Tuesday 14 February 2012

ORANG MELAYU DAN JINN

Minggu lepas, Metro 7hb February 2012, menyiarkan cerita mengenai segelintir pelajar sebuah IPT di Lembah Kelang yang membayar sehingga RM350 seorang untuk mendapatkan bantuan Jinn untuk lulus cemerlang dalam peperiksaan bahasa inggeris. Tok moh-tok moh bertauliah dan tidak bertauliah biasanya akan lapang poket dekat-dekat musim UPSR, SRP dan SPM kerana beratur mak ayah yang datang untuk dapatkan air penerang hati bagi anak-anak mereka yang akan menduduki peperiksaan. Unsangkarable pulak, pelajar IPT pun pakai Jinn dan jampi serapah untuk graduate.

Main jinn, jampi dan serapah ni bukan perkara baru bagi orang melayu, sama ada yang di kampong atau di bandar, yang sekolah pondok atau yang study kat U. Nak cari jodoh mandi bunga (orang pompuanlah siapa lagi), nak pass exam pakai air jampi, nak maju berniaga pakai pelaris, sampaikan nak jadi wakil rakyat pun minta bantuan bomoh dan dukun. Khabar anginnya ada antara menteri-menteri kita yang pakai bomoh retainer. Betul atau bidaah saya kurang pasti pulak. Agaknya fasal itulah apabila dah jadi wakil rakyat dan seterusnya jadi menteri, mereka yang ada kuasa melalui bantuan jinn ini suka sangat mencekik atau menghisap darah rakyat jelata. Nenek saya beritahu jinn-jinn ni selalunya minta darah sebagai balasan. So rakyatlah yang jadi korban.

Yang hairannya, dengan segala ilmu ghaib yang ada, tak pulak orang melayu pegang ekonomi negara, mengajar di Harvard atau MIT, mewakili dan sapu semua pingat emas di sukan Olympic, dijulang sebagai Miss Universe atau serang Israel pakai tentera halimunan kalis peluru. Kata mereka yang ariff dengan ilmu ilmu ghaib ini, malangnya jampi-jampi ni tak menjadi apabila berhadapan dengan orang bukan Islam. Maknanya Batalion Halimunan Malaysia, semasa berada di Malaysia, orang tak nampak tetapi apabila terjun payung sahaja di ruang udara Israel, pendinding halimunan dan ilmu kalis peluru tu lupus, kaput.

Masa saya terpilih untuk menyertai skuad latihan peninju PDRM dulu (bantamweight), paksu saya suruh pakai jampi penumbuk besi. Sekali cedok, kudratnya macam kena balun dengan seguni beras. Malangnya oleh kerana saya jenis yang suka fight fair dan tak mahu guna steroid atau jampi serapah, saya tidak memilih untuk menjadi peninju professional. Tak syok menyebabkan peninju-peninju luar negara cedera teruk saya belasah. Lagipun tak ada commercial value kalau setiap kali saya bertanding, lawan saya tumbang dalam minit pertama, pusingan pertama, dengan tumbukan saya yang pertama. Time time macam ni, teringat kata abah, “Taka guna berilmu kalau tak boleh memenafaatkan bangsa dan negara”

Wassallam!!!!! dari Uncle B yang sering terfikir. Bilalah kita nak ada seorang Kiai Salleh lagi bagi menjaga maruah bangsa.

1 comment:

Anonymous said...

Salam tuan. Mohon merujuk kepada isu APCO. Saya setuju dengan tuan bahawa isu APCO telah dibawa dan dibahaskan di dalam parlimen. Tetapi tuan harus ingat, ada perbezaan APCO milik Israel dan syarikat APCO yang berpengkalan di US yang mengendalikan kempen untuk kerajaan. Dua nama hampir serupa, tapi tak sama. Itu sebab saya minta tuan semak balik. Sebab rasanya ada kekeliruan.

Apa yang dibahaskan dalam parlimen belum tentu sahih. Untuk ingatan tuan, Karparl pernah membangkitkan salahlaku DSAI atas tuduhan liwat, tetapi saya yakin tuan tidak mahu percaya perkara berkenaan berlaku.

Mungkin saya tak bersetuju dengan banyak pandangan tuan, namun hakikatnya saya tetap menghormati pengalaman luas tuan dalam pasukan. Tanpa pengalaman, pasukan tidak beerti apa-apa.

Terima kasih tuan.