Thursday 9 February 2012

MELAYU, YAHUDI DAN PENDITA MODEN

Radio KL FM, 8 February 2012, dalam berita paginya menyiarkan komen dua orang professor universiti awam mengenai Najib dan 1 Malaysianya. Semestinya semua komen tersebut positif giler. Kata orang putih, everyone is entitle to his own opinion. Justeru saya tidak akan mengulas mengenai komen dua orang intellectual melayu ini.

Zaman Islam mula berkembang, ada pendita-pendita Yahudi yang masuk Islam tetapi dalam tempoh masa yang singkat jadi murtad. Zaman tu, orang Arab mengganggap orang Yahudi satu kaum yang bijak pandai dan ahli fikir sezaman, apatah lagi pendita-penditanya. Agaknya dalam konteks hari ini pendita tu, kira professorlah. Jadi apabila pendita-pendita Yahudi ini masuk Islam dan kemudian keluar dari Islam, orang Arab akan berfikir. Kalau pendita yang bijak pandai masuk Islam, kemudian kaji Islam, lalu keluar dari Islam, maka adalah yang tak kena dengan ajaran Islam.

Rupanya ini adalah satu helah kaum Yahudi untuk menyesatkan orang Islam dan mereka yang ingin memeluk islam. Kalau buat serangan terbuka, penganut Islam akan mempertahankan ajaran mereka. Yahudi gunakan ahli fikir mereka untuk menyemaikan bibit-bibit kesangsian dalam minda orang Islam. Masuk Islam dan serang dari dalam dan apabila ada keraguan maka akan goyahlah akidah kaum muslimin. Barangkali itu sebabnya orang murtad dihukum bunuh.

Tidak disangka pula, taktik kotor ini sedang digunakan di negara kita, dewasa ini. Untuk mengesahkan bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah yang baik belaka, tiada agenda tersembunyi dan semata-mata untuk kesejahteraan rakyat jelata, gunakan pendita-pendita IPTA untuk jadi tukang karut. Orang melayu terutama melayu luar bandar yang masih feudalistic fikiran mereka, akan menerima bulat-bulat apa yang diperkatakan oleh pendita-pendita moden tadi. “Mesti betul apa yang depa cakap”, kata orang melayu, “sebab yang berkata-kata itu professor”.

Sebelum terlupa, anda kena tengok-tengok juga pertubuhan Sisters In Islam yang ada cawangannya di Malaysia. Dia oranglah yang kata Islam menindas kaum wanita melalui polygamy dan cara berpakaian dan adab wanita yang telah ditetapkan oleh Islam. Ini betul betul tiru stail Yahudi. Toreh dalam selimut. Setahu saya Sisters In Islam diasaskan di USA oleh seorang wanita Yahudi yang kononnya telah masuk Islam.

Agaknya, ada kena mengena ke Syarikat APCO milik Yahudi yang dilantik untuk menjadi Public Relation Advisor kerajaan Malaysia dengan teknik pendita Yahudi yang digunakan semasa zaman Islam mula berkembang dahulu. Wallahhuallam Bissawab, anda tanya saya tak upaya nak jawab.

Wassallam!!!!!

1 comment:

Anonymous said...

Salam tuan, izinkan saya untuk mengemukakan pandangan yang berbeza dan saya yakin tuan akan menerimanya.

Taktik Yahudi yang hujahkan serupa digunakan oleh satu bangsa di Malaysia bilamana kerajaan melancarkan kereta proton pada tahun 1985. Tuan sudah berada pasukan, manakala saya masih belajar di sekolah menengah. Bangsa berkenaan membeli kereta proton dan menjualnya selepas 3 bulan guna untuk mengatakan kenderaan berkenaan teruk. Disaat proton keluar, toyota yang menjadi dominasi pembelian kereta merudum. Dan kita tentu tahu, bangsa mana yang menjadi dealer kenderaan toyota berkenaan.

Kedua, penggunaan pendita universiti untuk mengesahkan tindakan kerajaan. Saya amat bersetuju dengan tuan. Pihak kerajaan bertindak demikian kerana ianya taktik yang sama digunakan oleh pihak pembangkang. Senarainya cukup panjang bekas pensyarah universiti kerajaan memilih menentang kerajaan dan menjadi calon dan menang dalam pilihanraya. Kerana apa? Alasan yang tuan berikan. Itu belum campur budak-budak universiti yang diusung ke hulu ke hilir berceramah walhal mengaji pun gagal. Pembangkang mahu rakyat percaya golongan cerdik pandai termasuk pelajar ini menentang kerajaan walaupun tuan dan saya sama-sama tahu bahawa bilangan mereka sangat kecil. Tapi mereka sangat vokal.

Kesimpulannya, kerajaan dan pembangkang juga, menggunakan orang yang dikatakan profesor ini guna untuk menyebarkan pandangan dan dasar kerajaan. Kecuali tuan berpendapat profesor yang menyokong pembangkang lebih jujur, lebih cerdik, lebih beriman, lebih zuhud atau lebih mulia dari golongan profesor yang bersama kerajaan.

Apa komen tuan?

Alan