Saturday 11 July 2009

BUKAN SALAH PDRM, SALAH ANDA JUA

Petang 6 Julai 2009, saya berada di auditorium PDRM di tingkat 16, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman. Kehadiran saya mewakili Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) dalam sesi taklimat sempena lawatan peserta program Masters anjuran Maktab Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia. Kehadiran saya sebenarnya hanya sebagai wakil Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) sahaja. Just in case ada isu-isu yang perlu diperjelaskan mengenai jenayah komersil, sayalah yang kena beri penerangan. Saya sepatutnya tidak boleh campor tangan jika tiada isu-isu berkaitan JSJK ditimbulkan.

Sehinggalah semasa sesi dialog, apabila seorang peserta program daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menimbulkan masalah jenayah yang makin meningkat. Itu saya tidak ambil pusing sangat. Jenayah memang meningkat tetapi apa yang menjengkelkan ialah apabila “pakar” JPM itu menuduh Malaysia tidak selamat kerana PDRM tidak menjalankan tugas.

Sebagai seorang pegawai kanan polis yang telah mengorbankan 32 tahun masa, tenaga, dan keluarga sendiri untuk memastikan Mamat JPM ini dan keluarga, boleh makan roti canai dengan selamat, jam 3 pagi, semestinya saya benggang bila orang yang tidak pernah merasa jerih-perih, tekanan dan kekangan luar yang dikenakan terhadap PDRM dalam menjalankan tugas, membuat komen semberono.

Penjelasan diberi bahawa sama ada Malaysia selamat atau tidak adalah satu penilaian subjektif individu. Perbandingan statistik dibuat untuk menunjukkan Malaysia lebih selamat berbanding negara-negara jiran. Tapi aku lihat mamat JPM ini kerek semacam aje dengar penjelasan yang cuba diberikan. Maklumlah, pegawai PTD yang bertugas di Jabatan Perdana Menteri. Lagi pun pada aku, penjelesan yang cuba diberi oleh wakil PDRM itu lebih bersifat apologetic. Kerana tak tahan sangat dengan sikap arrogant mamat tu, aku minta kebenaran daripada penceramah untuk mencelah.

“I address my comment to the gentleman from JPM”, aku masih ingat hampir verbatim apa yang aku luahkan pada petang itu, “if you think the streets of Malaysia is not safe for you, try spending 2 weeks in Johannesburg or Pretoria, then you tell me whether it is safe or not being in Malaysia”. Full stop. Aku terus kembali ke tempat duduk. Aku masih lagi dalam full battle mode. Kalau budak JPM tu banyak songel lagi, aku dah bersedia untuk belasah dia cukup-cukup.

Sebenarnya bukan aku tak boleh terima kritikan terhadap PDRM tetapi kepantang aku orang yang tak tahu hujong pangkal mengenai sesuatu perkara membuat ulasan tentang perkara yang asing padanya. Macam Malay WOG (Westernised Oriental Gentleman) yang mengatakan, “I hairanlah kenapa orang melayu kampong ni heboh-heboh fasal isu belajar maths dan sains dalam bahasa inggeris. My children tak ada masalah pun”. Betul, your children tak ada masalah. Kalau sejak lahir, bahasa Inggeris digunakan di rumah, of course lah kalau masuk sekolah kat malaysia, tak ada masalah belajar maths dan sains dalam bahasa inggeris. Alah! cucu aku yang belum 3 tahun pun faham bahasa inggeris dan dah boleh speaking sikit-sikit sebab kita orang lebih banyak gunakan Bahasa Whitehall di rumah. Apa nak heran. Tapi kalau anak orang kampong yang gunakan bahasa Jawa, Banjar, Bugis, Boyan, Mendeling, di rumah, macam mana? Cuba jawab.

Pakar JPM tu rasa tidak selamat berjalan di Malaysia kerana ada mat rempit, Ah Long, peragut, perompak, pembunuh, perogol, penculik budak-budak perempuan dan pelbagai jenis penjenayah lagi. Maksudnya dah ujud budaya gangsterism di Malaysia. Yang pakar tu lupa nak sebut ialah demonstrasi jalanan sahaja. Oleh kerana itu, pakar tersebut berpendapat ini semua salah PDRM kerana tidak menjalankan tugas.

Aku ingin ajukan satu soalan kepada semua rakyat Malaysia yang berfikiran seperti Mat JPM tadi. Yang suka mengambil jalan mudah, menyalahkan PDRM bulat-bulat kerana semua yang tidak sedap didengar dan dipandang yang berlaku di Malaysia.

Siapa yang setakat pandai melahirkan tetapi tidak pandai mendidik dan membesarkan rakyat malaysia yang ada pada hari ini sehingga ramai yang menjadi mat rempit, Ah Long, peragut, perompak, pembunuh, perogol, penculik budak-budak perempuan dan gangster tu, siapa. PDRM atau anda sendiri sebagai makbapak manusia brengsek ini. Siapa yang bagi lesen buka kelab malam, karaoke, pusat video game, kedai 4 nombor ekor., Bukan PDRM Yob.

Begini ajelah. Mengail di air yang tercemar, anda akan dapat ikan yang tercemar. Sistem nilai masyarakat yang rosak, sistem pendidikan yang menghasilkan robots, politikus yang tiada political will untuk memperbaiki masyarakat kecuali mengkayakan diri sendiri dan keluarga, akan melahirkan manusia malaysia yang haprak. Kalau menteri boleh raba ponggong waitress, kalau orang terpelajar dan kononnya profesional seperti 5 ekor laywer India HINDRAF tu boleh bersikap kurang ajar, kasar dan membohong (apa tidaknya, mereka kata ada ethnic cleansing di Malaysia, kalau betul ada, dah lama kawan baik aku, DSP Panier, hilang) dan mengepalai demonstrasi jalanan, apa yang anda harapkan dari budak-budak yang tak berakal.

Pleaselah Mr. JPM, tanya diri sendiri, apa idea bergeliga anda untuk kurangkan jenayah di Malaysia dan jadikan PDRM lebih efficient. Jangan tolak kat polis aje. Kerja tolak-menolak ni, siapa pun boleh buat.

Last sekali, polis bukan tak buat kerja. Polis dah 202 tahun buat kerja tapi hari ini polis banyak halangan untuk menjalankan tugas. Polis nak ”belasah” mat rempit, UMNO pergi tatang kacang hantu berkapcai ini macam anak emas. Habiskan duit rakyat membuat kerja tidak berfaedah, membawa mat rempit naik kapalterbang, terjun payung kat Alaska. Penjenayah bunuh budak kecil, tidak ada satu pun NGO yang bising fasal hak budak tersebut untuk hidup. Polis jentik sikit pembunuh atau tahan sekejap peguam, heboh kata polis melanggar hak asasi manusia. Mana tak mua penjenayah.

Akhir kata dari Uncle B yang dah fed-up dengan gelagat manusia malaysia yang asyik menjadikan PDRM kambing hitam dan manusia PDRM yang dengan baculnya membiarkan PDRM dikambing hitamkan, “YOU DESERVED THE SOCIETY THAT YOU GET”.

Chao! dari manusia yang enggan dikambing hitamkan.

3 comments:

Anonymous said...

Apa nak hairan sangat dengan mat JPM ini, melambak orang seperti mat JPM ini di Malaysia....salah satu produk yang memalukan yang berjaya dihasilkan oleh negara yang ku sayangi, Malaysia!! Orang seperti mat JPM ini dikategorikan sebagai haram jadah yang tak tahu nak mengenang budi dan berterima kasih atas apa yang sedang dinikmati olehnya.... Perumpamaannya, kalau anak dia kelaparan susu, dia akan salahkan mak bapaknya kerana tidak belikan susu untuk 'cucu' mereka tetapi di sebaliknya mereka seperti mat JPM ini tidak akan mencerminkan diri mereka sendiri dan bertanyakan apakah usaha mereka untuk mendapatkan susu untuk anak mereka! Ringkasnya, tepuk dada tanya hati sendiri apakah sumbangan dirinya untuk mengurangkan kadar jenayah dan memastikan keselamatan negara kita sentiasa terjamin dan boleh makan roti canai pada pukul 3.00am. Satu lagi rumusan yang saya boleh berikan adalah mat JPM ini sebenarnya ketandusan idea dan insufficient knowledge tetapi berlagak untuk berlagak kononnya dia itu PTD dari JPM, jalan short-cut yang boleh menonjolkan diri dalam majlis seperti itu adalah dengan "MENCARI TULANG DI BATANG ZAKARNYA DAN MELETAKKAN SEGALA PUNCA IMPOTENTNYA KE ATAS TULANG TERSEBUT". Obviously, adakah tulang di batang zakarnya.......
By the way uncle, do you know PTD stand for what??? P-pandai T-tapi D-dungu... dan KPI untuk PTD adalah P-leasing T-he D-ull...

Dang Mewangi said...

Assalamualaikum tuan,

lama tak melayari blog tuan yang penuh dengan informasi ini. maklumk je la, sudah bergelumang dengan i.p-i.p yang tak sudah-sudah. Peluh mengalir di dahi 25 jam sehari kalu nak pikir pasal i.p ni, iyerla, nak pikirkan masalah orang sampaikan masalah sendiri pun tak terjaga. Saya begitu terkasima dengan kenyataan mamat JPM yang kononnya handal mengeluarkan kata2 bahawasanya POLIS tak efisen. takpela itu hak dia nak cakap apa pun. tapi izinkan saya mengatakan mamat JPM tu (of course la PTD la tu) mencerminkan pemikiran graduan universiti tempatan yang langsung jauh dari landasan ilmiah. Saya yakin mamat JPM tu masa kat U dulu kaki tiru assignment orang sebab tu dapat pointer bagus dan bernasib baik jadi PTD, yang graduan macam saya ni, pointer o.k la jugak, tapi memandangkan takde kabel PTD, alhamdullilah dapat jadi inspektor polis. terus terang masa saya sebelum join polis, pandangan saya terhadap PDRM begitu dangkal (sama ngan mamat JPM td) tapi setelah bergelumang berkhidmat dalam PDRM baru saya tahu bertapa perit jerihnya menjadi seorang anggota polis, lebih2 lagi jadi pegawai penyiasat. berdepan dengan mehnah dan tribulasi dari segenap segi. ditekan dari atas, bawah, kiri dan kanan. Kerja dan tugas menjadi nombor satu, keluarga tu tak tau la dah jadi nombor berapa. pengadu menjadi keutamaan walau anak kat rumah demam. tak layan pengadu, esok lusa masuk paper, i.o tak mahu jumpa pengadu. belum lagi berdepan dengan tohmahan. sangat menyedihkan pimpinan PDRM zaman ini (bukan semua) yang amat pantas dan tuntas mengambil tindakan pada setiap adu domba walau surat itu surat layang, gantung baju dah tentu menjadi risikonya. Bila pegawai menjadi penakut, anak buah (anggota) lagi la. Cuba tuan bayangkan beranikah P.I muda mengambil tindakan (charge) satu pesalah yang bergelar datuk, sedangkan datuk itu telah banyak "menaburjasa" pada .......
andai diambil tindakan, masa depan dah tentu gelap, masuk peti sejuk dah tentu. bila masuk peti sejuk, periuk nasi kita tu tuan. Saya cadangkan pada tuan, buat satu research beban kerja i.o-i.o kita kat bawah.
berbalik pada mamat JPM tu usah dilayan manusia pemikiran seperti itu, takut bila pegawai muda seperti saya ni patah semangat nak kerja, mandi bunga pun dah tak guna. Ditambah plak dengan skim baru perkhidmatan inspektor yang jadi YA13 ni, umpama gula-gula getah yang dikunyah, manis dikunyah sementara, tapi bila dan habis manisnya dibuang melekat kat tapak kaki orang lain. amat menyedihkan bila gred gaji baru ni bila lebih rendah dari pegawai N41, sedangkan kami juga pengengam izajah juga. emmmm apa bleh buat tuan. kami hanya mengikut arahan. SEDIA BERKHIDMAT, sumpah taat setia sentiasa menjadi junjungan di atas batu jemala. Sekian. ROGER, TANGO KILO......

Dinodino said...

As'kum ,
saya telah lama mengikuti perkembangan semasa pasukan PDRM melalui blog Tuan, terima kasih kerana telah membuka hati dan minda kami yang selama ini sentiasa dibelenggu dek amalan dan corak pemikiran pegawai/anggota di zaman penjajah. Usahlah dihiraukan sangat tentang mentaliti mamat-mamat dari JPA itu, mereka tu bukanlah dari golongan cerdik pandai yang bertaraf profesional seperti doktor atau jurutera, cuma berkelulusan yang hanya melayakkan untuk menjawat jawatan PTD sahaja. Untuk makluman Tuan, saya sendiri dah muak dan meluat melihat golongan ini yang hanya tahu berlumba lumba untuk memasuki dan menjadi 'Boss' setiap jabatan kerajaan. Mereka ini jugalah yang banyak merosakkan perjalanan pentadbiran sesebuah jabatan, itu tidak termasuk dengan sikap suka mencari publisiti murahan, suka mencari glamour dan yang yang paling menjijikkan sekali mereka ini suka menjilat dan mengambil kesempatan dari ahli-ahli politik. Lihat dan nilailah sahajalah mana2 jabatan yang telah dimasuki oleh golongan ini terutamanya jabatan yang melibatkan penguatkuasaan seperti kastam, Immg, AADK dsbnya. Apa perkara yang baik-baik dibawa oleh mereka? langsung tiada melainkan statements hampeh, iklan iklan yang membazirkan wang rakyat dan memanipulasi keadaan demi meraih political merit mereka sahaja. Jika panjang umur kita sama-sama dapat melihat bagaimana negara ini akan tunggang terbalik jika golongan PTD ini berjaya meresapi ke dalam organisasi yang semulia PDRM.