Tuesday 29 October 2013

KALAU BIL BUKAN SENDIRI YANG BAYOR

Jawapan bertulis daripada menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mengeluarkan RM 6,134 sehari atau RM 2.237 juta setahun untuk membayar bil elektrik kediaman rasmi PM kita dan RM 852.53 sehari atau RM 0.99 juta setahun untuk bil air. Untuk kediaman rasmi Timbalan PM pula, rakyat mengeluarkan wang sebanyak RM 2,371 sehari atau 865,458.56 setahun untuk bil TNB dan RM 271 sehari atau 99,264.03 setahun untuk bil Syabas.

Saya pasti bil elektrik dan air yang agak tinggi ini adalah wajar dan berpatutan kerana apa yang dibuat oleh PM dan T/PM kita di kediaman rasmi mereka adalah kerana urusan rasmi negara demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat semata-mata.

Penggunaan elektrik dan air yang agak berlebihan ini, mungkin kerana kedua-dua kediaman rasmi ini, terutama yang No.1 punya,  mempunyai kawasan yang luas berbanding rumah kita, rakyat jelata, yang besar sekangkang kera. Kediaman pemimpin No.1 kita, dibina dalam keluasan tanah 42.5 hectares. Tiga kali lebih luas daripada White House.  Kawasan kediaman seluas ini, semestinya mempunyai taman yang luas juga, ada kolam renang, ada tasik, ada mini petting zoo untuk cucu-cucu, ada garaj untuk simpan koleksi kereta, ada store untuk simpan hadiah-hadiah yang diterima, dll. Taman kena siram air, kolam renang dan tasik kena pakai air, kandang binatang, garaj kereta, store barang kena air cond, takut kereta dan barang simpanan panas dan terbakar. Mudah cerita, seluruh rumah kena diaircondkan termasuk tandas dan loteng. Jangan merungut atau cemburu atau sakit hati dengan perbelanjaan bil elektrik atau air yang sedemikian. Kalau nak guna utilities secara semberono dan bilnya ditanggung oleh rakyat, bertanding dan jadi menteri. Kalau tidak, diam.
 
Bajet negara 2014 dibentangkan di parlimen, Jumaat 24 October 2013 lalu. Saya tidak ambil pot lansung tentang bajet negara ini. Pendedahan di atas menjelaskan dengan sepenuhnya kecuali fakta bahawa sejak 2 tahun kebelakangan ini, kos utilities bagi kedua-dua kediaman rasmi ini telah meningkat 40%. Jadi untuk apa saya nak ambil pusing fasal bajet kerana as far as Malaysia is concern, yang dibuat sentiasa tidak serupa dengan yang dirancang i.e. bertambah teruk. Rakyat disuruh berhemah berbelanja tapi …….

But then, bak kata orang Perak, “Bior pape asal bergaye, bukan harta kite, harta dema”.

Hingga jumpa lagi, mari renung bersama, jenis pemimpin yang kita ada. Salam sayang dari Uncle B, yang terfikir. Berapa agaknya bil elektrik dan air, Perdana Menteri Singapura. 
Bye!!!!!!!!

1 comment:

Anonymous said...


Salam tuan.... nak beri komen biorlah nampak cerodek skit.... Pasal apa dok banding keluasan White Board dengan Seri Perdana je.... awat tak banding sekali dengan bil utility White House lak?

Yang dok Seri Perdana bukan PM anak beranak jer..... berapa anggota dan staf rumah Seri Perdana yang dok sana sekali dengan security detail....

Hehehehe.... jangan risau sebab saya tahu tuan mesti tak balas komen saya ni....