Monday 22 June 2009

PENDIDIKAN, JATI DIRI, SOFTSKILLS & KEBODOHAN MELAMPAU.

Minggu lepas (tarikh sebenar aku tak ingat) sebuah akhbar perdana berbahasa inggeris memetik komen seorang pemilik syarikat headhunting Malaysia bahawa syarikat-syarikat di luar negara lebih gemar mengambil pekerja-pekerja Malaysia yang telah berumur sebagai expatriates daripada budak-budak muda Malaysia.

3 alasan diberi. Older malaysians are more resilient, has better soft skills and are educated at a time when Malaysian educational standard is world class. Barangkali itu sebabnya abang ipar aku yang telah bersara pernah ditawar untuk bekerja sebagai airport manager di Dubai dengan gaji RM 50,000 sebulan. Aku tidak berani nak komen lebih-lebih tentang pandangan tersebut. Bimbang nanti kalau aku semput, budak-budak muda Malaysia tak nak tolong aku sebab aku kondem dia orang.

Yang aku ingat ialah satu peristiwa sekitar tahun 1979. Time itu aku baru inspekter percubaan dan masih bujang. Duduk dengan 3 orang lagi squadmate di Bangsar Garden. Jiran kami adalah 3 orang gadis bujang dan 1 dara antik. Salah seorang daripada awek tu, boyfriend dia lulusan Universiti Pertanian (sekarang Universiti Putra). Aku memang minat bela ornamental plants ini, jadi bila balak tu datang jumpa girlfriend dia, kami sempat berbincang fasal gardening. Aku pun tanya pada dia mengenai hydroponics. Terperanjat beruk aku, apabila mamat lulusan universiti pertanian tu, tanya aku balik. Apa ke benda, hydroponics? Aku cakap kat dia, hydroponics tu maknanya tanam pokok tanpa tanah. Cuma gunakan baja yang dilarutkan dalam air aje. Masa tu aku lulusan Senior Cambridge aje. Mamat grad tu dengan sombong kata kat aku, ”I lulusan universiti pertanian, tak pernah dengar pun orang tanam pokok tanpa tanah”. Itulah standard pendidikan di Malaysia hari ini. Lulusan universiti pun masih banggang lagi. Alah, kalau setakat menghafal tu, beruk pun boleh grad.

Itu baru fasal mutu pendidikan. Sebut pasal resilient atau jati diri, entahlah. Masa bertugas di Maktab PDRM KL, Cheras dari tahun 2005 hingga 2007, aku pernah aturkan program explore gua tempurong di Bidor, Perak. Aku beritahu budak-budak kadet ASP yang sedang dalam latihan ketika itu, explorasi gua akan mengambil masa 2 ½ jam, kena merangkak dalam sungai bawah tanah, dalam gelap gulita dan di peringkat awal kena panjat tidak kurang 500 anak tangga. Tidak ramai yang berani menyahut cabaran aku untuk bersama walhal jumlah kadet dalam latihan ialah 85 orang.

Tahun 2007, aku anjur kembara berbasikal pula dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur sempena sambutan 200 tahun PDRM. Nasib baik para peserta terdiri dari jurulatih-jurulatih dan staff pusat-pusat latihan polis, gagahlah sikit. Dapatlah 22 orang untuk menyertai aku. Itu pun kemudiannya aku dapat tahu, seorang inspekter percubaan yang menyertai kembara tersebut, ponteng sikit, curi-curi naik van. Aku dengan penyakit lelah aku, berkayuh the whole way. Beza umur kami, aku, 54 tahun, inspekter tu, 26 tahun. Inilah contoh jati diri hero muda era milinium.

Masa di Maktab dulu, bila boring, aku akan berbasikal balik ke rumah di Komplex Perumahan Pegawai Kanan Polis, Kelana Jaya. Kalau aku gila sikit, 6:30pagi aku akan berkayuh ke Maktab. Bukan jauh sangat, cuma 24 km aje. Minggu lepas, aku lontarkan idea untuk berbasikal 2 hari seminggu dari rumah ke pejabat di Komplex Pejabat Kerajaan, Bukit Perdana di Jalan Dato’ Onn kepada seorang rakan kerja berpangkat C/Insp. Rasanya anak buah aku ni belum sampai 35 tahun umurnya. Macam-macam alasan mamat tu bagi. Ok. tak ape. Aku ajak join berbasikal sekitar kawasan pejabat aje i.e. pusing-pusing turun naik Bukit Tunku. Itu pun takut tak larat. Apa punya hero. Engkorang tahu siapa yang sanggup ikut aku,. Seorang supt polis berumur 55 tahun dan seorang konstable wanita beranak satu. Apalah punya jantan hari ini, perempuan lagi lasak. Terima kasih Konstabel Wanita Norsi kerana berani join saya berbasikal.

Sebelum masuk tidur (mak andeh dah tergolek dah, kat atas katil), berita yang Uncle dapat dari boss No.3, pada awal malam 16 Jun 2009, yang baru lalu, benar-benar meyakinkan Uncle bahawa walaupun 202 tahun lagi, PDRM tidak akan berubah. Bertambah teruk ada tapi kalau nak menjadi lebih professional, berhemah dan disanjung tinggi oleh semua lapisan masyarakat, aku rasa kau orang kena tunggu sampai dunia nak hampir kiamat. Itu pun belum tentu lagi.

Cuba kau orang yang masih panjang lagi tempoh perkhidmatan dalam PDRM bayangkan. Semasa pegawai dan anggota kita bekerja dalam suasana yang baik sikit aje dari kandang lembu (tak percaya ikut aku ke Alor Star, Kedah), semasa access ke internet PDRM selaju penyu merangkak naik ke pantai Terengganu untuk bertelur dan semasa prasarana kita, atas sikit aje dari Pasukan Polis Timur Leste, pada tahun 2008, PDRM kembalikan semula kepada kerajaan, RM 40 juta daripada budget yang telah diperuntukkan oleh kerajaan kepada polis. Ini apa hal? Kenapalah bodoh sangat. Nak berbelanja pun tak reti. Nak dapat Tan Sri agaknya kalau bodek kerajaan dengan berjimat (kononnya).

Chalo dari Uncle B, yang akan meninggalkan sarkas yang dipanggil PDRM ini, 18 bulan dari sekarang.

1 comment:

Anonymous said...

Tuan, sapa PI yang ponteng cur-curi naik van tu...Tuan apa khabar sekarang...?