunuh.

Bruce Lee mengajar muridnya untuk menjadi seperti dedaunan di permukaan air apabila menentang musuh. Mengikut sahaja ke mana air mengalir, melalui jeram yang deras atau air yang tenang sehingga terdampar di tebing dengan selamat. Ringkasnya, Jangan menongkah arus. Sebaliknya, go with the flow.

Dalam sebuah filem B grade yang saya tonton di ASTRO, “The Fifth Commandment” , seorang guru tempor tanpa tangan memberitahu anaknya bahawa sehebat mana pun ilmu beladiri yang dimiliki, belum tentu dapat mengalahkan musuh jika gagal mengikuti dan menjiwai rentak serangan musuh. Seperti Aikido dan Jeet Kune Do, prinsip mengikut rentak dan irama musuh untuk mematahkan serangan masih terpakai.

Bagi generasi yang dibesarkan dengan Akademi Fantasia dan Sehati Berdansa, cuba menyanyi lagu rock dengan memakai sampin dan tanjak atau menari cha cha dengan irama waltz. Sumbang dan janggal jadinya. Gerenti kalah kerana penampilan tak kena. Bermakna nak jadi macam Mawi pun kena pakai prinsip ikut rentak dan irama.

Begitu juga jika ingin berjaya dalam kehidupan dan kerjaya. Go with the flow and move with the rhythm. Ikut alunan, rentak dan irama.

Jika ingin terus menjadikan PDRM kerjaya anda, prinsip Go with the flow and move with the rhythm-Ikut alunan, rentak dan irama, mesti dijadikan azimat. Jika tidak cepat-cepat cari peluang kerja di sektor swasta. Jangan buang masa dan kudrat anda dalam pasukan konon berkhidmat untuk nusa dan bangsa. Biar bahalol-bahalol yang lain berkorban untuk bangsa dan negara tetapi anda buat duit dan jadi kaya raya untuk keluarga sendiri. Bak kata General George S.Patton kepada perajurit-perajuritnya semasa perang dunia kedua, ”You don’t win the war by dying for your country, you win the war by letting the other poor dumb bastards die for their country “ atau kurang lebih dalam bahasa orang melayu, “Anda menang peperangan bukan dengan berkorban nyawa untuk negara anda tetapi dengan membenarkan musuh anda mati untuk negaranya”.

Cuba selam, faham dan amalkan prinsip-prinsip Aikido, Jeet Kune Do, prinsip tempor dalam filem The Fifth Commandant, tips untuk menang pertandingan menyanyi dan menari yang saya nukilkan di atas. Anda akan dapati bahawa untuk berjaya dalam pasukan atau lebih tepat, naik pangkat paling lambat 1 kali setahun, anda kena memahami dan akur dengan budaya kerja PDRM. Ketakakuran akan menyebabkan anda ketinggalan.

Jika meritocracy (dalam keberhasilan kerja) jadi ukuran then jadilah seorang pegawai polis yang paling top dalam apa juga kerja yang dilakukan, jika ampulogy juga diperlukan, jangan komplen jika kena bertungkus lumus aturkan perkahwinan kedua bos atau anak bos. Jika kemahiran masukkan bola putih kecik dalam lubang-lubang sambil berjalan sekeliling padang merupakan antara ciri-ciri untuk berjaya, kalau tak ada duit sekali pun, pinjam Bank Rakyat untuk beli set golf. Kalau menjadi yes men melicinkan perjalanan ke pangkat yang lebih tanggi, jangan lawan kalau bos kata warna hitam itu putih.

Apa pun, anda perlu ingat bahawa produk yang paling bermutu jika tidak diiklankan, orang ramai tidak akan tahu mengenai kewujudan produk bermutu tersebut. Orang tak tahu, orang tak beli, orang tak beli, produk tak laku, produk tak laku, kita rugi. Alah! macam perempuan yang cantik, ayu ditambah dengan manis serta sexy, kalau duduk rumah aje, lelaki tak nampak. Kalau tak menebeng kat tempat jantan suka berlonggok, susah sikit nak berlaki. Tapi kena ingat, kalau mengail di sungai dapat ikan sungai. Kalau mengail di laut ada can dapat ikan paus atau ikan yu. Kalau menebeng depan longgokan mat indon, dah tentu peluang di bawak lari ke Lombok, tinggi.

Ingat pesanan saya ni, Work Must Not Only Be Done But Must Be Seen To Be Done. Project diri tu dik, tunjukkan pada bos yang anda cekap bekerja walaupun sebenarnya kerja tu pegawai bawahan anda yang terjegih biji mata, lupa anak isteri dan sewel otak kerana nak menyiapkannya. Perlu diingat, nak project diri tu, kena project kepada pegawai atasan yang betul. Jangan tonjol diri kepada pegawai yang tinggal 7 bulan nak bersara atau yang dia sendiri terkial-kial nak naik pangat, buat perabih beras aje. Senang cerita macam nilah. Bet on the right horse dan bila nak pilih kuda tu, kaji kuda tu punya pedigree, dia punya trainer, race history i.e. berapa kali menang, berapa kali kalah, kuda tu punya ground temperament, siapa jokinya i.e. know the horse.

Rasanya tak perlulah saya saya kupas satu persatu dengan panjang lebar. Saya yakin anda sendiri lebih dari faham dengan amalan Go with the flow and move with the rhythm- Ikut alunan, rentak dan irama. Jangan sekali-kali menongkah arus. Amalkan dik, after all, this is Malaysia, where anything and everything goes dan di mana siapa yang anda tahu lebih bermenafaat daripada apa yang anda tahu.

Byee, dari Uncle B, yang dah terlewat untuk amalkan prinsip-prinsip tersebut. dan jika tidak terlewat pun, masih tak sanggup melakukannya.
Cup-cup.



Monday 19 April 2010

BUKAN POLIS YANG BAGI MAKAN TAPI RAKYAT

Saya sering ditanya oleh bos-bos dan rakan-rakan sepasukan yang sudi membaca KACA MATA KU mengapa saya tergamak mengigit tangan yang memberi saya makan. Gamaknya deme marah kerana teman suka sangat mengkritik PDRM. Untuk mereka yang rajin bertanya sedemikian, jawapan saya mudah, Bukan PDRM yang membayar gaji kita termasuk gaji KPN sendiri tetapi daripada duit cukai pendapatan rakyat yang kebanyakkannya tidak kaya. Kewujudan PDRM selama 203 tahun ini pun kerana rakyat memikirkan yang kita ini ada gunanya lagi. Jangan sampai jadi macam Pasukan Gerakan Marin yang dahulunya meronda Zon Ekonomi Exklusif Malaysia sejauh 200 batu nautika dari pantai tetapi kini mengawal sungai, tasik, parit dan longkang kerana dikuis ke tepi oleh Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia. Itu baru PGM. Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dah lama kena madu dengan Agensi Dadah Kebangsaan dan kalau tak berhati-hati, lambat laun trafik polis pula akan turun status jadi anak tiri.

Tanggungjawab saya kepada rakyat bukan kepada PDRM kerana rakyat yang membayar gaji saya, gaji bos-bos polis dan rakan-rakan sekerja saya yang mengutuk saya kerana tidak tahu berterima kasih kepada pasukan. Rakyat memberi saya makan melalui perkhidmatan saya dalam PDRM untuk memastikan Malaysia sebuah negara yang aman dan damai untuk mereka (rakyat) hidup, cari makan, membesarkan anak-anak dan membayar income tax untuk menyara lebih 1.2 juta kakitangan awam dari perdana menteri kepada konstabel polis.

Lantaran jika ada yang tidak kena dengan PDRM semasa pasukan menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat maka menjadi tanggungjawab kita untuk mendedahkan kudis dan pekong yang sedang dihidapi oleh pasukan. Setiap sistem mesti ada check and balance. An organisation is a system. Jika organisasi dipenuhi oleh yesmen atau pak hangguk, tiada siapa yang akan menegur kepincangan atau kelemahan yang terserlah dalam organisasi kerana nak jaga hati bos. Lama kelamaan, organisasi akan gagal memenuhi matlamat ianya ditubuhkan, menjadi tidak relevan dan akhirnya digantikan dengan organisasi lain yang lebih efektif. Hati-hati geng, PDRM sedang menuju ke hala itu.

Saya akur bahawa pegawai kerdil seperti saya apabila menyuarakan sesuatu yang tidak kena (pada pandangan saya) dengan pasukan, tiada siapa akan mendengar. Ibarat anjing menyalak bukit, anjing hilang suara, bukit takkan roboh. Salakan anjing tidak akan merobohkan bukit. Setuju. Orang gila sahaja yang akan mengatakan sebaliknya. Tetapi salakan anjing bukan untuk merobohkan bukit. Salakan anjing untuk memberi tahu orang kampong bahawa tebing bukit sedang terhakis. Jika dibiarkan akan menyebabkan bukit roboh dan menimbus mati orang kampong yang duduk di bawah bukit. Saya berharap sangat anda faham analogy saya. Jika tidak faham, sememangnya anda tidak boleh diselamatkan lagi.

Kalau tidak ramai pun, pasti ada seorang dua atau tiga empat orang pegawai kanan muda PDRM yang membaca blog saya. Mereka ini ada berpuluh tahun lagi dalam PDRM. Bakal menjadi pemimpin PDRM. Jika ada seorang pun sudi memikirkan dengan serius apa yang saya luahkan dan cuba membetulkan keadaan apabila mereka menjadi ketua polis daerah, timbalan pengarah, pengarah, timbalan KPN dan ketua polis negara, saya telah berjaya. Harapan saya pembaca-pembaca ini akan menjanakan the ripple effect. Syukur jika ini berlaku.

Jika tidak boleh menghalang berlaku kemungkaran dengan perbuatan, lakukanlah dengan perkataan dan jika itu pun tidak boleh , lakukanlah dengan hati (dalam hati). Saya memilih jalan tengah, melalui penulisan.

Salam 1Tanah Melayu dari Uncle B, yang percaya bahawa tiada yang lebih tuli dari orang yang baik pendengaran tapi enggan mendengar, yang lebih buta dari yang celik mata tetapi enggan melihat dan lebih pandir dari orang yang bijak dan bistari tetapi tidak mahu dan tidak tahu berfikir.

Jumpa lagi.

Thursday 15 April 2010

APABILA TENGGELAM PUNCA

Minggu ini di parlimen, Lim Kit Siang membangkitkan cerita seorang nenek berumur 63 tahun yang dikejar peragut. Nenek lari balik ke rumah, panjat pagar (brutal nenek ni), kerana pagar berkunci, peragut ikut panjat pagar dan rompak nenek dalam kawasan rumah sendiri. Kat paper dan TV ada keluar cerita ini. Kata Lim, kalau macam ini senario jenayah di Malaysia, rakyat dah tak selamat lagi. Kata seorang wakil rakyat PKR, KPN must do the honourable thing, letak jawatan. No komen dari saya tentang pandangan wakil rakyat PKR tadi. Tapi jangan sampai penjenah kejar mangsa, mangsa lari dalam balai polis, penjenayah ikut sama dan rompak mangsa dalam kawasan balai polis sudahlah. Time tu bukan setakat KPN, seluruh institusi PDRM patut dibubarkan dan tubuhkan Suruhanjaya Keselamatan Dan Ketenteraman Malaysia. Kalau BPR boleh menjelma jadi SPRM (setakat jelma ajelah) kenapa PDRM tak boleh jadi SKKM Kalau tak nak ambil agen MOSSAD jadi penasihat suruhanjaya yang bakal ditubuhkan ini, ambil aje warga POLRI (Polis Republik Indonesia). Sekurang-kurangnya penjenayah indonesia kecut perut terserempak dengan anggota POLRI bukan macam kat sini, polis seram sejuk jumpa penjenayah terutama penjenayah berkelas.

Terus terang saya mengaku, saya bukan pandai sangat tang kerja-kerja kepolisan. Kalau bijak dan bistari dah lama jadi pengarah jabatan atau ketua polis seperti mana berbelas-belas orang squadmate saya. Setakat ini yang saya nampak, PDRM tidak habis-habis dengan strategi, jawatankuasa dan mesyuarat demi mesyuarat untuk melaksanakan strategi yang tak kunjung padam. Kita ada Jawatankuasa Penambahbaikan Pengurusan PDRM, PS5T, ISO, KIK, Blue Ocean, 5S dan SSR. Entah berapa ramai pegawai dan anggota polis yang terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam jawatankuasa, mesyuarat dan perlaksanaan strategi-strategi ini. Ini belum lagi mengambil kira pegawai polis yang kena jadi pegawai bertugas NKRA di KDN dan Bukit Aman, yang kena buat kempen kesedaran jenayahlah, kena buat high profile policinglah bawah NKRA dan apake bendanya lagi. Dahlah tak cukup kakitangan untuk buat kerja hakiki polis, yang ada dua tiga kerat pun kena palar sampai patah tulang belakang nak buat kerja yang belum tentu releven dengan tugas polis.

Tak dengar pulak pasal mesyuarat atau komiti untuk kurangkan jenayah ke, untuk design environment selamat ke, untuk tambahkan beat jalan kaki ke atau rondaan berbasikal ke. Ringkasnya komiti macam mana nak buat core business polis dengan berkesan. Tak tahulah kalau dia orang buat mesyuarat tertutup kerana takut rahsia strategi kurangkan jenayah bocor kepada agen Israel dan isu tersebut diputar-belitkan oleh pembangkang di parlimen.

Katakanlah pada tahun 2010 ini, seluruh PDRM dapat persijilan MS ISO 9001:2008, diiktiraf mempunyai Persekitaran Kerja Berkualiti atau sijil 5S, di cemburui kerana menjadi pengamal Strategi Blue Ocean yang mengalahkan pengamal dalam sektor swasta, mempunyai modal insan yang berinovatif dan kreatif dek kerana perlaksanaan Kumpulan Inovatif & Kreatif dan yang paling ngam sekali, MAMPU umumkan sebagai agensi kerajaan yang pertama di ASEAN dapat pengiktirafan 5 bintang dalam penilaian Sistem Star Rating.

Adakah ini akan membuat penjenayah jalan membongkok tanda hormat bila lalu depan konstabel polis atau nenek boleh berlenggang di tepi jalan yang sibuk dengan kedua-dua belah tangan penuh gelang sampai ke siku. Atau anak-nak kecil boleh bermain di taman awam tanpa mak ayah ambil bodyguard gurkha untuk jaga anak supaya tidak diculik dan hilang begitu saja. Adakah persepsi rakyat terhadap PDRM akan menjulang ke paras pokok kelapa dan semua pembesar polis diberi standing ovation (tepukan gemuruh) apabila hadir dalam sesuatu majlis awam apabila berjaya mengumpul seribu satu macam punya sijil. Hampir terlupa, bila dah kumpul sijil nanti, bolehkah hotspot sekarang bertukar jadi coldspot.

Selamat memikirkan apa yang baru dibentang dari Uncle B yang ada cita-cita nak jadi CONsultant Strategi PSSRS (Polis Sopan Santun Rakyat Suka) kepada PDRM selepas bersara nanti.
Salaam!

Monday 12 April 2010

KENA KELENTONG LAGI DAN LAGI

KELENTONG Myprocuremet

Jika anda dilahirkan, dibesarkan dan bekerja di Malaysia dan masih memilih untuk percaya janji-janji ketelusan kerajaan melalui gimik 1Malaysia dan portal “Myprocurement” yang telah diumumkan oleh PM, anda perlu mendapatkan rawatan perubatan kadar segera.

Bunyinya memang menawan. Kerajaan tidak akan berahsia dengan rakyat. Melalui portal ”Myprocurement”, rakyat boleh melihat kontrak-kontrak yang telah dikeluarkan oleh kementerian-kementerian dan ajensi kerajaan. Untuk mengelakkan dari terus tertipu, anda perlu ingat bahawa pihak yang dikehendaki mendedahkan sesuatu maklumat, boleh memilih fakta-fakta yang ingin didedahkan dan seterperinci mana pendedahan akan dibuat. Paling mudah, kelaskan semua kontrak sebagai rahsia walaupun sekadar kontrak kantin kementerian sahaja. Manalah tahu kontrak tersebut diberikan kepada sebuah syarikat pro Yahudi. Cuba tanya diri sendiri, mahukan anda dedahkan kelemahan anda kepada awek yang hendak anda pikat atau semasa temuduga pekerjaan?

Jika anda rajin membaca The Edge Financial Daily yang secara kebetulan BUKAN terbitan mana-mana parti pembangkang, anda akan dapati bahawa setakat ini, hanya 16 daripada 26 buah kementerian telah memaparkan senarai kontrak yang telah mereka keluarkan. Itu pun butiran yang dikeluarkan tidak lengkap. Kementerian Pembangunan Luar Bandar misalnya mempunyai bajet RM 2.64 billion untuk bayaran perkhidmatan, pembelian dan aset. Hanya kontrak-kontrak yang bernilai RM 15.3 juta sahaja yang didedahkan. Apa jadi dengan RM 2 billion lagi. Pulang balik kepada rakyat ke? Jabatan Perdana Menteri mempunyai bajet RM 11.2 billion. Cuma 174.8 juta didedahkan kepada rakyat. Bakinya ada masuk poket sesiapa ke? Itu belum lagi masuk perangkaan yang tersilap papar.

Tolonglah jangan beritahu saya bahawa Myprocurement adalah satu permulaan yang baik kepada good governance, bahawa kita harus beri peluang kepada kerajaan yang ada untuk membuktikan niat ikhlas dan suci mereka untuk mengtransformasikan kerajaan. Dah terlalu kerap dan naik bosan saya dengar janji-janji lapok ini. Di Malaysia, semua perkara bermula dengan slogan, pelancaran dan gembar-gembor mengalahkan Presiden Barack Obama tiba-tiba hantar ufti kepada kita kerana kagum dan takut dengan Malaysia yang dah jadi Cemerlang, Gemilang dan Terbilang ekoran slogan Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa jadi PM dulu. Akhirnya yang tinggal, Cemerlang dalam Temberang dan Kecundang.

KELENTONG 1MALAYSIA – RAKYAT DIDAHULUKAN

Kementerian Pelancongan menyokong sepenuhnya hasrat kerajaan negeri Terengganu pimpinan Barisan Nasional untuk menjadikan Pulau Redang sebuah pulau istirehat yang exklusif. Khas untuk golongan elit dalam dan luar negara sahaja. Antara langkah untuk memastikan rakyat kelas bawahan yang rata-ratanya melayu tidak dapat datang ke pulau ini ialah dengan menetapkan bayaran minima USD 500 atau tidak kurang RM 1,600 untuk 1 malam penginapan. Dengan harga bilik macam tu, saya tak fikir seorang Supt polis macam saya mampu untuk bawa keluarga ke sana. Lainlah ada tauke ekor atau kontrakter sponsor. Itu belum masuk lagi tambang bahtera mewah atau penerbangan kelas 1 untuk ke sana dan caviar, kobe atau wagyu beef serta air mineral Perrier yang akan menjadi hidangan di hotel atau chalet bertaraf 6 atau berbintang-bintang di Pulau Redang.

Bermakna apabila rancangan ini menjadi kenyataan, tidak ada peluang lansung untuk rakyat berpendapatan kecil malahan sederhana sekali pun untuk menikmati keindahan alam negara sendiri. Maka jadilah kita pengemis di tempat lahir sendiri. Barangkali di bawah kerajaan pimpinan BN, rakyat yang mengundi mereka jadi wakil rakyat dan menteri hanya sesuai untuk berpiknik di tepi Sungai Gombak sahaja. Tak perlulah saya sebutkan siapa agaknya yang akan buat duit berkodi-kodi apabila Pulau Redang yang dahulunya kita punya jadi Fantasy Island Malaysia milik orang kaya dalam dan luar negara.

Kata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, dalam program 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian DiUtamakan. Kalau nak tinggal 1 malam di Pulau Redang pun bersamaan dengan sebulan gaji seorang inspektor polis, rakyat didahulukan apa kejadahnya. Inikah yang dinamakan Rakyat Didahulukan?

Semoga anda berminat selepas ini untuk membaca selain daripada Utusan Malaysia, Berita Harian, NST dan The Star, selamat membiarkan diri ditipu bulat-bulat jika itu yang anda inginkan. Jumpa Lagi.

Wednesday 7 April 2010

KEMULIAAN YANG DIHINAKAN


Pagi 25 Mac 2010 baru lalu, saya sempat menonton ½ jam pertama siaran lansung TV, perbarisan sambutan ulang tahun ke 203 tahun Pasukan Polis Diraja Malaysia daripada Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur. Melihat pegawai-pegawai kanan dan anggota-anggota polis daripada pelbagai formasi dengan uniform masing-masing, berdiri tegak dan megah di padang kawad menunggu ketibaan Perdana Menteri, membuat saya merasa bangga menjadi satu daripada lebih 100,000 orang anggota organisasi bersejarah yang sepatutnya menjadi kebanggaan rakyat hari ini.

Naik satu macam punya semangat dalam diri saya apabila melihat susuk-susuk segak berwajah tegas dengan logo INTEGRITI tersemat di dada kerana pada mereka saya melihat wira-wira negara yang telah berkorban, tenaga, masa, keluarga bahkan wang sendiri untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan negara. Tanpa pengorbanan nyawa anggota-anggota polis, negara tidak akan terdaya mengalahkan kebangkitan komunis. Dengan keringat dan air mata warga PDRM lah, tauke-tauke Cina, India dan tokoh koperat Melayu dapat mengumpul kekayaan dalam keadaan yang aman dan damai.

Sedihnya apabila balik ke pejabat, saya tersentak bedebab jatuh ke bumi nyata. Wajah-wajah gagah tadi tiba-tiba bertukar menjadi muka-muka sombong, bongkak, kasar dan yang tidak tahu senyum kerana terlalu mabuk dengan kuasa yang ada untuk menahan mana-mana orang di mana sahaja tanpa mengira masa. Yang menggunakan kuasa undang-undang yang diberi bukan untuk membantu dan melindongi tetapi untuk membuli dan mengexplotasi rakyat. Tidak semua warga PDRM yang bersikap demikian tetapi dek kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Kalau dikata saya manusia yang tidak tahu mengenang budi kerana kononnya PDRM yang telah memberi saya dan keluarga rezeki untuk makan dan hidup, jangan lupa, PDRM bukan beri saya makan percuma. Setiap sen yang saya terima, saya ganti dengan tenaga, masa dan minda, malahan lebih dari itu, saya korbankan masa paling penting untuk bersama anak saya, Amira Nur Hanani iaitu semasa dia membesar.

Hairannya, sebelum ini saya pernah menyertai pasukan beruniform. Saya bekas seorang leftenan tauliah jangka pendek, Angkatan Tentera Malaysia. Tidak ada pulak saya mengkritik ATM dari hari saya menyertainya pada 10 Jun 1971 sehingga tamat tauliah pada 14 April 1975. In fact until today, I have the highest respect for the Malaysian Armed Forces. Kenapa ye?

Hingga posting seterusnya, salam dari seorang warga PDRM – Sebuah organisasi mulia yang telah dihinakan oleh perbuatan warganya sendiri.
Byeee!