Sunday 26 July 2009

BASIKAL DAN ESPRIT-DE-CORPS

Minta maaflah banyak-banyak kerana posting kali ini mesti membosankan bagi mereka yang tak berminat pada cycling. Bukan apa. Saje nak rakamkan satu peristiwa kecil tetapi penuh bermakna kepada 8 kerat warga JSJK Bukit Aman dan seorang rakan dari sektor swasta.

Terima kasih banyak-banyak kepada semua rakan sekerja yang sanggup mengorbankan waktu rehat hujong minggu masing-masing untuk bersama-sama berbasikal dari JSJK Bukit Aman di Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur ke Kolej PTPL Shah Alam pada pagi 25 Julai 2009 yang lalu. Tak jauh, cuma 32 kilometer aje. Bermula jam 7:30 pagi, kami sampai di destinasi jam 10:15 pagi, tolak lebih kurang 45 minit kerana masalah teknikal dalam perjalanan.

Terima kasih khas kepada Dato’ Aris, KPP Pentadbiran & Penyelidekan yang sudi berkayuh bersama kami, En. Syawal, yang sanggup berkongsi pengalaman as a seasoned cyclist dan special mentioned kepada ASP Annuar Amri, Konstabel/W Hajar dan Konstabel/W Liza kerana ketiga-tiga mereka, walaupun sebelum ini belum pernah menyertai kami pada sesi berbasikal setiap petang pada hari bekerja, namun berani menyahut cabaran ke Shah Alam dengan basikal. Satu contoh jati diri yang belum pernah lagi ditunjukkan oleh lain-lain warga JSJK. Tidak ketinggalan juga ribuan TQ kepada 3 orang anggota trafik Kuala Lumpur yang membantu kami untuk menyeberang simpang-simpang jalan hingga ke Mid-Valley dan warga JSJK Selangor yang berada di destinasi untuk belanja kami berjug-jug air batu dan kueh tiaw goreng. Baki cyclist adalah ASP Khaizam, Insp Fazli dan SM Amin. To all of you, thanks. Tidak ketinggalan isteri dan cucu saya yang sanggup berkereta perlahan bersama kami hingga ke Shah Alam.

TEAM CYCLING CCID
PENGENALAN
Dari kiri ke kanan: SM Amin, Dato” Aris, Kons/W Hajar, Kons/W Liza, Supt Baharuddin, ASP Annuar Amri, Insp Fazli, ASP Khaizam dan En.Shawal.

Apa yang saya dapat dari berbasikal? Selain benefits dari segi physical fitnessnya, saya yakin bahawa salah satu cara terbaik untuk memupuk esprit-de-corps sesama rakan sekerja adalah melalui berbasikal bersama-sama. Setakat mengadakan majlis makan malam atau hari keluarga, belum tentu lagi semangat setia kawan akan diperkukuh. Di majlis-majlis tersebut, lazimnya pangkat besar bercampur dengan pangkat besar sahaja, yang kecil semeja dengan yang kecil. Dan biasanya anggota pangkat rendah jarang dijemput bersama. Macam sambutan Hari Ibu dan Hari bapa JSJK baru-baru ini. Pegawai kanan sahaja, seolah-olah anggota pangkat rendah bukan ibu dan bukan bapa, walhal mereka juga sebahagian dari JSJK.

Dalam kumpulan berbasikal kami setiap petang Isnin ke Jumaat, ada pegawai kanan, ada Ketua Penolong Pengarah bergelar Dato’ dan ada anggota pangkat rendah. Berbasikal menyama-ratakan kami. Apabila masing-masing tercungap-cungap naik bukit, semuanya sama, tak kira Dato’ atau anggota. Seorang tertinggal di belakang, yang lain akan memperlahankan kayuhan atau terus berhenti supaya semuanya dapat berkumpul kembali. Along the way, yang terror sikit, tidak lupa memberi kata-kata semangat kepada yang dah nak give up kerana kaki nak cramp. Kalau ini bukan semangat setia-kawan dan bekerja berpasukan, saya tidak tahu apa lagi nak kata.

Dapatkah anda menikmati keindahan alam sekeliling, jika anda bermotosikal atau berkereta. Bayangkan, semasa memutar sekeliling lake gardens, kami sering terserempak dengan fellow cyclist yang lain. Tidak ketinggalan kami bertegur sapa. Yang kurangnya cuma satu. Belum pernah lagi berjumpa dengan cyclist wanita. Boleh juga mengatal sikit-sikit.

Bye the way, kalau ada pembaca yang ingin cycling bersama kami, tak kiralah anda polis ke atau orang awam (kecuali tokeh ekor, pencetak DVD pirate dan mereka yang sejenis dengannya), sudi-sudilah join kami. Isnin hingga jumaat dari jam 5:30 petang hingga 6:30 petang. Hubongi saya di ruddy53@hotmail.com untuk butir-butir lanjut. Heh! heh! heh!, macam iklan perniagaan pulak.

Hingga jumpa lagi, salam dari pengayuh tua (yang boleh kayuh apa-apa pun, jika perlu), Uncle B.

4 comments:

Anonymous said...

I wanted 2join all of u dat day but I overslept...Zam was supposed 2give me a wake up call n he failed!!
I'll c u on monday, 5.30pm.

:: amira hanani putri :: said...

wow!! daddy now has pictures on his blog!! hahaha...unfortunately it's a blur one!!

haiyo dad, you should've waken me up that morning...i can take nice pics with my DSLR... =)

okay...okay....next trip!!!

Anonymous said...

saya trtarik ngan xtvt yg dilkukan ini.bkn dr segi kesihatan....tp impak nyer dlm mlakukan xtvt sbegini.dpt mnyama-ratakan semua cyclist.xkira yg brpangkat besar sehingga skecil2 anak.

slalu nyer kalo wat jamuan officer dok smeja....anak2 buah dok jauh2.
mkanan officer brhidang...anak2 buah brebut kt buffet line...sungguh memalukan...

sukan pn sama...exspecially sukan karate..da lak kategori pgawai...brlawan dgn dikalangan mereka....npe x dibuat je kategori open trus...
takot nk brlawan ngan anggota pangkat rendah ker??

mmg la pgawai perlu dihormati....coz nk dpt pangkat 2pon bkn senang...tp x salahkan kalo anak buah pon dihargai......
fikir2kan lah....

Anonymous said...

x yah le nak mintak maap kat sape yg x suka bab cycling ni uncle...dorang x suka, sape paksa suh baca kan?1 principle yg harus dipegang aloeh semua blog viewers ialah, belajar menghormati ape yg dihidangkan utk sntapan mata anda.kot x suka, x sape paksa baca pun... by the way, congrats for a great beginning... secara x lgsung merapatkn jurang dikalangan anggota polis itu sndr.pling pnting, masuk kubur sok semua wrna kain kapan SAMA... jom renung2kan...