Saya tidak tahu berapa luasnya readership akhbar SINAR tetapi jika berkesempatan, saya tidak akan melepaskan peluang untuk membaca akhbar tersebut. Setakat ini SINAR nampaknya berkecuali. Mungkin tidak banyak cerita ceriti mengenai aktiviti atau sudut pandangan tokoh-tokoh pembangkang tetapi sekurang-kurangnya diberi juga peluang dibaca dan dinilai oleh pembaca. Selama mana neutrality ini boleh bertahan sebelum permit penerbitannya disekat atau syarikat dibeli oleh proxy BN, wallahhuallam.
Lemahnya SINAR adalah kerana ia kurang berita-berita luar negara dan gossip-gossip sensasi seperti Mawi menjalin hubongan dengan seorang Mak Datin atau gembar gembor hantu Altantunya merayau-rayau dalam KD Tengku Abdul Rahman. Itu yang kadang-kadang kapal selam pertama kita tu tak boleh menyelam.
Yang menambat hati, akhbar ini memberi peluang kepada tokoh-tokoh yang dipandang serong oleh kerajaan yang memerintah untuk menzahirkan apa yang terbuku dalam fikiran dan hati mereka untuk dinilai, diterima pakai atau dibakulsampahkan oleh para pembaca. Dalam negara yang mengamalkan demokrasi dan kebebasan bersuara seperti Malaysia, tiada yang lebih boleh saya harapkan selain daripada apa yang sedang dilakukan oleh SINAR.
SINAR 18hb Februari 2010, misalnya mengutarakan 3 rencana oleh Profesor Abdul Aziz Bari, Abdul Jalil Ali dan Dr.Mohd Asri Zainal Abidin, masing-masing berjudul “Kerajaan Rakyat Atau Kerajaan Mahkamah”, “Apa Istimewanya Apam Cik Teh” dan “Jalan Raya Bukan Untuk Upacara Agama”.
“Apa Istimewanya Apam Cik Teh” misalnya memberi argument yang termasuk dek akal, bahayanya membenarkan perkataan Allah digunakan oleh sebuah majallah agama Christian di Malaysia. Sebagai contoh, penulis tidak bersetuju dengan tindakan memperkenalkan Bak Kut Teh Halal dalam Karnival Makanan 1Malaysia di PWTC baru-baru ini. Cuma melayu tolol sahaja tak tahu bahawa Bak Kut Teh dibuat menggunakan tulang & daging babi. Lama kelamaan bila dah sebati dengan keujudan Bak Kut Teh Halal, akan ada orang Islam yang malas berfikir akan ngap sahaja Bak Kut Teh yang dijual oleh warga Indonesia yang bukan Islam tetapi berwajah melayu. Saya tidak curiga dengan keupayaan orang islam generasi tua seperti kami untuk menilai haram halal sesuatu perkara tetapi cuak sedikit dengan kemampuan anak-anak muda islam hari ini untuk berbuat demikian. Jikalau tidak masakan Sisters In Islam boleh disertai oleh dua tiga ekor atau berekor-ekor anak-anak perempuan tokoh pemimpin lagi ternama Malaysia. “Jalan Raya Bukan Untuk Upacara Agama” mengemukakan kewajaran kerajaan negeri Pulau Pinang dan Kelantan membatalkan perarakkan Maulidur Rasul sementara Profesor Abdul Aziz Bari yang telah 20 tahun mengajar undang-undang memberi dalil-dalil mengapa dia berpendapat keputusan 5 orang hakim Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan Zambri BN sebagai MB Perak yang sah adalah tidak tepat.
Sama ada betul atau tidak, sama ada anda setuju atau membangkang pendapat tokoh-tokoh tersebut, setidak-tidaknya anda telah diberi peluang untuk menilai keilmuan mereka. Ini melebihi peluang yang telah diberikan akhbar-akhbar perdana kepada golongan yang berpandangan lain dari kehendak kerajaan memerintah.
Jika ingin tahu lebih lanjut isi kandungan artikel-artikel seperti saya jelaskan di atas, cuba semak SINAR online atau dapatkan naskah hardcopy berkaitan. Takkan semuanya nak saya suapkan ke mulut, iye tak?
Hingga jumpa lagi, apa kata kita menilai sesuatu isu dari semua sudut (360 darjah) supaya kita tidak menjadi manusia bermata kero atau jin bermata satu.
Salam dari Uncle B.
No comments:
Post a Comment