Monday 6 February 2012

MELAYU DAN KEPALA TONYOK

Arwah abah banyak yang dia tidak berkenan dengan perangai orang Melayu. Kata abah, kalau Melayu dengan Melayu tergesel bahu, dua ekor melayu tadi akan atur jurus untuk bersilat. Tetapi kalau jantan bukan melayu sengaja raba payudara gadis Melayu, jantan melayu akan minta maaf pada jantan bukan melayu kerana dilanggar oleh wanita melayu tadi. Si wanita pula akan dimarahi kerana tak nampak jantan bukan melayu nak lalu. Pasal tu agaknya abah marah sangat adik nak belajar silat Nasrul Haq. “Apa kejadahnya, kata abah, belajar silat kalau ilmu digunakan hanya untuk tunjuk hero dan belasah orang melayu sahaja tetapi dengan orang bukan melayu, menikus”. Bukan saya kata, abah kata.

Diam tak diam, antara tahun 2010 sehingga Januari 2012, dah ada 4 kes kepala babi diletakkan dalam masjid, yang dilaporkan oleh akhbar lidah pemerintah. Pada tahun 2010, satu kes di JB, tahun 2011, satu kes di N.Sembilan dan Januari 2012, dua kes, masing-masing di Rawang dan Sentul. Dengar khabarnya di Kampung Medan, Kuala Lumpur pun ada. Dalam semua kejadian, tidak terdengar pun suara-suara pemerintah, penguatkuasa undang-undang pemerintah, tokoh agama atau mereka yang mendakwa pembela bangsa melayu dan agama Islam mengutuk kejadian tersebut.

Cuma orang besar MCA aje yang ada puji orang melayu kerana sabar dan tidak termakan umpan untuk mengapi-apikan perbalahan kaum. Tidak perasan pulak sama ada MCA atau MIC mengutuk habisan-habisan mereka yang bertanggungjawab letak kepala babi dalam masjid sebagaimana mereka menjerit melolong pasal isu kepala lembu di Selangor.

No komen dari saya tentang isu ini takut terganggu-gugat ikatan 1Malaysia masyarakat berbilang kaum di negara kita yang tercinta ini kecuali mungkin ada kewajarannya pandangan arwah abah. “Orang Melayu cuma samseng terhadap bangsa sendiri aje”.

Wassallam!!!!!

No comments: