Wednesday 9 May 2012

CATCH 22


Semasa kecil saya cukup minat menonton filem koboi especially kalau John Wayne berlakon. Seperti juga hari iini, dalam filem filem tersebut, matsalleh adalah hero dan penegak keadilan dan righteouness sementara puak red indian adalah orang jahat dan savages.

Dalam filem-filem koboi lama ni, lazimnya mesti ada scene perundingan antara red indian dengan koboi yang ingin kelepet tanah red indian untuk dibangunkan. Itu Amerika tahun 1800an. Walaupun rundingan berat sebelah tetapi masih lagi ada rundingan. Hari ini lain. Untuk rampas hasil minyak sesuatu negara, US akan bonekakan pemimpin negara tersebut atau mereka bom dulu, kemudian jajah by proxy. Kebiasaannya mereka bom dulu, kemudian gantung atau tembak mati pemimpin asal yang enggan ikut telunjuk AS, lepas itu mereka letak boneka AS untuk memerintah. Cuba tengok Iraq, Afghanistan, Libya dan hampir kesemua negara Timur Tengah. Kesemuanya adalah jajahan AS by proxy.

Berbalik kepada babak table talk antara red indian dengan koboi. Selalunya ketua puak red indian akan kata kepada delegasi koboi, “White men speaks with forked tongue”. Dimelayukan, “Orang putih bercakap dengan lidah bercabang”. In short, kaki penipu, pembelit dan putar alam lah tu.

A long, long, long, long time ago, saya yakin matsalleh ni, terutama yang dari US, memang lidah bercabang. Saya anggap orang melayu tidak akan tergamak cakap berbelit-belit. Sebab orang melayu khabarnya kaya dengan budi bahasa, lemah lembut, bersopan santun, mentelah lagi berugama islam. Rupa rupanya andaian saya meleset.

Akhbar MCA, The Star bertarikh 7 Mei 2012 di mukasurat 4, melaporkan Najib anak Razak sebagai berkata, “Rallies are OK as long as no law is broken”. Dei!! Najib, ini apa cerita. Macam mana nak tahu sama ada sesuatu perhimpunan akan memecahkan keamanan awam/undang-undang atau tidak, jika in the first place, hak mereka untuk berkumpul secara aman di tempat awam pilihan mereka disekat. Dengan cara yang unethical pulak tu.

Boleh berkumpul kata kerajaan tetapi berkumpul dalam hutan belantara. Antara matlamat sesuatu perhimpunan adalah untuk menyampaikan mesej kepada seberapa ramai rakyat yang boleh dengan cara yang cepat lagi berkesan. Di Malaysia, negara yang mengaku islamic, oleh kerana orang BN fikir RTM itu milik emak bapak dia orang, maka puak yang ingin mendedahkan pekong kerajaan tidak akan diberi ruang untuk menyiarkan pandangan mereka. Kalau sampaikan mesej kepada beruk, gajah, ungka, tenuk, rimau dan babi hutan, apa ke jadahnya.

Di sinilah nampak sangat pembelitnya manusia yang memimpin negara kita ini. Boleh berhimpun asalkan tidak melanggar undang-undang. Macam mana nak tahu perhimpunan tu akan langgar undang-undang atau tidak, kalau tidak dibenarkan berhimpun terlebih dahulu.

Supaya mudah difahami, cuba renungkan. Macam mana nak tahu seorang perempuan itu hebat di ranjang dan amat memuaskan kalau tidak di XXX dahulu tetapi tidak boleh di XXX dahulu kalau belum nikah. Susahkan.

Salam sayang dari Uncle B, yang cukup benci dengan jenis manusia yang suka picit picit buah tomato di supermarket untuk test ranum ke tidak.

Byeee!!!!!

1 comment:

Anonymous said...

Salam tuan, perhimpuan sememangnya ok. Saban hari, saban waktu dan perhimpunan. Ada perhimpuan sukan di stadium, ada perhimpunan di tempat kerja, ada perhimpunan semasa kenduri kendara. Ada perhimpunan tengok konsert artis menyanyi atau menari. Kesemua ini, ditakrif sebagai perhimpunan dan ianya aman.

Apa sahaja perhimpunan yang aman kemudian bertukar menjadi kucar kacir, penganjur akan didakwa. Di Sarawak, Persatuan Bolasepak Sarawak akan didakwa kerana penyokongnya membuat kacau dan mencederakan dua anggota FRU yang melaksanakan tugas. Ada yang didakwa dan FAS didenda.

Perhimpunan Bersih dibenarkan. Buat kat stadium. Jangan buat ditempat lain. Bila mintak izin, kita berikan. Dataran Merdeka bukan milik Bersih. Kerajaan membenarkan ia dibuat di Stadium. Apa jawab Ambiga? Tak sempat nak memaklumkan kepada pengikutnya.... ehhh macam lidah bercabang pulak.

RTM milik kerajaan. Sementara UMNO menjadi kerajaan, dasar UMNO yang akan disiarkan. Takkan nak siarkan janji karut Anwar di dalam RTM. Dia ada akhbar sendiri, kenapa nak sibuk dalam RTM? Macamlah kerajaan negeri Perak dulu tak guna agensi kerajaan buat hebahan di dalam masjid dan surau?

Perhimpunan Bersih terkawal, sehingga seorang manusia mengacah dan memberi isyarat untuk merempuh masuk ke dalam Dataran Merdeka.

Saya tahu tuan takkan menjawab persoalan yang saya lontarkan selama ini, cuma saya hairan, tuan menulis untuk siapa?

Alan lagi...