Saturday 25 February 2012

MALAYSIA DAN GREECE

Saya tak kenal siapa Apostolos Doxiadis sehinggalah saya terbaca artikelnya yang disiarkan oleh akhbar The Star pada 22 February 2012 dengan tajuk, “Greece”s despair is the product of political ignorance”. Habis membaca tulisan tersebut, saya masih lagi tak tahu siapa si penulis. Pastinya mesti orang Greek, mungkin seorang penulis pojok atau orang yang dikenali ramai di Greece kerana saya yakin The Star memetik tulisan tersebut dari akhbar luar negara.

Rupanya, pandangan saya bahawa Malaysia juga akan senasib dengan Greece jika rakyat masih yakin dengan kerajaan sekarang untuk memerintah 5 tahun lagi ada kebenarannya kerana petanda-petanda kehancuran Greece, juga telah berakar umbi di Malaysia. Artikel tersebut mengupas pendapat penulis mengapa Greece muflis sekarang. Untuk mengetahui sepenuhnya apa yang disampaikan oleh penulis, bacalah sendiri artikel tersebut.

Merujuk kepada kaitan kebengkrapan Greece dengan pandangan saya bahawa Malaysia juga sedang menuju ke arah yang sama, cuba renungkan petikan-petikan daripada artikel Apostolos ini dan tanya diri sendiri. Tidakkah keadaan yang sama wujud di Malaysia?

“Although 750,000 people (15% of our workforce) have lost their jobs since the crises began, not a single one is from the public sector, which employs one out of four Greeks”

Maknanya, Greece macam Malaysia mempunyai perkhidmatan awam yang terlalu “gemuk” (a bloated civil service). Duit rakyat habis untuk membangunkan prasarana kementerian, jabatan, dll, dan bayar gaji tapi hasil tak ada.

What we call a crisis is the results of actions performed over decades.

Sesuatu dinasti tidak hancur dalam masa sekelip mata. Ianya adalah culmination of years of abuse, neglect dan perbelanjaan menggila sehingga semuanya reput kerana tidak lagi terdaya menanggung beban yang digalas. Berapa lama Petronas dan cukai yang bukan-bukan ke atas rakyat boleh menanggung projek-projek mega yang tidak mendatangkan 1 sen pun hasil kepada negara.

“Second: its creator is an ineffective, incompetent and corrupt political establishment which transformed politics into a mechanism for exchanging favours with votes, most of the former having the effect of making the state more ineffective and costly”.

Kata Apostolos Doxiadis, penyebab kehancuran Greece adalah pimpinan politik yang tidak efektif, tidak cerdik dan korup, yang menjadikan politik satu mekanisma untuk menukar laba (projek gajah putih, menubuhkan jabatan kerajaan bertindan, dll) kepada undi sehingga menyebabkan kos pengurusan negara tinggi dan tidak berkesan. Berbezakah pemimpin-pemimpin negara yang kita ada hari ini?

“Third: the critical point came when this mechanism became so ineffective and costly that it brought down the rest of the economy”.

Kata Apostolos Doxiadis lagi, mekanisma ini menjadi begitu bobrok sehingga ianya merudumkan ekonomi negara. Kita tunggu sahaja saatnya untuk ini berlaku di Malaysia jika kita tidak pandai memilih.

Actually we don’t need a bearded old man to tell us the truth about the crisis, but a little boy. For the statement that Greek politicians are to blame is as obvious as the emperor’s nakedness in Hans Christian Andersen’s famous fairytale.

Akhirnya sekali, Apostolos berpendapat kita tidak perlu seorang seperti Socrates untuk menunjukkan kebenaran, memadai seorang budak kecil yang berani menyuarakan bahawa raja sebenarnya bertelanjang bulat.

Di Malaysia, kita adakah, bukan setakat budak tetapi orang tua yang kononnya bijak bestari dan berani berkata benar?. Fikirkanlah.

Selamat mengumpul wang (secara halal) untuk masa depan anak cucu kita bila Malaysia bengkrap nanti dari Uncle B, yang banyak buat silap masa muda-muda dulu dan baru sekarang berhempas pulas untuk membetulkannya.

Byeee!!!!.

1 comment:

Anonymous said...

Sebab kita pandai pilih maka kita 'survive' sampai hari ini. Sampai tuan dapat bersara. Sampai kerajaan dapat menubuhkan 20 buah IPTA hanya untuk beri peluang pada anak melayu untuk terus belajar dan bekerja.

Kalau kita salah pilih macam yang berlaku pada Penang dan Selangor, confirm kita bangkrap dan muflis. Maruah anak melayu kita confirm kena gadai macam di Singapura-pura.

Kesimpulannya, jangan salah pilih. Pilihan yang ada sekarang cukup baik. Yang perlu diubah ialah di Kedah, Kelantan, Penang dan Selangor.

Pilihan yang di negeri lain, alhamdulillah, diberkati Allah SWT.

Alan