Sunday 1 November 2009

Catchword atau frasa yang sering saya dengar sejak 32 tahun 6 bulan berada dalam pasukan ialah kita hendaklah sentiasa taat setia atau loyal kepada pucuk pimpinan PDRM. Saya kurang pasti pula sama ada taat setia yang dimaksudkan adalah taat setia ala Hang Tuah atau taat setia ala Hang Jebat. Dari sedikit exposure yang saya ada dengan orang besar-orang besar PDRM, gayanya, loyalty yang disarankan adalah loyalty membuta tuli ala Hang Tuah. Saya pernah mendengar mereka yang jauh lebih besar pangkatnya dari saya menyuarakan kegusaran perlunya PDRM dibesarkan sehingga 14 jabatan. Malangnya apabila saya sarankan agar pegawai berkenaan menyatakan kebimbangannya itu kepada pucuk pimpinan, jawapannya seperti yang saya jangkakan. ”Arahan bos, Din, engkau tak ape, boleh komen semberono, kau tinggal setahun-dua aje lagi, aku ada 8 tahun lagi, susah aku nanti”. Inikah jenis taat setia yang dituntut oleh pasukan dari warga PDRM?

Jangan salah faham. Untuk taat dan setia kepada pasukan tidak menjadi kudis kepada saya kerana selama 29 tahun berumah tangga, saya taat setia kepada isteri tercinta saya. Saya sanggup taat dan setia kepada isteri kerana taat setia saya dibalas oleh isteri saya dengan kasih sayang dan taat setia juga.

Apa yang menghantui saya ialah sejauh dan setakat mana seseorang warga PDRM harus taat setia kepada pasukan jika pasukan tidak pernah mempamirkan kesetiaannya kepada pegawai dan anggota yang telah mendukung PDRM selama ini. Dapatkah anda mengasihi dan komited kepada orang yang tidak pernah menunjukkan kasih sayangnya kepada anda. Lihat sahaja Hang Jebat yang tidak pernah derhaka kepada Sultan Melaka sehinggalah Hang Tuah dianiaya oleh Sultan dek angkara pembesar Melaka yang dengki kepada Hang Tuah. Malangnya sifat taat setia tolol yang ditunjukkan oleh Hang Tuah inilah yang diagung-agungkan oleh kebanyakkan pemimpin-pemimpin Melayu.

Saya pernah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia. Satu ketika semasa saya pegawai bertugas di Defence Operation Room, Kementerian Pertahanan (MINDEF), kami telah didatangi oleh beberapa orang daripada Kampong Datok Keramat, Kuala Lumpur mengadu yang anak perempuan salah seorang dari mereka telah hamil angkara seorang daripada anggota tentera yang bertugas di MINDEF. Saya katakan yang perkara ini tidak mungkin benar dan telah mengarahkan salah seorang anggota saya untuk bersama-sama menyemak rekod keanggotaan di MINDEF untuk mengesan orang yang disyaki. Sudah tentu sebelum dari itu, secara curi-curi, saya telah mengarahkan supaya rekod anggota berkenaan diketepikan.

Pada mulanya, rombongan dari Datok Keramat tersebut nampaknya masih tidak berpuas hati tetapi dengan lembut saya jelaskan bahawa menjadi satu kelaziman untuk budak-budak polis yang bertugas dalam Pasukan Polis Hutan (PPH) mengaku sebagai anggota tentera kerana mereka juga, PPH, berpakaian seragam hijau. Ini dilakukan untuk memburukkan nama dan imej ATM, kata saya lagi. Tidak saya sangka, hari ini saya pula yang bertugas dengan PDRM. Amat berpuas hati dengan penjelasan saya tersebut, mereka memohon maaf kerana menyusahkan kami dan terus beredar.

Saya percaya sikap taat setia ATM kepada warga tentera seperti yang saya gambarkan di atas masih berkekalan hingga ke hari ini. Pernahkah anda dengar di dada akhbar, gembar-gembur pegawai dan anggota tentera diambil tindakan disiplin dan undang-undang sebagaimana bangganya PDRM menyiarkan berita yang sama di media massa terhadap warga PDRM untuk cemohan oleh khalayak ramai. Ini tidak bermaksud yang ATM membenar atau membela warganya yang telah melakukan kesalahan. Jika anda mengambil masa untuk bertemu bual dengan pegawai-pegawai dari Provos Marshal (Polis Tentera), anda akan dapati bahawa tindakan disiplin atau undang-undang masih diambil terhadap yang bersalah. Cuma, walaupun bersalah, mereka tidak dimalukan di depan masyarakat.

Berbeza dengan PDRM yang pantang mendengar sebarang komplen daripada orang awam, tanpa mengira sama ada komplen tersebut berasas atau tidak, terus pegawai yang terbabit disenarai hitamkan. Ini lebih ketara apabila ada pengecut yang menghantar surat layang. Tanpa memeriksa terlebih dahulu, pegawai yang ditohmah akan disejukkan bekukan di tempat-tempat jin bertendang. Hairannya, orang awam yang ingin membuat laporan polis, dikehendaki menurunkan nama, nombor kad pengenalan dan alamat serta nombor telefon si pengadu supaya boleh dihubongi tetapi surat layang tanpa nama dilayan habis-habisan. Barangkali inilah yang dinamakan keadilan atau justice and fairplay oleh PDRM. Anda fikirkanlah sendiri.

Hingga jumpa lagi, selamat memikirkan masa depan anda dalam PDRM, dari Uncle B, yang walaupun hanya tinggal 365 hari sahaja lagi dalam pasukan (termasuk cuti hari sabtu, ahad dan cuti umum) masih lagi kena tohmahan. Bye!!!


2 comments:

Unknown said...

Uncle. You said you only have less than a year with PDRM. Before you leave the force, what say you if you give your ideas on how to improve PDRM, rather than pointing out all mistakes that PDRM have done in the past?

Dang Mewangi said...

Salam Uncle.. saya agak bersetuju dengan pendapat Mr Ali.. apa kata dalam masa 365hari dalam PDRM ni uncle buat la satu kaji selidik or kertas kerja ke. Kaji beban kerja anggota dan pegawai polis. sepertimana yang kita sedia maklum, core bussiness PDRM adalah menyiasat kes jenayah. dan lain-lain adalah menjaga ketenteraman awam, mengumpul maklumat risikan, mencegah jenayah dan sebagainya seperti yang termaktub didalam akta polis. Tapi jika kita renungkan sejenak, jabatan yang berhadapan dengan tohmahan dan orang awam adalah JSJ dan JSJK.. pengadu merupakan orang awam. bagi jabatan lain iaitu JSJN, SB, KDNKA, Pengurusan dan Logistik bukan saya kata tak penting.. penting juga. tapi jika kita ingin menjadikan PDRM sebagai pasukan yang mantap dan dihormati, kita seharusnya memantapkan pasukan siasatan yang selalu mendapat perhatian awam iaitu jenayah... sebagaimana yang kita tahu, public buat laporan polis adalah sebab ada kes jenayah yang melibatkan kerugian dari segi harta,nyawa dan ketenteraman. adalah lebih baik jika PDRM dapat memantapkan dan menjadikan pasukan siasatan dan pencegahan jenayah (JSJ/JSJK) lebih kompetent dan terus relevan dalam kaca mata masyarakat. Bilangan IO dan AIO perlu ditambah selaras dengan purata laporan polis yang diterima dalam sehari. kita tidak boleh lagi hanya melihat kes dari segi berapa bilangan kertas siasatan dibuka sahaja (tidak termasuk yang dikelepet dan disimpan dibawah meja kerana tak sempat nak dibuka). Saya mencadangkan agar bahagian R&D urusetia KPN turun ke bawah bagi mengkaji keberkesanan pasukan siasatan, yang mana perhatian haruslah diberikan kepada kualiti penyiasatan. Bilangan IP berjumlah 100 bagi setahun adalah sesuatu yang berat bagi IO. Maka dengan satu kajian keberkesanan manpower, saya harap bahagian R&D dapat menyalurkan satu usul kepada pucuk pimpinan PDRM. tq.