Tuesday, 28 October 2008

AKU SAYANG PDRM

Saya pernah diberitahu bahawa untuk mengetahui sama ada seseorang itu popular ada tidak, tunggu sampai dia meninggal dunia. Andainya ramai yang datang menziarah semasa pengkebumiannya, maknanya si arwah itu adalah seorang yang amat disenangi semasa hidupnya.

Barangkali rule of thumb yang sama juga boleh dipakai untuk mengukur sejauh mana cintanya warga PDRM terhadap organisasi tempat mereka bernaung menyara keluarga. Bulan Ramadhan yang baru lalu, satu majlis berbuka puasa telah diadakan di Masjid Bukit Aman. Saya yakin kebanyakan yang datang bukan ikhlas kerana Allah s.w.t. tetapi kerana telah diarahkan hadir dan bimbang kehadiran akan dicatat. Ini terbukti apabila kehadiran pada majlis tersebut memang dicatat. Jika untuk ke majlis ugama pun perlu dipaksa, bukankah itu menggambarkan betapa popularnya atau disenangi akan PDRM oleh pegawai kanan dan anggotanya sendiri.

27 Oct 2008 dulu, nama saya pula naik untuk majlis rumah terbuka Aidil Fitri PDRM di PULAPOL Kuala Lumpur. Kehadiran dimestikan jam 7:30 malam. Sebagai mana kelaziman anggota PDRM, saya dan rakan sejawat Nurul Hadi tiba jam 7 malam. Padang kawad dijadikan medan jamuan. Kiri kanan khemah jamuan, tengah-tengah pentas hiburan dan di hadapan sekali berhampiran pavillion sukan ditempatkan khemah VIP dan VVIP. Menyangkakan pangkat superintendent yang disandang melayakkan kami makan berhidang, saya dan Hadi menonong ke khemah VIP. Malu besar. Rupanya hanya Assistent Commissioner Polis ke atas sahaja dikategorikan sebagai VIP.

Sepanjang berada di majlis tersebut, banyak persolan yang timbul di benak ku ini. Namanya majlis rumah terbuka tetapi kenapa kehadiran perlu ditentukan. Mengapa tidak dijemput sahaja semua warga PDRM hadir dan kita lihat sendiri betapa popularnya diri kita sebagai sebuah organisasi.

Setahu aku rumah terbuka hanya menentukan majlis dari jam sekian hingga jam sekian. Suka hatilah orang nak datang pukul berapa, bukan dimestikan sampai jam sekian-sekian.

Jam 8 malam, perut kami terasa lapar. Belum sempat Hadi memegang secucuk sate, sudah disapa dengan sopan, ”maaf tuan belum boleh makan lagi, kena tunggu VVIP sampai”. Lah! ni apa punya rumah terbuka. Makan pun kena tunggu VVIP. Malam itu ramai yang membawa ahli keluarga termasuk anak-anak kecil. Dan mereka telah sampai awal lagi. Itu menyeksa budak-budak namanya. Manalah orang awam tak kutuk polis. Marah punya pasal aku tidak menjamah apa pun malam tu walaupun setitik air. Aku tak kebulur makanan polis. Aku boleh beli makanan sendiri.

Majlis malam itu, semuanya tak kena buat aku. AJK hiburan aku terdengar merungut. Persembahan mesti baik dan ada kelas tetapi tetapi semuanya hendak percuma. Bilalah agaknya budaya peminta sedekah ini akan berakhir. Mestikah kita menunggu dua kurun lagi. Arwah Datuk aku ada prinsip yang mudah. Tak ada buat cara tak ada, jangan nak mengada-ada, habis cerita.

Malam yang sama, seorang pesara polis datang merungut ke tempat aku dan Hadi berdiri. ”Apa ni”, bekas ACP ni mengadu, ”saya dijemput dengan kad tapi tak diperuntukkan dengan meja tetamu”. Dalam hati kecil aku, ”padan muka ACP ni, masa berkhidmat dulu sombong ya amat”. Tapi fikir dua kali kesian juga.

Aku?? Apa aku nak buat kalau aku bersara nanti. Tak payah tunggu tengok majlis malam 27 Oct 2008 tu. Dari tahun 2005 lagi aku telah bertekad. Apabila aku bersara dari PDRM nanti, that’s it. Tamat hubongan ku dengan PDRM. No love lost. Aku telah buktikan tekad ku ini apabila aku tidak menghadiri majlis perpisahan aku dari BJSP sebaik aku diteranjang jauh ke Maktab PDRM, Cheras pada tahun yang sama.

Aku juga ada prinsip sebagaimana arwah abah aku. Kalau orang baik dengan aku sekali, aku akan baik dengannya sepuluh kali. Kalau orang jahat dengan aku sekali, akan aku balas kejahatan tersebut 10 kali. Warisan bugis ku juga mengajar. Dendam tak akan selesai sehingga berbalas. Tak dapat esok, lusa, tak dapat sekarang kemudian. Tak dapat bapak, anak. Dan aku pernah mengambil masa 17 tahun untuk membalas dendam terhadap ibu kepada bekas tunang yang menduakan aku.

Wassalam.

4 comments:

Bubbly Summer said...

Oh, Ina pun bugis jugak lah ni!! =D Why abah tak pernah bagi tau pun.. hehe.

Anyway, revenge is a confession of pain, pak long.

There is no revenge so complete as forgiveness. =)

Renung-renungkan dan selamat beramal~ (tiru radio)

den said...

oit sabrina ko pon baca blog ni

Anonymous said...

Salam.
I read your entry with interest. I perceived that it is surrounded with frustration.Ehm...what else one can say...it is you who knows best what you have gone through in the force (or service). I believe the stand you have taken and will take will not make RMP the best organisation..I do have the feeling that not all things that had happened to you in RMP are bad things...after all, you must have had some good memories with the organisation...Being apoligitic some time may be an antidote to your anger and frustration...I believe there is/was something that your superior had done that made you so frustrated..I am but a layman, my advise to you is jangan kerana marahkan pentadbiran dan pengurusan, seluruh organisasi menjadi mangsa...at the age of, say 55 above,...anger will not be cure.....

Amira Baharuddin said...

as a daughter, i've all the right to say that UP TILL NOW, THE RMP HAD NEVER TREATED MY DAD FAIRLY (AND ALSO TO THOSE WHOM DID THEIR WORK AS THEIR NO.1 PRIORITY)...btw, dad was talking bout the majority of what's happening in RMP. no doubt that there are still 5% of some honest, dedicated police officer around....